Home Novelet Cinta Travel Log Love Story : Kundasang
Travel Log Love Story : Kundasang
JejakaTerpujiSyurga
14/3/2020 22:52:55
15,036
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog2

“Betul tak nak papa temankan sayang pergi?” soal Firdaus pada anak gadismya itu.

“Iye papa, sayang papa ni boleh jaga diri dia baik-baik.” jelas gadis tersebut pada ayahnya yang agak risau untuk melepaskan anak perempuannya untuk melancong seorang diri. Apatah pada ketika ini saat wabak coronavirus sedang berleluasa.

“Jangan lupa jaga kebersihan. Pakai face mask jika perlu. Elakkan bersentuhan dengan orang ramai.” Pesan Firdaus pada anaknya

“Ye papa. Nie sapa yang doktor sekarang? Nazirah ke papa?” gelak kecil gadis itu apabila ayahnya menasihati dirnya mengalahkan seorang doktor.

:Memanglah papa tahu anak papa ni seorang doktor, tapi doktor pun manusia. Kadang-kala terlupa dan alpa. Jadi tak salah papa ingatkan. Lagipun Nazirah seorang sahaja anak papa yang ada. Papa tak nak kehilangan anak papa seorang nie.” luah Firdaus pada anak gadisnya.

“Papa janganlah risau. Nazirah akan jaga diri baik-baik disana. Lagipun Nazirah pergi dalam 4 hari je. Papa doalah anak papa ni selamat sepanjang berada disana.” balas Nazirah cuba menyakinkan ayahnya

“Papa tahu ada sesuatu yang menganggu fikiran anak papa ketika ini. Tapi papa yakin anak papa seorang yang kuat. Tapi kalau anak papa perlukan telinga untuk mendengar, papa sedia mendengarnya.” kata Firdaus kepada anak perempuannya. Dia tahu anak perempuannya kini menghadapi masalah. Bukan setahun dua dia membela anaknya itu. Dari kecil hinggalah menjadi seorang wanita yang cantik dan menawan. Malah mempunyai kerjaya yang baik sebagai seorang doktor di sebuah hospital swasta di kotaraya.Tiada yang terlepas daripada dirinya.Namun dia yakin, anaknya itu kini sudah dewasa. Ilmu agama juga telah diberikan secukupnya untuk menjadi sebagai panduan di dalam hidupnya.

“Insyallah papa. Bagi Nazirah sedikit masa. Buat masa nie, Nazirah perlukan percutian ini.” jawab Nazirah ringkas kepada ayahnya itu.

“Baiklah, papa percaya. Papa doakan kamu dapat menikmati percutian yang dirancang. Kalau bertemu jodoh disana pun papa tak kisah.” usik Firdaus kepada anak perempuannya itu.

“Ishh, papa ni. Ke situ pulak. Dahla papa. Nazirah masuk dulu” kata Nazirah yang mencium tangan ayahnya dan terus masuk mendaftarkan diri ke get.

“Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kepada anak perempuan ku. Sesungguhnya dia layak untuk bahagia sepertimana dia bahagiakan pesakit-pesakitnya” doa Firdaus pada tuhan untuk anak perempuan itu. Dia tahu anaknya telah melalui banyak ujian. Kehilangan ibu ketika sedang melanjutkan pelajaran di luar negara, hampir membuatkannya hilang tumpuan dalam pengajiannya. Mujurlah semangatnya yang kuat membantunya meneruskan pengajian hingga tamat. Kini Firdaus akan datang lelaki yang mampu berada disisinya hingga ke hari tua. Kerana tidak tahu berapa lama lagi usinya di atas muka bumi ini. Biarlah sebelum diri ini menutup mata, anak perempuanku ada insan yang menjaga dirinya.

Nazirah kini selesai melepasi pemeriksaan bagasi dan badan. Mujurlah tadi sebelum tiba ke lapangan terbang, dia dan ayahnya telah bersarapan terlebih dahulu. Penerbangan dari kuala lumpur ke kota Kinabalu mengambil masa selama sekurang-kurangnya 2 jam 40 minit. Nazirah tidak mahu membazirkan wang untuk membeli makanan di atas pesawat. Walaupun dia tahu, gajinya mampu sahaja untuk dia berbuat demikian. Namun,dirinya telah dididik oleh ibubapanya untuk berjimat cermat sejak dari kecil. Kini ia telah menjadi sebahagian daripada amalannya di dalam hidup.

Nazirah kini duduk menanti pintu get masuk ke pesawat. Nazirah merenung ke arah tiket yang sedang dipegangnya. Sebenarnya percutian ini dirancang bersama dengan rakannya. Namun oleh kerana disebabkan apa yang berlaku, kini Nazirah membuat keputusan untuk pergi sendiri. Kalau boleh percutian kali ini mampu merawat luka di hati ini dan mampu memulihkan jiwanya yang kini sedang remuk akibat kejadian tersebut.

Tanpa disedari airmatanya jatuh tanpa disedari. Dengan pantas dilap airmata tersebut. Namun, Nazirah menyedari perbuatannya itu disedari oleh seseorang. Lelaki yang duduk sebaris dengannya di ruang menunggu. Lelaki tersebut memandangnya dengan renungan mata yang agak pilu. Seakan-akan bersimpati dengan keadaan dirinya. Nazirah tidak mahu orang luar melihatnya lemah ketika ini. Pada ketika itu, pengumuman pintu get penerbangan yang dinaikinya berkumandang. Tidak sempat untuk dia bertegur sapa dengan lelaki yang memandangnya sebentar sahaja tadi. Nazirah dapat rasakan lelaki tersebut juga sedang mengalami kedukaan. Walaupun tidak terlihat pada pandangan mata kasar, namun nalurinya kuat mengatakannya.

“Semoga luka di hati awak sembuh” bisik Nazirah di dalam hati untuk lelaki tersebut.


Previous: Prolog1
Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.