Home Novelet Cinta DILAMAR PUTERA BUNIAN
DILAMAR PUTERA BUNIAN
NAWAR WAHID
28/11/2020 11:34:13
41,941
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 6

Putera furqan mencabar dirinya untuk memberi amaran yang lebih serius. Dia menunggu Qalea untuk habis mandi dan memakai baju. Dia memerhati Qalea yang sedang leka menyikat rambutnya di hadapan cermin. Cermat setiap kali dia menyisir rambut itu dengan sikat dan jari jemarinya. Selepas itu, Qalea mengambil satu bekas berisi gincu berwarna merah jambu cair lalu dicalit pada bibir. Kepalanya terasa sangat ringan selepas dapat menyiram air sejuk ke kepala. Mandinya sebentar tadi agak lama. Sabun berbau bunga lavender itu begitu menusuk ke hidung. Menenangkan.  Segala kekusutan telah hilang serta merta. Peristiwa dia bergaduh dengan Aman, perasaan kecewa terhadap Wani dan kejadian dia melarikan diri ke hutan telah memakan dirinya sedikit demi sedikit. Dia perlukan rehat. Dia dapat rasakan dia adalah beban kepada segala masalah. 

            Putera Furqan yang daripada tadi memerhati gerak geri gadis itu terus mengetuk tingkap dengan kuat lalu meninggalkan sepucuk surat berbaur ancaman. Sungguh jejaka itu kesal dia terpaksa mengecewakan perasaan gadis itu. Siapa tidak teruja jika ada orang cuba melindungi dirinya. Dan itu semestinya perasaan Qalea sekarang. Putera tahu dia akan membuatkan Qalea bersedih dan berduka cita. Dunia mereka tidak sama. Putera Furqan adalah putera bunian yang tinggal di alam lain dan Qalea batrisya hanyalah seorang gadis manusia yang akan menua apabila besar, boleh mati bila-bila dan tidak ada kuasa seperti seorang bunian. 

            Qalea amat merindui pertemuan mereka di hutan belantara tempoh hari. Dia merasakan senang apabila bunian itu memberi amaran agar dia tidak ikut sekali. Jenaka yang sengaja dilakukan olehnya apabila dia menerbangkan badan Qalea daripada tanah, sangat mengujakan. Qalea kembali tersenyum sendirian. Namun, sudah hampir 2 hari, tidak ada orang mengajaknya keluar rumah atau melakukan apa-apa aktiviti. Biarlah dia disisihkan, jangan menjadi batu pada bahu rakan-rakan. 

            Gadis itu berlari ke tingkap. Dia menolak rangka tingkap itu dengan luas. Menjenguk kepala ke luar lalu memerhati keadaan di sekeliling. Ya, begitulah. Setiap kali Qalea mahu bertemu dengannya, waktu itulah dia tidak akan muncul. Dan sebaliknya. Hatinya betul-betul terasa geram dan marah. Sudah setahun lamanya perhubungan mereka begini. Tidak tahu mahu ditafsirkan sebagai teman atau lebih daripada itu. 

            “kehadapan sahabatku, Qalea. Aku merinduimu setiap masa. Aku mahu memberitahu namaku yang sebenar dan siapa aku dimatamu dan dimata ayahku. Namun, sungguh masa mencemburui kita. Aku harus menghalangmu dan penjelajahanmu. Di dunia aku, kau seperti keldai yang akan ditambat tuannya. Cukuplah persahabatan kita ini. Aku harus pergi meninggalkanmu. Salam maaf buat sahabatku dan jua kekasihku, Qalea Batrisya.”

            Ah, semua ini bohong! Jika kau betul-betul merindui aku wahai dirimu, munculla dihadapanku. Tataplah mata dan mukaku dan hamburkan semula kata-kata ini. Sakitnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Qalea mengelap air mata yang berjujuran. Perasan marah, sedih dan geram seperti membaluti hatinya yang memang tidak tenteram. Dia menghenyak punggungnya pada tepi katil lalu terkenang akan kisah lama. Dia masih tidak tahu siapa mahluk itu, namanya, kesukaannya, kebenciannya dan lain-lain lagi. 

            Dalam gundah gelana itu, tiba-tiba dia dijenguk seorang rakan. Hakeem!

            Hakeem terduduk di depan muka pintu rumah. Sedang termangu memikirkan apa yang dia perlu lakukan. Tidak sangka dalam banyak-banyak rakan, Qalealah orang yang dia mahu cari. Begitu juga Qalea. 

            Qalea menegur Hakeem tenang. Jujurnya persahabatan mereka semakin baik sejak tempoh hari lalu. Tetapi adiknya, Aman tidak berfikir demikian. Yang pasti Aman merasakan Qalea pemusnah segala rancangan. 

            Gadis itu mengajak hakeem masuk ke dalam rumah. Sebuah rumah banglo kecil dua tingkat yang mempunyai beberapa bilik kelihatan agak besar untuk dua orang penghuni. Untuk Qalea dan untuk ayahnya, Encik Shah. Shah sudah berada di dapur dan sedang leka menyediakan makanan tengahari. Orang tua itu berasa sedikit lega apabila Qalea cepat bergaul dengan rakan baru. 

            Bau ayam bakar berbalut sos barbeque membuatkan perut Hakeem berkeroncong. Apabila dia melihat keakraban dan kemesraan Qalea dan ayahnya, hatinya terusik merindui ayahnya sendiri yang sudah hilang lamanya. 

            “Hakeem, duduklah. Aku tak sangka kau akan datang sini.” Qalea melabuhkan punggungnya di sofa. Selepas itu dia memperlawa Hakeem yang masih berdiri di muka pintu. 

            Perlahan-lahan jejaka itu melangkah menghampiri Qalea. Langkahnya berat. Tidak tahu apa benar tindakan dia ini. Dia terus duduk di sebelah Qalea. Mereka berpandangan lama. 

            Riak wajak Hakeem membimbangkan Qalea. Walaupun dia juga mempunyai masalah, rakannya ini juga mempunyai beban yang mahu dikongsi. 

            “Aman, wani dan lain akan pergi-”

            “shh!” Qalea memaling ke belakang. Melihat ayahnya yang sedang khusyuk memasak. Dia berpesan kepada Hakeem perbualan mereka ini perlu dirahsiakan. Qalea bangkit dan duduk makin rapat dengan Hakeem. Terasa kehangatan yang sudah lama dia tidak rasakan. 

            “mereka nak pergi ke alam bunian tu pada Jumaat ni. Kita kena tahan mereka untuk lakukan perkara tu. Aku rasa tak sedap hati. Lagi-lagi bila kau beritahu tentang kisah kau.” 

            “aku tahu. Tetapi aku tak cukup kuat untuk halang mereka, Hakeem.”

            “tolong aku Qalea. Kau lihat tangan aku. Kau pegang luka ni. Walaupun dah sembuh sepenuhnya tetapi hati aku tak Qalea. Aku tak boleh kehilangan adik aku lagi. Aku tahu tentera bunian sangat kuat dan berkuasa penuh. Kita tak akan menang kalau kita tak mempunyai kuasa atau orang dalam.”

            Qalea mengerut dahi. Apa yang Hakeem mahu? Apa yang dia cuba sampaikan?
            “Apa maksud kau Hakeem? Kau mahu aku berhubung dengan mahkluk tu lagi? Kau tahu aku tak akan dapat berjumpa dengannya macam tu je. Walaupun itu yang aku mahu! Setiap kali aku rasa dia sedang jaga aku, waktu tu dia tak pernah muncul. Tapi bila aku tak rasa aku perlukan dia, dia muncul. Menjaga aku seperti sayangnya seorang kekasih.”

            “ya, kita minta bantuan dia!”

            “tak Hakeem. Sudah terlambat.” Qalea menyeluk poketnya lalu memberi pujuk surat yang diberi bunian itu. “dia sudah tinggalkan aku. Aku tidak ada lagi dalam kamus diri dia.”

            Hakeem melipat semula surat itu lalu dia berfikir panjang. 

            Qalea mengetap bibir. Melainkan! 

            Ya, melainkan dia mengancam nyawa diri sendiri. Mahkluk itu pasti akan datang menyelamatkan dia. Cuma, adakah benar dia akan datang tolong? Entahlah! Kadang disangka panas hingga ke petang, tetapi hujan turun jua. 

            “Aku akan cederakan diri aku. Kita kena pergi semula ke hutan itu. Aku akan terjun daripada tempat tinggi. dan tunggu dia selamatkan aku!”

            “Qalea! Kau gila?!” 

            “habis tu, kau ada rancangan yang lebih baik?” Qalea menggengam tangannya kuat. 

            Dia tidak akan kalah pada perancangan mahkluk itu! Tidak!

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.