Home Novelet Cinta DILAMAR PUTERA BUNIAN
DILAMAR PUTERA BUNIAN
NAWAR WAHID
28/11/2020 11:34:13
42,029
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 4

Qalea tahu dia sudah sesat. Tetapi langkahnya masih laju mara ke hadapan. Tangisannya sudah pun berhenti sejenak tadi. Badannya sudah mula penat. Apa yang difikirkan hanya satu, dia hanya mahu keluar daripada tempat ini. Dia mahu melarikan diri daripada kampung ini. Pengetahuannya yang sangat luas tentang dunia bunian sebenarnya sudah cukup baginya. Manakan tidak, sudah setahun dia bergelumang dengan kisah misteri. Yang mana sebuah mahkluk sentiasa menghantuinya. Kadang kala dia merasakan bahawa mahkluk itu sebagai teman dan pada lain masa dia menganggap mahluk itu seperti musuh di dalam selimut. Buat apa dia muncul dalam hidup Qalea? ah, cukupla semua ini wahai dirimu! Aku tidak perlukan kau lagi. Biarlah kau dan aku tidak pernah bersua! Jangan ganggu hidup aku lagi!

Gadis yang sedang berduka itu menolak rimbunan dahan-dahan pokok yang pendek. Dia terus memberanikan diri untuk masuk ke dalam timbunan semak samun. Bunyi burung hantu sudah mula kedengaran. Tiba masa sahaja untuk haiwan itu terbang menemaninya di kala waktu hampir malam. 

Sampai di satu selekoh, Qalea terpaksa memilih untuk berjalan terus atau melalui laluan di belah kanannya. Dia mahu keluar sekarang. Dia lapar, dia penat, dia sudah tidak larat!

Peluh terus membasahi pipi dan baju. Air merembes di celah ketiak. Panasnya!

Zruumm! Zaaaaz!

Ya, kini dia mahu muncul lagi. 

“sudah la kau ganggu aku! Aku hanya mahu keluar daripada sini!”

Bunian, sebuah mahkluk yang sangat besar, tinggal di sebuah alam ngaib. Mereka mempunyai komuniti yang sama seperti manusia. Mereka boleh berkahwin dan mempunyai anak. Malah, mereka juga mempunyai agama yang sama iaitu agama Islam. Cumanya Tuhan telah meletakkan hijab pada mata manusia agar tidak terlalu leka apabila berurusan dengan makhluk ini. 

“assalamualaikum.” Tiba-tiba seorang lelaki mirip makhluk Bunian berdiri di hadapannya sejarak satu meter. Suaranya kasar dan mendalam. Telinganya sedikit panjang dan cuping telinga itu bersubang bercorak bintang. Badannya tinggi dalam anggaran 180cm. sepasang sayap sedang megah berkembang mula kuncup lalu bersembunyi di belakangnya. Kulitnya dilihat sangat putih, jernih dan halus. 

Mata mereka bertentangan. Qalea berasa sedikit gugup. Bukankah ini yang Qalea mahukan dahulu? Dia mahu bertemu dengannya. Dia mahu tahu siapa mahkluk yang selalu mengunjunginya. Apa hajat yang sebenar yang dia mahukan?

“wa..waalaikummussalam.” Qalea berbicara sedikit lambat. Entah kenapa rasa takut itu mula hilang. 

Dia teringat beberapa peristiwa yang lalu. Waktu itu Qalea baru sahaja meraikan majlis hari kelahirannya yang ke 18 di sebuah kedai makan pada waktu malam di kota. Mereka yang lain sudah pun pulang dan Encik Shah terpaksa balik dahulu atas alasan kerja. Jadi, Qalea dibiarkan keseorangan berjalan di kaki lima untuk pulang ke rumah. Suasana pada waktu itu sangat sejuk. Boleh terasa asap panas keluar daripada rongga hidung. Dia menarik nafas dalam apabila melihat segerombolan budak lelaki cuba mendekatinya. Mereka bertanyakan nama dan terus menghalang Qalea untuk meneruskan perjalanan. Hatinya pada waktu itu sangat takut. Tetapi disebabkan kelibat mahkluk itu berada di belakang Qalea, munculnya dia saat itu membuatkan para lelaki yang mengganggunya itu lari lintang pukang. Qalea tahu kerana dia sentiasa merasakan kehadiran mahluk itu dan kehangatan badannya membuatkan Qalea lebih berani. Namun, apabila dia memaling ke belakang, mahkluk itu terus hilang. 

Qalea tersedar daripada lamunan. 

Wajah mahkluk itu ditatapnya lama. Dia mahu mendekatinya dan dia mahu melihat muka dan rambutnya dengan lebih jelas. Perlahan-lahan, kaki Qalea melangkah. 

“Aku nak lihat kau. Aku nak sentuh kau. Boleh?”

Pada waktu itu, dia merasakan badannya sedikit ringan. Padanlah, apabila dilihat, kakinya sudah tidak berada pada tanah. Dia diterbangkan oleh kuasa mahkluk itu. 

“jangan! Letak aku pada tanah semula!”

Kedebukk! Qalea jatuh dan tergelak kecil. 

“ahaha! Kau tak perlu jatuhkan aku macam tu! Letakkan aku perlahan-lahan lah.” Qalea menepuk-nepuk bajunya yang sedikit kotor. 

Tiba-tiba , bunyi sayup-sayup nama Qalea dipanggil. Qalea mencari suara itu dan pada waktu itu mahkluk itu hilang semula. 

“Qalea!”

“ah, Hakeem? Hakeem!” sedikit teruja apabila dia dapat melihat lelaki itu. Dia tahu walaupun cara Hakeem menghukum dirinya sedikit kasar, dia dapat merasakan bahawa Hakeem baik orangnya.

“kalau tak tahu jalan balik rumah, tak payahla mengada-ngada nak lari masuk tengah hutan. Sekarang ni langit dah nak gelap!”

Qalea menggeleng. Baru sahaja dia puji terus mahu ditarik balik. Kuat betul bebelannya. 

“kau buat apa dekat sini? Kau cari aku ke? Kau risau pasal aku?”

“ah, kau ni! Taklah, aku cari beruk. Beruk terlepas daripada penjara! Ish- “ ditarik tangan Qalea tiba-tiba secara kasar. Mereka berjalan seiringan. Tangan hakeem masih menggenggam tangan Qalea. Gadis itu membiarkannya sahaja. Terasa hangat genggaman itu. Qalea menjeling pada sisi wajah Hakeem. 

Hakeem, seorang lelaki yang berbadan tegap dan sasa. Tingginya adalah dalam 173cm. kulitnya sedikit kasar dan warnanya bersawah matang. Dia melihat pada tangan kanan Hakeem. Satu luka panjang yang pernah dilihatnya sebelum ini. Apakah yang telah berlaku dan telah menyebabkan dirinya dicederakan sebegitu? 

“kau tahu tak kami risau! Risau kalau kau diganggu bunian dan dibawa ke tempat mereka sendirian!”

Qalea senyap. Dia tidak mahu memberitahu Hakeem bahawa dia sudah pun bersemuka dengan salah seorang daripada mereka. 

“kenapa pula kau takut dan risau? Bukan ke kita nak pergi jenguk alam mereka? Bukan sama sahaja ke?” 

“tak! Tak sama, Qalea!” tangan Qalea dilepaskan. Hakeem menghentak pokok di hadapannya. Terus dia mengembus nafas kasar. Mereka terus membisu. 

“aku tak faham.” Qalea menggeleng. Sungguh dia tidak faham apa-apa!

“Bunian, mereka ni sangat-sangat berkuasa untuk mengaburi mata manusia. Mereka mempunyai aura yang sangat unik , Qalea. Kau akan rasa teruja. Kau akan rasa bahagia dan selesa. Kau nak jadi seperti mereka. Dan pada waktu itu, hati kau akan memilih, patutkah aku tinggal di alam ghaib itu atau balik semula ke alam nyata. Pada waktu tu, kau akan pilih untuk duduk di sana.”

“Dan aku masih tak faham kenapa pula kita kena pergi ke sana?”

Hakeem menggeleng. Dia terus melabuhkan punggungnya ke tanah dan bersandar pada pokok itu. 

“setiap seorang daripada kami mempunyai keluarga yang hilang di sana. Mereka mahu berkunjung ke sana untuk mencari dan bertemu dengan mereka. Cukuplah hanya sebentar.”

Qalea turut duduk di sebelah Hakeem. Bersandar juga pada pokok. Waktu itu cuaca makin sejuk. Gadis itu berpeluk tubuh. Dia baru mula faham apa yang mereka sedang lakukan dan apa yang Hakeem cuba sampaikan. 

“dan- err, jadi bagi kau dan aman, siapa pula yang korang cari?”

“Ayah aku. Ada orang kata dia dah mati apabila jasad dia tak dijumpai. Tapi aku pasti dia telah pergi ke alam sana. Aku pernah nampak dia, Qalea! Dia memang wujud depan mata aku dan Aman. Tapi sebabkan waktu terlampau singkat, kami perlu pulang semula. Masa tu, aku yakin, aku boleh berjumpa semula ayah dan nak bawa dia pulang ke alam nyata. Tapi aku tak rasa ia semudah itu.”

Hakeem terus menitiskan air mata. Air mata terus dilap kasar. Hati terasa berat menceritakan perkara itu. Dia tidak pasti kenapa dia menceritakan perkara itu kepada gadis kota ini. Dia terasa lega apabila kebenaran telah dilafazkan. Anak mana yang tidak sayangkan ayahnya. Sudah bertahun lama mereka berpisah. 

“aku mahu beritahu sesuatu. Aku harap kau tak cerita padan orang lain.” Qalea mengetap bibir apabila dia melafazkan perkataan itu. Satu rahsia yang dia tidak mahu orang lain tahu. Dia perlu beritahu seseorang tentang hal ini. Hal yang sudah lama membeku dalam hidupnya. 

Hakeem menoleh. Dia menatap wajah Qalea yang sedang merenungnya. Bibir gadis itu mungil dan berwarna merah jambu cair. Pipinya putih kemerahan. Anak matanya sungguh menawan. Ianya hitam membulat menampakkan lagi warna rambutnya yang kebiruan. Entah kenapa hatinya sedikit terusik. Apa yang kau mahu beritahu, Qalea? 

      “Aku boleh nampak bunian. Dan dia dah muncul banyak kali dalam alam kita ni. Dalam hidup aku. Dan aku tahu dia sedang mendengar suara hati aku sekarang nii"
Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.