Home Novelet Cinta DILAMAR PUTERA BUNIAN
DILAMAR PUTERA BUNIAN
NAWAR WAHID
28/11/2020 11:34:13
42,039
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 5

Putera Furqan kembali duduk di kerusi. Duduknya berat dan kasar. Dia teringat saat dia cuba memberi amaran pada Qalea. Seorang gadis manusia yang sangat cantik. Teringat  juga kembali pertemuan mereka di sebuah taman. Waktu itu, Qalea sedang leka berlatih menari sebuah tarian yang akan diadakan di sekolah. Gerak lenggok gayanya sungguh mengiurkan. Putera yang sedang meronda-ronda kawasan taman tanpa mampu dilihat manusia, terus leka memerhati tarian Qalea itu. Tidak pernah dia lihat dayang-dayangnya menari sekemas gadis itu. Lembut dan tidak teragak-agak. 

Namun, apa yang membuatkan dirinya kembali menjenguk manusia itu? Ya, kerana baunya terlampau harum. Sepertinya dia juga salah seorang ahli bunian yang pernah tinggal di sini. Siapa kau, Qalea? Kenapa aku mahu bertemu denganmu? Kenapa aku sentiasa mahu menjagamu? 

“Tuan Putera, beribu-ribu ampun patik lafazkan. Sejak dua menjak ini, pintu rezeki kita telah dicerobohi. Manusia sudah berani untuk datang ke sini tanpa diundang. Pada malam bulan mengambang, pintu kita terbuka luas dan menyebabkan beberapa harta di istana ini dirampas dan dirompak. Tetapi patik tidak dapat menjumpai siapa yang telah menceroboh. Semuanya berlaku dengan pantas.”

Sudah tentu itu rancangan Bomoh Lang. Dia telah berjaya membuka pintu rezeki! Namun, tidak dapat dikesan oleh Bunian. 

Sultan Al-Sanam mula muncul di muka pintu. Langkahnya laju mendekati singgahsana. Duduknya berat dan dia mendengus kasar. “jadi, apa yang kita harus lakukan, Tuan Kengiri? Patutkah aku menghukummu?!” suara sultan meninggi. 

“maaf sultanku, patik mohon beribu-ribu ampun. Patik akan laksanakan segala arahanmu.”

“Aku perintahkan, kepada mana-mana manusia yang datang ke sini tanpa sebab, hendaklah dia dihukum untuk tinggal di alam bunian ini selama-lamanya!”

“baiklah sultanku. Arahanmu akan patik turuti!” 

Askar-askar bunian sedang melakukan persiapan. Putera Furqan mengintai di balik pintu. Perisai-perisai kebal telah disusun satu persatu. Bersiap sedia untuk melawan musuh yang cuba menceroboh ke dunia mereka. Parang panjang kelihatan sedang diasah oleh beberapa lelaki berbadan sasa dan berjanggut lebat. Mereka menjadi hamba kepada sultan dan segala arahan sultan perlu dituruti. 

Beberapa ekor kuda yang berbulu lebat dan mempunyai otot besar kelihatan dibawa keluar daripada sangkarnya. Mereka dilatih dan dikemaskan pada badannya setiap hari. Hanya menunggu mangsa yang akan dijadikan hamba kepada sultan selama-lamanya. Latihan demi latihan dilakukan di padang lapang itu. Mereka belajar menyerang dan berlatih menunggang kuda. Apabila tiba masa kelak, musuh pasti tumpas!

 

1.      

Hakeem termenung lama. Sejak pulang ke rumah, dia banyak membisu. Aman mula rasa jelik dengan kehadiran Qalea. Sudah lama dia mahu membuang Qalea daripada sini. Pertama, dia suka menyusahkan orang. Kedua, dia bukannya penduduk tetap di sini. Perasaan geram itu mahu dilempiaskan sekarang itu juga!

            “Abang, kau dah kenapa? Apa kau buat dengan Qalea? Apa minah tu dah buat kat kau?!” Aman menggasak lengan Hakeem. Hakeem masih buntu. Perasaannya tidak tenang. Dia mahukan penjelasan daripada Qalea. Kenyataan dia itu membuatkan diri Hakeem tidak tenteram. Apa maksud Qalea bahawa bunian itu telah memberi amaran? Amaran apakah yang cuba dimaksudkan? Adakah sesuatu akan berlaku jika manusia menjejak kaki ke alam bunian?

             “aku rasa kita kena tangguh dulu, aman. Tangguh dulu jelajahan ni.”

            “kau cakap apa ni Hakeem? Kau tak nak jumpa abah ke? Kau tak nak abah duduk dengan kita semula? Ah, aku dah agak mesti perempuan tu yang hasut kau!”

             “Qalea kata-” hakeem mendengus. “ah, perempuan tu lagi, aku dah agak!” Aman menyampuk. “aman benci perempuan tu abang. Aman benci rambut dia. Aman benci semua benda tentang perempuan tu!” Aman bangun daripada duduk lalu berdiri dan menjenguk ke luar tingkap. 

             “aman.” 

             “tak abang! Aman akan ikut Wani. Kitaorang akan pergi hujung minggu ni jugak, hari jumaat. Abang tak nak ikut aman suka hati. Pergi mampus!” aman mengeluarkan kata-kata kesat lalu keluar daripada bilik meninggalkan Hakeem yang terpinga-pinga. 

Dunia Hakeem dan Aman tidak seindah yang dilihat. Mereka sudah lama hidup hanya dua beradik. Ibunya sudah meninggal dunia baru-baru ini dan ayahnya sudah lama menghilang di hutan itu. Tidak boleh disalahkan Aman yang memang sudah keras hati. Dia perlu hidup mengikut firasat diri sendiri. Dia sudah terbiasa dan lagi-lagi dibimbing abangnya yang juga seorang remaja 20an. 

            Peristiwa 5 bulan lalu betul-betul meruntun jiwa Hakeem. Aman hampir tidak dapat keluar daripada alam nyata itu. Tangan Hakeem yang berparut itu adalah salah satu akibat mereka melawan askar bunian yang sangat kuat. Tidak pernah terfikir dia hidup tanpa Aman. Dia sayangkan Aman dan dia mahu Aman juga hidup senang. 

            Hari penentuan adalah dalam 5 hari lagi. Jadi, apa yang harus dia lakukan?!

 

 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.