Home Novelet Cinta DILAMAR PUTERA BUNIAN
DILAMAR PUTERA BUNIAN
NAWAR WAHID
28/11/2020 11:34:13
40,979
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 8

Tuhan, yang menterbalikkan jiwa dan perasaanku, sesungguhnya kejahilan aku ini seperti tiada penghujungnya. Tuhan, yang masih setia melihat hambanya, sesungguhnya kelemahan aku ini sudah tiada daya lagi. Lemahnya aku, kerana aku sehina-hina hamba. Seksanya aku ketika ini, kerana dusta aku pada agamaMu. Bantuilah aku supaya aku kembali ke jalan yang benar. Jauhkan aku daripada jalan yang penuh dengan rintangan dan liku-liku hidup. 

Air mata yang mengalir daripada mata ini kerana aku sedar aku bukan siapa-siapa. 

Air mataku ini sudah pun bercampur dengan air masin laut ini. Seolah-olah kau tidak mahu melihat aku menangisi kebodohanku ini. 

Selamatkan aku. Selamatkan aku, Tuhan.

***

Hakeem melihat jasad Qalea masih tidak timbul di permukaan air. Jam di tangan sudah berdetik 1 minit. Tanpa menunggu lagi, dia menjauhkan diri daripada benteng, menjarakkan diri sedikit sebelum terjun ke dalam laut. Laut itu biru seperti terlakarnya seorang gadis bernama Qalea. Gadis berambut biru. Dan kedalaman air itu ibarat keberanian dia. Terlampau berani sehingga sanggup terjun membuang nyawa. 

Dia sudah agak, bunian itu tidak akan munculkan diri. Jejaka itu menyelam lebih dalam. Berusaha mencari kelibat Qalea. Pada waktu itu, air laut nampak sedikit gelap. Ia telah mengaburi penglihatan Hakeem. Dia mengayuh lagi kakinya agar terus ke dasar laut. Syukurlah, tiada haiwan seperti ikan atau obor-obor yang berenang di sekitarnya. Pasti menyukarkan pencarian. 

Tiba-tiba, di sebelah kirinya, dia terlihat satu cahaya yang sangat terang. Mulut Hakeem terus mengeluarkan buih-buih daripada mulut. Melepaskan sedikit nafas yang ditahan. Dia juga sudah tidak cukup udara pada paru-paru. 

Cahaya itu terang lalu membutakan matanya. 

Hakeem cuba mencari celahan cahaya itu dan akhirnya dia dapat lihat sebuah mahkluk yang bersayap putih dan berkilat sedang berenang mengendong Qalea. Lagaknya begitu tenang. Susuknya seperti yang digambarkan oleh Qalea. Seorang jejaka yang rambutnya panjang berwarna putih, telinga sedikit panjang dan dia nampak sangat kacak. Keningnya tajam menebal. Pandangan bunian itu terhadap wajah Qalea yang sudah terlentok di pangkuannya membuatkan Hakeem percaya bahawa perasaan bunian itu lebih daripada seorang kawan. 

Hati Hakeem pada waktu itu seperti musnah dimamah bumi. Dia terasa begitu kecewa kerana bukan dialah orang yang dapat menyelamatkan Qalea. Baru sahaja perhubungan mereka menjadi akrab, ada pula orang ketiga. Hakeem cuba merapati. Dia berenang secepat yang mungkin, cuba mengejar tetapi apabila tiba di permukaan air, mereka hilang. Seperti bintang berkerdip di langit. 

***

Qalea membuka matanya sedikit. Badannya sangat letih. Terasa seperti baru sahaja melepasi perjalanan yang sangat panjang. Dia cuba bangun untuk duduk di katil tetapi kepalanya berat, sakit dan berpusing-pusing. Qalea mencari kekuatan diri. Dia menggenggam cadar pada katil. Terasa sangat lembut sepertinya kain cadar itu diperbuat daripada sutera. Dia mencari sesiapa sahaja yang dia kenal. Tiada siapa. Bilik itu kosong. 

Bilik yang berbentuk bujur itu terasa sangat besar. Ianya seperti berada di istana yang sangat mewah. Perabot di sekeliling bilik kelihatan kemas dicat dengan warna oren keemasan. Sungguh berkilat. Dia bangkit daripada baring perlahan-lahan. Di sebelah katil itu, terdapat segelas air kosong dan ubat tahan sakit. Qalea tanpa sedar, dia cepat-cepat meneguk air itu selepas menelan dua biji ubat tahan sakit. Keadaan kembali sedikit lega dan tenang. Tiada lagi kepala yang berpusing. Cadar yang membalutinya terus diselak habis lalu dia berdiri dan berjalan ke arah tingkap. 

Bingkai tingkap itu terus dia buka secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Terasa pelik apabila angin beku menampar pipi dan tengkuknya. Sejuk yang menusuk ke tulang. Cepat-cepat dia menutup kembali. Sungguh aneh, mengapa ada salji di luar. 

“selamat petang, Qalea!” ada seorang perempuan yang sudah sedikit berumur mendekatinya. Dia merapati Qalea yang kebingungan. 

“kau, kau siapa? Aku dekat mana ni?” Qalea menjauhi diri. 

“ops, maaf, patik tak dibenarkan memperjelaskan keadaan sekarang ni. Kita tunggu Putera Furqan untuk datang ke kamar Qalea ya? Sekejap lagi dia-”

Sebuah susuk yang sangat dikenali Qalea tiba-tiba muncul di muka pintu. Qalea yang nampak cantik berpakaian jubah bewarna emas diperbuat daripada sutera memandang wajah jejaka itu. Kacak sungguh sehingga dia leka dan terhiris jarinya di bucu tingkap. Maka, mengalirlah darah merah daripada jari telunjuknya. 

Putera Furqan mengeluh. Sudahlah Qalea sengaja membunuh diri dengan terjun ke laut. Kali ini pula cuai dengan jari sendiri. 

Langkah Furqan perlahan menghampiri Qalea. Gadis itu hanya mendiamkan diri membisu sambil menghisap jarinya. Dia tidak pasti dimanakah dia berada sekarang. Apa yang dia pasti, pertemuan ini sangat mengujakan!

“kau tak boleh ke lebih berhati-hati?” Putera itu menarik tangan Qalea lalu menekannya dengan kain putih di tepi meja. Itu merupakan kali pertama mereka bertentang mata dan bersentuhan. Dia dapat merasakan kehangatan yang luar biasa. 

Qalea tidak menjawab tetapi laju mengajukan soalan. “aku di mana? Dan kenapa wanita itu memanggilmu putera?”

Diam. Putera Furqan membisu. Pertemuan yang tiba-tiba ini membuatkan hatinya menjadi ragu-ragu. Apakah benar dengan membawa Qalea ke alam bunian ini adalah tepat sekali? Dia sebenarnya tidak berapa pasti. Yang pasti, banyak perkara dia mahu bualkan. dia rindu setiap saat dia melihat Qalea. Dan kali ini, Qalea sudah ada dihadapannya, di tempatnya dan di ruang hatinya. Bukankah sepatutnya dia gembira? 

Risau. Ya, risau jika ayahnya tahu tentang ini. Ini namanya menggali kubur sendiri. 

Apa patut dia lakukan?

“berhenti!” Qalea mula meninggikan suara. Terasa geram apabila diperlakukan sebegini. Dia menarik tangannya merapati dada. Waktu itu dia dapat lihat muka Furqan dengan sangat jelas.

“kenapa kau bawa aku ke sini? Kenapa kau tiba-tiba muncul, ha? Dan apa sebenarnya kau mahu daripada aku?” Qalea bertanyakan soalan yang sudah lama terbuku. 

Putera Furqan menjauhi Qalea. Dia membelakangkan badannya lalu tertunduk. “bukankah kau yang mahu berjumpa denganku? Dan kenapa kau mahu jumpa aku?”

“bodoh! Itu sepatutnya soalan aku, Furqan! Kau datang dalam hidup aku tanpa aku undang! Kau ceroboh jiwa aku! Dan tiba-tiba kau senang sahaja tinggalkan aku? Tak terfikirkah kau betapa sakitnya hati aku? Setiap malam aku menginginkan untuk melihat kau. nak tahu siapa kau. Aku nak lihat muka kau. Tapi macam orang bodoh menunggu setiap hari dan malam, tanpa kau muncul di hadapan aku!”

“huh-“ Furqan mengeluh berat. Ya, benar. Dia juga tidak tahu kenapa dia memperlakukan Qalea sedemikian. Furqan melihat Qalea sudah menangis di tepi katil, teresak-esak seperti sakitnya kehilangan orang yang dia sayang. 

“aku tidak tahu persahabatan kita akan menjadi lebih daripada ini, Qalea. Aku ingatkan dengan melihatmu setiap hari akan membuatkan rindu ni hilang! Tapi tak, aku makin merinduimu.”

“dan kau terus membodohkan aku!” Qalea seperti orang gila yang inginkan kebenaran. 

“aku dan kau, kita berbeza Qalea. Aku tak boleh hidup dengan kau. Kau juga sama. Kita berlainan dunia! Dan aku tidak mahu kau sakit kerana aku. Sungguh, perbuatan kau hari ni membuatkan aku betul-betul marah. Aku marah Qalea!” Furqan menggenggam tangannya. 

“jadi, kau mahu tunggu aku mati baru kau nak kenal erti sayang? Huh? Bukankah itu yang kau nak?” Qalea bangun lalu merapati Furqan. Sengaja menambah api pada kemarahan. 

“Qalea!” 

“apa?!” Qalea menjerit lalu menyentap Furqan yang cuba berbicara. Dengusan berat terus kedengaran. Furqan memejamkan mata rapat cuba menenangkan hati. 

“aku, aku minta maaf Qalea. Izinkan aku keluar daripada kamar ini.” Langkah jejaka itu laju menghampiri pintu. 

Ya, teruskan wahai puteraku! Begitulah dirimu. Sentiasa berpaling pada aku. Berpaling dalam perhubungan ini. Qalea yang sudah letih terduduk di atas lantai. Menangis semahu-mahunya. Hatinya runtun. Dia lemah dengan mahkluk ini. Dia mahu keluar daripada tempat ini. 

“Tuan Kengiri, pastikan pintu bilik sentiasa tertutup. Jangan benarkan sesiapa untuk masuk!”

Dan pintu itu terus tertutup rapat lalu terkunci daripada luar. 

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.