Home Novelet Cinta DILAMAR PUTERA BUNIAN
DILAMAR PUTERA BUNIAN
NAWAR WAHID
28/11/2020 11:34:13
41,904
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 9

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kenyataan ini banyak kali ayah ucap. Selalunya apabila dirungkai bait-bait ini, kami pasti akan bersedih akan kesilapan lalu. Kami merendah diri dan berdoa agar diampunkan segala dosa. Tetapi syaitan itu lebih cekal berbanding iman yang wujud dalam diriku. Aku mudah terhibur akan keasyikan dunia. Kelalaian ayah sebagai seorang bapa muslim tidak menjadi penyebab untuk aku menunding jari. Sebagai seorang wanita yang beragama Islam, bukankah sepatutnya aku mencari keredhaannya? Tidakkah aku berfikir untuk berusaha dan berusaha agar mata ini tidak melihat kemungkaran? Agar telinga tidak mendengar kecacian dan mulut berbicara kepalsuan? Aku sememangnya merindui kehidupan aku dan ayah dahulu. 

            Sewaktu aku berumur 8 tahun, ayah selalu membawaku ke rumah Tuhan. Sebuah masjid yang menjadi kayu ukur kepada keimananku dan ayah. Namun, kami hanyut apabila ayah mula bekerja lebih masa, bergaul dengan orang yang salah dan terus membawa aku jua bersama. 

            Laungan azan daripada corong masjid di sini begitu kuat tetapi tidak membingitkan. Aku seolah-olah terleka mendengar seruannya. Aku menangis di bucu katil kerana aku lupa bagaimana dinginnya saat dahi mencecah tanah. Mungkin Tuhan telah menggerakkan hati ini, menakutkan perasaan ini hanya kerana dia mahu aku makin dekat denganNya.

            Memang benar, Tuhan hanya menggerakkan hati yang Dia inginkan. 

            ****

            Qalea menoleh ke arah tombol pintu yang sedang dibuka. Kelibat wanita yang dijumpainya sebentar tadi muncul dengan sejadah dan telekung. Perlahan-lahan dia mendekati Qalea lalu berpesan, “Cik Qalea, ini telekungnya ya? Bantuan Tuhan bukan hanya ada pada tangisan, tetapi dalam doa dan solat hambanya.”

Tenang, dengan setenang-tenangnya Qalea menoleh. Air mata makin mengalir. Peritnya terasa seperti matanya dicucuk dengan besi berapi. 

            “Kak, boleh kau tunjuk macam mana untuk solat? Aku-” Qalea terdiam sebelum mengambil nafas panjang. “aku tidak tahu untuk solat.”

            Wanita yang digelar Cik Kalsum tersenyum. “tidak mengapa, Qalea. Kau tidak perlu malu pada aku. Tetapi berasa malulah jika tidak berusaha. Mari, aku tunjukkan.”

            Ketika mengangkat takbir, hatinya seperti terangkat bersama. Terasa kuat. Dan apabila dia rukuk, lutut yang lemah sebentar tadi seolah-olah dirantai besi pada tanah, makin berat. Sewaktu dahi bersujud pada sejadah, kepala Qalea mula terasa hina, kerdil dan tidak berdaya. Tetapi apabila sampainya ke tahiyat terakhir, kepala yang sedang menoleh ke kanan terus terasa rindu dengan urutan solat yang baru sahaja selesai. 

            Pintu tiba-tiba dikuak. Putera Furqan muncul di pintu. Entah kenapa apabila melihat jejaka bunian ini, hatinya seperti kerinduan. Benarkan dia rindu bunian ini? Atau dia merindui kehidupannya di alam nyata? Qalea keliru. 

            “Qalea, mari keluar. Aku mahu tunjuk kau sesuatu.”

            “kita nak pergi mana?”

            “Aku nak kau tahu aku siapa. Bukankah itu yang kau mahu?” 

            Qalea terkedu. Iya, bukankah itu yang aku mahu?

***

            Wani tidak duduk diam. Dia ke hulu ke hilir memegang batang kayu. Hakeem menunggu untuk dihukum. Apa yang telah berlaku sudah diceritakan. Dia rancak bercerita bagaimana Qalea sebenarnya banyak kali diganggu bunian. dia juga memberitahu bagaimana Qalea lesap daripada pandangan matanya saat melakukan aksi tidak siuman. Siapa tidak rasa perbuatan terjun daripada benteng itu kerja gila?

            “JAP! Aku Cuba nak hadam satu-satu ni! Kau benarkan Qalea terjun laut? Kau yang suruh ke kau pak ikut je?! KE KAU YANG NAK DIA MATI, HAH?!” suara wani meninggi. 

            “aku tak boleh nak halang dia Wani!”

            “kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal? Kenapa kau tak guna otak kau, gerakkan kaki kau, ketuk pintu rumah aku, dan bagitahu aku semua benda ni?! Kau tahu tak kalau dia dah pergi ke alam sana sendirian, kita susah nak cari dia?! Bodohla kau ni Hakeem! Aku marah ni!”

            “Wani, kitaorang ingatkan yang dia akan muncul dan boleh bawa bincang, err, maksud aku berbincang di alam nyata ni lah.”

            Wani mengetuk kayu panjang itu bertubi-tubi di pokok. Hati terasa marah. Dia dapat rasakan bahawa tindakan dia mengenalkan Qalea kepada alam bunian adalah benda yang salah. Dia sepatutnya ambil tahu dahulu apa yang sedang berlaku dalam hidup Qalea. Ini semua salah aku!

            “waniiii”

            “senyaplah, aku tengah fikir ni! Sepatutnya kau yang lelaki, kau la patut jadi penunjuk arah kami wahai kaum lelaki!!! Bangkitlah!! Ah, bengangnya aku!” Wani menjeling ke arah Hakeem yang seperti cacing kepanasan. Ingat dia sorang je ke panas!

            “kalau apa-apa berlaku pada dia, aku tak boleh maafkan diri aku, Wani.”

            “ah, semua ni dah jadi bubur. menyesal pun tak guna.” Wani mengeluh lalu terduduk di tanah. 

            “hakeem, kau pasti ke apa yang kau nampak?”

            Hakeem mengerut. Dia sangat pasti!

            “aku ulang semula apa kau cakap. Kau nampak bunian tu angkat Wani dalam air sampai ke permukaan air. Tapi bila kau naik kepala kau yang tak berapa nak berguna tu ke permukaan air, kau tak nampak kelibat dorang. Betul?”

            Jejaka itu mengangguk laju. Hah, mengaku pun kepala tu tak berguna!

            “baiklah. Macam ni, kita jumpa Bomoh Lang.” kata Wani tiba-tiba.

            “Wani! Kau pun tahu kita dilarang untuk jumpa bomoh tu. Kau tak ingat ke peristiwa dulu? Macam mana Siti mati dikerjakan mereka suami isteri.”

            Hakeem beristighfar. Mereka tidak akan lupa bagaimana cerita itu menggempar kampung Wali Bunga. 

            “Bomoh Lang tahu sesuatu tentang alam bunian yang kita tak tahu, Hakeem! Cuba kau fikir? Masa sangat suntuk ni. Kalau kita tak cari Qalea sekarang, dia akan terus hilang. Kau nak ke?”

            Ah, kalau la aku boleh putar semula masa. Kalaulah!

            “esok pagi, kita jumpa Bomoh Lang. Aku akan jumpa kau dekat sini esok!”

            Esok?!

            Ya, Esok!

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.