Home Novelet Cinta DILAMAR PUTERA BUNIAN
DILAMAR PUTERA BUNIAN
NAWAR WAHID
28/11/2020 11:34:13
41,961
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 7

Hakeem dan Qalea mendaki gunung pada petang itu. Hakeem sudah pun membawa peralatan kecemasan jika perlu. Barang di dalam bag Qalea tidak banyak. Hanya sepasang baju dan beberapa lagi barang keperluan diri. Mereka bercadang untuk terjun daripada sebuah benteng tinggi dan seterusnya Qalea akan jatuh ke dalam laut yang dalam. Qalea memang tidak pandai berenang. Semua orang sudah tahu. Sudah berapa kali mahkluk itu menyelamatkan diri Qalea di sungai atau di kolam air. 

Pendakian mereka telah mengambil masa 1 jam setengah. Tiada siapa tahu perancangan mereka ini. Tujuan mereka ke sini dan melakukan aksi itu kerana mahu menarik perhatian sebuah susuk bernama bunian. Qalea mahu diri diselamatkan sekali lagi. Amaran yang diberikan kepada gadis itu sungguh tidak cukup. Dia mahu berjumpa dengannya lagi! Dia mahu perhatian bunian tersebut. Persahabatan yang tiba-tiba terputus begitu sahaja dengan hanya sepucuk surat, membuatkan Qalea berasa marah. Apa salah gadis itu? Kenapa kau hadir dalam hidupku dan pergi apabila kau mahu? 

“kalau aku mati, kau beritahu ayah aku, aku sayangkan dia. Aku ada simpan beberapa nota dalam almari. Kalau aku mati-“

“qalea, cukup.” Hakeem menghembus nafas berat. 

“Hakeem, kalau aku mati, aku nak kau jaga ayah aku macam kau nak ayah kau jaga kau.”

“aku tak akan benarkan perkara tu berlaku Qalea. Kau tahukan aku pandai berenang? Dan aku pasti, kau akan selamat. Tapi, kalau ada sesuatu terjadi pada kau atau mahkluk tu tak muncul, kau tahu apa aku akan buat?”

“apa?” Qalea berhati-hati duduk di tepi benteng yang mendatar. Dia melihat air laut menghentam di dinding batu di bawah. Ketinggian benteng itu sangat tinggi. Adalah dalam 5 meter. Jujurnya, gadis itu takut. Takut bunian itu tidak muncul dan membiarkan dia lemas di sini. Dia takut jika semasa cubaan menyelamatkan dirinya, Hakeem pula yang lemas. Dia juga takut jikalau sewaktu dia terjun ke dasar laut itu, kepalanya terhentak pada batu dan mati akibat pendarahan di kepala. Namun, dia sangat yakin akan idea ini. Mereka hanya menunggu saat yang sesuai. Dia melihat matahari terang yang bila masa sahaja akan terbenam. 

“kalau aku jumpa mahkluk tu, sumpah aku akan bunuh dia!”

Qalea tergelak kecil. kening kanan terangkat. “Macam mana kau nak bunuh dia? Hahaha. Kau tahu mereka kan kuat.”

“aku bersumpah aku boleh bunuh dia.” Hakeem menunjukkan taringnya. Tidak sangka dia sanggup menggadai nyawa untuk diri Qalea. padahal persahabatan mereka baru sahaja beberapa hari mentahnya. Dia masih belum boleh percaya akan Hakeem dan begitu juga Hakeem padanya. Dia masih tidak mengenali apa yang digemari Hakeem dan yang paling penting dia masih tidak dapat melamar perasaan adiknya, Aman. Apalah yang dibenci sungguh oleh Aman terhadap dirinya? 

“baik, aku dah bersedia!” Qalea bangkit lalu memandang langit. Awan kelihatan tenang. Hakeem merenung Qalea dalam. Tidak sangka dia boleh bersetuju dengan pendapat Qalea ini. Tetapi masing-masing sudah terdesak. Baju berenang berwarna hitam gelap itu nampak sangat cantik membaluti badan Qalea. Rambut Qalea yang berwarna biru menutupi mata terus diselak perlahan. Hakeem seakan-akan sayang akan gadis ini. 

“kau nampak cantik.”

Qalea tersenyum kecil. Dia menepuk bahu Hakeem kuat. “aku masih tetap dengan pendirian aku Hakeem.” Tegas suaranya sambil berpaling ke arah tempat lain. 

“ya, ya, aku tahu!” hakeem mengiyakan. Namun, keluh kesah yang ditunjukkan. Siapa tidak takut, Qalea? 

“kalau aku tak muncul ke permukaan air, kau perlu terjun dan-” 

Hakeem menyampuk laju, “dan selamatkan kau.”

Qalea berdiri di tepi benteng, tangan menghayun ke langit, cuba mencari semangat. “wahai sahabatku dan kekasihku bunian, muncullah dan selamatkan aku!” dia bermonolog dalaman lalu terus terjun daripada tempat tinggi itu. 

“Qaleaaa!” entah kenapa Hakeem tiba-tiba terasa nyawanya tercabut melihat gadis itu pergi. Dia seakan-akan menyesal dengan rancangan ini. Sebuah idea yang gila dan boleh membawa maut!

“ah, aku dah gila agaknya! Bodoh! Ah! Ugh!” Hakeem menghambur kata-kata marah sambil menghentak kaki. Dia melihat kelibat Qalea sudah pun menjunam ke dasar laut. Perasaan yang sangat berat telah memakan diri. Hakeem terus membuka kasutnya lalu bersedia untuk terjun ke laut. Dia rasa sangat tidak sabar. Qalea memberitahu untuk memberi masa pada bunian itu munculkan diri. Entah mengapa dia tidak mahu mendengar kata-kata itu. Jika ada sesuatu berlaku kepada Qalea, aku akan salahkan diri aku!

***

Putera Furqan terasa sesak nafas. Di dalam tidurnya dia melihat Qalea sedang terkapai-kapai dan melambai-lambai meminta tolong. Wajah Qalea penat dan mukanya pucat. Bibirnya yang mungil menggeletar menahan sejuk. Kelihatan Qalea sudah tersedak dan tertelan begitu banyak air masin. Entah kenapa hati Furqan terasa berat. Sepertinya Qalea mahu dirinya diselamatkan. 

Tetapi bukankah dia memutuskan untuk tidak berjumpa dengannya lagi? Dia tidak mahu ada talian apa-apa lagi dengan gadis itu. Walaupun hatinya panas merindui. Walaupun fikirannya selalu memikirkan wajah gadis itu. Furqan mengelap peluh di dahinya. Dia terasa lemas!

Dengan cepat, Putera Furqan bangun daripada katil yang diperbuat daripada emas dan melebarkan sayapnya yang besar. Dia tidak pasti apa yang dia ingin lakukan. Sejenak kemudian, dia hilang tanpa bayang-bayang. Terbang ke dalam alam nyata. 


persoalannya, siapa yang dapat selamatkan Qalea? seorang jejaka manusia atau pun Putera Furqan, putera bunian bersayap lebar?

 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.