Home Novelet Cinta Dia Bukan Arissa 'Raya'
Dia Bukan Arissa 'Raya'
Syaida Ilmuna Ismail
18/7/2014 22:10:11
48,103
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
PART 1

1

ADAM FARHAN merenung ke luar jendela biliknya yang diterangi cahaya matahari. Hari indah buat dirinya kini yang sudah bergelar ayah buat kali yang kedua. Dikendongannya, bayi diberi nama Anissa binti Adam Farhan sedang nyenyak tidur. Alhamdulilah rezeki bulan Ramadan. Nampaknya tahun ini dia dan Arlisa beraya berempat. Adam, Arlisa, Ameera dan Anissa. Sebuah keluarga yang sempurna!

Sedang dia leka menatap wajah Anissa yang mulus dan tenang dibuai angin pagi itu, Puan Murni menguis bahu Adam dari belakang.

“Adam…” tegur Puan Murni lembut. Wajahnya tersenyum melihat Adam yang khusyuk menidurkan cucunya dikendongan.

“Syy… Ma… Kenapa?” bisik Adam sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir. Semalaman dia tidak boleh tidur kerana Anissa merengek. Kasihan akan Arlisa yang masih penat setelah menjaga anaknya seharian, Adam terpaksa menidurkan Anissa seorang di kamar lamanya. Nasib baiklah pengalaman dia menjaga Ameera dahulu masih lagi kuat terpahat di minda!

“Lisa dah bangun… dia nak susukan Anissa. Kamu pergilah berehat. Biar mama dengan Lisa pula tengokkan Nisa,” ujar Puan Murni.

Adam menarik nafas perlahan dan melepaskannya lemah. Setelah hampir enam ke tujuh tahun dia tidak menjaga anak-anak kecil, tak sangka pula tugas ini kembali menjengah. Rezeki ALLAH! Anissa yang berada didukungannya dengan perlahan diserahkan ke Puan Murni.

“Saya nak jenguk Lisa sekejap. Dia dah sarapan?” tanya Adam prihatin soal isterinya.

Puan Murni yang kini leka mengulit wajah Anissa hanya mengangguk-angguk mengiyakan kata-kata Adam. Memandang wajah mulus Anissa yang banyak mewarisi wajah Arlisa itu membuatkan dia terpukau seketika. Ya ALLAH, tenangnya anak kecil ini tidur. Padanlah begitu… Semalaman dia asyik merengek aje.

Adam yang memahami bahasa badan dituturkan ibunya itu berlalu pergi. Dia menuju ke kamarnya dan Arlisa. Sebaik sahaja dia menguak pintu buka, kelihatan Arlisa dan Ameera saling berpelukan antara satu sama lain. Rindu agaknya Ameera ni dengan Arlisa! Yalah, hampir seminggu Arlisa di wad bersalin kerana Anissa ditahan akibat dijangkiti demam kuning. Semalam barulah si ibu dan anak menjejakkan kaki balik ke rumah.

“Hey anak papa Ameera pun dah bangun?”

Ameera berlari-lari anak mendekati Adam seraya memeluk kakinya. Adam mencimpung Ameera dukung dan dia kemudiannya duduk bersebelahan Arlisa yang sedang bersandar di kepala katil.

“Pa! Kita keluar boleh tak pa? Mama, papa, adik, Meera… Kita pergi KLCC!” ucap Ameera gembira.

“Tak boleh sayang. Mana boleh… kan mama dan adik baru aje balik rumah. Sian mama. Mama letih lagi tu.” Adam mengusap wajah Ameera perlahan. Ameera mula membuat muka cemberutnya tanda tidak setuju. Bimbang Ameera merengek, Adam mengenyitkan matanya ke Arlisa tanda memohon isterinya untuk mencari akal memujuk si Ameera. Budak-budak di umur begini mudah tersentap. Nanti dia cakap papa asyik tumpukan perhatian pada adik saja. Kan payah tu!

“Ameera sayang… nanti bila mama dah sihat kita keluar ye? Masa tu adik dah besar sikit. Boleh Meera main dengan dia,” pujuk Arlisa. Tangan Ameera dielusnya lembut.

“Okay, tapi janji kita pergi KLCC tau?” Ameera menayangkan jari kelinkingnya pada Arlisa.

Arlisa pantas mentautkan jari kelinkingnya pada jari kecil Ameera. “Janji!”

Setelah itu, Ameera dengan girangnya berlari keluar dari kamar meninggalkan mama dan papanya sendirian. Adam mengambil masa itu dengan mendekati Arlisa. Rambut hadapan isterinya yang terjuntai ke mata dielus lembut ke belakang. Lisa… dia dalam apa jua keadaan sekalipun tetap nampak cantik di mata Adam.

“Dah makan?” bicara Adam romantis.

“Dah tadi… mama yang buatkan. Bertambah-tambah rajin mama semenjak dapat cucu baru ni,” balas Arlisa perlahan.

Excited mama tu… I tahu dia nak sangat tambah cucu. Bila kita kahwin, dia siap cakap dengan I jangan tunggu lama-lama nak dapat baby!” kata Adam sambil ketawa di hujung kata.

Arlisa tersenyum manja. Adam ni kalau bab mengutuk mama, laju aje dia ya! “Dahlah, kalau mama dengar merajuk dia tau. Hmm… malam ni Sofea jemput kita pergi majlis berbuka kat rumah dia kan?”

Yes… she invited us. Tapi I cakap dengan dia yang I memanglah tak boleh datang sebab nak tengokkan you. But mama and Fida is going.Dr. Zufri pun.

Arlisa mengeluh kecil. Kalau Adam tak pergi, nampak sangat macam dia pula yang mengongkong Adam. Tapi kalau Adam pergi… aduhai! Dia pula yang kena uruskan Ameera dan Anissa seorang. Takkanlah nak harap Mak Jah dan Siti. Mereka pun sibuk nak uruskan hal rumah.

“Kenapa?” Adam yang melihat Arlisa berubah wajah jadi sedikit terganggu. Ini mesti ada yang difikirkannya ni.

“Tak adalah… you betul ke tak nak pergi?” soal Arlisa untuk mengesahkan keputusan Adam.

“Yalah… nanti siapa nak tengok you? Ameera tu buas tau. Tak larat you nak layan dua-dua sekali.”

Arlisa mengusap-ngusap dagunya. Nak bagi Adam pergi ke tak? Kalau dia pergi aku pula yang makan hati. Sofea tu cakap je dah ada boyfriendlah… tunanglah… tup tup masih menyendeng dekat Adam lagi. Tapi kalau aku tak bagi dia pergi… Sofea mesti sindir-sindir aku lagi kalau kami bertemu! Hmm…

“Lisa? Are you okay dear?” Adam mengusap tangan Arlisa yang sejuk bagaikan ais. Aih! Ni dah kenapa pulak ni?

“Tak… I tengah fikir ni… I rasa you pergi je lah. Nanti Sofea cakap apa pulak dekat I halang-halang you dari pergi majlis berbuka dia,” putus Arlisa berat. Terpaksalah mengalah!

“Eh? Bila masa pulak Sofea cakap macam tu. Kalau dia nak fikir macam tu sekalipun… I tak kisahlah. I bukan siapa-siapa dengan dia. Dia pun tahu yang I dah kahwin dengan you. Kenapa pulak dia nak sibuk-sibuk?” tingkah Adam. Alah si Sofea tu! Mengada-ngada je lebih. Patutlah sampai sekarang tak ada yang berkenan dengan dia. Dah tahu aku dah kahwin pun masih nak berkunjung ke pejabat dan sesekali ajak makan tengahari bila Arlisa tak ada.

But… I tak naklah dia fikir macam-macam. You teman mama, Fida dan Doktor Zufri okay?” Arlisa sudah fikir masak-masak. Apa-apapun Adam suaminya. Apa-apapun Adam cintakan dia. Titik!

“No!”

“Yes!” Arlisa pantas meningkah. Matanya menjeling merajuk.

“Sayang…”Adam menggenggam tangan Arlisa erat.

“Pergilah… tak apa. I’ll be fine! Mak Jah ada. Siti ada,” kata Arlisa meyakinkan Adam.

‘Degil!’ getus hati Adam. “Okay I pergi. Tapi kejap aje… lepas habis berbuka I terus balik. Mama balik naik kereta Zufri dan Fida.”

Arlisa tersenyum. “Okay!” ucapnya lega.

***

Next: PART 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.