Home Novelet Alternatif Anugerah
Anugerah
Hana Mizari
27/3/2018 23:25:43
31,304
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
PROLOG

Apa akan terjadi sekiranya sekumpulan manusia diberikan anugerah?

Apa akan terjadi sekiranya sebahagian daripada manusia dianugerahkan dengan kebolehan istimewa yang tiada pada manusia lain?

Sebahagian manusia memang ada anugerah ke?

Atau ...

Ia cuma ilusi.

Yang seakan-akan realiti.

Atau ...

Ia sekadar manusia yang mentafsirkannya terlebih berimaginasi.

Atau ...

Ia cuma halusinasi yang dihasilkan minda yang terlebih berimaginasi.

Atau ...

Ia cuma masalah persepsi.

Persepsi.

Persepsi yang berbeza menghasilkan pentafsiran yang berbeza bagi setiap manusia. Persepsi ditentukan oleh cara berfikir. Cara berfikir dibentuk oleh persekitaran. Cara berfikir dibentuk oleh sistem kepercayaan.

Cerita ini akan membawa anda wahai pembaca untuk sama berfikir dan mentafsir. Adakah benar si pemilik anugerah itu memang mempunyai anugerah? Adakah mereka sebenarnya berdusta? Adakah mereka sebenarnya berhalusinasi?

Anda akan dibawa untuk meneroka setiap minda watak-watak yang dibawa dalam cerita ini. Apa yang mereka fikirkan. Apa yang mereka alami. Apa yang mereka rasa. Apa penderitaan yang mereka lalui. Apa persepsi masyarakat sekeliling terhadap mereka.

Sila gunakan imaginasi anda untuk meneroka ke dalam minda setiap watak dalam cerita ini, agar mampu mentafsirkannya dengan cara anda sendiri.

Cerita ini tiada genre. Anda semua bebas untuk memilih genre apa yang anda suka. Perbezaan genre akan menentukan perbezaan sudut pandang pembacanya.

Apa-apa pun, saya akan bagi cadangan. Anda boleh memilih sama ada untuk mentafsirkan cerita ini sebagai genre misteri atau fantasi.

Jika anda memilih genre misteri, anda akan sempitkan sudut pandang anda kepada pemikiran logik semata-mata.

Jika anda memilih genre fantasi, anda bebas berimaginasi dan berfantasi. Terbanglah sebebas-bebasnya ke alam khayalan imaginasimu.

Nah, pilihan di tangan anda. Anda bebas menentukan hala tuju anda. Saya sebagai narrator tidak akan masuk campur. Buatlah pilihanmu.

Antara fantasi atau misteri, mana satu pilihanmu?

Next: S201

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.