Home Novel Umum makanan dan kehidupan
makanan dan kehidupan
sang pena
6/6/2017 16:19:21
29,490
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 9

Sebagai penutup tirai, dalam meneruskankehidupan sudah pasti kita harus melakukan aktifitas seperti makan dan minum. Kitaharus memahami mengenai tujuan hidup di dunia ini. Kita tidak seharusnya makanuntuk mengenyangkan perut semata-mata tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.Lantaran itu, kepentingan makanan merupakan satu objek positif bagi setiapindividu dalam memacu pembesaran tubuh badan yang sihat seiring dengankemampuan kecerdasan otak untuk berfikir. Situasi ini merupakan agenda utamayang saling berkait rapat dengan kesihatan dan daya pemikiran. Umum mengetahui,badan yang lemah, lesu dan tidak bermaya akan menyumbang kepada penurunankemampuan berfikir. Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yangmembina di mana ia memberi kesan yang positif kepada minda. Sememangnya semuaorang mengimpikan kesihatan yang baik.

Dalam usaha mendapatkan kesihatan yangbaik kita perlu menjaga pemakanan agar seimbang dan sentiasa melakukan senamanbagi menyihatkan badan. Kenapakah kesihatan amat baik bagi manusia? Jika kitamempunyai kesihatan yang baik terdapat pelbagai faedah yang kita akan perolehidaripadanya.

Pepatah ada mengatakan bahawa ‘ kesihatanitu lebih baik daripada harta benda’. Jika kita mengalami masalah kesihatan,kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa. Malah kekayaan yangkita miliki juga tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Sebagai contoh, jika kitamengidap penyakit kencing manis, makanan yang sedap seperti daging dan udangtidak dapat kita makan walaupun kita mampu membelinya. Kita juga tidak dapatmelancong ke luar Negara walaupun kita mempunyai banyak wang.Orang yang sihatjuga mempunyai badan yang lebih cergas dan bertenaga. Jika seseorang itu sihat,dia mampu melakukan kerja-kerja hariannya dengan sempurna dan berkualiti. DiNegara kita banyak kempen telah dijalankan bagi mendidik masyarakat untukmenjaga kesihatan diri seperti menjalankan ‘Kempen Gaya Hidup Sihat’ supayarakyat kekal sihat dengan gigih akan dapat menjadikan Negara maju dalampelbagai aspek. Aspek ini sememangnya meliputi pentingnya pemakanan kepadaindividu dalam mengharmonikan diri kearah kesihatan yang lebih baik.

            Otakyang cerdas juga datangnya daripada badan yang sihat. Otak yang cerdas jugamembolehkan kita berfikir dengan rasional apabila menghadapi sesuatu perkara,seterusnya kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Pemilihan pemakananyang tepat mampu membentuk minda kelas pertama. Sesungguhnya, Negara kita amatmemerlukan rakyat yang kreatif dan inovatif untuk membolehkan Negara menjadimaju dalam bidang sains dan teknologi. Jika kita ingin menjadi pemimpin yangBerjaya, kita juga mesti mempunyai kesihatan yang baik. Kesihatan yangbaik  juga berperanan menjadikanseseorang itu lebih bahagia.  Jika kitasihat, banyak aktiviti yang boleh kita lakukan seperti melancong bersamakeluarga. Sesungguhnya, aktiviti yang dijalankan bersam-sama keluarga dapatmewujudkan keluarga bahagia. Sebaliknya, jika kita sakit, kita akan menyusahkanorang lain. Orang yang tidak sihat akan membebankan keluarga untuk menjaga danmencari sumber kewangan bagi menampung kos rawatannya. Orang yang sihat juga dapat menyimpan wang. Orang yang sakitmemerlukan wang untuk berbelanja bagi merawat penyakit yang dihadapi. Tambahanpula, kos rawatan bagi penyakit yang berbahaya dan kronik amat mahal.Adakalanya rawatan penyakit tersebut hanya terdapat diluar Negara. Jika kitasihat, wang yang kita miliki itu boleh digunakan untuk melancong, membantuorang susah,membeli barang-barang keperluan dan sebagainya.

Dalam aspek memilih makanan diet tidakkurang pentingnya dalam pemakanan. Diet dan gaya hidup yang sihat adalahsenjata terbaik melawan penyakit kardiovaskular. Bagaimanapun, terdapat banyakmaklumat yang bercampur dengan mitos berkaitan dengan pemakanan yang sihat.Adalah tidak mengejutkan andai banyak diantara kita yang keliru tentangjenis-jenis lemak. Kita juga banyak persoalan dengan garam, daging dan hasiltenusu. Dengan semua perbezaan-perbezaan pendapat, adalah baik untukmendapatkan maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, agar kita dapat membuatpilihan yang bijak bagi diet kita untuk faedah jangka panjang  terhadap jantung dan kesihatan kita. Corakpilihan keseluruhan adalah yang paling diambil kira.Dalam mengukuhkan lagitajuk ini, terdapat tokoh yang mengutarakan kepentingan aspek makananterutamanya dalam ajaran Islam. Menurut K.H Didin Hafiduddin dalam SeminarPameran Produk Halal Indonesia di Bogor menyatakan ajaran Islam mencakupiseluruh aspek kehidupan, tidak terkecuali masalah makan. Oleh kerana itu, bagikaum muslim, makanan di samping berkaitan dengan pemenuhan kebutuhan fisik,juga berkaitan rohani, iman dan ibadah . Dari ayat di atas dapat disimpulkanbahawa Allah menyuruh manusia memakan apa saja didunia ini yang diciptakanNya,sepanjang batas-batas yang halal dan baik( thayibah). Selain ayat-ayat di atasbanyak lagi ayat dalam Al-quran yang berisi suruhan atau perintah agar manusiaberhati-hati dalam memilih makanan, dapat memisahkan mana yang halal dan manayang haram, cara memperoleh makanan itu baik dari segi kesihatan jasmanimahupun rohani.

Begitu banyak ayat-ayat Allah SWT yangmemperingatkan kita akan halnya tentang makanan, apakah manusia tidak cukupmemperhatikannya? Walhal otot, tulang, paru-paru, hati, alat-alat buangan semuadi bangun dari apa yang kita makan.

 Bila kita menghindari makanan-makanan yangtidak baik (junk food), maka akan menghasilkan tulang yang kukuh, oto yangkuat, otak yang cemerlang dan penerimaan darah ke jantung dengan baik.

Manusia  selalu memperhatikan makanannya, sepertifirman Allah “ Maka seharusnya manusia memperhatikan makanannya”. Mengapa?Kerana manusia yang ingin sihat jasmani rohaninya, salah satu factor yangmenunjang adalah dari makanan dan pola makanan yang diterapkan.

Jadi bagi seorang muslim makan dan makananbukan sekadar penghilang lapar sahaja atau sekadar terasa enak dilidah, tapilebih jauh dari itu mampu menjadikan tubuhnya sihat jasmani dan rohani sehinggamampu menjalankan fungsinya sebagai

“Khalifah fil Ardhi”. Rasulullah SAW pernahbersabda dalam suatu hadisnya : “ seorang hamba Allah tidak akan berpindah duakakipun pada hari khiamat, sampai ia mampu menjawab empat hal : bagaimanaumurnya dihabiskan, bagaimana pengetahuan diamalkan, bagaimana hartadinafkahkan serta bagaimana tubuhnya digunakan”.

Sesungguhnya, begitu banyak hasil penelitianpara ahli yang menyatakan kesalahan dalam makanan dapat mengganggu beberapakerja tubuh, sehingga akhirnya baik langsung ataupun tidak langsung dalamjangka waktu tertentu dapat menimbulkan berbagai penyakit seperti penyakitjantung, darah tinggi (hypertension), diabetes, kegemukan (obesity) dansebagainya. Mengapa itu terjadi dari makanan. Mungkin manusia terlalu banyakmakan, terlalu banyak garam, terlalu banyak gula, lemak kolestrol, bahanmakanan tambahan(food additive), alcohol dan merokok. Padalah kesemua bahan inimendatangkan kemudaratan kepada badan. Oleh itu, Islam melarang sesuatu tentuada sebab dan hikmahnya.

Seterusnya, makanan dan permakanan adalah duaperkara berbeza, namun kedua-duanya ada kaitan kerana ia membabitkan makananyang diambil setiap hari. Makan boleh merujuk kepada apa sahaja makanan tetapipemakanan secara tidak langsung, mengingatkan kita kepada jenis atau kekerapanmengambil sesuatu makanan. Justeru, makanan mahupun pemakanan tidak boleh dipandangremeh kerana ia menyumbang kepada kesihatan diri dan sahsiah keterampilanindividu. Oleh sebab itulah kita perlu berhati-hati memilih makanan yangterbaik demi menjamin kesihatan. Menurut Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia,Dr Tee E Siong, dalam kata pengantar naskhah Buku Masakan Pilihan PakarPemakanan perlu di hebohkan agar masyarakat bijak menilai masakan yang sesuaidalam aspek  pemilihan pemakananseharian.

            Akhirkata sebagai penutup rumusan kali ini, makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untukkeperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untukpembesaran dan menjaga kesihatan. Pada masa yang sama, media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagaiprogram dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat. Sesungguhnya,pemakanan dan kehidupan yang baik mula mempengaruhi kesihatan tubuh sejakdaripada kecil lagi. Ia juga membantumenguatkan system imun pada masa kini dan masa akan datang serta menguatkansystem daya ketahanan semula jadi badan. Nikmat kepelbagaian sumber makananyang dianugerahkan Allah memerlukan kebijaksanaan seseorang individu untukmemilih makanan agar tidak mencampakkan dirinya dalam kebinasaan.

 

Pemakanan yang baik memainkan peranan yang penting dalammengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit. Kita pernah mendengar pepatah Inggerisyang menyatakan “ We Are What We Eat” yang berbunyi kita adalah apa yang kitamakan. Oleh itu, sekiranya kita ingin sihat, kita seharusnya mengamalkan makansecara sihat dan seimbang.  

Previous: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.