Home Novel Umum Stigma (SELESAI)
Stigma (SELESAI)
ae0907
12/10/2021 21:15:47
78,622
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 10

Pagi itu, Faiz memutuskan untuk ke bilik mudir dengan tujuan yang besar. Dia sudah memaklumkan pada mudir bahawa dia mahu menemuinya.

"Assalamualaikum, adakah saya menganggu waktu mudir?" ucap Faiz dengan senyuman di bibirnya. Sudah lama dia tidak dia bertemu dengan wajah tua bersih itu.

"Waalaikumussalam, oh Faiz. Duduklah." sambut mudir dengan senang hati.

Faiz melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan mudir.

"Kamu dan Nurhan sihat?"

"Alhamdulillah, kami berdua sihat sangat mudir."

Mudir tersenyum. "Macamana pengalaman kamu jadi warden? Ada apa-apa masalah?"

Faiz tersengih. Sudah mengagak soalan tersebut akan keluar dari mudir.

"Alhamdulilah, setakat ni oklah jugak walaupun ada sedikit..." Faiz terdiam seketika sebelum mula menyambung bicaranya.

"Perlakuan para pelajar yang kurang menyenangkan,"

Mudir ketawa kecil mendengar bicara Faiz. Dia kenal Faiz bagaimana yang merupakan salah satu anak murid yang terkenal dengan kenakalannya dahulu.

"Tak mengapalah Faiz, apa yang sudah berlaku kita biarkan ia pergi. Banyak lagi jalan di hadapan mata. Gunakan jawatan yang Allah beri ni untuk tebus semula kesalahan kamu yang dulu. Lagipun, semua manusia tidak sempurna. Kita, manusia tidak akan pernah terlepas dari kesalahan."

Faiz tersenyum sebelum angguk mengerti Mudir itu jugalah antara asbab kenapa dia begini.

"Erm, mudir. Boleh saya tanya sesuatu?"

"Ya, Faiz. Apa?"

"Boleh saya tahu serba serbi pelajar yang bernama Wajdi Hariz?"

"Wajdi Hariz? Oh, pelajar tingkatan lima itukah?"

Faiz mengangguk. Dia mahu mengenali latar belakang Wajdi Hariz secara lebih lanjut. Pernah juga dia bertanya kepada guru-guru lain mengenai Wajdi. Namun, pelbagai jenis cerita yang dia dengari. Mana yang sahih dia tidak tahu.

Hanya mudir sahajalah yang dia percayai sepenuhnya.

~~~

"Kau jumpa tak?" soal Wajdi. Dia tidak habis-habis menyelongkar setiap sudut lokernya. Atas, bawah, kiri dan kanan, habis dia jelajah. Baju sekolahnya pula sudah kelihatan lusuh kerana perbuatannya yang menyelongkar dan tidak memperdulikan debu-debu.

"Aku tengah usaha," balas Johan. Namun, seketika raut wajah berubah dan memandang Wajdi. "Kau tak masuk kelas ke?"

"Aku ponteng,"

Johan menggelengkan kepalanya. Lagi pun sudah ramai cikgu mereka mengatakan Wajdi sudah bijak, masuk tak masuk kelas pun tidak mengapa. Sememangnya perlian namun nyata kan?

Suasana kembali lengang kerana mereka meneruskan pencarian. Sedar tidak sedar, sepuluh minit berlalu.

"Ish takde pun!" Wajdi seakan putus asa. Bukan setakat lokernya diselongkar, tetapi sudah hampir satu dorm! Fikirnya, pasti kertas itu terbang ke mana-mana jika tidak ada berdekatan dengan lokernya.

Johan menatap Wajdi yang berwajah frustasi itu sambil cuba menstabilkan penafasannya. Tipulah kalau kata dia tidak penat mencari. Johan memejamkan mata seraya mulutnya mengucapkan sesuatu. Fikirnya, apa yang dilakukannya adalah solusi yang terbaik sekarang.

Wajdi yang merasakan tiada balasan dari Johan, menghadapkan tubuhnya pada remaja itu. Namun, wajahnya bertukar hairan melihat apa yang dilakukan oleh Johan.

"Wei, kau baca jampi ke apa?"

Namun, kata-kata itu tidak dihiraukan oleh Johan dan dia meneruskan bacaannya. Sebaik sahaja selesai, dia memandang ke arah Wajdi yang seakan tidak puas hati.

"Ustaz Nurhan pernah bagitahu aku, kalau hilang sesuatu barang baca Surah Ad Dhuha."

Gigi Wajdi diketap rapat. Mahu menidakkan dia tidak punya kuasa. Kalam Allah SWT, tiada yang mustahil.

Melihat Wajdi yang seakan terkedu dengan ucapannya tadi, membuatkan Johan tersenyum tipis. Dia lantas menunduk untuk meneruskan pencarian nota itu. Hampir dua minit mencari, dia melihat ada cebisan kertas kecil yang terselit di bawah loker Wajdi.

"Alhamdulilah dah jumpa!" jerit Johan sebaik sahaja menemukan nota itu di bawah loker Wajdi.

Wajdi termangu "Aik? Asal aku cari tak jumpa pun?"

Johan tidak menjawab lalu menghulurkan nota itu kepada Wajdi. Nota itu agak berhabuk dan terkoyak sedikit kerana dipenuhi debu kotoran yang ada di bawah loker.

Huluran Johan disambut. Hati Wajdi berdecak kagum dengan perlakuan Johan sebentar tadi. Dengan hanya kalam Allah sahaja, semuanya dipermudahkan. Dia mengipaskan kertas itu seketika sebelum membaca tulisan itu.

Johan

Haritu aku ada pinjam buku tulis kau, aku nak bagi selalu lupa. Kalau kau nak kau ambik je dalam loker aku.

Wajdi


Dahi Wajdi berkerut sebaik sahaja nota itu selesai dibacanya. Orang yang hantar nota ni dah buang tabiat ke apa? Tak pernah pun aku meminjam buku orang dari form one sampai sekarang.

Wajdi cuba menahan amarah. Kenapa dia diperlakukan begini rupa? Siapa yang menimbulkan fitnah ini kepadanya dan Johan? Kertas itu digenggam erat.

"Wajdi," Johan memegang bahu Wajdi. Dia tahu apa yang dialami Wajdi sangatlah berat. Bahkan jika dia berada di tempat Wajdi, pasti dia akan melakukan hal yang sama.

"Masalahnya, Johan..." Wajdi menatap Johan dengan pandangan yang sendu.

"Kau dijadikan umpan untuk fitnah aku,"

~~~

Wajdi memicit pelipisnya dengan penuh penekanan. Mindanya cuba mengumpulkan kembali petunjuk berkenaan dengan peristiwa tempoh hari. Nota yang berada di tangannya dibaca kembali. Keluhan berat dilepaskan.

'Siapa yang buat semua ni? Siapa yang berdendam dengan aku sampai macam ni?' Berkerut dahinya memikirkan hal itu.

Apakah kerana perilakunya? Setahu Wajdi, dia tidaklah mencari masalah dengan sesiapa. Cuma, beberapa peraturan sekolah dan asrama sahaja yang tidak diikutnya

"Wajdi!" Fahmi menepuk bahu Wajdi perlahan. Mujur tepukan itu tidak kuat, kalau tidak arwah sudah insan yang bernama Fahmi Irfan ini dikerjakannya.

"Bagi salamlah lain kali. Nanti ada yang tidur dekat bilik rawatan," Fahmi hanya tersengih memandang Wajdi. Dia tahu rakannya itu hanya bergurau sahaja. Tapi, boleh jadi juga Wajdi tidak bergurau dengan kata-katanya.

"Hehehe... Maaf, maaf. Assalamualaikum." Fahmi berkata sambil menggaru belakang tengkuknya. Wajdi hanya menggeleng perlahan.

"Waalaikummussalam. Haa, kan bagus macam ni," belakang Fahmi ditepuk perlahan.

Fahmi tersenyum melihat perilaku Wajdi.

Sejak Wajdi mula berbaik-baik dengan si Johan, dia dapat melihat bahawa perilaku Wajdi mula berubah. Sedikit tetapi bagi mereka ianya satu perkara yang sangat besar. Mereka juga perasan Wajdi agak rapat dengan warden baharu mereka itu.

"Kau buat apa kat sini? Dari tadi aku tengok jauh kau termenung." Fahmi bersuara sambil mengambil tempat di sebelah Wajdi. Kepalanya turut diangkat memandang langit malam itu. Kelihatan bintang-bintang di langit bercahaya malam ini, menyerikan lagi pemandangan malam itu dengan sinaran malam bulan penuh itu. Hatinya berasa tenang melihat keindahan ciptaan Allah S.W.T itu.

"Cantikkan langit malam ni?" Pertanyaan Wajdi membuatkan Fahmi menoleh ke arahnya.

Dirinya sedikit terkejut apabila melihat wajah Wajdi yang kelihatan sedikit tenang sambil tersenyum nipis itu. Fahmi mengangguk sambil melihat semula ke atas.

"Haah. Jarang aku tengok langit malam macam ni. Selalunya aku nampak bulan saja, jarang dapat tengok bintang pun ada sekali." Fahmi berkata, membenarkan kenyataan Wajdi itu.

"Kau...okay tak sebenarnya ni?" Fahmi bertanya lagi apabila menyedari Wajdi bagaikan ingin menukar topik perbualan mereka. Dia tahu Wajdi memang payah sikit kalau bab - bab nak kongsi masalah ni.

"Aku... okay je kut." Riak muka Wajdi berubah sedikit muram. Fahmi yang melihat perubahan air muka Wajdi itu menghela nafas perlahan.

"Kau ada nak cerita apa-apa dekat aku tak?" Fahmi cuba membuatkan Wajdi bercerita tentang masalahnya.

"Aku dengan Johan dah jumpa nota tu." Kata- kata Wajdi membuatkan Fahmi tersenyum lebar. Namun, reaksi Wajdi yang masih lagi muram menghairankannya.

"Baguslah tu. Jadi, apa lagi yang jadi masalah kau sekarang ni?" Fahmi bertanya sambil menyengetkan kepalanya.

"Nota apa yang tertulis kat situ?"

"Nota tu tulis yang aku pinjam barang Johan lepastu aku suruh dia ambil sendiri dari loker aku. Kebetulan pulak aku pergi tandas time tu, dan loker aku dah buka. Tu yang Johan geledah je loker aku tu. Tapi sekarang ni, siapa yang buat kerja gila ni?" Pertanyaan Wajdi membuatkan Fahmi juga hairan.

"Kalau nak diikutkan logikla kan, ramai orang sebenarnya tak suka kau, kan? Tapi, tak pernah pulak ada orang buat sampai macam ni sekali." Fahmi menyuarakan pendapatnya.

"Aku tahulah pasal tu. Itu yang susah sekarang ni. List name panjang sangat. Tapi aku tak rasa ada orang akan berdendam dengan aku sampai macam ni sekali. Sampai nak libatkan orang yang tak berkait pulak tu!" Wajdi berkata sedikit marah apabila teringatkan kembali kecederaan yang berlaku kepada Johan akibat dari peristiwa tempoh hari.

"Sekejap. Kenapa kau belasah Johan malam tu? Ada apa kat dalam loker kau?" Fahmi bertanya laju apabila teringatkan tentang hal itu.

"Dalam loker tak ada apa yang penting sangat pun. Cuma, ada satu nota yang terlekat dekat dinding loker aku. Aku ingatkan si Johan tu yang letak, tapi bukan dia"

Wajdi berkata dengan nada perlahan. Dia masih berasa bersalah kerana membelasah Johan tanpa mendengar penjelasannya terlebih dahulu.

"Nota tu tulis apa? Mesti menyakitkan hati kan sebab sampai lunyai kau belasah Johan malam tu."

Kata-kata Fahmi membuatkan Wajdi   mengingat kembali perkara itu.

"Dia tulis yang aku ni anak haram. Tu yang aku panas tu." Penumbuknya dikepal. Mengingati kembali ayat itu, dia berasa marah, tetapi dia lebih marah kerana teringatkan nasib yang berlaku ke atas Johan.

"Anak haram? Macam pernah dengar je?" Kata-kata Fahmi membuatkan Wajdi pantas berpaling ke arah Fahmi.

"Kau dengar kat mana?" Wajdi pantas berpaling ke arah Fahmi. Matanya dipenuhi dengan harapan agar nama yang akan disebutkan oleh Fahmi nanti adalah orang yang bertanggungjawab ke atas kejadian yang berlaku baru-baru ini.

"Bukan ni ke sebab kau pukul Amirul dalam tandas awal tahun haritu? Sebab dia kata kau anak haram, kan?" Fahmi berkata sambil mengerutkan dahinya. Mata Wajdi membuntang apabila teringatkan peristiwa itu.

"Jadi kau tak nak masuk perhimpunan hari ni?"

Azhar mencekak pinggang sembari menggelengkan kepalanya tatkala mendengar ucapan Wajdi barusan.

"Haih, aku masuk ke tak masuk ke. Itu hal aku," ujar Wajdi ketus. Jemarinya membuka pili air di wastafel dan membilaskan wajahnya.

"Aku dengar kau jadi Ketua Pengawas dan Asrama. Wah, hebat betul kau Wajdi. Takut aku dekat dengan orang hebat-hebat ni. Merinding..." ujar Fahmi sambil sesekali menepuk pelan bahu Wajdi.

"Ayat tu jangan high sangat boleh tak? Aku tercalon, bukannya 'jadi'. Tu la, time kelas BM kau tidur. Kata senang, boleh hafal lah. Nanti sebelum exam gelabah tak tahu kata pemeri, kata imbuhan tu apa."

Azhar dan Fahmi tertawa. Suka benar mereka melihat bebelan Wajdi. Menurut mereka itu sangat kelakar.

"Habistu, nak lepak tandas? Perhimpunan nak start ni."

Wajdi berfikir sejenak. "Pergi balai ilmu la. Kat sana si Haziq tu selalu tinggalkan kunci. Lagipun apa susah kalau hadap dieorang,"

Azhar dan Fahmi mengiyakan pernyataan Wajdi. Majoriti semua pelajar termasuk pengawas sangat takutkan sikap baran Wajdi. Namun, ada sebilangan yang tidak menganggap Wajdi itu sebagai satu masalah bagi mereka.

Sebaik sahaja mereka bertiga ingin keluar, tiba-tiba pintu diikuak dan menampakkan sosok tubuh seorang remaja berseragam pengawas.

"Ha, korang buat apa kat sini? Nak ponteng?"

Wajdi mengernyitkan matanya sejenak ke arah remaja yang mungkin sebayanya?

"Kau... Budak baru?" tanya Wajdi.

"Oh, kau budak kelas sebelah tu kan? Yang baru masuk tahun lepas, kawan dengan Hilman kan?" soal Azhar antusias.

"Kalau ya, kenapa?" balas remaja itu dengan nada yang berlagak membuatkan Wajdi menatapnya jengkel.

"Kau budak baru, buat cara budak baru. Jangan ganggu kami." Wajdi menjeling seketika dan cuba untuk keluar namun ditahan oleh remaja itu.

"Wajdi Hariz... Itu nama kau kan?" soal remaja itu sembari tersenyum sinis.

Wajdi menjadi bingung. Kalau pertanyakan dari mana remaja itu mengetahui namanya, dia tidak kisah. Namun di sebalik tatapan sinisnya, membuatkan Wajdi menjadi tercabar.

"Habis tu?"

Sementara Azhar dan Fahmi, hanya menatap bingung dengan interaksi kedua insan itu.

"Kau tahu? Kau tak layak ade dekat sekolah tahfiz ni! Anak haram macam kau ni memang patutnya campak dekat mana-mana lorong je. Tengoklah kau pun sebenarnye budak bermasalah dekat sini. Semuanya sebab kau ni anak haram!" Amirul terus menjerit tepat ke mukanya sebelum dia dibelasah oleh Wajdi.

Wajdi membulatkan matanya. Sepanjang 17 tahun dia hidup di muka bumi, ini kali pertama dia mendengar perkataan yang sangat kurang ajar daripada seorang remaja yang dia langsung tidak kenal.

Kerana terlalu mengikut perasaan, Wajdi menarik kerah baju remaja itu dan menghajarnya habis-habisan.

"Wajdi!" Azhar dan Fahmi terkejut bukan main. Mereka cuba meleraikan pergelutan itu.

"Tutup pintu, Fahmi!"

"Asal pulak?!"

"Kau nak Wajdi masuk bilik disiplin lagi?

Mahu tidak mahu Fahmi mengunci pintu kerana dia tidak mahu perbuatan Wajdi diketahui. Meskipun perbuatan itu agak 'bodoh', tapi mahu bagaimana lagi? Lagipun hari itu merupakan hari pertama bagi sesi persekolahan. Mereka sebolehnya tidak mahu membuat onar pada hari pertama sekolah.

"Wajdi, sudah!" Azhar masih lagi cuba untuk meleraikan Wajdi yang tidak habis memukul remaja itu. Matanya melirik pada tag nama pada  baju yang dikenakan oleh remaja itu.

Amirul Shazwan.

"Kau, kalau nak sakitkan hati aku dengan kata-kata kau tu... baik kau mati jelah!" satu tumbukan dilepaskan ke muka lawannya menyebabkan tubuh itu terjatuh.

"Wei, dah lah tu Wajdi." rakannya, Azhar cuba menenangkannya.

Wajdi tidak menghiraukan kata-kata Azhar. Kemudian, dia melepaskan sepakan ke perut menyebabkan orang itu terdorong mengenai dinding tandas.

"Sabar, Wajdi!" seorang kawannya yangbernama Fahmi, mencelah. Fahmi memeluk Wajdi erat untuk menghalang Wajdi melepaskan amarahnya. Jika dibiarkan, boleh mati lawannya itu.

"Kau pun satu, Amirul. Masuk tahun baru dah buat hal dengan kiteorang." ujar Azhar dengan riak tidak puas hati.

Amirul tersengih. Seolah-olah luka dan lebam yang 'dihadiahi' oleh Wajdi itu tidak memberi apa-apa kesan.

"Psycho betul. Nama je Qudwah! Perangai tak serupa jawatan!" gumam Wajdi.

"Aku tak kisah kau nak pukul aku, sebab aku tahu kau tu anak..." belum sempat Amirul menghabiskan ayatnya, pintu tandas ditendang kasar menyebabkan pintu tersebut terbuka luas.

Amirul?!

Wajdi dan Fahmi berpandangan sesama sendiri.


Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.