Home Novel Umum Stigma (SELESAI)
Stigma (SELESAI)
ae0907
12/10/2021 21:15:47
77,986
Kategori: Novel
Genre: Umum
PROLOG

Suara tangisan bayi kedengaran mendayu dalam dekapan seorang wanita. Wanita itu, memeluk anaknya erat dengan wajah yang dipenuhi dengan air mata.

"Maafkan ibu..."

Wajah bayi itu kembali damai, kerana usapan sang ibu yang penuh kasih sayang menerpa tubuhnya yang kecil. Dengan perlahan, bayi itu diletakkan betul-betul di hadapan sebuah panti asuhan. Wanita itu kembali menahan air matanya, dan meninggalkan bayi itu.

Tanpa dia menoleh kembali.

17 tahun kemudian...

Suasana di stesen bas sangatlah sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu meletakkan beg ataupun bagasi mereka di tempat duduk bersebelahan perhentian. Memandangkan hari itu merupakan hari terakhir cuti sekolah, jadi ramai orang, lagi-lagi pelajar yang berstatuskan pelajar asrama, mahu ke asrama sekolah mereka. Ada juga beberapa pelajar universiti yang turut berada di situ untuk pulang ke kampus masing-masing kerana telah habisnya cuti sem.

Ketibaan sebuah bas, membuatkan beberapa orang yang berada di situ bangkit sembari memegang beg dan bagasi mereka masing-masing, menunggu penumpang yang berada di dalam bas yang telah mereka tempah dengan sesabarnya. Okey, sekarang mari kita fokuskan kepada seorang pemuda yang baru sahaja turun dari bas sembari menggalas sebuah beg. Pemuda itu menatap sekilas suasana di stesen bas itu sebelum mengambil bagasinya di bawah tempat letak beg di bonet bas.

Setelah mendapatkan bagasinya, pemuda itu terus ke arah tempat duduk awam dan melabuhkan punggungnya. Tangan kanannya ligat meraih telefon pintarnya di poket seluar dan terus mendail sebuah nombor.

"Assalamualaikum, Nurhan. Aku dah sampai kat stesen. Kau ada kat mana?"

"Waalaikumussalam, sekejap lagi sampai. Aku sekarang tengah on the way. Jalan kat bandar ni memang jem sikit..."

"Yalah, aku tunggu."

Setelah mengucapkan salam, pemuda itu mengeluarkan keluhan kecil. Dia menatap telefonnya kembali. Skrin telefonnya memaparkan tiga remaja yang tersenyum mesra sambil bergandengan bahu. Pemuda itu tersenyum tipis melihatkan gambar itu. Gambar yang menghadirkan sejuta memori dan keindahan dalam hidupnya. Sedang asyik menatap, tiba-tiba ada seseorang menelefonnya, membuatkan pemuda itu menekan punat telefon dan menggeserkan di bulatan hijau.

"Oh dah sampai eh? Kat Magnate Cafe? Ouh okey... okey..." Panggilan itu ditamatkan dan pemuda itu terus memasukkan telefon ke dalam poket seluarnya. Bagasinya diraih dan berjalan pantas ke arah yang dituju.

****

"Wajdi, dah tengok-tengokkan dah barang? Ada yang tak cukup?" tanya Pak Azlan sambil membetulkan cermin matanya. Lelaki separuh baya itu sedang membaca jurnal di sebuah meja di ruang tamu.

"Semuanya cukup, atuk." ujar Wajdi sekilas sambil menyusun beberapa komik di rak bersebelahan dengan meja yang ditempati Pak Azlan.

"Baguslah," Pak Azlan mengukirkan senyuman kecil sebelum ia kembali membelek jurnal yang dibacanya.

Wajdi hanya diam, namun tangannya ligat mengambil sebuah komik yang akan dibacanya sebelum berangkat ke asrama esok hari. Dia kemudian menuju ke arah meja dan menarik sebuah kerusi.

Pak Azlan tersenyum nipis melihat Wajdi yang duduk di hadapannya dengan membaca sebuah komik. Dalam diam, dia memerhati raut wajah Wajdi yang seakan tidak menyukai persekolahan. Bahkan dia tahu semuanya apa yang berlaku pada Wajdi sepanjang cucunya itu menuntut ilmu di sana.

"Wajdi,"

Panggilan Pak Azlan membuatkan atensi Wajdi beralih menatapnya.

"Kenapa atuk?"

"Apapun yang Wajdi hadapi, kuatkanlah semangat ya? Buang yang keruh, ambil yang jernih."

Wajdi hanya tersenyum tipis mendengarkan nasihat itu. Nasihat yang dibicarakan oleh Pak Azlan itu sudah sebati di dalam otaknya.

"Terima kasih, atuk. Untuk nasihatnya."

****

Wajdi menyandarkan badannya di tembok dinding belakang musolla sembari menatap kerdipan di langit. Samar-samar kedengaran suara ustaz yang mengendarai majlis perhimpunan asrama di dalam musolla.

Pergi ke majlis perhimpunan? Ianya tidak tertulis di dalam kamus hidup Wajdi setelah insiden memilukan menimpa dirinya pada beberapa tahun lalu.

Dan ia berlaku di sini. Tempatnya menuntut ilmu. Dipanggil berpuluh kali di bilik HEP? dia sudah terbiasa. Namun Wajdi sendiri hairan, kenapa ramai pelajar dan guru tidak menyukai. Apakah kerana sifat barannya? Wajdi tidak peduli. Dia terus menatap langit. Mengagumi betapa indahnya ciptaan Dia Yang Satu.

Esok adalah hari pertama persekolahan bagi tahun baru. Tahun yang merupakan tahun terakhir baginya di situ dan juga tahun di mana dia bakal menghadapi peperiksaan terbesar sebelum melangkah masuk ke alam universiti.

Peperiksaan apa? Yakni SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)

Akhir tahun lalu, khabar mengenai bahawa dia dilantik menjadi Ketua Pelajar dan Ketua Asrama membuatkan semua warga sekolah heboh termasuk guru-guru. Bahkan kesemua mereka tidak bersetuju dan akhirnya namanya dibuang dari senarai percalonan. Hal itu tidak membuatkan Wajdi kecewa atau sedih, tetapi melegakan hatinya. Dia sendiri tidak rela dan mahu memegang jawatan itu.

****

Faiz menghela nafas lega. Dia baru sahaja selesai memperkenalkan dirinya sebagai seorang warden di hadapan ratusan pelajar asrama di hadapannya. Sekarang adalah waktu perhimpunan asrama untuk kali pertama pada tahun itu. Dan juga kali pertama baginya. Agak gementar pada mulanya, namun Faiz berhasil menghabiskan ucapannya. Malam itu juga dihadiri oleh mudir dan beberapa atasan pihak asrama.

Faiz tersenyum melihat telatah pelajar-pelajar di hadapannya. Ada yang tersenguk, ada yang bermain-main, ada yang fokus, ada yang senyap-senyap tidur di belakang tubuh rakan. Hal itu mengingatkan Faiz sewaktu berada di kedudukan tersebut. Jujur dia mengatakan bahawa dia sangat merindui itu. Dan dia berasa tidak sabar untuk menunggu hari esok. Di mana tugasnya sebagai warden akan digalaskan dengan sebenar-benar. Moga dengan jawatan yang diberi oleh Allah SWT ini, akan menjadi asbab kebaikan dan memperbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik.


Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.