2
Pagi yang malar segar, sesegar aku yang
dibangunkan telefon bimbit yang melagukan lagu Rondo Alla Turka, karya Mozart.
Seperti dia barangkali, muzik itu menyegarkan minda, bagai ada panggilan yang
perlu dijelaskan segera.
Selepas bersiap dan meneguk kopi dan
sekeping roti telur di gerai berhampiran, seperti kata budak lelaki yang lebih
kurang pada anggaranku berusia antara sebelas sehingga dua belas tahun, “Roti
jantan”, aku segera bertolak untuk mencari Pejabat Wantas. Pesanan ibu semalam aku ingat lagi, “Ril pergi ke Kuala
Kedah, tengok je papan tanda bertulis, Jeti Kuala Kedah. Nampak masjid, ke
sebelah kiri. Di sebelah kanan Ril nanti, akan Nampak pejabat JPJ. Di depan
pagar JPJ, ada pejabat Wantas. Ril pergilah ke pejabatnya.” Panjang lebar
sekali. Aku ingat lagi, aku hanya mengangguk. Ibu menyambung lagi.
“Jangan mengangguk aje. Pejabat Wantas
tu, kata Makcik Salma, kecil saja.Jangan nak cari pejabat yang besar-besar pulak. Nanti cari
tak jumpa pulak. Saiznya macam besar van je.” Aku juga masih ingat lagi, aku
mengangguk lagi.
“Van?”
“Ha’ah, sebesar van.”
“Maksud ibu, sebesar kabin?”
“Ya, ya. Itu lagi tepat.” Kata ibu
sambil ketawa. Agaknya sukar untuk ibu mencari perkataan ‘kabin’ dalam kamus
mindanya.
”Atau Ril boleh gunakan RORO saja.” Ibu
memberi cadangan kepadaku.
Aku hanya menggelengkan kepalaku. Menggunakan
RORO, istilah kepada kapal pengangkutan seperti Feri di Pulau Pinang yang boleh
mengangkut kenderaan bersama penumpang sekali terus ke pulau lagenda itu bakal memberikan
aku kelebihan. Ya, tentunya, aku dan keretaku, dapat terus menjejeakkan kaki ke
sana secara terus. Masalahnya adalah, aku bakal tiba di Kedah tengah malam, dan
perlu memandu lebih lama sehingga tiba di Kangar, dan keesokkannya perlu ke
Kuala Perlis. Jadi, jalan singkatnya, aku lebih suka untuk singgah ke Kuala
Kedah.
Aku benar-benar mengikuti petua yang ibu
bekalkan, dan ternyata kata-kata ibu ada kebenarannya. Bak kata orang-orangtua,
‘Kecil-kecil cili padi’ pejabat yang comel tidaklah bermakna perniagaan yang
tidak laku juga. Perniagaan syarikat ini agak hebat. Penghantaran kenderaan
yang berlaku detiap hari, entah berapa kali laluannya dari Kuala Kedah-Langkawi
setiap hari. Pejabat Wantas yang comel,
benar-benar comel di mataku. Hanya satu unit kabin yang diletakkan sebagai
pejabat penghantaran.
Dan aku tergelak sendiri memikirkan
kenapalah tidak sahaja aku gunakan panduan GPS yang tersimpan dalam peti
smpanan di bahagian dash boardkeretaku.
Bukankah lebih mudah, membiarkan suara gadis yang mendayu itu memberi arahan
dengan mudah!
Segera meletakkan kereta di padang
bersebelahan pejabat. Berbekalkan tempahan yang telah dibuat oleh rakan ibu,
yang biasa kupanggil dengan nama Makcik Salma, aku segera menyebut nombor
keretaku. Dan lega, keretaku bakal dihantar petang nanti, dan keesokkannya aku
bakal mendaratkan keretaku di pulau sana.
Di pejabat sana, kad pengenalan dan
salinan pemilikan kenderaan segera dilakukan, aku segera mengisi borang penghantaran kenderaan.Dan bayaran, sebanyak dua ratus
ringgit bertukar tangan.
“Bukan selalu bayaran hanya RM 150.” Aku bertanya kepada gadis yang
menjaga meja pelanggan di pejabat miniku. Mengikut pesanan ibuku, bayarannya
sepatutnya dalam lingkungan RM150 sahaja. Bayaran yang dikenakan sebenarnya
mengikut saiz dan model kereta.
“Maaflah encik. Disebabkan akan ada LIMA,
bayaran naik sedikit.”
“Oh LIMA.” Aku mengangguk perlahan. LIMA
atau daripada ringkasan daripada Langkawi International Maritime and
Aerospace, atau jika diterjemahkan kepada Bahasa Kebangsaan sebagai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa
Langkawi bagaikan memberi faedah pendapatan tambahan kepada syarikat
pengangkutan seperti ini. Apalah daya, sebagai pelanggan, terpaksa bersetuju
dengan permintaan yang ditawarkan. Seperti yang dikatakan selalu, ‘Take it or
leave it.’ Sebagai pengguna, aku terpaksa menerimanya juga. Aku perlukan
penghantaran keretaku ke seberang laut di sana.
“Saya ke kereta sekejap, mahu ambil beg.
Segera aku mencapai kunci kereta, berjalan ke pakir yang hanya berjarak
beberapa meter, membuka pintu kereta di bahagian dalamnya. Segera ku mengambil
satu beg baju bersaiz sederhana yang
mengandungi beberapa helai baju, seluar panjang dan sehelai kain pelikat,
sehelai tuala mandi dan barangan dandanan biasa.Barangan berharga lain seperti note book yang aku
simpan di dalam beg sandangku, sebuah kamera video, sebuah i-pad segera aku
sandang ke belakangku.Kunci kereta segera aku pulangkan kepada gadis
Tionghua tadi dengan ucapan terima kasih.
“Jeti, ke Langkawi arah mana?”
“Encik jalan terus ke sebelah kiri. Lepas tu terus saja, jangan
belok-belok lagi. Tak jauh pun, dalam lima minit saja.”
“Terima kasih.” Kulihat dia tersenyum
kembali. Melihat senyuman dia, kepenatan semalam bagaikan hilang. Nasib baik
aku sudah memiliki Amelia, kalau tidak! Aku pasti mengurat gadis tadi. ‘Andai
berbekalkan rupa, tentu hidung pesekku, mata sepet dan warna kulit kelabu ini
tidak akan dapat mengurat dia, tapi dengan ‘Dr’ di hadapanku, pasti, dia tidak
kisah dengan wajahku yang tidak glamor.’ Fikiran nakal jantanku menjentik juga,
dalam mengharungi kepanasan cahaya mentari yang mulai sudah agak tegak di atas
kepalaku.
Di jeti, orang ramai agak bersesak. Barisan bagi mendapatkan tiket feri
pada jam 1.30 petang agak bersesak panjang. Terdapat lebih kurang duapuluh
orang yang berbaris. Baju t-shirt biru yang kupakai terasa lekit dek peluh yang
mulai merembes keluar.Angin Timur yang panas sesekali menggila juga,
menampar manja, tetapi tidak menggoda langsung!Penghawa dingin yang mengalir perlahan, tidak cukup
bagi menampung manusia yang ramai begini. Dan bernasib baik, sekeping tiket bertukar tangan.
“Dua puluh tiga ringgit.” Penjual tiket bersuara ramah. RM 23 bertukar
tangan. Agak mahal untuk satu berjalan yang hanya sejauh 17 km. Barangkali
kalau menaiki teksi di ibukota hanya akan berjumlah RM 10.50 sahaja. Jumlah
sekali ganda rupanya. Segera mataku melihat jam, masih ada sejam setengah lagi
masa untuk bertolak. Terpandang akan gerai di tepian laut di sebelah kiri.
Teringat lagi pesanan ibu, “Sebelah kiri jeti, ada gerai.Cubalah laksa
utara di sana, sedap.”
Laksa utara bukanlah makanan
kegemaranku. Itu makanan kegemaran ibu sebenarnya. Aku lebih selesa menjamah
nasi dan kari Melayu. Pun begitu, apalah salahnya mencuba. Barangkali sesedap
kata ibu. Aku segera melangkah mengikut kakiku menuju ke sebelah kiri seperti
yang dipetuakan.Ternampak lagi sebuah pejabat penghantaran, kali ini lagilah
bersaiz ‘super mini’. Kali ini pejabat penghantaran barangan, kemudahan kepada
sesiapa yang mahu menghantar barangan tanpa perlu menaiki feri ke pulau sana.
Hanya bersaiz sebuah ‘tandas’ yang hanya memuatkan seorang kerani penghantaran.
Bayangkan betapa kuatnya pengaruh pejabat bersaiz mini ini yang berupaya
menghantar barangan yang lebih bersaiz besar, melebihi saiz pejabatnya sendiri.
Bauan air laut yang berbau pahit dan maung agak memualkan bagi sesetengah
orang, tetapi agak biasa bagi seorang doktor perubatan seperti aku. Akhirnya
aku temui juga gerainya, bertulis menjual laksa dan sebaris lauk pauk.
Melihat kari kepala ikan membuatku terasa
lapar, agaknya sekeping roti canai yang dimakan sebagai sarapan sudah lama
diproses, hadam dalam perut.
“Bagi saya nasi mak cik.” Segera aku
meminta mak cik pertengahan umur itu yang kelihatannya sedang menunggu
pesananku. Dia segera menghulurkan sebiji pinggan plastik yang berisi nasi
panas. Aku hanya merenung pinggan plastik yang sudah kelihatan kekuningan.
‘Plastik!’ Ah, pelbagai persoalan
tentang satu perkataan yang mudah disebut!
‘Plastik?’, sekali lagi dia mengaum
dalam hati.Dalam minda.
Dalam ritma jantungku.
Andai mengikut teori yang biasa aku baca, penggunaan plastik sepatutnya
dielakkan bagi mengisi makanan terutamanya bagi hidangan yang panas. Bahan
kimia yang berada dalam plastik akan bertindak balas dengan haba panas dan
member kesan kepada bahan kimia dalam badan manusia. Penggunaan pinggan daripada kaca atau seramik
lebih baik dalam hal sebegini.Tetapi, pilihan apakah yang aku ada.
Sekali lagi sebagai pengguna, kita tiada pilihan.‘Take it or leave it’.
“Mak cik bagi saya mangkuk sebiji.”
Dengan segera mak cik itu menunjukkan ke arah sisiku.
Rupanya, pinggan dan mangkuk diletakkan bersama, hanya sebelah menyebelah.
Mangkuk yang aku ambil diisi dengan kari kepala ikan. Nampak sedap! Dan
nampaknya rupanya tidak kalah dengan rasanya. Kari kepala ikan yang amat enak.Air limau ais yang disedut pula
memberi kenikmatan yang tidak terhingga.
“Mak cik, bagi saya laksa satu.” Segera
memesan sepinggan laksa utara pula.
Sengaja aku masukkan hanya sesenduk nasi cuma bagi memberi ruang untukku merasa
laksa pula. Kuah laksa yang panas, terbau harumnya bunga kantan, dan dihiasi
dengan potongan daun daun kesum, bawang dan cili padi. Kuhirup perlahan. ‘Boleh
tahan, sedap.’ Hati memuji perlahan. Untuk pelanggan yang bukan peminat laksa,
makanan yang rasanya begini, ‘two thumbs up’. Pujiku lagi. Aku menghirup
titissn kuah yang terakhir dalam mangkuk yang sederhana saiznya. Bukannya
kerana aku lapar sangat, perutku terasa sudah ‘penuh’ tetapi itulah caranya
yang diajar oleh ibuku menikmati makanan.
Sebagai pengguna, kita perlu menjadi
pengguna yang konservatif. Jadi makan dengan berhemah adalah perkara terpuji.
“Jangan membazir makanan,” kata ibu berkali-kali, pesanan yang biasa ibu
sebutkan berkali-kali ketika aku memulakan sarapan, makan tengah hari atau malam
ketika kecil dahulu. Jadi kebiasaan menjadi habit yang menguntungkan. Dan
kata-kata azimat ibu ada betulnya, bayangkan sebutir nasi barangkali menjadi
penghubung nyawa akan negara-negara yang mengalami peperagan seperti Palestine
atau Somalia, yang mengalami kebuluran akibat kemarau yang berpanjangan.
Bauan air masin terbawa dek panas hawa angin Timur menyentuh hidungku perlahan.
Mataku terus memandang ke arah kejauhan sana. Laut yang terbentang luas.
Walaupun pemandangannya tidaklah secantik lukisan yang biasa kita gambarkan,
lautan yang membiru dan sebagainya. Kepadaku, laut lebih kelihatan dengan warna
kelabu. Langit tentunya masih membiru, cantik. Terasa damai dan keresahan yang
silih berganti. Bot-bot nelayan kelihatan tersadai di muara, air masin kulihat
hanya separas bawah penanda tiang besi, mungkin menandakan di bawah paras yang
biasa atau tanda paras air pasang. Jam menunjukkan lebih kurang 15 minit lagi,
feri akan tiba dan berkemungkinan feri mulai bersedia untuk memuatkan penumpang
ke atasnya.
Segera membayar harga makanan dan berlalu. Hanya sebuah beg sandang,
sebuah beg pakaian dan sebuah beg yang mengandungi gitar. Tidak berani
meninggalkan gitar semalaman di dalam kereta yang akan mendedahkan gitar ini
kepada kepanasan.Kulit gitar akan mengelupas, atau talinya yang
meregag mungkin akan putus. Tidak pasti bagaimana perkhidmatan servis gitar di
sana. Mungkin ada? Atau mungkin tiada? Tiada siapa tahu. Dan aku bakal tahu,
paling cepat dalam tempoh 48 jam berikutnya.
Barisan penumpang mulai kelihatan
sehingga ke paras belakang jeti. Aku mengambil tempat yang aku percayai di
belakang sekali Di bahagian berhampiran jeti, kelihatan paras pasir laut yang
berselut. Anak-anak ketam yang kelihatan merah bagaikan ‘berlarian di atas
tanah selut yang berwarna kelabu gelap. Telefon bimbitku mulai bermelodi lagi
di dalam poket seluar jeansku.Aku bergerak jauh untuk melihat di skrin pemanggil penting ini.
“Alamak ibu! Lupa nak bagitahu ibu aku sudah nak ke feri.” Bercakap
perlahan sendiri. Segera menjawab panggilan.
Panggilan salam dijawab. Segera memohon kemaafan, “Maaflah ibu, lupa nak
update info. Dah nak naik feri ni, tengah beratur.”
“Itulah. Ibu ingat nak bagitahu Mak
Cik Salma.Nanti dia tunggu di jeti.”
“Tak payahlah ibu. Biar saja Ril tidur di hotel malam ni. Pagi esok Dil
telefon makcik. Hari ni biar Dil rehat sajalah ibu. Agak penat. Malam nanti nak
tidur awal sikit.” Menerangkan dengan panjang lebar. Aku pasti Makcik Salma
boleh menyediakan bilik tetamu yang selesa tetapi waktu ini aku hanya terfikirkan
‘katil dan bantal’ sahaja.Aku benar-benar merasakan aku perlu tidur semalaman bagi
memulihkan tenaga yang keletihan semalaman memandu bersendirian. Situasi ini
agak ‘canggung’ jika kerana di rumah Mak Cik Salma. Terbayang rumah Mak Cik Salma yang berwarna jingga keemasan.
Rumah teres setingkat yang dibuat daripada kayu.
Perjalanan di atas feri sudahpun menjadi
satu perjalanan yang panjang kepadaku. Mataku sudah meranum. Kupejam mata,
membayangkan keresahanku di siti. Aku akan berada di pulau terbuang ini,
mungkin selama-lamanya. Walaupun pulau ini menjadi pilihanku untuk bertugas
kerana di sinilah Idolaku, Tun Dr.Mahathir Mohamad memulakan kerjayanya sebagai
pegawai perubatan!
Bunyian keriuhan menyedarkan aku. Aku
tertidur dalam situasi yang kurang selesa sebenarnya. Beg kecil pakaian yang
berada di bawah tempat duduk. Beg sandang pula yang berada di atas ribaku,
sementara beg gitar berada betul-betul di hadapanku, berdiri dengan menjadikan
hanya ada ruang beberapa inci daripada tubuh kurusku. Ah! Bagaikan tidak
bernafas jadinya. Kelihatan penumpang mulai berdiri, panjang sekali barisannya.
Aku menyapu wajahku dengan tisu lembap yang aku bekalkan di dalam beg
sandangku. Terasa segar sedikit. Penumpang sebelahku, seorang lelaki
pertengahan umur dan isterinya barangkali awal-awal lagi sudah hilang lesap
daripada pandangan mataku. Agaknya mereka perlu tergesa-gesa untuk turun ke
jeti di pulau ini.
Aku menunggu barisan itu semakin surut
dan tiada sesiapa lagi yang berbaris di pintu. Mendapat tempat duduk
berhampiran pintu, hanya dua kerusi berhampiran pintu keluar yang sempit seakan
member kelebihan kepadaku. Dan aku akhirnya memecahkan rekodku di sini dengan
menjadi orang terakhir yang keluar daripada feri penumpang. Deretan penumpang
sudahpun menunggu giliran untuk masuk sebelum ke dalam feri, untuk bertolak
balik daripada pulau ini ke Kuala Kedah.
Bauan jeti yang ‘gah’ besarnya seolah
memberikan rasa kelainan kepada diriku. Yalah, aku sudah lama sangat tidak
berada di sini. Sejak aku dan ibu keluar daripada pulau buangan ini. Angin
Timur bergerak pantas, berangin dan menyenangkan.
Berjalan di tengah-tengah jeti simen ini
memberi nafas kelegaan setelah terhimpit hampit dua jam di dalam feri bernama
LADA 2, Dataran Helang boleh dilihat dari jauh, mengikut ‘google’ yang aku
lihat sejak sebulan yang lepas, apabila aku tahu, yang aku ditempatkan di sini.
“Kereta sewa cik?” Sepanjang jalan di
sapa dengan pertanyaan jika kita berkeperluan mendapatkan kereta sewa. Aku
hanya menggelengkan kepala tanpa suara. Deretan kedai-kedai mewah, kedai
makanan termasuklah Starbuck Café mengejutkan aku. ‘Jadi, tidaklah aku akan
kerinduan untuk menikmati secawan kopi dari Starbuck’, hati berbisik sendiri.
Tidak menyangka jeti akan jauh berubah daripada pandangan yang pernah aku lalui
dahulu.
Mataku melingas memerhatikan sekeliling.
Aku perlu mencari teksi yang boleh membawa aku ke Hotel Baron. Barangkali
mandian yang menyegarkan, makanan yang panas boleh memberi rehat yang aku
inginkan.
Aku melintasi lintasan ‘zebra’ yang disediakan.
Teringat kata abang kereta sewa yang aku tanyakan sebentar tadi, “Lintas
‘zebra’ tu, di belakang tu ada kaunter teksi.” Dengan slangga yang perlu
diamati sedikit, tentunya perkataan itu boleh difahami dengan mudah.
“Saya nak teksi ke Hotel Baron.”
Permintaan yang mudah. “Okay, encik ikut saya.” Aku dibawa kepada sebuah
teksi yang baru. Aku segera mengambil tempat di hadapan, bersama pemandu
setelah meletakkan beg sandang dan gitar ke tempat duduk penumpang.Pak cik
dalam pertengahan usia lima puluhan itu memperkenalkan dirinya sebagai Mokhtar.
Katanya, dia boleh dipanggil sebagai Pak Cik Tart. Aku tersenyum sendiri,
‘Tart, tart nenas?Atau
Tart jem?’ dalam hati bersorak sendiri.
“Encik mai lawat sini?Baru
pertama kali ka?”
“Tak. Bukanlah pertama. Tapi dah lama
tak datang sini. Dah berbelas tahun juga.”
Dia tersenyum sambil tangannya terus
memegang stereng kereta.
“Lama dua puluh tahun tu. Encik nak pi
melawat ka esok, saya boleh bawa encik.”
“Terima kasihlah pak cik. Esok kawan ibu
saya akan bawa saya ke rumah dia.”
“Oh, macam tu. Encik kerja sini? Kerja
di mana?”
“Bukit Tekoh!”
“Bukit Tekoh?”
“Hospital.”
“Ohh, doktor lah ni. Mesti doktor ni ganti Dr. Rahmad yang baghupencen minggu lepas.”
Aku mengangguk. ‘What a small world’. Dia juga tahu pasal Dr.Rahmad. “Pak
Cik Tart kenal doktor tu?”
“Kenal. Kenal sangat-sangat. Saya pun
tinggal dekat-dekat situ. Dr. Rahmat lama di situ. Anak dia kecik lagi masa
mula-mula dia mai sini, sampai dah bercucu di sini. Dia dah balik kampong dia
lepas pencen, buka klinik sendiri di sana Anak lelaki dia pun doktor juga. Buka
kliniklah dua beranak tu.” Dia bercerita panjang lebar. Dalam hubungan
psikologi dan taraf sosial, bercerita penuh bermakna dia mengenali individu
tersebut secara dekat. Hubungan inter-personal.
Teksi ini mulai melintasi Jalan Putra,
dipayungi pokok-pokok sena bersaiz besar yang merendang. Mentari yang tegak di
kepala bagaikan teduh, dipayungi dedahan pohon dan dedahunnya yang berjuntaian
di kedua-dua belah jalanraya. Bayangan pokok laksana payung besar yang
memayungi cahaya suria yang semarak menyala.
Aku mengangguk terus. Sepasang mata
sepetku segera terpandang bangunan yang sangat biasa pada zaman silamku.
Melintasi sebuah masjid, aku bagai terpukau. Entah berapa lama tidak
menjejakkan kaki di masjid seindah ini.
“Ni Masjid Al-Hana.” Aku mengangguk
terus. Entah bagaimana terbayang akan zaman dahulu. Terbayang akan wajah
seorang budak lelaki yang mengayuh basikal berulang alik di kawasan masjid ini.
Aku pernah berada di sini, barangkali belajar membaca al-quran. Bagai skrin
wayang gambar yang mengulang aksi budak lelaki yang comel berulang-alik ke
masjid ini zaman kanak-kanak dahulu. Bagaikan ternampak akan budak lelaki yang
berseluar teluk belanga, dan berbaju t-shirt kerana baju tekuk belangannya sudah
dibuka dan diperosok ke dalam beg yang berada dalam raga basikal. Hon dengan
nada sederhana terhadap motorsikal menghentikan fantasi lamaku.
Di simpang hadapan masjid, Pak Cik Tart
memberi isyarat membelok ke kanan.
“Dah sampai?”
“Hotel tu belakang sini saja. Lepaih
Perpustakaan awam ni, Hotel Baron la. Sini senang doktor nak makan. Ada banyak
gerai makan di keliling.”
“Nama saya Shahril. Shahril Adli.”
“Jadi Doktor Shahril la ni.”
“Pakcik panggil saja saya Adli.”
“Tak sedap nak panggil Adli saja. penat-penat orang belajar nak jadi
doktor ni.”
Aku tersenyum. Kata-kata pakcik separuh
umur pada anggaranku, ada kebenarannya.
Pun begitu, panggilan doktor hanyalah pangggilan formaliti sebagai profesion
pekerjaan. Dia membantu aku membawa baranganku ke dalam ruang ‘reception’.
“Berapa Pak Cik Tart?”
“Sepuluh ringgit.” Duit berwarna merah bertukar tangan.
Dia sebaliknya menghulurkan aku sekeping
kartu namanya. “Kalau Doktor perlu apa-apa nanti, telepon la pak cik ya.”
“Okay. Bila saya sudah dapat rumah
nanti, saya telefon pak cik.”
“Bukan nanti doktor duduk rumah Dr.
Rahmat tu?”
Aku tersenyum kembali. Rumah untuk
keluarga yang berada dalam kawasan Klinik di sana terlalu besar untukku,
lagipun terasa tidak ada privasi dengan tinggal bersama dalam lingkungan klinik
itu. Jadi, aku memohon untuk tinggal di luar sahaja, masih lagi berada di
sekitar kawasan tempat aku bekerja.
“Tak pak cik. Kawan mak saya carikan
rumah dekat-dekat situ juga.”Dia mengangguk lagi. Setelah berurusan dari ‘hotel ke hotel’ aku
melangkah ke bilik. Melihat situasi bilik, aku tergelak sendiri. Dua katil
kelamin yang besar. Sebuah katil bagi mengisi beg kecil dan gitar, dan sebuah
lagi katil untuk diriku sendiri.
Teringat akan Amelia, segera aku menekan
butang panggilan segera.Butang
nombor satu!
“Eh Dil, you dah sampai.”
“Dah. Siap landing atas katil
lagi. Wish you were here! Right now!”
Dia hanya ketawa mengilai di hujung
gagang. “Kenapa pulak?”
“Katilnya mak ooi, besar giler. Dua buah lagi.”
Aku hanya menanti dia ketawa lagi. “I tak boleh lama. Sekejap lagi ada
orang jemput I. I ada majlis amal, show baju tradisional.”
“Really, you tak cakap pun.”
“Last minute Ril. Baru tahu
malam tadi.Ada orang tarik diri, I tolong jayakan saja.”
“You pakai baju apa nanti?”
“Kebaya nyonya. Baju kebaya Pahang dan
Baju kurung pesak Pahang.”
Memejamkan mata sambil membayangkan
Amelia dalam Kebaya Nyonya. Sah! Memang cantik amat! Tubuh kecil moleknya,
berkulit merona putih gebu, akan sesuai dengan apa juga jenis pakaian pun!
“I jadi cemburu tiba-tiba Lia!”
Dia ketawa lagi, “Apasal pulak Encik Ril?” Soalan yang kedengarannya
bagai berpura-pura sahaja kepadaku.
“Ialah, melihat cantiknya you dalam kebaya nonya tu, semua mata-mata
lelaki akan memandang you sahaja.”
Kudengar dia terus ketawa. “Habis kalau
ada di atas pentas, penonton lain semuanya di bawah. Memang sah la orang akan
pandang kami yang ada di atas pentas.”
“Kalau I yang pakai kebaya tu, sure tak
de yang pandang.” Sengaja menjawab, membayangkan diri dalam baju kebaya nyonya
itu, ‘Andai warna merah terang lagi, kena ke dengan rona kulit kelabuku, dengan
berhidung jambu air, ah, siapapun tak akan pandang.’ Hatiku mengusik sendiri.
“Memang la tak ada yang pandang Ril ooi,
awakkan jantan?”
Aku tergelak. Sebenarnya terlupa satu
perkataan lagi, “Kalau I perempuanlah. Kulit dah lah kelabu, hidung pesek, mata
sepet.”
“Tak semestinya begitulah Ril. Ada
beberapa model kulit hitam, dan hidung yang pesek macam you, tapi berjaya.”
“Siapa?” Sengaja menduga dia.
“Tyra Banks, Naomi Campbell, Chanel Iman…Ramailah lagi.”
Aku tergelak. Sebenarnya aku hanya bergurau dengan Amelia. “I nak you
kata, youlah orangnya. Haiya!”
Agaknya dia baru terperasan gurauanku dan tertawa lagi.
“Maaflah Ril, kena bergerak dah ni.Pemandu dah
sampai.”
“Okay.” Belum sempat aku habiskan,
perbualan kami ditamatkan. Dan teringat dengan ibu, baik aku lekas memberitahu
ibu yang aku sudah menjejak tanah pulau ini.
Dail yang disambung segera bersambut. Segera aku memberi salam. Ibu
menyambutnya dengan ucapan balas.
“Dah sampai?”
“Dah ibu. Bosan sungguh atas feri, lamanya. Dekat dua jam.”
Ibu hanya ketawa.“Tu kira cepatlah tu. Zaman dulu lagi
lama. Tapi dulu tak boring sangat kot.Konsep feri yang
terbuka. Tak ada dinding, jadi orang boleh tengok laut.”
“Nampak laut ibu? Terbuka? Tak ada dinding? Lagilah boring ibu. Apa nak
buat kalau nampak laut.”
Terdengar ibu ketawa, menandakan dia kelakar sangat dengan perkataan aku
sebentar tadi.“Tengok laut pun dapat pahala Ril. Itukan tanda kekuasaan
ALLAH. Dulu-dulu masa Ril kecil, Ril suka tengok laut. Ril kata nak
berenanglah, nak menyelamlah, nak tangkap ikan, nak pancing, macam-macam Ril
nak buat.” Ibu bercerita lagi dengan ketawa, menandakan dia suka apabila
bercerita tentang cerita yang lama ini.
“Biar betul ibu?”
“Betul. Entah kenapa bila Ril dah
‘besar’, minta semuanya hilang begitu saja.”
Aku hanya terdiam. Tiada perkataan untuk
aku gambarkan kata-kata yang keluar daripada bibir ibuku. Aku tidak memahami
semuanya, adakah kata-kata berbaur luka? Marah? Atau sekadar menyelongkar
sebuah cerita lama sahaja. Dan aku memutuskan untuk bertanya.
“Ibu marah Ril ke?”
“Marah?Taklah. Kenapa pulak nak marah.Ibu juga pelik, angan-angan dan
impian Ril hilang setelah dewasa.Ril begitu suka sangat pantai. Air laut
macam taman permainan bagi Ril. Mungkin sejak ibu pindah jauh dari pulau…”
“Mungkin semua tu akan datang balik?
Siapa tahu.” Cepat-cepat memotong perkataan ibu. Kudengar ibu hanya ketawa
sebelum menyambung.“Mudahan.
Tak ada yang salah pun dengan hobi Ril sebelum ini.”
“Ya lah ibu.” Aku mengerutkan dahiku.
Tidak dapat meletakkan diriku yang sukakan pantai dan laut seperti yang
dinyatakan ibuku. Seingatkan aku, aku memang ‘alah’ dengan pantai! Pantai dan
laut bakal menghitamkan kulitku yang sudah hampir separuh perang.
“Nak ibu beritahu Mak Cik Salma yang Ril
sudah ada di sana?”
“Tak pa lah ibu. Ril di hotel sekarang ni. Biar Ril rehat dulu malam ni,
pagi esok Ril telefonlah auntie Sal. Malas Ril nak tidur rumah kawan ibu malam
ni. Tidur hotel senang sikit, nak tidur awal ke, lambat ke.”
“Ialah. Ikut Ril sajalah. Jumpa ibu
esok. Ibu nak kena hantar adik ke tuisyen ni.”
“Ialah ibu. Salam untuk adik ya.”
Ibu menyudahkan panggilan kami dengan
ucapan salam. Dan tugasku menyambut salam yang diberi ibu.
“Waalaikummussalam.” Panggilan
ditamatkan. Berbaring sebentar dan terbayang akan pekan kecil yang aku
tinggalkan dahulu. ‘Pekan cowboy’ yang aku pernah menjadi ‘pekan kecil hidupku’
yang sangat menarik. Dan entahlah, sejak berpindah keluar, aku tidak pernah
kembali lagi ke sini. Mungkinkan tempat ini akan menjadi titik tolak perubahan
kehidupanku? Tiada siapa yang akan tahu.
Dan sebenarnya aku tiada mempunyai
halangan dan rintangan untuk menikmati kehidupan manisku yang baru sahaja
bermula. Dan sedikit pembetulan; akan manis jika tidak bermula di tempat ini!
Aku benci sekali pulau ini. Aku bencikan laut! Bencikan pantai! Bencikan feri
yang menjadi peghubung utama. Entah berapa lama aku akan betah berada di sini!
Berada dengan jiwa dan hati yang tenteram.
Mencuba mengubat hati, segera
menyegarkan diri dan keluar berjalan kaki menuju ke pekan kecil pulau yang aku
benci ini! Dan mengikut pegawai seranta hotel tadi, Bandar kecil ini tidak
begitu jauh, hanya berjarak 1 km lebih sahaja. Aku singgah ke pusat penerangan
pulau yang hanya berjarak kira-kira 500 meter daripada Hotel Baron.
Sigadis manis di kaunter bagai sedia
menunggu soalan. Gadis yang berwajah bujur sireh,
dengan rambut lurus yang dilepaskan ke bahunya. Uniform berbaju batik dan
berseluar panjang menyerlahkan gaya
yang bersahaja. Dan wajahnya mengingatkan aku dengan Ameliaku. “Ya encik, apa
yang boleh kami bantu?”Soalannya menjadikan aku menyedari, aku
agak lama merenung wajahnya.
“Saya cuma perlukan peta.”Cepat-cepat aku mengubah pandanganku.
Agaknya dia sudah terbiasa dengan pandangan nakal sang lelaki!
Dia menghulurkan peta dan mengasak pertanyaan lagi, “Encik mencari
sesuatu tempat atau barangan khusus?”
“Tak ada. Terima kasih.” Aku menyambut peta yang dihulurkan.
‘Tangannya tentunya lembut jika disentuh.’ Fikiran nakal seorang lelaki. Aku
berlalu. Rasanya jika aku mencuba dialog seperti ini, “Saya Dr. Adli Shahril,”
sifar peramahnya akan bertambah. Dalam hati membuai rasa bangga, sendiri.
Dia hanya mengangguk mendengar jawapanku. ‘Aku akan lama di sini
sayangku. Lama. Entah berapa abad terperangkap di sini.’ Menjawab sendiri,
bagaikan melodi hati yang hambar. Semua ini berlaku dengan kesalahan uncle. Suami ibu yang tidak pernah aku
senangi. Hanya aku perlukan lakonan untuk menyenangi hati ibu. Menghormati ibu
sebagai seorang lelaki yang melindungi kami selama ini.
Melintasi Hotel Putera, dan deretan
kedai perabut bagaikan mengembalikan nostalgia lama. Melihat bangunan yang
didirikan di kiri bahagian jalan raya membuatkan aku separuh terkejut. Dalam
mengingati memoriku yang masih lagi berhingusan hijau semasa meninggalkan pulau
ini, aku rasakan bandar kecil ini sebenarnya amat berubah! Dulunya
bangunan-bangunan ini hanya dihiasi dengan selaut laut dan pantai. Dan laut itu
sudah bertukar menjadi sebuah bandar yang agak sederhana besarnya.
Jalanraya pula seakan sibuk dengan
deretan kereta yang melintasi jalan utama di pulau ini. Bangunan lama yang aku
lewati bagaikan menggamit nostalgia lama. Bangunan yang sudah usang dan hampir
runtuh menyembah bumi. Bangunannya sudah lama, sudah berkulapuk rupanya,
berwarna hitam. Sebahagian dindingnya sudah dipenuhi dengan tumbuhan yang
menjalar. Aku pasti, andai adik berada di sini, dia pasti akan berkata,
“Berhantu bangunan ni bang!” aku pasti.
Tergelak sendiri. Manalah ada hantu dalam dunia ni. Aku tergelak lagi. Puas aku
menyeberangi lautan Pasifik dan Lautan Atlantik, namun belum pernah terserempak
hantu lautan, mahupun hantu tempatan.
Pokok sena di sebelahnya yang tumbuh
besar dan merimbun bagaikan menggamit nostalgia. Aku melintas jalan menuju ke
pokok sena itu, entah apa yang membawa kau ke sana.
Lorong berjalan tanah merah mengingatkan
aku dengan sesuatu. Aku pernah memalui jalan-jalan ini barangkali. Dan gambaran
seseorang, seorang gadis yang lebih dewasa kepadaku yang berjalan bersama
melintasi lorong ini. Dalam ingatanku, terbayang akan wajahnya yang ceria, leka
memegang tanganku melintasi lorong ini. Di belakang lorong ini, adalah sebuah
tokong Cina. Dan kalau tidak salah, berdekatan tokong inilah rumah Mak Cik
Salma. Andai tidak salah ingatanku yang sudah lama ‘berkarat’ dengan memori
lama. Dan aku sudah terlupa namanya. Puas aku memikirkan.
Melintasi lorong jalanraya yang agak
sunyi dengan kenderaan. Terdapat deretan kereta yang dipakir di tepian jalan.
Gerai-gerai mulai didirikan. ‘Agaknya akan didirikan ‘pasar malam’ malam ini.’Hati berdesir sendiri. Kalau begini,
aku mengambil keputusan bersiar-siar dahulu. Perlu kenal pasti di mana bank,
barangkali di mana kedai gajet elektronik dan sebagainya. Dan esok apabila
keretaku tiba, akan tiba masanya untuk aku menyelongkar segenap inci bumi pulau
yang kubenci ini.
Bauan air masin sekali lagi
mencelah mencium hidung kemekku. Air
laut yang mengalir di antara dua tanah, dipisahlan bagaikan sebuah sungai
kecil. Air yang surut hanya memperlihatkan selut yang hitam warnanya. Di
tengah-tengah sungai ini terdapat sebuah jambatan berwarna kuning yang
dikhaskan untuk kenderaan. Lorong pejalan kaki juga disediakan di kedua-dua
belah jalan ini. Aku mengikut kakiki berjalan melintasi jambatan. Angin petang
bertiup lembut, menampar manja tubuh kurusku. Pun begitu, hati dihambat
kerisauan. Pertanyaan demi pertanyaan. Soalan demi persoalan. Soalan seperti
berapa lama aku di sini? Bagaimana dengan hubungan aku dengan Amelia? Hubungan
jarak jauh bukanlah halangan kepada hubungan kami sebelum ini, seperti yang
biasa disebutkan PJJ, (ringkasan untuk Pengajian Jarak Jauh) atau jika
disesuaikan dengan kami, lebih sinonim
dengan Percintaan Jarak Jauh.Aku pernah berada di England
sementara dia berada di New York.
Kami pernah beratus purnama, jauh berselang benua. Dan pada masa itu, kami
masih dapat menjalinkan hubungan tanpa masaalah!
Menyusuri kedai menjual elektronik
membawa aku ke kedai yang menjual peralatan kamera.
“Ya, encik mahu cari apa?”Penjual yang peramah ini segera
menyapa. Seorang anak muda yang masih muda, barangkali masih seusia denganku
atau lebih muda.
“Nak tengok kamera yang boleh masuk ke dalam air!”Cepat-cepat
perkataan itu yang terkeluar daripada bibirku, entah apa motifnya. Aku belum
pernah menyelam a.k.a scuba, mahupun berenang di laut, yang tidaklah menjadi
tarikan utama hobiku di masa lapang. Sepanjang hidupku, kami jauh daripada
laut, masakan aku mahu menambah hobiku kepada berenang di laut!
“Ini ada beberapa jenis abang. Ada
kamera memang untuk terus dibawa masuk ke dalam air. Ada juga sarung kamera.
Abang tentu sudah ada kamerakan?”
Aku mengangguk. “Ada. Kamera biasa je.”
“Abang boleh bawa kamera tu ke sini.
Mungkin abang boleh beli sarungnya sahaja. Abang kerap ke menyelam?”
Aku tergelak. “Tak.” Sebenarnya dia belum tahu yang aku belum pernah
menyelampun.
“Tak apalah. Saya tengok-tengok dulu.Nanti saya bawa
kamera saya, tengok, boleh ke gunakan sarung yang ada ni.”
Pemuda itu terus mengasak soalan,
“Kamera abang jenis apa?”
“Tak apalah, nanti saya datang lagi.Taklah nak beli
sekarang pun.”
Dia tersenyum. Setelah mengucapkan
terima kasih, aku mengarahkan kakiku menuju ke deretan kedai-kedai elektronik.
Aku akan memerlukan sebuah televisyen, sebuah peti sejuk yang bersaiz kecil,
barangkali juga sebuah mikrowave. Peralatan yang lain, sebuah penghawa dingin,
tentunya panas berada di pulau yang dikelilingi laut! Semua peralatan yang
menjadi asas kepada sebuah rumah biasa. Persoalannya, aku cuma agak pokai. Akan
perlu bergantung kepada ibu untuk bantuan. Mungkin aku akan terpaksa memilih
peralatan yang paling penting sekali.Dan yang paling penting, televisyen, peti sejuk dan microwave
dan penghawa dingin.
Berjalan dalam kedai yang mempunyai sebuah peralatan tersebut seolah
membunuh diriku.Bayangkan jika aku hanya terpaksa memilih hanya dua buah
peralatan sahaja, aduh! Pasti pening kepala dibuatnya.
“Peti sejuk, mesti ada. Televisyen kalau
bosan.Tak ada tak pe,
ada notebook, ada lap top, but still
bored without television.” Mula bercakap sendiri.
“Mikrowave okay lah kalau tak de dulu. Nanti-nanti boleh beli.” Terasa
menyesal juga tidak membawa microwave yang ditawarkan ibu semalam. Ibu
menawarkan microwave baru yang dimenangi oleh uncledalam satu kejohanan golfnya, tetapi aku menolak. Menolak
kerana sikap sombongku, kononnya tidak mahu mengambil apa-apa barangan uncle.
Mencongak akan harga semua barangan, mahu juga mencecah ribuan ringgit.
Aku tersengih sendiri. Tengoklah bagaimanan ibu boleh membantu. Mungkin ibu
setuju jika aku boleh menjelaskan bayaran secara ansuran kepada ibu.
Aku kembali ke jalan pertama itu semula,
berjalan sendirian di pasar malam, dihimpit ratusan manusia di sana. Selepas
membeli sekeping ayam panggang, dua keping apam yang bertulis, ‘Apam Pulau’,
sepuluh cucuk satay daging dan sebungkus air milo ais, aku segera beredar balik
ke bilikku di Hotel Baron. Perjalanan malam terasa agak lama. Angin malam
seolah membuai rasa. Jalanraya yang kelihatan sibuk dengan kenderaan yang
bersimpang siur pun menjadikan hatiku terjerat dengan rasa sunyi-bangi. Sepi.
Aku dapat merasakan kehidupanku di pulau
ini akan menjadikan kehidupan malamku ini akan merasa sepi. Dan aku merasakan
keputusanku memilih tempat ini sebagai memulakan kerjaya adalah salah! Tetapi
ah! Siapa tahu, seperti Tun Mahathir Mohamad, idolaku, Tun juga telah memulakan
kerjayanya di sini, siapa tahu, tempat ini bisa mengubah kehidupanku! Aku tidak
akan sepi lagi! Aku tidak akan sunyi lagi! Dan malam yang tidak berbintang,
bulan yang juga menghilang di mana-mana pelusuk dunia yang lain, aku berjalan menuju
ke bilikku, disambut sengan senyuman malam seorang receptionis shif malam yang
sudah kelihatan sedikit mengantuk.
Aku menghabiskan makan malamku sendiri,
sambil menonton televisyen, entah program yang mana. Kulayani perasaan sendiri,
entah mangapa, aku bertanya lagi, mengapa tempat ini yang kupilih? Aku boleh
hanya bertahan di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), mengapa aku betah
berjauhan di sini? Mengapa? Kenapa? Aku sendiri tiada jawapan! Mungkin masa
akan memberi jawapan kepada soalan hatiku? Mungkin tempat ini akan
mengembalikan diriku yang sudah hilang ditelan arus masa? Mungkin tempat ini
akan mengembirakan aku yang sudah dilanda keresahan yang tidak berkesudahan.
Banyaknya amarah yang menjalar dalam diriku. Amarah terhadap ibu! Uncle! Dan entah, terhadap siapa-siapa
lagi!