Kereta CRVku yang dipandu bergerak
perlahan mengikut jalan yang juga berbengkang-bengkong sepanjang perjalanan
sejauh 14 kilometer ini. Jiwaku terasa tenteram melihat warna hijauan malar
hijau yang berada di kedua-dua belah jalanraya. Pepohon khatulistiwa yang
tumbuh dalam pebagai saiz dan ketinggian bagaikan bersaing antara satu sama
lain dalam mendapatkan cahaya matahari. Terdapat pepohon yang menjulang tinggi
sehingga seolah dilihat menjalar ke dada langit. Dan pula yang kelihatan tumbuh
merendang sahaja kerana kedudukannya di tepian jalan raya sahaja. Berdasarkan
teori sains semulajadi, sifat tumbuhan bergantung rapat dengan kedudukan dan
kemudahan pepohon bagi mendapatkan matahari. Jika tumbuhnya, di tepi jalan atau
lorong, pastinya pokok tersebut tidak tumbuh begitu tinggi kerana keperluan
mendapat cahaya matahari adalah tinggi dan sebaliknya.
Bibirku terkumat-kamit berkata perlahan,
“Dia tentu akan datang!” Berbicara sendiri lagi. Hatiku masih dirundum dengan
kegelisahan yang berpanjangan. Cuma terasa bimbang, Ameliaku tidak akan hadir
ke puncak ini. Dia tidak memberikan kata putus kali terakhir aku bertemunya, 12
jam yang lepas. Cuma katanya, “Tengoklah nanti.” Dan ketika aku asak dia lagi,
dia hanya tersenyum, “Kalau I senang.” Kata-katanya jelas seolah, dia
teragak-agak untuk ke puncak gunung ini atau tidak!
“Atau, tak akan datang langsung! Panggilan tidak bersambut. Sms juga
tidak berjawab! Dia akan datang atau tidak?” Bercakap sendiri lagi, tanpa
jawapan yang pasti! Sudah puas aku membuat panggilan telefon dan juga sms bagi
mempastikan dia akan ‘hadir’ ke sini atau tidak.Dan ternyata,
dia lebih suka bagi menjadikan hati jantanku hanya berteka-teki sendiri. Dia
terlebih suka menjadikan persoalan soalan ‘puzzle’ yang hilang satu atau dua
keping cantumannya; lantas sekeping gambar terjadi cacat sepenuhnya! Amelia!
Jadi dia lebih suka melihat perasaan jantanku menjadi ‘puzzle’ daripada menjadi
sebuah kepastian. Dan akhirnya dalam memberi perhatian dan tumpuan sepenuhnya
dalam pemanduan, hatiku terasa bergetar juga. Aku memegang stereng kereta kemas-kemas bagi membelok mengikut rentak
jalan. Ternyata jalan menuju ke Pergunungan Raya ini begitu seperti ‘ular yang
berbelok-belok’, seperti juga hati jantanku. Berbelok-belok dan berbelit-belit.
Dan buat pertama kalinya, aku menjadi takut. Ketakutan merupakan perkara paling
asas untuk kelangsungan hidup.Basic instinct of sulvival.
“Aku takut? Tak mungkin aku takut.”Aku berbicara
sendiri, kuat-kuat sambil sepasang mata merenung jalanraya di hadapanku.
Pepohon bergoyang laju di luar tingkap, menjadikan aku segera mematikan
penghawa dingin dalam kereta dan membiarkan angin bertiup ke dalam sebanyak
mungkin. Dingin. Sejuk. Walaupun haba dingin tidak sedingin salju, darjah
kesejukan hawa berbukitan yang semakin menuju ke puncak, memang dingin dan
segar!
“Dia pasti tidak akan menghampakan aku!
Tiada seorang wanita pun akan menghampakan aku!” Aku berbicara sendiri lagi.
Sekadar cukup memujuk hatiku yang mulai menari sendiri. Jika tidak, sia-sialah
aku digelar ’Dr Love’, di Ireland dahulu.
Petanda arah yang kelima aku kira sudah
muncul di hadapan mata. Aku memperlahankan kenderaanku. Dan kemudiannya
berhenti di tepian batuan penunjuk arah jalan. Mataku merenung batu yang
menunjukkan tanda 8 km, bermakna 8 km lagi aku akan berada di puncak bukit yang
tertinggi di sini, setinggi 881 meter atau 2890 kaki daripada aras laut.
Mata ligat memandang puncak Gunung Raya yang mulai kelihatan. Cantik!
Walaupun puncak gunungnya tidaklah setinggi Puncak Gunung Kinabalu, yang berada
betul-betul di bawah bayu, keindahan masih cukup memukau!Sama memukau
pandangan mataku seperti sorotan mata jantanku yang leka memandang Amelia buat
pertama kali dan seterusnya. Dia masih
lagi memukau penglihatanku seperti biasa. Pemandangan hijau di Gunung Raya ini,
seperti yang pernah aku baca, dikatakan mempunyai
hutan daripada
jenis ‘Dipterokarp Bukit’ dan ‘Hutan
Dipterokarp Atas.’
Hutan Dipterokarp Bukit boleh
ditafsirkan sebagai kawasanhutan yang
pepohonnya terdiri daripada
ketinggian antara 300 - 750meter dari paras laut. Jenis
pokok-pokok ini yang merupakan kelas
hutan yang terluas di Semenanjung Malaysia.
Kebanyakkan spesies utama yang terdapat dalam kategori hutan ini ialah pokok Seraya,pokok Keruing, dan pokok Meranti.
Jurnal tempatan
yang aku baca semalam, mengenai pulau terbesar di Malaysia juga merekodkan di
sini, di kawasan perbukitan ini, terdapat hutan daripada jenis ‘Hutan
Dipterokarp Atas’ di sini. Tafsiran mengenai jenis hutan ini mencatatkan sebagai kawasan hutan yang
pokok-pokoknya mempunyai ketinggian dalam lingkungan 750 - 1,200meter dari paras
laut. Spesis yang biasanya tumbuh dalam
kategori ini terdiri daripada spesies Pokok Meranti
bukit dan Pokok Damar Minyak. Kemuncak gunung akhirnya sudah kutemui.
“Akhirnya. Akhirnya.” Mengucapkannya
sendiri. Sudah naik mabuk memtar stering ke kanan dan ke kiri berulang kali.
Sebuah bangunan yang berwarna
jingga-coklat yang agak terang, dengan sebuah menara seolah kayu tinggi segera
menangkap dek sepasang mataku. Segera aku mempakirkan kenderaanku berdekatan
bangunan putih gading yang berada di sebelahnya. Akhirnya 14 km Berjaya aku
lalui dengan masa hampir 30 minit. Maklumlah, jalan ke perbukitan ini yang
bersimpang siur tidak membolehkan pemanduan meluncur laju. Perlu berhati-hati
agar tidak tergelincir. Jalan agak basah dan licin, barangkali disebabkan hujan
yang baru mencurah-curah seharian semalam.
Angin
Timur bertiup kencang lagi, mencium dingin tubuh kurusku. Tingkap yang kubuka,
segera aku tutup kembali. Memeriksa lagi brek tangan agar mencapai takat yang
sepatutnya. Maklumlah, tempat parkir kereta ini agak bercerun. Bahaya andai
gagal meletakkakn kereta betul-betul dalam keadaan yang bersedia sepenuhnya.
Cepat-cepat aku turun daripada kenderaanku. Berdekatan dengan tempat parkirku,
kelihatan beberapa orang yang baru sahaja memakirkan kenderaan mereka. Tidak pula aku terperasankan kenderaan
lain yang mengekori keretaku sepanjang perjalanan ke Gunung Raya ini.
Barangkali terlalu asyik mengingati Amelia, dan ‘puzzle' yang masih menari-nari
dalam kotak memoriku.
Aku
membetulkan bajuku yang agak terperosyok akibat pemandu dalam kereta. Ah!
Sebenarnya, siapa yang akan peduli lagi dengan baku kemeja ungu cairku yang
keronyok! Amelia pun tidak akan kisah! Dia hanya akan kisah dengan kehadiranku
di sini. Dia hanya perlukan kehadiranku di sini! Tiada siapa lagi!
Aku
melihat keluarga yang terdiri daripada seorang lelaki, pastinya bapa kepada
keluarga ini. Seorang wanita pertengahan umur, yang pastinya ibu kepada
keluarga ini.Dua orang anak gadis yang agaknya, anak-anak mereka menuju
ke bangunan berwarna orange tadi. Mereka memanjat anak-anak tangga yang
kelihatannya agak tinggi, jika diperhatikan daripada tempat aku berdiri ini.
Tangga yang berwarna kelabu dengan dihiasi pemegang di kanan dan kirinya.
Tubuh-tubuh mereka kelihatan lenyap di sebalik dinding setelah menamatkan
pendakian yang agak tinggi sebentar tadi. Timbul perasaan kehairanan, ke mana
mereka? Entah bangunan apakah yang terdapat di sebalik anak-anak tangga tadi. Pertanyaan demi pertanyaan mendesak
benakku. Ingin sekali aku tahu, dan terasa bagaikan ngin mengekori jejak
langkah mereka, tapi apa kata nanti, aku terserempak dengan mereka, pasti
mereka fikir aku mengekori mereka pula! Tentu kurang enak dituduh dengan
prasangka begitu.
Aku
akhirnya membuat keputusan meneruskan hasratku untuk mendaftar ke hotel yang
terdapat di sini, entah apa nama yang disebut Amelia 48 jam sebelum ini. Papan
tanda D’Coconut Hill Resort terpamer indah. Tidak salah lagi agaknya apa yang
dibisikkan Amelia, perkataan yang samar-samar diingati adalah ‘Hill’ sahaja.Tidak
salah lagi. Lagipun manalah ada lain resort atau hotel di kemuncak resort ini.
Penyambut tetamu yang memakai baju
batik corak terbaru, ala-ala hawai menyambut kedatanganku dengan ramah.
“Ya. Encik. Selamat datang ke
D’Coconut Hill Resort. Ada tempahan
sebelum ini.”
“Ya.
Adli. Atas nama Shahril Adli.” Menerangkan ringkas. Sebenarnya Amelia yang
menempah bilik di sini.
“Ya
ada. Dr Adli Shahril. Satu malam
untuk Superior Room kan?”
Aku
mengangguk.
Segera aku menghulurkan kad kreditku.
“Sebenarnya
bilik ini sudah dibayar Dr. Shahril.”
“Dah
dibayar? Siapa yang membayarnya?”
“Cik
Amelia.” Jawapannya menjadikan aku menyimpan balik kad kredit tanpa banyak
bicara.
“Atas
bangunan orange tu ada apa sebenarnya?” Segera aku bertanya kepada penyambut
tetamu yang bertulis namanya Amir.
“Doktor
maksudkan di atas bangunan tu. Ohh. Di atas tu, boleh lihat pemandangan di
sini.”
“Okay.
Itu saya tahu, tapi disebalik bangunan tu. Bila naik di atas, di atas tu ada apa lagi?” Agaknya dia kurang faham
maksudku.
“Atas tu? Surau. Selepas anak tangga, ada
surau dan tandas.”
Aku mengangguk-angguk. Terjawablah
pertanyaanku.
“Dr nak naik sekarang ke bilik?”
“Sekejap lagilah. Saya menunggu kawan di
sini.”
“Kalau Doktor tak mahu ke bilik sekarang,
Doktor boleh ke anjung menara di atas. Kami beri dua tiket percuma untuk dr.
Kalau tidak menjadi tetamu di sini, tiket ini berharga RM 10 seorang.”
“Ya ke? Apa ada di atas menara tu.”
“Doktor boleh pesan makanan dan minuman.
Minuman panas, teh disediakan percuma.”
“Kalau begitu, sekejap lagilah saya naik
ke atas. Saya mahu menikmati angin di bawah sana dahulu.” Segera tanganku
mencapai kad kunci yang diletakkan di atas kaunter. Aku melangkah menuruni
beberapa anak tangga rendah yang disediakan. Aku menuruni kembali anak tangga
menuju ke keretaku. Mataku segera menangkap pemandangan di bawah cerun.
Kelihatan beberapa tombokan hitam yang berada di cerun bawah. Pelik dan aneh
dengan pemandangan yang terhidang di hadapan mata.
Segeraku mengeluarkan sebuah kamera handcam
yang tersimpan di simpanan belakang keretaku. Aku menekan butang ‘on’ dan
kemudian menekan perkataan ‘zoom’. Segera aku mengarah ke arah tombokan hitam
tadi. Aku tergelak sendiri.
“Babi hutan rupanya.” Aku tergelak lagi. Kelihatan
seekor babi hutan bersama beberapa ekor anaknya sedang meragut rumput di cerun
bawah parkirku, kira-kira 500 meter di bawah sana.
“Susah nak tengok binatang ni kalau bukan
di sini.” Aku tergelak sungguh, sendiri. Aku meninjau jauh pemandangan yang
tertera di hadapan mata.Cantik! Memuji sendiri, tapi cantiklah lagi
pemandangan bukit bukau di Ireland!
Angin Timur terus menjamah tubuhku perlahan. Sejuk dan menyamankan! Pun begitu,
lebih sejuklah suasana di Ireland!
Angin yang membaham kulit di sana
bukan sahaja menyentuh kulit tetapi kedinginannya bisa memamah sehingga ke
tulang hitam.
Gunung
ganang yang memanjar di hujung sana kelihatan kebiruan, dengan hutan Hujan
Khatulistiwa daripada jenis ‘Hutan
Dipterokarp Atas’ dan jenis ‘Hutan Dipterokarp Bawah.’ sebagai penyeri
pemandangan kanvas di hadapan mataku.
Aku menyedut angin yang menderu. Segera menekan telefon bimbitku ke dail
panggilan segera. Menunggu beberapa saat, dia jawapan. Panggilan ke telefon
Amelia tidak berjawab! Adakah dia akan ke mari? Tidak mungkin tidak. Dia yang
mencadangkan tempat ini kepadaku. Kami akan menghabiskan masa kami hanya berdua
di sini. Aku dan dia. Dia dan aku. Sendiri. Aku dan dia bersendirian lagi
seperti yang pernah kami lakukan di Ireland! Indah! Romantik!
Aku menekan aksara yang tertera di
tetingkap telefon samsungku, sekadar bersms mengirimkan ayat kepada Amelia yang
aku sudah pun berada di D’Coconut Hill Resort, dan aku akan berada di menara
Resort ini menunggunya. Menekan perkataan ‘send’ dan menunggu balasan. Di skrin
telefonku lemudiannya tertera perkataan, ‘Your message has send to Amelia;
Honey.’ Terasa lega. Tersenyum sendiri. Sekurangnya, Amelia pasti tahu yang aku
sedang menantinya di menara.
“Doktor
nak naik ke bilik.” Pelawa Amir lagi.
“Panggil
saja saya Shahril.” Tersenyum. Agaknya janggal mendengar panggilan itu di luar
hospital. Maklumlah, selalunya orang tidak mengetahui kerjayaku dan biasanya
memanggilku dengan nama ‘Encik’, ‘Mr’ sahaja.
“Saya
bawa Encik Shahril ke bilik.”
Kami sama-sama menaiki lif ke tingkat dua.
“Bilik Encik Shahril di tingkat dua. Paras yang sama dengan kolam
renang.”
Aku
tergelak. “Ada
ke yang berenang sejuk-sejuk macam ni.”
Amir
mengembalikan senyumanku. “Ada
juga Encik Shahril. Pagi-pagi memang tak
ada. Malam pun. Sejuk di sini. Tapi
kalau tengah hari, selalu nampak ada orang berenang. Ada masa-masa tu, panas
juga di sini. Ada matahari yang memancar. Taklah sepanas di aras bawah Gunung
Raya ni. Kiranya berenang tu cuacanya nyamanlah.”
Aku mengangguk, tanda faham. Sebenarnya
Amir yang bertubuh gempal, agak rendah dibandingkan denganku, berwajah bulat,
berkumis nipis ini, tentunya tidak akan faham apa maksudnya nyaman. Bersuhu
rendah, sejuk seperti Ireland, dengan angin yang bertiup perlahan, tidak kuat
seperti ribut yang menyapa seperti sekarang, itulah maksudnya nyaman.Cuaca
seperti ini, dengan angin Timur yang kuat menderu, bermakna ‘sejuk’ dan
berangin’. Tidak begitu nyaman.
Akhirnya
kami tiba di bilik. Wah! memang indah. Aku meletakkan begku dan segera
mengeluarkan telefonku yang bergetar diikuti dengan bunyian menandakan sms yang
mendarat. Segera melihat di skrin, rupanya daripada ibu. Aku memberi isyarat
kepada Amir agar menungguku sebentar.
Jangan lupa melihat langit malam ini, ada
pertunjukan bunga api.
Aku tersenyum sendiri. Bagaimana ibu yang
berada lebih 500km jaraknya, boleh mengetahui bahawa di sini akan ada
pertunjukan bunga api.
“Ada apa malam ni Amir? Kata ibu saya,
bakal ada pertunjukan bunga api?”
“Tak
ada apa yng istimewanya Encik Shahril. Esokkan LIMA bermula. Jadi sambutan sempena LIMA lah.”
“Saya
nak ke menara.” Aku segera memberitahu Amir. Segera aku mencapai jaket kulitku. Jangkaanku, di atas menara nanti, pasti
angin akan kuat menampat tubuh. Pasti dingin di puncak sana.
Dia segera membawaku ke dalam lif lagi,
menekan angka 10. Aku dan dia tiba di menara. Segera aku menyelok poket jaketku
dan memberikannya dia RM 10 sebagai tips.
“Terima kasih. Kalau ada apa-apa nanti,
Encik Shahril telefonlah kami.”
Aku melangkah keluar dan membiarkan Amir
turun ke bawah kembali. Aku segera memanjat beberapa puluh anak tangga dan
menuju ke menara kayu yang dibina tinggi di kemuncak Gunung Raya ini.
Mataku segera terpandang keluarga yang aku
nampak seawal ketibaanku sebentar tadi. Mereka sedang menikmati hidangan panas
di meja hidangan. segera aku memilih sebuah meja di luar, dan mataku ligat
melihat menu. Agak lapar dihimpit angin kencang di atas menara.
Mataku segera terpandang ke dalam lagi.
Sibapa dan siibu yang membelakangkan tubuh mereka. Kedua-dua anak perempuannya
pula leka menikmati makanan di hadapan mereka. Di saat itu, mataku leka
memandang seorang daripada anak gadisnya. Di wajahnya mencuka, seolah tidak
bahagia. Dia tersenyum juga dalam berbicara, tapi senyumannya bagaikan
menyimpan 1001 cerita yang tidak ‘bahagia’. matanya pun bercerita ‘duka’ Bagai
ada yang tidak kena di sini. dan pandangan mataku segera bertembung dengan
matanya.Dan empat bebola mata
berpandangan. Di situ, ada cerita yang bakal bermula. Dia melarikan lirik
maranya, sementara aku juga segera melarikan lirik mataku memandang
pepohon tinggi yang sedang menari di
kejauhan sana.
Aku
yang sedang menanti! Aku yang masih menunggu! Adakah aku akan temui dia?
Amelia? Dan secara tiba-tiba, ingatan jantanku menerjah kepada Sya. Fotonya
yang ditunjukkan Mak Cik Salma ketika singgah di hospital tempat aku bertugas
petang hari itu. Kebetulan aku hanya duduk-duduk di café, dan terserempak
dengan Mak Cik Salma. Wajah muslimah biasa, berkerudung. Yang padaku hanya Nampak
biasa-biasa! Dan entahlah, kenapa pula banyak pula persoalan tentang Sya yang
membuai perasaan jantanku!Aneh bukan? Dan mata masa yang sama, sepasang mata
jantanku masih mencuri pandang gadis yang wajahnya masih mencuka di hadapanku!