3
Mak Cik Salma, dari awal-awal pagi sudah
menelefonku. Sesudah subuh barangkali. Bernasib baik aku sudah bangun dari
katil pada jam 7.30 pagi. Bercadang menyiapkan diri selepas itu dan keluar
mencari sarapan pagi. Dengan perut yang ‘menguap-nguap kelaparan’, aku terasa
lega dihubungi awal-awal lagi. Ternampak gerai makan di sebelah hotel, rasanya
pasti mereka menyediakan makanan sarapan pagi. Perlawaan Mak Cik Salma,
melegakan aku! Dia bakal menjemput aku ke rumahnya untuk bersarapan pagi.
Katanya, dia akan tiba pada jam 9.00 pagi untuk menjemputku, dan pastinya
dengan masa hampir dua jam, aku bisa
memenuhkan perutku dengan sekeping roti biasa dan secawan air panas. Sebenarnya
salah diriku sendiri, aku yang berhelah panjang meminta agar lewat sedikit
menjemputku, sempat untukku mendapatkan sekadar secawan minuman panas.
“Roti canai ada?” Budak lelaki yang baru
berusia 11 tahun, mengikut anggaranku mengangguk.
“Abang nak roti canai biasa ka roti
telur? Ada roti bawang, roti sardin.”
“Roti sardin dengan teh panas.” Dia
beredar dan tujuh minit kemudian, mengikut jam tangan yang aku lihat dengan
sengaja. Sebenarnya aku sengaja mahu menguji berapa lamakah masa yang diambil
bagi menyampaikan pesanan kepada pelanggan. Dan pada pendapatku, kedai ini
Berjaya menyampaikan pesanan pelanggan dengan kadar yang pantas.
“Terima kasih.” Dia sekadar tersenyum.
Telefon bimbit berdesir lagi. Mungkin
panggilan daripada Amelia. Cepat-cepat aku melihat di skrin. Rupanya panggilan
daripada Mak Cik Salma.
Aku segera menjawab salam yang
diberikannya.“Ada di kedai sebelah
hotel.”Segera memberi jawapan kepada soalannya. Dia mahu tahu dimana
aku berada sekarang.
“La, kan mak cik nak ambil Dil sarapan
di rumah, kenapa makan di gerai?”
“Tak apa mak cik, Dil boleh lagi makan
lagi.”
“Biar betul. Mak Cik dah masak nasi lemak untuk Dil ni.Jangan
tak makan pula.”
“Akan makan.” Terasa lucu dengan ugutan
agar aku menghabiskan masakannya.
“Mak cik datang sekaranglah. Dil dah ready ke?”
“Ya mak cik. Sudah.” Aku bernasib baik sebab sudah menghabiskan
makananku.Hirupan terakhirpun sudah aku habiskan pada cawan jernih
di hadapanku.Segera aku
kembali ke bilik hotel, mendapatkan beg pakaian dan beg sandangku serta akan
‘check out’ dari hotel.Seperti yang dijanjikan kami, Mak Cik
Salma tiba dengan menaiki kereta Toyota Altis kelabunya sepuluh minit kemudian.
“Shahril?” Seorang wanita pertengahan
umur lima puluhan bertanya setelah dia menurunkan cermin keretanya, berhenti
betul-betul di hadapan pintu hotel tempat aku menunggu. Wajah yang sudah tidak
dapat aku gambarkan dalam kokleaku mahupun dalam mindaku. Bujur wajah ibu
pertengahan di usia lima puluhan ini
segera melemparkan senyuman. Berkaca mata menambah keseriusan wajahnya.
“Mak Cik Salma?” Dia ketawa. Rupanya
antara serius wajahnya, dan serius perwatakannya sangat berbeza. Dia hanya
Nampak serius pada wajahnya, perwatakannya pula ‘bagaikan jauh panggang dari
api.’Dia tidak betah
untuk ketawa apabila menyedari aku adalah Shahril, the most wanted god son on earth.
“Masuklah Ril. Beg letak saja dalam kereta saja, senang.”
Aku memasuki perut kereta dengan tenang.
Di hadapan, di tempat
penumpang dengan senang hati.Baru kali pertama bersua muka setelah
dewasa, tetapi tidak merasa janggal kerana kemesraan yag dia tunjukkan.
“Terima kasihlah mak cik. Menyusahkan
mak cik saja.”
Wanita yang aku gelar sebagai Mak Cik
Salma hanya tersenyum, “Mana ada susahnya. Patutnya semalam lagi tidur di rumah
mak cik. Rumah mak cik bukannya ada siapa pun, ada seorang saja cucu yang ada di rumah.”
Aku hanya tersenyum. “Semalam sampai dah petang.Dah dekat malam
pun. Tak nak lah ganggu.” Sekadar berbasa-basi. Sebenarnya aku yang bimbang
akan terganggu akan rehatku, maklumlah, perlu berada di rumah yang agak asing
kepadaku.
Hanya lima minit perjalanan, Mak Cik
Salma memberi signal kereta ke arah kanan, hanya bersebelahan dengan pejabat
balai polis trafik. Jalan yang aku lalui semalam menuju ke pasar malam. Melalui
jalanraya kecil yang sudah bertar, secara perlahan memori lama dahulu mulai
datang lagi.Rumah Mak
Cik Salma yang sepatutnya berwarna jingga, rumah papan. Pokok bunga kertas yang
besar di hadapannya. Yang lebih penting, terdapat pokok ceri besar di
hadapannya.Buah ceri
kemerahan yang selalu menjadi makanan semasa kecilku.
“La di sini saja ke mak cik? Kalau tahu
dekat je, baik Ril jalan je. Semalam pun ada lalu sini, ke pasar malam.”
Mak Cik Salma hanya tergelak. “Tak susah
pun, dekat je naik kereta pun.”
Aku benar-benar lupa akan nostalgia yang
pernah terjadi dahulunya. Rumah yang berada di hadapanku seolah menjadi tarikan
yang berbeza. Dalam diam, memori itu mulai menjengah semula. Rumah Mak Cik
Salma telah lama berubah. Teringat akan rumah lamanya. Pemerhatianku terhadap
rumah Mak Cik Salma sudah berubah. Tiada lagi rumah yang berwarna jingga
sebaliknya, tersergam rumah sederhana saiznya yang berwarna putih gading.
“Rumah ni, Ril ingat lagi tak?”
Aku tersenyum apabila kereta Altisnya
memasuki tempat parkir kereta.Pokok bunga kertas dan yang lebih penting, pokok cerinya sudah tiada
lagi. Semuanya sudah berganti. Tempat tumbuhnya pokok bunga kertas sudah
berganti dengan bekas-bekas simen yang berisi pokok-pokok bunga renek. Pokok
ceri yang menjadi pokok tumpuanku pula sudah menjadi tempat parker kereta.“Ingat-ingat
lupa. Sudah agak lama tak ke sini?”
“Bukan agak-agak lagi, Ril.Sudah hampir berbelas tahun dah.” Dia
tergelak.
“Marilah Ril. Masuk ke rumah mak cik.” Dia mempelawa, mesra.
Aku hanya mengikuti mak cik sambil membawa masuk beg berisi beg baju dan
beg sandangku. Melintasi bawah bumbung
yang luas aku segera terpandang air terjun buatan yang besar, dipayungi dengan
pokok anggur yang mulai mengeluarkan setangkai buah anggur hijau daripada paranya. Deruan air seakan
mendamaikan. Terasa menyesal tidak mahu bermalam di sini semalam, andai aku
lakukan begitu, tentulah aku bertpeluang menikmati pemandangan yang melegakan.
Deruan air, dengan angin Timur yang menderu, pasti menyegarkan tubuh. Sempat
aku berangan panjang, andai duduk-duduk di kerusi simen, di bawah para anggur,
tentu tenteram. Dalam sinar kegelapan itu, pastinya sebatang lampu jalan akan
menyinari air terjun buatan ini dengan cahaya jingganya tersendiri. Wah!
Tentunya indah.
Memasuki rumah Mak Cik Salma, aku tersenyum sendiri.Nampak
sangat bagai ada persamaan antara ibu dan rakan karibnya ini, citarasa mereka
juga hampir sama. Jika di rumah ibu, ibu menggunakan sofa kerawang kayu jati
berwarna merah dan berselang warna coklat muda sebaliknya di sini, di rumah Mak
Cik Salma, warna yang dipilih adalah kuning muda. Ruang tamunya kelihatan luas
dan memanjang. Rumah besarnya ini kelihatan sunyi sepi.
“Ril nak makan di dalam ke, di luar
sana?”
“Luar pun okay juga mak cik.” Aku cepat
memahami pertanyaan Mak Cik Salma. Di luar sana, kerusi marmar dan meja
marmar berwarna putih gading seolah
memancing kita keluar untuk berada di anjung yag didirikan tinggi sekaki
daripada balkoni rumah. Seolah-olah pagola, cuma didirikan daripada batuan
bukan kayu jati. Anjung batuan yang nampak lapang, dan kebebasan menghirup
udara segar. Diiring dengan tanaman pokok bunga renek dan pokok bunga yang
ditanam dalam batuan petak, memang menyegarkan mata yang memandang.
“Ada apa Ril nak tolong mak cik?”
“Boleh juga. Angkat hidangan ini
keluar.”Segera membantu
mengangkat sedulang berisi sambal sotong, telur rebus dan ikan bilis yang
digoreng bersama kacang tanah. Baunya sedap dan memancing selera. Aku kembali
ke ruang dapur dengan membawa sedulang perkakasan lain yang mengadungi dua biji
pinggan, cawan bersama sudu dan garfu. Di meja marmar aku hanya menunggu Mak
Cik Salma tiba dengan membawa semangkuk nasi lemak.
“Makanlah Dil.”
Mengangguk, dan hanya menunggu mak cik menyaup beberapa senduk nasi ke
pingganku.
“Makanlah Ril.”
“Terima kasih.” Kuperhatikan mak cik
yang berada di hadapanku ini. Wajahnya bujur empat segi. Keningnya lebat, sudah
banyak keningnya yang bertukar rona putih. Senyumanannya ramah seramah dia
berbicara. Tudung yang menutupi kepala
dan dadanya yang warna biru bagaikan menaikkan seri aura wajahnya yang masih
kelihatan serius. Bagi individu yang baru mengenali dia, tentu mengagak dia
tidaklah peramah orangnya, sebaliknya, dia sangat peramah dan mesra orangnya.
Betullah bagai dikata, ‘Jangan menilai buku daripada kulitnya sahaja.’
Suapan nasi lemakku terasa terhenti
apabila Mak Cik Salma mengayukan pertanyaan seumpama ini. “Ingat lagi dengan
Syarifah Masni, dulunya Ril panggilkan dengan
Sya?”
“Ingat-ingat lupa mak cik.” Jawapan
sekadar membela diri. Tidak sopan pula jika jawapanku dengan ayat, ‘tidak ingat
langsung’. Berbaur sombong! Sebenarnya aku sudah lupa langsung pasal Ita. Gagal
mengingati siapa dia, sehingga mana hubungan social kami dahulu. Yang pastinya,
kami pasti tiada hubungan ‘cinta’. Andai benar hubungan itu, pasti aku tidak
akan melupakan dia!
“Lupa pasal Sya? Ita ingat lagi pasal Ril. Dia boleh cerita balik memori
lama Ril dan dia.”
Aku hanya mengangguk mendengar jawapan kawan baik ibu ini. ‘Ah sudah! Seolah
cerita klise yang biasa kita dengar. Dua orang sahabat baik yang sudah lama
tidak bertemu sahabat lamanya, mereka membuat rancangan yang menggemparkan,
anak mereka berdua perlu disatukan, agar hubungan mereka terjaga!Ah!
Sekali lagi aku merasakan kedatanganku ke pulau ini satu sesalan yang tidak
terucap! Bagaimana dengan aku! Meskikah aku akan terperangkap dengan ‘drama’
yang klise! Atau lebih tepat lagi, sebuah drama cinta yang klise! Sebuah drama
Melayu yang sudah ‘basi’. Mana ada lagi amalan perkahwinan antara dua keluarga
yang dirancang oleh ibu dan bapa? Pastinya hanya amalan kuno yang masih lagi
diwujudkan di Aghanistan, India mahupun Pakistan sahaja lagi! Ah! Ibuku tidak
akan berfikiran sekuno itu! Hatiku mampat didera dengan soalan demi soalan
menolakkan kepada ‘klise’ yang aku fikirkan dalam fikiran jantanku. Aku harap
Mak Cik Salma juga tidak berfikiran yang sama. Dia tidak akan mahu menyatukan
Ita dengan diriku, dalam perkahwinan yang dirancang! Dia tidak akan sekuno itu!
Melihat sedalamnya dengan sepasang mataku seolah member jawapan kepada
persoalan yang tiba-tiba muncul dalam pemikiranku.Sarat. Sendat. Mati dalam benakku.
“Ril…” Terdengar suara auntie memanggil lagi.
“Maaf auntie. Tak ingat sangat dengan
Sya? Dia di mana sekarang ni?”
“Dia kerja di Kl. Lama dah. Tak mahu dia
tinggal di sini.” Mak Cik Salma hanya ketawa. Hatiku terasa sedikit lega.
Sekurangnya ‘drama’ yang terpeta dalam fikiranku tidak akan berlaku sekarang.
Tidak dalam jeda masa yang terdekat ini. Terasa lega sungguh! Tetapi, manalah
siapa tahu. Nanti apabila aku pulang ke Sungai Buloh, ibu akan sibuk-sibuk
memperkenalkan Sya kepadaku. Dan bagaikan klise lama yang sentiasa menhimpit
emosi drama-drama Melayu yang biasa, sang adiwira akan terperangkap antara
pilihan hati dan ibu! Aduh! Mana pulak, aku mahu ‘membuang’ si Manis Ameliaku
itu! Akan terperangkapkah aku dalam ‘panggilan pulau’ ini?
“Ril tak ingat langsung ke? Dulu-dulu
Ril dan Sya sangat rapat. Selalu jalan-jalan sama ke mana-mana. Lama juga,
beberapa tahun.”
Soalan yang menjerat lagi. Nasi lemak
dan sambal sotong yang enak bagi mencengkang di kerongkong lagi. Adakah aku
akan terperangkap dengan persoalan dengan Sya lagi? Tiadakah jalan keluar lagi?
Dan adakah klise lama ini akan terus menjerat aku lagi! Apa kata andai
persoalan Sya ini akan sentiasa menjadi persoalan Mak Cik Salma. Di mana pula
harus aku sembunyikan perasaan tidak menentu
yang aku alami kini?
‘Kalau di KL, kenapa pula ibu tak pernah minta kami dipertemukan? Pelik
sekali lagi.’ Hati mengasak pertanyaan, yang tidak bias aku jawab sendiri.
Cuba mengingati memori lama. Tapi, entahlah,
Sya yang diceritakan oleh Mak Cik Salma belumlah lagi muncul dalam kenangan
lama ini. Cuma, adalah, bayangan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang
sesekali mulai muncul dalam kotak
memoriku. Mencuba untuk berbaik sangka, mungkin soalannya hanya sekadar menyoal
sama ada aku masih mengingati anaknya atau tidak? Itu sahaja.
“Entahlah. Macam tak dapat ingatlah mak cik.”
Berterus-terang. Itukan jawapan realiti yang paling baik.
Mak Cik Salma hanya tersenyum. “Sudah
lama sangat tak jumpa, manalah nak ingat lagi.” Kata-kata Mak Cik Salma ada
kebenarannya. Aku dan Sya sudah lama tidak bertemu, kurang tiga empat tahun,
akan bersamaan dua dekad lamanya. Masakan kedua teman yang sudah lama tidak
bertemu akan terus mengingati ‘drama’ lama yang kami tinggalkan. Aku hanya
memulangkan sekeping senyuman. Terasa sumbing, dengan penuh pertanyaan.
Berharap sangat, yang ibu di hadapanku ini akan menukarkan pernyataan mahupun
soalan-soalan yang berhubung dengan ‘Cik Sya’ yang masih diperkatakan lagi.
“Kereta Ril tengah hari nanti sampailah.
Nanti sekejap lagi kita pergi tengok rumah yang
sewa. Lepas tu kita telefon
Wantas, kalau- kalau kereta Ril dah sampai, kita pergi ambil kereta Ril. Petang
nanti kita ambil ibu dan adik Ril pula.” Lega, pernyataan yang sudah bertukar.
Tidaklah lagi Mak Cik Salma bercakap tentang ‘Cik Sya’ yang masih lagi kekal
misteri. Misteri dalam sanubari seorang lelaki asing di pulau ini.
“Ikut
mak cik lah.” Tersenyum. Itu sahaja yang aku boleh lakukan.
“Jauh ke tempat kerja Ril tu?” Baru
teringat yang aku belum tahu lagi arah perjalanan ke tempat kerjaku itu?
“Taklah jauh sangat. Tapi kalau Ril mahu
tinggal di rumah mak cik ni, dalam
setengah jamlah. Itu yang ibu Ril minta tolong mak cik carikan rumah yang
dekat-dekat dengan tempat kerja tu.”
Aku memulangkan senyuman mak cik yang
kelihatannya sesekali lebih serius daripada wajah ibuku sendiri.
Aku segera mengadap Mak Cik Salma, bersedia untuk bertanya lagi.“Dekat tu,
berapa dekat?.”
“Dekat sangat, kalau berkereta dalam
lima minit saja. Kalau nak jalan kaki, 15 minitlah kot.”
“Rumah tu sewanya murah saja. Hanya RM
150 sebulan. Rumah tu dua bilik saja. Satu bilik besar, satu bilik lagi kecil.
Ada ruang untuk ruang tamu, dapur. Saiznya kecil saja, tapi cukuplah sekadar
Ril mahu tinggal sendiri.”
Aku hanya menganguk. “Kalau Ril nak
tinggal di sini pun boleh. Rumah ni hanya ada cucu seorang saja tinggal. Dia
masih bersekolah. Jarang ada di rumah.”
“Terima kasihlah. Tak payahlah
bersusah-susah.Lagipun,
tinggal dekat hospital lagi senang, nak pergi dan balik. Ada masa saya akan balik tengah malam dan
sebagainya.” Cepat-cepat mengusir ‘perlawaan’ yang kedengarannya ikhlas. Susah juga kalau tinggal bersama kawan ibu nanti. Susah mahu bangun lewat pagi jika bercuti. Lagipun,
apalah sangat dengan sewa sebanyak RM 150 itu untuk sebulan.
“Kalau Ril tak selesa di rumah tu, kita boleh tengok apartment di … di sana, apatment tu tiga
biliknya. Cuma, jauh sikit. Kena pusing-pusing sikit untuk ke hospital. Kalau
balik malam pun, agak gelap sikit tempatnya.Lagipun
apartment tu ramai sikit orang, jadi, mungkin kurang privasi. Ramai pula yang
berkeluarga, mungkin Ril kurang selesa pula.”
Aku hanya tersenyum. Aku tidak kisah
sangat mengenai tempat tinggal. Asalkan tiada gangguan jiran tetangga, tiada
yang ‘busybody’ mengganggu, menyoal itu dan ini, aku akan selesa di rumah
baruku nanti. Cuma tertanya sendiri, benarkah nanti tiada jiran yang akan
mengganggu ketenteramanku nanti?
“Hari tu ibu Ril dah cakap. Kalau boleh
rumah tak ada dekat-dekat orang sangat. Jadi mak cik dah tengokkan rumah ni.
Jiran tak ada yang dekat sangat. paling dekat berjarak 200-300 meter. Masuk
dari jalan besar, ada simpang kecil, terus ke rumah Ril dulu. Banyak pokok-pokok
di situ, teduh kawasannya.”
Aku mengangguk terus. Dapat aku
membayangkan betapa redupnya kawasan rumahku nanti. Sejuk! Dingin di malamnya
barangkali! Tapi yang lebih pasti, hatiku yang akan dingin dek kesunyian yang
mencengkam kalbu. Sedingin salju di England dulu.
“Kalau Ril dah sedia, jom kita pergi
tengok rumah dulu. Kalau perlu dicat, esok kita catkan.Mak Cik nak tolong cat pun, tak pasti
warna apa yang Ril suka. Dindingnya Nampak kusam sikit kalau tidak dicat
semula. Ril ada dua-tiga hari sebelum kerja kan?”
“ Ya. Ada tiga hari lagi.Tak payah susah-susah Mak Cik. Ril
tengok dulu macam mana.Nanti-nanti pun boleh catkan juga.”
Perjalanan ke rumah sewaku hanya sepuluh
minit daripada rumah Mak Cik Salma. Barangkali hanya sepuluh minit daripada
‘jangkaan klise’ yang akan menghimpit kami. Aku dan Sya. Dalam kepalaku ligat
berfikir, andai ibu juga memperkatakan perkara yang sama, eloklah aku bicara tentang Amelia. Ibu perlu tahu
mengenai Amelia.
“Dah nak sampai kita. Ikut jalan sebelah
masjid, lepas tu rumah Ril dah.”
“Ya!” Hati berdebaran melihat masjid
ini, bagaikan satu panggilan yang lama tidak bersahut.
“Masjid ni masjid pertama yang berhawa
dingin. Ramai orang berjumaat di sini, maklumlah sejuk sikit.. Cuaca di sini
panas, orang mencari tempat sejuk.”
Masjid yang kelihatan gah terbina di
atas sebidang tanah yang lapang, seolah melegakan pandangan mata dek pancaran
matahari yang baru menyuluh dada langit.
Aku hanya tergelak. Kata-kata mak cik
itu ada kebenarannya. Cuaca yang panas dan manusia yang mencari altenatif bagi
mencari sesuatu yang mendinginkan mereka. Lorong kecil yang memuatkan sebuah
kenderaan membawa kami ke sebuah rumah bercat berwarna coklat muda. Nampak
sederhana saiznya. Di halaman rumah, nampaknya kereta CRVku akan muat di sana.
Pokok rambutan yang sederhana saiznya Nampaknya tumbuh merendang memayungi
halaman rumah. Nampak teduh dan melegakan pandangan. Kami menuruni kereta
Toyota Altis. Terpandang wajah rumah yag seolah menggembirakan pandangan mata.
“Kita kena ke rumah Haji Noh di depan
sana. Dia yang menjaga rumah ni. Nanti kalau Ril setuju tinggal di sini,
sewapun boleh di bayar kepada Haji tu.”
“Tuan rumah tak ada di sinilah autie.”
“Tuan rumah ni ada di Ipoh. Dia baru
pindah ke rumah ibu dia di sana. Arwah ibunya yang minta mereka balik ke sana.
Rumah ni kata mereka kecil sahaja, sesuai untuk anak mereka yang masih bayi.
Kelak nanti anak mereka semakin dewasa, saiznya tidak lagi sesuai.”
“Oh ya ke?” Aku merenung dinding rumah yang terdiri daripada simen yang
bercat putih.Entahlah berapa lama aku akan menghuni rumah kecil molek
ini! Betahkah nanti Amelia untuk bersama menghuni rmah secomel ini?
Auntie Salma membawa aku melihat
sekeliling rumah. Semuanya kelihatan comel epadaku. Longkang yang mengelilingi
rumah, pokok-pokok renek yang ditanam dikelilingnya. Aku bernasib baik, bilik
airnya masih berada di dalam rumah.
“Macam mana?” Soalan Auntie Salma bertanya lagi.Agaknya sekadar
meminta persetujuan.
“Tak ada masalah. Ril setuju.”
Memulangkan senyumannya kembali.
Dia tersenyum kembali. Menyenangkan
melihat wajah senyuman yang begitu.Agaknya begitulah juga senyuman anak gadis Auntie Salma yang
bernama Ita. “Jom kita ke rumah Haji Noh. Mak cik sudah beritahu dia tadi, yang
kita akan datang petang ini sama ada Ril jadi atau tidak menyewa di sini.”
Laluan lorong ke rumah Haji Noh nampaknya lapang dan bersih sekali.
Nampak sekali lorong itu dibersihkan dengan baik sekali. Dedaun yang kering
nampaknya berserakan sehelai dua di sana-sini.
“Baru teringat, Haji Noh tentu sudah ke
majid. Dia siak masjid …, ada kenduri sikit hari ni. Isteri haji, Hajjah
Sumayyah agaknya ada di rumah.”
Salam yang diberi di muka pintu Haji Noh
segera bersambut oleh satu suara lembut dari dalam rumah. Sebentar kemudian,
terjengul satu wajah perempuan yang berusia dalam lingkungan enam puluhan.
“Salma, masuklah. Ini Dr . Adli Shahril
tu ya?”
Nampaknya aku sudah glamor. Semua orang
yang bakal aku temui di sini, sudah mengenali aku.Aku hanya tersenyum sendiri.
“Panggil saya Shahril sajalah makcik!” Merendah diri.
“Panggil doktorlah baru boleh minta ubat percuma. Bolehkan bagi rawatan
percuma?” Soalnya dengan ketawa kembali. Aku hanya tersenyum simpul dan
mengangguk-angguk ringan dengan nada kelakar yang dikatakan Hajjah Sumayyah.
“Jadilah ni Dr?”
“Jadi.”
“Jomlah masuk dulu, takkan nak berurusan
di muka pintu ni.”
Rumah papan yang kelihatan kusam di luar
rupanya kelihatan lapang di dalamnya. Rumah yang beralang tinggi, berhias
sederhana dengan kerusi rotan. Langsir berwarna kuning cair bagaikan
terbuai-buai di pukul angin tengah hari. Barangkali membawa entah apa ceritanya
sang bayu tengah hari itu!
“Pak Aji sudah ke masjid, dah dekat
zohor ni.” Perkataan ibu di hadapanku membuatku tersentak. Kali terakhir aku
mendirikan sembahyang adalah sembahyang Jumaat pada minggu lepas. Aku
cepat-cepat menyembunyikan resahku dengan mengangguk-angguk cepat.
“Mak Aji ambikkan kunci rumah. Nanti
malam nanti jemputlah ke rumah, boleh makan malam.” Tersentak sekejap. Tiada
kata-kata yang membicarakan bayaran sewa mahupun bayaran deposit.
“Berapa deposit yang saya mesti bayar Mak Aji?”
“Deposit? Oh, tak payahlah. Kami percaya dengan Kak Salma ni. Nanti
bayarkan sewa sajalah bila cukup bulan.”
“Kak Salma. Sharil ni kena panggil Mak cik lah, kak aji.Bukan
Kak Salma, lagi. Mudalah pulak saya dengan panggilan tu!” Mak Cik Salma cepat
menyampuk tergelak-gelak.
Aku tidak terkata.Mudahnya membuat urusan di sini.Andai
di Bandar, sudahlah deposit dua-tiga bulan, perlu lagi membayar deposit bayaran
air dan elektrik.Mahu tidak mahu, mesti perlu mengeluarkan lebih
kurang RM 2000-3000 juga. Di sini, hanya perlu membayar RM 150 sahaja untuk
bulan yang berikutnya. Bukankah ini satu urusan yang amat mudah?
“Duduklah sekejap. Saya buatkan air ye?”
Kami membiarkan Hajjah Sumayyah beredar.
Pandangan mataku mengintai sehingga ‘Mak aji’ hilang daripada ruang tamunya.
“Semudah ini Mak Cik?”
“Ya. Kenapa? Ril rasa pelik?”
“Ya
Pelik tapi benar?”
Mak Cik Salma tergelak perlahan. “Ini soal kenal dan kepercayaan.Kami
sudah kenal lama. Sebab itulah begitu. Lagipun, ni kan pulau, mana nak lari
pun.” Mak Cik Salma tersenyum lagi, membuatkan aku tersenyum sendiri.
Segelas air sejuk segera mengubat
dahaga. Dan kami meminta diri untuk urusan yang lain pula. Kunci yang berada di
tangan segera membolehkan aku membuka pintu secara rasminya untuk pertama kali.
“Ril pergilah masuk, mak cik tunggu di
luar ni.”
Aku mengangguk dan kaki segera melangkah
masuk ke dalam ruang rumah sewaku. Atau layak aku gelar sebagai ‘rumahku’ mulai
saat ini.
Dalam rumah kelihatan bersih, hanya terdapat
sebuah meja kecil di bahagian dapur dengan dua kerusi ala-ala ‘kedai kopi ala
cina’. Lantai ditutupi lantai petak-petak kecil ‘ala-ala mozek’ berwarna
cerah. Sinki berwarna putih di ruang
tamu, dapur yang dilengkapi dengan kabinet kecil, dan sebuah dapur mini dengan
tong gas.Situasi yang
sesuai dengan ‘single-mingle’ yang akan tinggal di sini. Bilik mandinya siap
dengan pancuran air, dan sebuah kolah mini. Dan aku beruntung, di bahagian
bilik tidurnya, sudah tersiap sedia sebuah katil kelamin dan sebuah almari baju
yang sederhana saiznya. Sudah cukup selesa ntuk anak bujang. Sesuatu yang tidak
aku jangka untuk dipandang dalam rumah yang aku anggap ‘mini’. Ternyatalah terjemahan
sebuah peribahasa Inggeris yang sudah biasa didengari selalu boleh digunapakai,
‘Sebuah buku tidak boleh dinilai daripada kulitnya.’
“Okay?”
“Okay sangat-sangat.” Menjawab sambil tersenyum kembali.
Sepetang kemudiannya kami habiskan dengan mendapatkan kenderaan
kesayanganku di Pelabuhan Laut Limbung.Dan malamnya aku menanti ibu dan
adik di Lapangan Terbang Padang Matsirat.Wajah ibu yang muncul dengan senyuman, disambut dengan
senyuman yang menyenangkan. Teringat akan barangan yang rupanya dalam diam
diselitkan ibu ke dalam but kereta, sebuah mikrovawe yang aku tolak, kerana
ianya kepunyaan uncle. Dan microwave yang bertukar daripada barang ‘kurang
penting’ menjadi ‘barang keperluan’.Dan kucupan pada tangan ibu
melegakan perasaan sejak tiba di rumahku siang tadi. Segalanya melegakan.
Selega angin Timur yang sibuk menyapa pipi sejak petang semalam. Dan entahlah,
tanpa ibu. Tanpa salji. Tanpa Amelia, tidak diduga, bagaikan ada ketenangan di
sini semula.
Malam yang bersarang membawa imbauan
yang berbeza. Agaknya ibu dan adik sedang enak beradu di bilikku, sementara aku
hanya berbaring di ruang tamu. Dan secara tiba-tiba, terlintas pula di minda
jantanku. Siapa Sya? Cantikkah dia? Lebih seksi daripada Amelia barangkali?
Mungkin juga tidak seksi pakaian Amelia, yang selalunya seksa dipandang mata
jantan-jantan sepertiku! Pakaian Sya mungkin seperti pakaian Mak Cik Salma, pakaian
muslimah!Segera mata membayangkanpakaiannya berbungkus besar, lebar di tubuhnya
yang disembunyikan di sebalik bajuanya itu. Tapi siapa tahu, dia sebenarnya
seksi! Siapa tahu jika Syarifah Masni ini sebenarnya seksi! Baru sehari di
Pulau Lagenda ini, fikiran sudah dihimpit dengan persoalan yang membingitkan
telinga dan perasaan. Antara Sya dan Amelia? Amelia dan Sya? adilkan membanding antara dua wanita, yang satunya belum aku temui?