Hackers Malaya. Masyarakat menganggap mereka sekadar kumpulan anak muda yang punya banyak waktu berpeleseran di dunia maya. Ada yang menyokong. Tidak kurang yang mengecam. Tapi H dan rakan-rakan tidak peduli. Ada misi baru yang menanti. Ada rahsia pempengaruh selebriti yang perlu dibongkar; pendakwah songsang, usawahan penipu, pengarah setan.Sampai giliran sasaran baharu, langkah mereka dicantas.Walau dirancang teliti, setiap tindakan Hackers Malaya cekap ditangkas musuh. Target mereka ternyata bukan calang-calang. Antara pengaruh dan khabar angin, yang mana lebih dipercayai? Tatkala kebenaran disuakan, masih ada rahsia yang tersimpan rapi. Adakah H digula-gulakan rakan-rakan sendiri? Persoalannya sekarang, "siapa pula yang patut kita koyakkan lepas ni?"