Home Novel Thriller/Aksi MONSTER
MONSTER
#mystrill
21/11/2019 15:23:29
38,879
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
PROLOG
Novel ini merupakan karya yang bertanding dalam Pertandingan Menulis Novel Thriller anjuran Buku Prima.

Penulis : AINI NAZRINI

PROLOG

Bunyi nafas seperti orang sedangberlari itu bergema di tengah-tengah hutan. Dalam kegelapan kelihatan satu kelibat kecil berlari-lari meredah semak samun. Habis semua semak samun yang berada dihadapannya diredahnya.

Kegelapan malam tidak menghalang pandangan tubuh kecil itu daripada terus berlari. Sesekali dia tersandung dek akar yang melintang di balik rumput-rumput yang menjalar. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus bangkit dan meneruskan lariannya. Walaupun kakinya luka berdarah, dia tetap tidak mengendahkannya. Apa yang dia tahu, dia harus keluardari hutan itu.


Dia berhenti seketika di balik pokok sebesar pemeluk. Nafasnya turun naik kencang ketika itu. Dia memandang sekeliling. Sunyi. Dia tidk mendengar langsung sebarang bunyi haiwan ketika itu. Suasana di dalam hutan itu sunyi sepi. Seperti ada sesuatu yang akan menyerang bila-bila masa sahaja.


Rasa takut mulai menjalar di dalamdiri. Kakinya terketar-ketar menahan rasa sejuk yang semakin mencengkam. Dia berpeluk tubuh. Wajahnya semakin keruh. Perlahan-lahan air mata mula bergenang di kelopak mata. Dia cuba menahannya tetapi tidak berjaya. Akhirnya dia tumpas di situ. Dia menangis teresak-esak mengenang nasibnya.


“Ibu...” rintihnya perlahan.


Krekkk! Dia terdiam. Telinganya menangkap satu bunyi. Seperti ada sesuatu yang memijak ranting. Cepat-cepat dia menutup mulutnya. Dia merapatkan tubuhnya ke pokok. Cuba melindungi dirinya daripada dikesan.


            Satu siulan bergema dari jauh.Siulan yang menyerupai bunyi seruling. Dia bertambah takut. Hendak terkencing pun ada. Air mata semakin laju mengalir. Dia menutup rapat-rapat mulutnya dengan tangan. Makin lama siulan itu semakin dekat didengari. Kedengaran seperti ada sesuatu yang sedang berjalan di balik semak samun yang meninggi liar. Dia merasakan bunyi siulan itu seperti berada di balik pokok tempat dia berada. Dia cuba bergerak sedikit.


            “Hah!” jerkah satu suara dibalik pokok.


Terkejut dia apabila disergah dari belakang. Dia menoleh ke belakang dan tidak semena-mena dia jatuh terduduk diatas tanah. Seorang lelaki dewasa berpakaian serba hitam muncul dibalik pokok.Lelaki itu memandangnya dengan pandangan sinis. Dia mengensut ke belakang apabila lelaki itu berjalan terdengkut-dengkut menghampirinya. Dia terus mengensut sehingga ke sebuah busut yang besar di situ. Dia sudah mati akal. Diaterus berlutut menghadap lelaki itu.

          

“Tolong saya... jangan bunuh saya...” rayunya sambil menangis teresak-esak.


Lelaki itu mencangkung dihadapannya. Lelaki itu mengelus lembut rambutnya. Lelaki itu memandangnya dengan satu pandangan yang menakutkan. Lelaki itu mengusap pula air mata yang mengalir di pipinya. Usapan itu menjalar sehingga ke bahunya. Lelaki itu mencengkam kuat bahu kirinya sehingga membuatkan dia mengaduh kesakitan.

          

“Ssyuuu... jangan nangis. Aku takbuat apa-apa pun,” pujuk lelaki itu.


Wajah dia keruh menahan kesakitanapabila lelaki itu masih lagi tidak melepaskan cengkaman di bahunya.


“Aku cuma nak tengok bunga kattengkuk kau aje. Cantik! Cantikkk... sangat!” ujar lelaki itu lagi lalu menolak kepalanya menghadap ke tanah. Lelaki itu melihat corak bunga di tengkuknyadengan pandangan mata yang bersinar. Sangat menakutkan!


Dia mendiamkan diri. Dia cuba untuktidak menangis walaupun masih tersedu-sedu. Dia sentiasa ingat pesan papa...jika berdepan dengan sesuatu yang lebih besar daripada diri kita, jangan terus menyerang... sebaliknya cari titik lemah untuk menjatuhkannya.


“Kau nak hidup?” tanya lelaki itu.


 Dia mengangguk dengan takut-takut.Wajahnya masih lagi menghadap ke tanah. .


“Baiklah. Aku boleh bagi kau peluang untuk hidup. Tapi... dengan satu syarat.”


Lelaki itu berdiri daripada terus mencangkung. Kakinya masih lagi berasa sakit. Adadarah mengalir di balik seluar yang dipakainya itu. Lelaki itu mengeluarkansekotak rokok dari kocek seluar.


“Kitaakan main satu permainan. Kau boleh lari sejauh mana yang kau mahu sementara aku habiskan hisap rokok ni. Lepas aku habis hisap rokok, aku pula yang akan kejar kau. Masa tu kau akan tahu nasib kau... kalau kena tangkap dengan aku.Macam mana? Setuju?”


Dia mendongakkan kepala lalu memandang tepat ke wajah lelaki itu. Dia mengangguk laju tanda bersetuju dengan syarat permainan itu. Mungkin itu satu-satunya peluang dia melarikan diri dan mendapatkan bantuan.


“Tapi kalau kau cuba minta tolong dari sesiapa... aku akan bunuh orang itu. Faham!”ugut lelaki itu lagi.


Wajahnyabertambah pucat apabila mendengar ugutan itu. Perlahan-lahan dia bangun. Dia melihat lelaki itu mencucuh api pada puntung rokok. Sebaik sahaja lelaki itu mula menyedut asap rokok yang pertama... dia terus membuka langkah lalu berlari darisitu tanpa bertangguh lagi.


Permainan sudah bermula. Dia perlu berlari sejauh yang mungkin. Jika dia berlengah diaakan dibunuh hidup-hidup oleh lelaki itu. Dia tidak mahu mengalah. Habis semak samun dia redah. Tercungap-cungap dia berlari. Dihadapannya ada bukit kecilyang akan membawanya ke kampung sebelah. Dia mendaki bukit itu dengan berhati-hati.Sesekali dia menoleh ke belakang. Takut-takut lelaki itu mula mengejarnya.


Sementaraitu, lelaki itu asyik menghisap rokoknya di tengah-tengah hutan. Kepalanya mendongak ke dada langit yang hitam pekat. Pohon-pohon yang tinggi menghalang pandangannya untuk melihat bintang pada malam itu. Apabila menyedari puntungrokok sudah habis, lelaki itu mula melentur-lenturkan kepalanya. Sudah tiba masanya untuk lelaki itu memburu. Lelaki itu pun berlari pantas menjejaki mangsanya. Pemburuan bermula.


Dia masih lagi berusaha mendaki bukit kecil itu. Sebaik sahaja dia berada di atas bukit kecil itu dia terus berlari. Tiba-tiba kakinya tersandung sesuatu sehingga membuatkan dia jatuh tergelincir ke bawah. Beguling-guling dia jatuh sehingga tubuhnya terhempas pada pokok yang sudah tumbang. Sakitnya hanya dia sahaja yang rasa. Habis sakit-sakit badan dibuatnya. Dia cuba untuk bangkittetapi jatuh tersembam balik ke tanah.


“Aduhhh...”Dia memandang kakinya. Kakinya terseliuh sewaktu terjatuh tadi.


Dia cuba juga untuk bangkit. Dia tidak boleh berlengah. Tiba-tiba telinganya menangkap satu bunyi. Bunyi seperti orang sedang berlari meredah semak. Lelaki itu! Lelaki itu pasti semakin menghampirinya. Dia menjadi cemas. Dia perlu bersembunyi. Dia cuba mencari tempat untuk berlindung tetapi tempat yang dia jatuh itu merupakan satu kawasan lapang daripada pokok dan semak samun.


Sedang dia mengensutkan badan untuk mencari tempat bersembunyi tiba-tiba satu tangan menutup mulutnya dari belakang. Dia cuba meronta untuk melawan tetapi tidak berjaya.


“Ssyuuu...jangan bising!” bisik suara dibelakangnya.


Pemilik suara itu merupakan seorang budak lelaki. Dia kenal budak lelaki itu. Budak lelaki itu memaksanya untuk berdiri lalu membawanya ke satu tempat. Dengan kaki yang sakit, dia mengikut juga budak lelaki itu.


“Awak sembunyi kat dalam ni,” arah budak lelaki itu sambil menunjuk sebuah lubangyang tidak terlalu dalam.


Dia merenung ke dalam lubang itu. Lubang itu hanya muat untuk seseorang yang bertubuh kecil sepertinya. Daun-daun kering berselerakan di dalamnya. Dia teragak-agak hendak masuk ke dalamnya.


“Cepat masuk ke dalam ni sebelum orang tu sampai!” gesa budak lelaki itu.


Tanpa berlengah dia terus masuk ke dalam lubang itu. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam lubang itu, budak lelaki itu mengambil daun-daun kering lalu menutup ke atasnya.


“Kejap!”


Dia menahan budak lelaki itu daripada terus menutupi tempat dia bersembunyi.


“Awak macam mana?” soalnya.


“Awak jangan risau. Dia tak akan bunuh saya,” jawab budak lelaki itu sambil tersenyum.


Terimakasih!” ujarnya perlahan.


Budak lelaki itu meneruskan kerjanya menutup lubang itu dengan daun dan ranting kering.Dia yakin tiada siapa pun yang perasan di kawasan itu ada sebuah lubang.


“Awak jangan sesekali buat bising. Jangan terus keluar kalau dia lalu kat kawasan ini.Saya akan cuba cari jalan supaya dia tak tahu awak ada kat sini,” ujar budaklelaki itu sambil memandang ke arah daun-daun yang menutupi lubang itu.


Dia hanya mengangguk walaupun budak lelaki itu tidak melihatnya. Apabila berasa yakin kerjanya sudah selesai di situ budak lelaki itu meninggalkan kawasan itu.Tinggallah dia sendirian di dalam lubang sambil menunggu nasibnya.


Beberapa detik dia mula berasa lenguh kerana lama berada di dalam lubang itu. Sewaktu dia ingin mengubah posisi, telinganya menangkap satu bunyi. Kedengaran derap langkah kaki menghampiri tempat dia bersembunyi. Dia mengetap bibirnya kuat-kuat. Dia yakin lelaki itu semakin dekat dengan kawasan itu. 


Lelaki itu muncul dibalik pokok. Lelaki itu kelihatan termengah-mengah. Lelaki itu yakin mangsanya tidak jauh dari kawasan itu. Lelaki itu cuba memicingkan pandangannya. Walaupun kegelapan malam menjadi latar itu tidak menyukarkan pandangannya daripada mengesan mangsanya. Tiba-tiba matanya terarah pada satu arah. Lelaki itu merasakan seperti ada sesuatu dibalik dedaunan kering di situ.


Dia sudah bermandi peluh. Dia merasakan tempat persembunyiannya itu telah terbongkar. Dia dapat merasakan pandangannya dengan lelaki itu saling berlaga walaupun dia sedang bersembunyi di balik daun-daun kering ketika itu.


Setapak demi setapak lelaki itu menghampiri tempat dia bersembunyi. Tinggal beberapa langkah lagi tiba-tba langkah lelaki itu terhenti.


“Apa yang kau buat kat sini?” tanya lelaki itu tiba-tiba.


Diaterpinga-pinga. Lelaki itu tahu ke dia berada di situ? Dia masih lagi tidakbergerak. Dia cuba menahan nafasnya.


“Tak ada buat apa-apa pun,” balas satu suara.


Dia cam suara itu. Itu suara budak lelaki yang membantu dia bersembunyi! Dia terus berdiam diri di tempatnya tidak berkutik. Tidak langsung membuat sebarang bunyi hatta bunyi nafas sekalipun.


“Jangan nak bohong dengan aku! Kau tolong dia larikan diri, betul tak?” jerkah lelaki itu.


Budak lelaki itu tidak bersuara. Ditangannya tergenggam sebatang kayu. Tubuhnya terketar-ketar ketika itu. Bukannya dia tidak pernah berhadapan dengan lelakiitu sebelum ini. Dia perlu menjadi berani. Dia perlu melindungi satu nyawa padamalam itu supaya tidak menerima nasib yang sama sepertinya.


“Kau nak pukul aku dengan kayu tu?” ejek lelaki itu apabila terpandang sebatang kayu ditangan budak lelaki itu.

“Pukullah aku kalau kau berani sangat. Tunjukkan kejantanan kau tu!” Provok lelaki itu lagi sambil melangkah ke arah budak lelaki itu.

Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill