Tiba-tiba terdengar letupan dan
kereta Myvi pink yang sedang Shima pandu tiba-tiba hilang kawalan. Shima cuba
mengawal dan sebaik mungkin dia cuba membehentikan keretanya.
Setelah
berjaya memberhentikan keretanya di tepi jalan. Shima melangkah keluar dari
kereta untuk memeriksa apa yang menyebabkan keretanya hilang kawalan tadi.
“Ya
ALLAH….” Shima memegang dahinya. Tayar depannya meletup. Terus kempis. Shima mengaru
kepalanya yang tidak gatal. Bawak kereta memang dia tahu. Tapi untuk menukar
tayar kereta yang pancit dah lupa. Terakhir dia belajar tukar tayar pun masa
masuk kelas memandu 5 tahun lalu.
“Aduh
apa aku nak buat ni? Mana aku tahu nak tukar tayar kereta. Waktu-waktu macam ni
pulak tayar nak pancit,” omel Shima sendirian sambil matanya menjeling jam di tangan
kanannya. Dah lewat petang. Shima
mengeluarkan handphone dari tas tangannya.
“Helo
Ah Fatt, saya punya kereta pancit. Boleh tolong hantar orang tukar tak?” pinta
Shima sewaktu menghubungi Ah Fatt, pomen yang dia sering berurusan.
“You
ada dekat mana?”
“Mmm…..”
Shima menoleh memandang sekeliling untuk melihat dia berada di mana. “Dekat
dengan itu kondo Sri Cempaka, jalan Ampang,” jawab Shima tatkala terpandang papan
tanda yang tertera di tembok kondominium Sri Cempaka.
“Okay…okay…..nanti
saya hantar orang,” ujar Ah Fatt.
Shima
mengukir senyum. “Thanks Ah Fatt.”
Sementara
menanti kedatangan orang Ah Fatt, Shima kembali semula ke dalam kereta dan
membuka sedikit tingkap kereta. Dia duduk bersandar sambil melelapkan matanya.
Telinganya
menangkap suara sedang orang menangis. Amat dekat sekali tangisan itu dengan
halwa telinganya sehingga menganggu lelapnya. Shima
membuka kelopak matanya. Shima terloncat sedikit dari duduknya kerana terkejut
bila ada seorang gadis sedang menangis di dalam keretanya.
“Awak
ni siapa? Macam mana boleh masuk?” soal Shima bila mampu mengawal rasa
terkejutnya.
“Tolong
saya,” rayu gadis itu yang masih menangis. Kepalanya ditundukkan ke bawah.
Shima
mengaru kepalanya. Serasanya tadi dia sudah kunci pintu kereta dan hanya
membuka sedikit tingkap bagi memberi udara masuk ke dalam sahaja. Macam mana
gadis ini dapat masuk ke dalam?. Soalan itu berlegar di fikiran Shima.
“Tolong
saya,” sekali lagi gadis itu merayu.
“Tolong?
Tolong apa?”
“Tolong
saya Shima,” pinta gadis itu dengan suara yang sayu.
Shima
membulatkan matanya. “Macam mana awak tahu nama saya?” soal Shima yang mulai
merasa tidak selesa dengan kehadiran gadis misteri ini. Dia pasti inilah
pertama kali dia bertemu dengan gadis ini dan semestinya dia tidak tahu
namanya. Tapi hairan macam mana gadis misteri itu tahu namanya.
“Shima
kena tolong saya. Sejuk sangat. Saya tak tahan lagi. Tolong saya,” pinta gadis
misteri itu penuh merayu.
“Apa
yang awak cakap ni? Saya tak faham,” kata Shima yang kebinggungan.
“Tolong
saya. Saya kesejukan,” sekali lagi gadis misteri itu merayu.
“Tuk…tuk…tuk…”
Shima terkejut bila tiba-tiba cermin keretanya di ketuk dari luar. Kelihatan
seorang lelaki cina sedang berdiri di sisi keretanya.
Bila
Shima menoleh semula ke sebelah kirinya, dadanya berombak laju. Gadis misteri
itu sudah tiada. Mata Shima melilau memandang sekeliling. Sah gadis itu dah
tiada di dalam keretanya.
Dalam
keadaan terpinga-pinga Shima membuka pintu kereta. Dia keluar dengan seribu
persoalan di dalam kepalanya. Siapa gadis itu dan ke mana dia menghilang.
“Helo,
Ah Fatt hantar saya. Tolong bukak bonet kereta,” ujar lelaki cina itu.
Tanpa
membantah Shima menekan butang bonet keretanya. Lelaki cina itu memulakan kerja
menukar tayar. Sementara itu Shima masih tercari-cari jawapan pada persoalan
yang berlegar difikirannya.
Shima
menghempaskan badannya yang keletihan di atas sofa panjang. Dijulurkan kakinya
sambil tangan kanannya diletakkan di atas dahinya.
“Relax giler nampak!” Mimi menegur sebaik
dia keluar dari arah dapur.
Namun
Shima masih tetap seperti tadi. Otaknya masih melayang memikirkan kejadian di
dalam kereta tadi.
Mimi
meletakkan mangkuk mee bandungnya di atas meja kopi. Keningnya berkerut
memandang rakan serumahnya ini.
“Kau
ni apa hal sejak balik duk termenung macam orang mati laki aje ni?” sinis
sindiran Mimi.
“Hummm…..”
Shima hanya mengeluh panjang.
“Tengok
tu. Orang tanya dia bantai mengeluh pulak. Woi! Cakaplah apa masalah kau ni,”
Mimi menjatuhkan tangan Shima yang diletakkan di atas dahinya.
Shima
menoleh memandang Mimi. “Tadi kereta aku pancit.”
“Laaa…kereta
pancit pun kau menung sampai macam ni sekali!” Mimi mengeleng-geleng sambil
tersenyum-senyum.
“Bukan
itulah,” bidas Shima.
“Habis
tu?” pantas Mimi bertanya.
Shima
bingkas bangun dan duduk mengadap Mimi.
“Masa
aku tengah tunggu pomen datang, aku lelap kejap mata ni. Masa aku baru nak
terlelap tiba-tiba aku dengar suara orang menangis dekat kat telinga ni. Bila
aku bukak mata aku tengok ada perempuan kat sebelah aku tengah menangis.
Terkejut aku,” kata Shima.
“Kau
kenal ke?” Mimi bertanya lagi.
“Tak.
Aku tak kenal pun,” jawab Shima mengeleng.
“Kau
tak kunci kereta ke?”
“Kunci.”
Mimi
terdiam. Dia memandang Shima dengan pandangan antara percaya tak percaya
sahaja. Mimi merasakan sejak kebelakangan ini Shima benar-benar berubah. Ada
sahaja cerita seram yang menghantui dirinya kebelakangan ini.
“Shima,
kau mimpi tak kot?” akhirnya Mimi membuat kesimpulan begitu.
Pantas
Shima mengeleng. Dia yakin dia tidak bermimpi. Gadis itu benar-benar berada di
dalam keretanya tadi.
“Tak.
Aku yakin perempuan tu memang ada dalam kereta aku tadi. Cuma bila aku cakap
dengan pomen kejap dia tiba-tiba hilang. Ke mana aku pun tak tahu,” jawab Shima
penuh yakin.
“Ikut
kau lah. Nak mee bandung tak?” ujar Mimi yang malas untuk terus berdebat dengan
Shima.
Shima
mengeleng. “Tak mahulah. Aku nak masuk mandi dulu.”
Sebaik
menuturnya Shima lantas bangun perlahan-lahan dan melangkah menuju ke bilik
tidurnya.