Home Novel Thriller/Aksi ELOPE
ELOPE
Zulfati Hanis
5/11/2012 21:54:24
19,852
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 3 (Si manis Lily)

Bonet kereta di buka. Sekujur tubuh yang di balut dengan plastik di pikul di atas bahunya yang tegap. Perlahan-lahan kaki melangkah menghampiri tepi lombong terbiar. Kawasan lombong terbiar di waktu begini amat sunyi. Sesekali kedengaran bunyi katak dan cengkerik mengalunkan lagu masing-masing.

Setiba di tepi lombong terbiar itu, mayat yang di pikul tadi diletakkan di atas tanah. Seketul batu yang berat di ambil dan di ikat bersama dengan mayat tadi. Sebelum mayat itu dicampakkan ke dalam lombong terbiar itu. Di pandang wajah mangsa terbarunya buat kali terakhir.

“Selamat beradu sayang,” katanya pada mayat yang sudah tidak mampu untuk menjawab. Ada senyuman terukir dibibirnya.

Masih ingat lagi bagaimana dia bertemu dengan Lily. Gadis yang masih muda remaja dan liar. Kelincahan Lily menari dan kemesraan Lily menarik perhatiannya untuk mengenali gadis itu.


“Hai! I Lily,” dia memperkenalkan dirinya dengan nada yang kuat bagi melawan bunyi muzik yang membingitkan.

“Shark!” ujar lelaki yang ditegurnya tadi.

Wow! Nice name,” Lily melemparkan senyuman manis. Malam ini dia sendirian. Joe tiada untuk menemaninya. Jadi bolehlah dia berpeleseran dengan lelaki lain di kelab ini.

“Balak you mana?” Shark bertanya sambil meneguk minumannya. Dia kenal gadis bernama Lily ini. Dia sering nampaknya dengan seorang lelaki yang bertubuh tegap dan lengannya bertatu.

Lily menjungkit bahunya. “Dah mati agaknya,” kata Lily sambil ketawa besar.

Shark hanya senyum sinis. Memang dasar perempuan yang tidak tahu setia dengan seorang lelaki. Getus Shark di dalam hati.

“Tak takut ke balak you marah nanti?” tanya Shark bila Lily mula bergesel bahu dengannya.

“Jom menari,” bisik Lily di telinga Shark. Di tarik tangan Shark sehingga Shark terdorong ke depan.

Mereka berdua bergerak ke pentas tarian. Shark mengikut rentak Lily menari. Mereka saling berpelukkan tanpa mempedulikan orang sekeliling. Lily semakin mengoda. Shark mula dibuai dengan keasyikkan.

Jam 2 pagi Shark dan Lily keluar dari kelab dalam keadaan mabuk. Lily paling teruk mabuknya. Shark memapah Lily sehingga ke keretanya.

“You nak bawak I ke mana?” dalam keadaan mabuk Lily bertanya.

“Syurga sayang,” bising Shark di telinga Lily.

“Ha…ha…ha…” Lily ketawa gembira. Malam ini dia akan merasai kehebatan lelaki bernama Shark.

Shark menutup pintu dan melemparkan senyuman sinis. Dia kemudian menghidupkan enjin dan memandu keretanya membelah jalan raya yang masih banyak dengan kenderaan.


“Aku kat mana ni!...” Lily yang baru tersedar cuba memandang sekelilingnya. Pandangan matanya masih kabur lagi.

Dia cuba bangun. Tapi baru dia menyedari dirinya terikat pada kerusi. Dia merentap tangannya yang di ikat pada kerusi. Pakaian yang tersarung dibadannya juga sudah bertukar. Dia tidak ingat masa bila dia menyarungkan pakaian pengantin warna putih ini.

“Lepaskan aku! Kenapa ikat aku macam ni?” Lily terjerit-jerit sambil cuba melepaskan dirinya.

Pintu di buka dari luar. Shark muncul.

“Hoi! Lepaskan aku,” Lily memandang Shark dengan pandangan marah.

“Syyyy…” Shark meletakkan jarinya dibibir. “Jangan bising-bising. Nanti Sofi marah,” bisik Shark.

“Kau dah gila ya? Lepaskan aku lah bodoh!” Lily semakin hilang sabar.

Jika Lily semakin marah Shark sebaliknya tersenyum-senyum sambil berjalan mengelilingi Lily yang masih terikat di atas kerusi.

“Kenapa kau ikat aku?” Lepaskanlah!....” Lily berusaha untuk melepaskan dirinya. Namun kudratnya tidak mampu untuk melepaskan dirinya dari ikatan ini.

Shark berhenti disebelah Lily. Dia mendekatkan dirinya dengan Lily.

“Hari ini kita akan kahwin. Aku cintakan kau,” suara Shark kedengaran halus di telinga Lily.

Lily mengeleng pantas. “Aku tak cintakan kau. Aku nak balik!” nyaring suara Lily menafikan bahawa dia cintakan Shark. Tak mungkin hanya dalam perkenalan yang sesingkat ini mereka ingin menamatkannya dengan ikatan perkahwinan. Lagipun semalam dia hanya ingin berseronok saja. Bukannya dia cintakan lelaki ini pun.

Shark menutup telinganya. Dia kepalanya digelengkan. Giginya berlaga.

“No….No…No…kita akan kahwin. Kau cintakan aku!” suara Shark mula bertukar kasar. Dia keluarkan keris yang tersemat kemas dipinggangnya sedari tadi. Dihunuskan keris itu ke muka Lily.

“Aaaaaa…..” Lily menjerit kesakitan bila hujung keris itu menghiris pipinya. Terasa pedih pipinya.

Shark pulak ketawa bila melihat darah mulai keluar dari pipi yang terluka. Matanya bersinar bila melihat darah yang merah menyala itu.

Lily mula ketakutan. Dia tidak mahu mati lagi. Dia mula menangis ketakutan. Dia takut jika Shark mengapakan dirinya.

“Tolonglah lepaskan aku,” rayu Lily dalam esak tangisnya.

“Kau cintakan aku kan?” Shark memegang pipi Lily.

Dalam keadaan ketakutan Lily hanya mengangguk. Namun air matanya masih mengalir.

Shark tersenyum lebar. Dia menyarung semula keris ditangannya. Dia lantas membetulkan baju melayu berserta tengkolok yang dipakainya.

“Cantik tak aku?”

Lily hanya mengangguk.

“Mari aku bawak kau jumpa dengan Sofi. Kalau Sofi kata dia suka kau, baru aku akan kahwin dengan kau. Kalau Sofi tak suka…” Shark dekatkan mukanya sehingga hampir dengan muka Lily. “Aku bunuh kau!” kata Shark keras.

Tangisan Lily semakin kuat. Dia benar-benar dalam ketakutan. Dia tidak mahu mati lagi.

“Ha…ha….ha….” Shark ketawa besar sambil melangkah keluar dari bilik yang menempatkan Lily.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.