Pengeboman yang melibatkan pejabat Kedutaan Malaysia di Manila, Filipina oleh sebuah kumpulan pengganas yang dikenali Masud Army Group (MAG) telah menyebabkan belasan nyawa rakyat Malaysia terkorban.
Tindakan MAG yang tidak berperikemanusiaan itu mendorong kerajaan Malaysia untuk menghantar sebuah unit rahsia yang dikenali sebagai Skuad Taring Nusa ke kepulauan Mindanao, Filipina.
Misi utama skuad ini adalah menghapuskan kumpulan pengganas tersebut supaya tidak mengancam keselamatan negara terutamanya di sempadan Sabah dan perairan Filipina.
Adakah Skuad Taring Nusa berjaya dalam misi ketenteraan kali ini?