Home Novel Seram/Misteri Gadis Yang Bermain Api
Gadis Yang Bermain Api
Amaryllis Dahlias
2/7/2019 23:34:05
12,001
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 3

Ir. Azlan tersedar dengan tengkuk dan leher yang amat perit.Perasaan gementar, keliru dan amarah bercampur baur dan selang-seli mencengkam dirinya. Ir. Azlan berasa amat bersyukur dan amat bernasib baik kerana masih hidup. Tali keledarnya masih terpasang dibadannya. Dia masih berada di kerusi pemanduannya…tetapi di mana dia berada sekarang?

Jerutan di lehernya mencederakan tenguknya dan ada bau kesan darah. Dia tidak dapat melihat apa-apa kerana kepalanya dibungkus dengan sesuatu yang berbau hapak. Tangannya berikat dan kakinya juga tidak dapat bergerak bebas. Mungkin lembaga yang mencekiknya menghadapi kesukaran kerana diameronta-ronta. Dalam keadaan gelap gelita dia pasrah memikirkan di mana dia kini berada. Dia hanya dapat  mendengar suara burung kuak-kuak. Selebihnya dari sayup-sayup dia mendengar bunyi seseorang sedang berbuat sesuatu dan jaraknya amat dekat dengan luar kereta itu.Keheningan suasana amat mencengkam perasaannya. Saat itu dia teringat kejadian yang berlaku sepantas kilat sebelum dia pengsan. Wajah ayu Sophia Isabel bertamu dalam ingatannya. Sudah pasti gadis itu akan membencinya kerana gagal muncul untuk temu janji mereka. Kemarau hatinya terubat dek pesona Sophia Isabel yang anggun dengan gaya sofistikated. Namun ada ciri-ciri gadis melayu yangmasih dapat dikesan Ir. Azlan meskipun gadis itu diladeni dengan gaya urban dan pakaian berjenama barat. Bibirnya yang berbentuk busur dan mata bundarnya mampumembuat Ir. Azlan tertawan hanyut dalam dimensi berbeza.  Tiada siesiapa tahu perkenalannya dengan Sophia Isabel. Mereka hanya bertemu sekali sahaja selepas perkenalan dalam dunia alam maya. Dia tidak mahu sesiapa tahu sehingga dia yakin Sophia Isabel adalah pilihan hatinya. Perasaannya cemas apabila memikirkan yang dia mungkin tidak akan terlepas daripada sesiapa juga yang telah membawa dirinya kekawasan yang sunyi sepi itu.

Bunyi di luar tiba-tiba sahaja berhenti. Bau kerosene menyelinap rongga pernafasannya. Dia merasa amat lemas sekarang… dan bahang panas yang mulai memenuhi segala ruang dalam Mercedes sport kemegahannya.

Dia cuba bergelut untuk membuka ikatan di pergelangannya tetapi betapa sukarnya dia dalam keadaan kedua-dua tangan berikat.

Sesuatu sedang berlaku pada enjin keretanya. Percikan kecil api kuning muncul di antara bahagian logam kereta kesayangannya itu. Dia hanya mampu menduga kerana bungkusan kepalanya tidak dapat dirungkai. Ada sesuatu yang menyebabkan pintu keretanya tidak berfungsi.  Tetapi dia tidak akan berputus asa untuk menyelamatkan dirinya. Dia mula batuk kerana tersedut asap yang kian menebal, paru-parunya rasa terbakar di dalamnya, matanya merah berair dan dia meraba-raba dengan talipinggang keledarnya, cuba untuk melepaskan dirinya.

Ir. Azlan mencium bau asap; bau udara yang berminyak berlegar di dalam ruang kereta. Kereta itu penuh dengan asap hitam yang membakar tenggoroknya dan menyebabkan matanya menjadi berair. Ir. Azlan tahu masanya amat terhad sekarang, asap itu boleh membunuhnya secepat mungkin. Dia mesti cuba juga untuk keluar.


Dari jauh kelihatan semarak api membakar. Di dalam kesunyianvmalam bertemankan bunyi unggas malam, lembaga itu beredar dari daerah terpencil itu.

Di kejauhan, suara Ir. Azlan menjerit kesakitan sambil menggelepar dek kepanasan sayup-sayup hilang dalam kabus malam.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amaryllis Dahlias