Home Novel Seram/Misteri Gadis Yang Bermain Api
Gadis Yang Bermain Api
Amaryllis Dahlias
2/7/2019 23:34:05
12,011
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 4

Sudah hampir seminggu tidak dengar apa berita daripada Ir.Azlan. Mungkin pertemuan itu tidak pernah terjadual bagi lelaki itu. Seperti kebanyakan lelaki yang kerap memngkiri janjinya, begitulah Azlan dalalm pandangan mata Sophia Isobel. Tidak ada ucapan maaf dan tidak ada kata-kataalasan untuk menjelaskan keadaan. Hanya perlu move on, detik hatinya memujuk diri.

Dan pelayaran hidup itu baginya belum menemui pelabuhannya.Selagi itu dia harus terus berusaha dan sepanjang perjalanan itu tidak mudahterbawa-bawa dengan luka yang dalam.

Malam ini dia mendapat satu lagi peluang. Lelaki yang inipula seorang pelabur hartanah yang berjaya. Usia sudah meningkat 30 tahuntetapi masih belum bersedia untuk terikat dengan rumahtangga. Lelaki bernamaFirdaus Izzani setiap hari menaikkan hantaran ke instagram peribadinya yangmendapat sukaan menjangkau ratus ribu mengalahkan para selebriti tanah air.

“Hmmm.. promise anything to do with me tidak perlu ada  hantaran ke media sosial mu..” luah Sophia Isobel dalam mesej peribadi kepada Firdaus Izzani.

“Pinky promise..” Balas Firdaus Izzani.

Jam 9.00 malam dia menanti lagi. Hatinya berdebar sekali.Adakah janji lelaki itu akan menjadi debu berterbangan sebagaimana yang berlaku sebelum ini.

 

 

“Fir.. you akan ke club Rapture once we reach PJ?” lelaki memakai baseball cap datang menghampirinya.

“Er..nope..” dia mengalihkan perhatian kepada lelaki itu.Memasukkan handphone ke dalam poket dan bersandar.  “I have something better.. for tomorrow…WIP..”

“Hmm work in progress? Wah.. sharing with me?”

“Joe… you know me.. something bernilai tidak akan ku kongsi dengan sesiapa…” dia ketawa kecil.

“So, does this mean I am expecting a wedding bell?”

“Long way to go my friend..” dia memejamkan matanya.Membaringkan dirinya di kerusi berwarna putih itu. Dia mengerling jam ditangannya. Tak sabar menanti esok. “Chill chill sudah..” dia menenangkan diri sendiri.

“Come on.. tu esok.. yang malam ni.. cerita lain.. jom!!”

“Nahh. I need my beauty sleep tonight..”

“Huh.. lantak kau lah bro.. okay.. I’ll see you when I see you..”

“Ciaooo..” dia melambai pergi.

Kereta mini cooper JCW berwarna hitam menderam perlahan. Dia memandang jam di dashboard dan menekan stesen radio lain. Perjalanan ke The Swank akan mengambil masa setengah jam tetapi dia sudah sedia lebih awal kerana tidak sabar menemui gadis yang amat misteri itu. Sepanjang perjalanan dia masuk mode sport untuk pemanduan yang lebih lancar.

Sesampai di sana dia menunggu di depan bangunan tinggi itu.

Tepat jam 10.00 pagi dia sudah mula tidak dapat mengawal perasaan berdebarnya. Seperti pertama kali temu janji dengan gadis ketika dia remaja dulu. Cantik betulkah gadis itu, sebagaimana personanya dalam semua media sosialnya. Atau kaya dengan filter yang mengubah wajahnya hingga kelihatan begitu sempurna. Hidup, umpama satu percaturan.. kadangkala kita menang besar..

Dan ketika itu, jantungnya umpama terhenti. Ketika gadis itumelangkah keluar daripada kawasan kondo itu. Dia keluar dari kereta, berdiridan melangkah ke arah gadis itu. Dan apabila gadis itu terpandang dia, wajahnya penuh kelegaan. Pintu kereta sebelah penumpang dibuka. Gadis itu duduk dengan sopan. Dia bersegera masuk ke tempat duduknya semula.

 

“Lama you tunggu?” separuh berbisik.

Bibir Sophia Isobel terukir sebuah senyuman cukup mendebarkanhati jantannya. Damn, she is real, at least no filter is necessary.

 “Ke mana kita?” tanya Sophia.

“Bulan atau bintang, it is entirely up to you..”

“I want to see shooting stars..”

“..dan a morning sunrise tomorrow, as well, you mean?”

Sophia Isobel menggelengkan kepalanya.

“No, not until…” dia tidak menghabiskan ayatnya..dibiarkan tergantung sepi.

Mata Firdaus Izzani tidak lepas merenung gadis di sebelahnya.

“Kita akan ke mana-mana kah? Are’nt we going anywhere?” tanya Sophia. Kaget kerana setelah begitu lama mereka masih di situ.Matanya yang bundar kelihatan seperti sedang ketawa.  Firdaus Izzani yang sudah dianggap pro dalam bidang player masih terkesima dengan kejelitaan dan aura Sophia Isobel.

“You are exactly what I imagined you to be..” kata Firdaus masih terbuai dan tidak selesai dengan perasaannya. “Let me take you ke satu tempat yang sangat indah..you tak akan kesal I bawa you ke sana..”

Lelaki itu memandu dengan cermat. Sophia Isobel meneliti susuk lelaki yang segak dan tinggi lampai itu. Dari luarannya Firdaus Izzani kelihatan sempurna. Next, Sophia Isobel memerhatikan sama ada jejaka itumenghisap rokok dan mempunyai telatah atau tabiat yang pelik atau tidak digemarinya.

“Hey you tengah judging me kan?” Firdaus Izzani menjeling kearah Sophia sambil dia cuba fokus memandu di jalan raya yang sibuk itu.

“Tak lah.. siapa lah saya nak judge you? Jangan takut lah, I  bukan hantu yang cekik orang…”

“..Well to be honest I don’t mind kena cekik dengan hantu secantik you..”gurau Firdaus Izzani.

“Saya manusia biasa..mesti lah ada some reservation.. maybe esok you tak akan hubungi saya lagi..normal kan macam tu?”

“I dunno.. For me, macam saya cakap dalam my direct messages…I just go with the flow.. kalau kita sesuai..dalam seminggu ni pun saya sanggup hantar pinangan..”

Sophia Isobel ketawa kecil. Matanya melirik ke arah wajah lelaki di sebelahnya.

Tampan. Tak faham mengapa masih single. Kerja mantap. Karekter nampak seperti manusia biasa…

“In life I am looking for perfection.. maybe itu my top weakness..”Firdaus Izzani bagaikan bercakap dengan dirinya sendiri.

“Every one ada expectation masing-masing.. begitu juga saya..saya belum jumpa juga lelaki sempurna…setelah begini lama sendirian..”

“Hmmm.. seriously you tak pernah ada steady teman lelaki?”tanya Firdaus Izzani tidak percaya. “Well.. logik juga.. orang kacak pun ramai yang masih single..it is understandable..”

Sophia senyum.

“So.. apakah dia yang you cari dalam kehidupan ini?”

“I just want a good handsome man..”

Firdaus Izzani tertawa terbahak-bahak.

“So I fit in..perfectly..” dia mengerling ke arah Sophia lagi.

“No comment yet..” balas Sophia ketawa kecil.

“Sudah sampai..” dia membelokkan kereta ke sebuah perumahan.

“No..I don’t expect untuk singgah ke rumah you..” perlahan Sophia mengeluarkan kata-kata itu.

“Bukan.. don’t get me wrong.. we are going for a helly visit..”

“Helly visit??”

“No, I.. I tak akan stay in a..”

“No..of course not.. jangan jump to conclusion.. I am that good handsome man yang you have been looking for..saya bukan buaya…” dia ketawa.Nada suaranya menyenangkan telinga Sophia.

“Ohh..” Sophia hilang kata-kata. “ Dia memandang sekeliling dan menyedari condominimum itu mempunyai akses terhad. Hatinya berdegup kencang.

“Come..you pegang akses card I.. If I buat tak elok kat you,you can always run..”

Kad disua ke arah kotak pengimbas.

Mereka terus ke roof top.

Sebuah helicopter kelihatan tersergam ditengah hellipad atas condominium mewah itu.

“Ini…my toy…it has a maximum speed of 324 km perhour…”

SophiaIsobel rasa tidak percaya yang sebentar lagi dia akan terbang dengan orang yangdia baru sahaja kenali tak sampai sehari..
Previous: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amaryllis Dahlias