Home Novel Cinta Tapi Bukan Kamu
Tapi Bukan Kamu
Amaryllis Dahlias
26/3/2024 15:09:10
6,903
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Kisah pertemuannya dengan Matahari ketika conference di luar negara itu sudah menjadi satu accident baginya. Tanpa terduga, mereka telahterjerumus begitu jauh dan membiarkan api yang sekian lama membara membakarsemula. Hanya pada pagi esoknya, entah bila dia sendiri tidak pasti, Matahari telah meninggalkannya untuk sekali lagi. Dia terjerumus lagi ke dalam pujukan hawa nafsu.

Pada satu malam yang singkat itu,dia telah melupakan semua tentang kehidupannya sekarang - isterinya, anak mereka yang bakal lahir, dan tanggungjawab yang datang bersamanya.

Dia memandang jam di pergelangan tangannya sekilas lalu… lama lagi untuk sampai 10.00pm…

Lampu café berhampiran menarikperhatiannya, dan tanpa berfikir panjang, dia memutuskan untuk berhenti untuk minum. Papan tanda neon berkelip mengikut masa dengan jazz lembut bermain di dalam, dan cahaya hangat tumpah ke kaki lima. 

Dia menolak pintu, membiarkan udara sejuk dari penghawa dingin membasahi dirinya. Café itu kelihatan kosong,dengan hanya beberapa pelanggan tetap berkerumun di sudut, hilang dalam fikiran dan perbualan mereka sendiri.

Sambil duduk, dia memberi isyarat kepada pelayan, yang sedang sibuk menggilap cermin mata di belakang kaunter.Lelaki itu separuh umur, dengan wajah usang dan berperawakan seperti seorang baik-baik. Dia mengangguk pada Rayyan sebagai tanda faham dan bangun.

"Macam biasa, Ray?"

“Arghh boleh...” Rayyan tersenyum,tak sangka lelaki itu masih mengingatinya. “Ingat lagi kat saya ya? ”

Semasa pelayan itu meletakkan cawankopi di hadapannya, Rayyan menyeluk poketnya dan mengeluarkan dompetnya,berniat untuk membayar minuman itu. Tetapi lelaki itu melambaikan tangannya sambil angkat bahu. "Aku belanja. Tak perlu bayar kali ini… dan macam tak biasa kau bersaya-saya pulak dengan aku…”

Sambil meneguk minuman itu,Rayyan memejamkan matanya, menikmati rasa kelat kopi itu. Ia kuat, seperti yangdia suka. Dia memandang sekeliling cafe, memandang wajah yang dikenalinya dandengung lembut perbualan. Di sebalik kehangatan tempat itu, rasa sejuk menjalar di tulang belakangnya.

"Lama betul ya kau tak kemari? " kata pelayan itu perlahan, sambil bersandar lebih dekat, "akhir sekali selepas kejadian itu...mungkin lebih tiga tahun lalu?"

Jantung Rayyan berdegup kencang.Dia tahu apa yang lelaki itu maksudkan. "Aku ada saja dekat-dekat sinitapi aku tak mampu melangkah masuk ke sini," jawabnya, suaranya perlahan bagaikan hanya sebuah bisikan. "Banyak kenangan di sini. Tapi biarlah, akusudah move on…"

Lelaki itu singgah pandangannya ke arah cincin di jari Rayyan.  

"Sudah tentu, kau pun nampak lagi smart sekarang…tengoklah kot…tali leher…mesti pangkat pun boleh tahan nikan?" kata pelayan itu memandangnya atas bawah, sambil mengangguk faham. “Dariair muka kau, aku dapat rasakan yang kau masih tidak move on?”

“Maksud kau?”

“Hmmm aku ni orang tua…sekilas diair sudah aku tahu jantan betinanya…”

Rayyan angkat bahu. Meneguk minuman di depannya perlahan.

“Baiklah kalau macam tu, apa yang kau agak dalam fikiran aku?”

“Matahari.”

Rayyan tergelak.

“Kau silap. Aku sudah totally move on sekarang.”

“Aku kenal kau orang bagai akudah kenal sejak bertahun lamanya…kau berdua adalah pasangan paling ideal…aku sayangkan Matahari bagaimana aku sayangkan anak aku…dan aku tahu kau berdua cinta mati…”

“Itu semua anggapan kau saja…tapiitu dulu. Dan…aku mahu kau tahu aku tak cinta kan Matahari!” bentak Rayyan.

“Aku pun pernah bercinta Ray…akutau kau berdua sama-sama menyintai. Dan cinta bukanlah sesuatu yang kau boleh matikan seperti suis. Apakah dengan tiba-tiba saja kau boleh mengubah perasaankau pindahkan hati kau kepada orang baru? Sedangkan…seingat aku dia tu cinta mati kau…berkepit macam belangkas…"

Rayyan terasa sebak di dadanya apabila memikirkan tentang Matahari. Dia adalah segala-galanya yang dia inginkan dalam diri seorang wanita. Ghairah, cantik, dan berjiwa bebas. Dia telah membuatnya berasa hidup semula, membuatnya rasa hidup positif sentiasa. Tetapi dia tahu bahawa dia tidak boleh kembali ke sana, kepada kehidupan itu. Dia telah membuat pilihan, dan dia terpaksa hidup dengan keputusan yang dibuatnya.Tiga tahun lalu.

Semasa dia meneguk lagi minumannya,dia ternampak sekeping gambar di antara pelbagai gambar-gambar di salah satu dinding utama di situ. Itu adalah gambar dia dan Matahari, lengan mereka salingberpeluk, wajah mereka penuh cinta dan kebahagiaan. Perbezaan antara imej itu dan realiti semasanya bagaikan langit dengan bumi. Mahu sahajaa dia menyuruh lelaki tua itu membuang gambar itu dari dinding café itu…tetapi reaksisedemikian akan mengesahkan yang dia masih belum move on…

"Aku tahu ia tidakmudah," kata pelayan cafe itu lembut, mengikut pandangannya. "Tetapi kau tidak perlu membuat keputusan sekarang. Ambil sedikit masa, fikirkan apa yang kau mahukan sebenarnya. Mungkin bercakap dengannya. Kau tidak pernah tahu apa yangmungkin berlaku."

Rayyan menggelengkan kepalanya,berharap dia boleh mempercayai kata-kata itu. "Sudah terlambat untuk itu. Akusudah ada kehidupan baru….dulu…ya, dulu aku pernah hampir separuh nyawa menyintainya…tapi…"

Mata pelayan café itu mengecil.

"Pernahkah kau berhentiuntuk berfikir bahawa mungkin dia juga demikian?  Setiap kita melakukan kesilapan, Ray. Mungkin sudah tiba masanya kau berdua terima hakikatnya yang kau berdua mencintai satu sama lain dan pertikaian lalu itu hanya kerana ego."

Rayyan terdiam. Ada sekelumit kebenaran yang terpahat di situ. Semua yang berlaku hanya kerana ego.

"Dia tak silap. Dia kata diatidak kisah kiranya aku pilih orang lain mungkin kerana aku bukan siapa-siapa… "rungut Rayyan. “walaupun saat itu dia telah menyakiti hatiku aku tetap cintakandia…saat itu….tapi dia mungkin tak dapat menjadi diri sendiri jika dia mengahwini aku…”

"Ketika itu…tetapi manusiaberubah, Ray. Mungkin sudah tiba masanya kau memberinya benefit of doubts.Mungkin dia sudah bersedia untuk hidup bersama kau dalam alam perkahwinan?"

Rayyan meneguk lagi minumannya,menghadam kata-kata pelayan itu. Dia tahu apa yang sebenarnya. Matahari wanitayang sentiasa berjiwa bebas, tidak pernah berpuas hati dengan harapanmasyarakat. Ia adalah sebahagian daripada apa yang telah menariknya kepada wanita itu pada mulanya.

Cinta mereka telah ditakdirkan untukputus di tengah jalan, sejak awal. Dia adalah anak orang susah yang mengharungdunia ilmu untuk menjadi sesuatu. Matahari hanyalah pemangkin kejayaannya. Matahari telah memberi sinar harapan ketika semua usahanya hampir musnah separuh jalan. Matahari adalah wanita yang luar biasa, yang tiada keinginan untuk kehidupan konvensional. Matahari bercita-cita besar dan enggan sebuah perkahwinan mengikatnya untuk pergi jauh. Manakala dia seorang lelaki yang hanya mahumembuktikan cintanya bukan hanya luahan rasa tetapi sesuatu yang padu dan tiadaakhirnya kecuali kematian. Namun, semakin dia memikirkannya, semakin diamenyedari bahawa cinta mereka tidak lebih daripada selingan yang singkat danpenuh  ghairah dalam kehidupan yangbiasa-biasa saja. Ia adalah api yang menyala dengan membakar untuk seketika tetapi tidak dapat dikekalkan.

Dan kini, dengan perkahwinan dan tanggungjawabnya sebagai ketua rumah tangga, dia merasakan seolah-olah diasendiri sesak nafas di bawah beban semua itu. Dia mulai mahu bersetuju dengan segala yang Matahari katakan dulu…tentang perkahwinan.

Rayyan mengeluh lalu meneguk lagiminumannya. "Aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan," dia mengaku kepada pelayan itu. "Aku mahu gembira, tetapi aku tidak tahubagaimana."

Lelaki itu mengangguk simpati.

"Baiklah, terus terang akucakap…aku bukan orang terbaik untuk menasihatimu…kerana apa yang kita lakukandalam hidup seharusnya berlandaskan sesuatu…mungkin sudah tiba masanya kau mulahidup untuk diri sendiri semula. Kau tidak boleh meneruskan hidup kau untukorang lain. Jika kau tak gembira sekarang, kau perlu cari apa yang menyebabkan kau tidak gembira itu…Kau perlu mencari jalan untuk berdamai dengan masa lalukau dan bergerak ke hadapan. Mungkin itu bermakna bercakap dengan Matahari,atau mungkin tidak. Tetapi kau berhutang kepada diri kau sendiri untuksekurang-kurangnya meneroka pilihan yang telah kau buat. Mungkin Matahari bukanpilihan terbaik untuk apa yang kau cari dalam hidup…"

Rayyan menarik nafas panjang,memikirkan kata-kata pelayan itu. Dia tahu bahawa dia tidak boleh meneruskanjalan ini. Setiap hari dia merasakan seperti hidup yang mengikut regiment danjadual yang semakin lama semakin membosankan. Dia mahu menikmati perasaan yangtimbul ketika bersama Matahari, tetapi dia juga mahu menghormati perkahwinannya dan keluarganya. Ia adalah tindakan mengimbangi yang sukar, dan dia tidak pasti dari mana hendak bermula.

"Aku rasa ada benarnya katakau yang terakhir tu…apakah mungkin jika aku dengan dia aku akan semakin sesat?Tenggelam dalam nikmat tapi tidak membawa aku ke arah yang…sewajarnya?” diabertanya.

“Mungkin…aku bukan ustaz naktarbiahkan kau…sebab aku pun hidup tak tentu arah…tapi…mungkin kau kena timbang sendiri apa yang kau cari dalam hidup ini…cinta agung antara kau dan Matahari?Atau mungkin ada hikmah tersendiri mengapa kau terpisah dengan dia?Fikirkanlah.”

“Entahlah…bila aku sendirian aku rasa aku tahu arah tujuan hidup aku…tapi kadang kala takdir menemukan kita dengan orang yang kita sangka telah hilang dari hidup kita…dan semuanya buataku jadi caca marba….”

“Maksud kau, kau masih bertemu dengan dia?”

“Oh…tidak…tidak…” Dia tiba-tibaterfikir untuk menyimpan rahsia kisah di San Francisco. Biarlah apa terjadipun, dia tidak akan menceritakan kepada sesiapa tentang malam yang penuh hangatitu. Dia hanya takut jika dia tidak mampu menolak Matahari sekiranya wanita itu muncul lagi dalam, hidupnya.

“Mungkin itu petanda untuk percintaan mekar kembali?” tanya lelaki itu. “Mungkin kau lah lelaki yang paling wajar menjadi imam dia?”

“Lupakanlah tentang kisah basi aku tu…mungkin itu jalan terbaik untuk aku dan dia. Dan aku akan mulakan dengancuba menjadi suami yang lebih baik," katanya perlahan. "Aku perlu sekurang-kurangnya mencuba lebih kuat. Kejap lagi aku akan celebrate kejayaan baru aku…dengan isteri aku Eden Isabella…ya…itu sudah cukup membahagiakan aku…"

Lelaki itu mengangguk dengan serius. Agak tersentak dengan pengakuan Rayyan yang disangkanya masih belum berkeluarga.Ungkapan kata Rayyan mengesahkan kesangsiannya ketika terlihat cincin di jari Rayyan.

"Itu adalah tempat yang baik untuk bermula.Dan siapa tahu? Mungkin dalam proses itu, kau akan menemui sebahagian daripada kebahagiaan yang kau cari. Lagi pun mencintai tak semestinya memiliki…kan begitu?"

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amaryllis Dahlias