Home Novel Seram/Misteri Musibat
Musibat
NaimTamdjis
14/3/2018 16:22:42
21,406
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Senarai Bab
Bab 2

Bab 1

 

 

Mata Zin dan Karl terarah ke skrin televisyen. Merekaberdua sedang khusyuk melihat tayangan filem “Puteri Gunung Ledang” yangditayangkan di salah satu saluran TV berbayar. Kebetulan keduanya bekerja syifmalam dan mereka hanya menonton televisyen pada waktu tengah hari selepasmakan. Entah kenapa filem tersebut menjadi pilihan Karl dan Zin hanya menumpangmenonton kerana TV dan siaran itu dibiayai oleh Karl. Jadi selaku penumpang diahanya tonton apa yang Karl tonton. Dan apabila Zin menonton bola Karl tidakmenganggunya.

“Setiap orangpunya impian. Impian itu bisa meneruskan kehidupan ini. Impian dinda adalahuntuk mendapatkan sejati,” dialog dituturkan oleh Puteri Gunung Ledang lalumemandang hero filem yang dilakonkan oleh M Nasir yang menjadi Hang Tuah.

“Jika patahsayap Rajawali. Bertongkat jua kanda ke mari,” jawab Hang Tuah lalu tersenyum.

“Adinda anggapsebagai janji,” balas Puteri Gunung Ledang.

Kedua-duaperanan berpelukan dan memandang ke arah puncak Gunung Ledang. Dari bahasabadan dan gerak geri terpancar betapa kasih dan cintanya diantara merekaberdua. Karl mengelap air mata yang tumpah. Dia terharu dengan adegan tersebutberbanding Zin.

“Aik. Takkanitupun nak menangis. Emo betullah kau ni Karl!” tegur Zin.

Zin faham sangatdengan emosi Karl. Jiwanya halus. Hati mudah terusik. Walaupun luar nampakmacam abang sado pengawal kelab malam. Tapi hati tisu! Baca novel cinta sahajaatau cerita cinta. Walaupun selalu diperli, Karl memang tidak kisah.

“Kau tidak adaemosi ke? Cinta agung cerita ini tahu tak. Sanggup Puteri Gunung Ledangmeninggalkan istana dan kemewahan semata-mata untuk bersama Hang Tuah. Sanggupmeredah Selat Melaka dan meninggalkan tanah air. Berdiam di hutan. Tapiakhirnya… kedua-duanya hanya mampu memendam cinta dalam diri,” cerita Karl.

“Ada ke cintasejati macam ini dalam dunia sekarang ni? Cinta sejati konon. Macam aku ni,sebab aku kerja pengawal sahaja awek tinggalkan aku. Keluarga dia tak suka aku.Kepala bana Diana dulu cakap nak hidup semati. Tak kisah aku kerja pengawal.Akhirnya bila tahu gaji aku RM 1200 sahaja. Aku tak mampu beli itu ini. Dianatinggalkan aku dengan kata yang menyakitkan! Pui!” Zin melampiaskankemarahannya.

“Kau tu taknakberusaha,” sanggah Karl.

“Berusahaapanya. Aku bukannya belajar tinggi. Apa kerja yang aku boleh buat? SPM cukupmakan. Nak jadi kerani lagilah tak lepas. Yang aku boleh kerja kilang, pengawalatau pembantu kat mana-mana. Puas aku mencari kerja,” Zin memberikan alasan.

“Dengar sini.Berusaha cari pendapatan lebih. Berniaga. Kau mengalah sebelum berperang. GajiRM 1200 mana cukup pada zaman ni. Inipun banyak aku tolong tau. Kau hanya tahubayar sewa rumah sahaja. Aku kasihan dengan kau. Takpelah aku tolong sebabkaupun tak banyak songeh. Rajin mengemas rumah aku.”

“Amboi.Mengungkit ke? Aku bukan taknak berusaha. Tapi kerja sehari 12 jam. Penat. Nakberniaga apa? Modal pun tidak ada. Keluarga aku bukannya kaya macam keluargaDiana. Diana nak buka butik senang-senang sahaja emak dia keluarkan duit,” Zinmempertahankan dirinya.

Karl hanyamendiamkan diri. Kalau sudah pemalas. Pemalas juga. Ada sahaja alasan. Kalauaku jadi Dianapun aku tinggalkan kau. Sampai bila nak tunggu kalau diri sendiritidak mahu berubah? Kata Karl di dalam hati.

Loceng rumahberbunyi. Zin bangun lantas menuju ke pintu rumah. Dia meninjau keluar danmelihat posmen di atas motor di luar pagar rumah. Mungkin surat berdaftar. Zinmembuka pintu lalu tanpa berselipar menuju ke arah posmen. Posmen menghulurkansurat dan meminta Zin menandatangi surah pengesahan serahan pos daftar.

“Terima kasihtuan,” ucap Zin setelah menyerahkan semula surat.

Posmen itumengangguk dan beredar. Zin melihat surat kuning ynag berlogo istana.

“Ini mestikeputusan temuduga kerja sebagai pengendang tu,” gumam Zin.

Dia masukkedalam rumah dan duduk semula di sofa bersebelahan Karl. Tepi sampul suratdikoyakkan. Berdebar-debar dia membuka surat tersebut. Surat dikeluarkan darisampulnya lalu dibuka. Dia melonjak kegembiraan apabila membaca isi kandungansurat tersebut.

“Yahoo!”jeritnya sambil bangun lalu melompat.

Karl yang daritadi asyik memandang skrin televisyen pelik memandang Zin yang tiba-tibamelompat membaca surat. Macam budak-budak yang mendapat gula-gula ulahnya.

“Kena nomborekor ke?” soal Karl.

Zintersenyum-senyum memandang Karl yang kehairanan memandangnya. Zin mengangkatkeningnya 3 kali sambil tersenyum sinis. Karl membalasnya dengan mimik wajahjengkel.

“Aku dapat kerjabaru,” jawab Karl.

Surat itudicium-ciumnya. Wajahnya riang gembira. Surat yang begitu ditunggu-tunggunya.Surat yang bakal mengubah nasibnya. Surat yang bakal menjauhkan dia dari Diana.

“Kerja apa?”balas Karl.

“Pengendang diIstana Melaka.”

“Aik. Pengendangdi Istana Melaka? Aku ingatkan kerja eksekutif ke. Manager ke? Berapasen gaji?” sindir Karl.

“RM 2000 elaunmasa latihan 6 bulan. Lepas lulus gaji RM 2500 sebulan,” jawab Zin dengan nadariak ujub dan takbur.

Karl memandangZin tepat pada wajahnya. Dia tidak percaya akan kata-kata Zin. Pelbagai perkarabermain di fikirannya. Takkan pemain gendang RM 2K. Aku eksekutifpun RM 2.5 K.Menipupun agak-agaklah. Kata hatinya.

“Takkan maingendang gaji sampai RM 2500? Biar betul kau! Tak percayalah aku!” sanggah Zintidak percaya.

“Ha. Itulah kau.Keistimewaan pengendang di istana. Bukan semua orang tertentu boleh main gendangdi istana. 3 kali aku kena temuduga di hadapan panel. Baru lulus,” jelas Zinlagi.

Dia menatapsurat tersebut. Memang dia tidak percaya yang dia dapat tawaran tersebut.Banyak pengendang lain yang turut sama mencuba nasib. Lebih handal darinya pun ada.Tapi itulah, kalau sudah tertulis rezeki tidak kemana.

“Oh. Patutlah2-3 kali ini kau selalu ulang alik ke Melaka. Habis kau nak berhenti kerja?”

“Penat aku kerjasekuriti. Kerja 12 jam. Tapi gajinya tak seberapa. Main gendang masa silat atauorang kahwin. Sesekali nak juga rasa suasana baru.”

“Hilanglah kawanserumah aku yang rajin seorang. Bila kau mula kerja?”

“Sebulan lagi.Sempat aku bagi notis.”

“Selalunya kalaugaji tinggi… risikopun tinggi.”

“Isk kau ni!Cemburulah tu,” sindir Zin.

Karl hanya tersenyumsinis. Dia gembira Zin mendapat kerja yang bergaji akan tinggi walaupun dalamhatinya hairan pengendang boleh mendapat gaji setinggi itu. Biarlah Zin pergimerawat hatinya. Mana tahu dapat cinta hati yang dapat mengubat hatinya kelakdi Melaka.

Nampaknya akukena cari teman serumah baru lagi. Hisy! Katanya di dalam hati.

 

 

Petang itu juga sebelum ke tempat kerja, Zin mencarimaklumat tentang Kumpulan Gendang Istana Melaka. Pelbagai persembahan di lamansosial You Tube diamatinya. Berpakaian seragam warna hitam dan berselempangkuning di bahu. Ada tanjak juga. Kesemua pemain gendang sudahpun tua tapinampak segak terutama ketua kumpulan. Menurut kajiannya sebelum ini, semuapemain akan bermain gendang Istana Melaka sehingga mereka meninggal dunia danakan diwarisi kepada anaknya. Dia berasa pelik kenapa beliau dipilih sedangkandia bukanlah pewaris. Setiap hari mereka akan berlatih di istana tepat pukulhanya pada waktu malam sahaja. Iaitu dari pukul 9 malam sehingga 2-3 pagi.Persembahan pelancongan di replika Istana Melaka lama selang sehari untukpelancong.

Zin membacasejarah ringkas gendang Istana Melaka. Dikatakan wujud pada zaman Parameswaralagi dan sebagai muzik menandakan keberangkan tiba dan pulang baginda dariupacara rasmi. Gendang Istana Melaka dikatakan persis naubat yang berasal dariParsi. Tetapi dikatakan gendang Istana Melaka lebih misteri dan meremang. Malahdikatakan salah satu gendang diperbuat daripada kulit ibu mengandung supayalebih kenyal dan sedap bunyinya.

“Hisy!Malam-malam ini terbaca pula aku tentang mistik gendang. Mengarut blog ini.Mana ada gendang diperbuat daripada kulit manusia. Mengarut!” marah Zin.

Dia memandanggendang miliknya. Diambilnya dan diusap permukaan gendangnya.

“Selalu gendangdiperbuat daripada kulit haiwan. Selalu lembulah. Sahaja penulis blog nak dapathit buat cerita mistik. Pui!” marah Zin.

Dia adalahpemuzik gendang silat. Dia diajar oleh arwah datuknya untuk bermain gendang.Siapa tak kenal Tok Samad pemain gendang terhandal negeri Perak. Zin dilahirkandi Kuala Kangsar Perak walaupun dia tahu datuknya berasal dari Melaka. Entahkenapa arwah datuk berhijrah ke Kuala Kangsar lalu mendapat jodoh dan terusbermukin di situ. Amat jarang datuknya balik ke Melaka. Ayah dan emaknya jugaterus bermukim di situ sehingga mendapat Zin dan adik-beradiknya yang lain.

 Setelah mahir dia selalu mengikut ataumengiringi persembahan datuknya di istana ataupun majlis silat. Kemudiansetelah datuknya meninggal dunia dia mewarisi bakat datuknya. Tetapi lamakelamaan dia sudah tidak bergendang apabila bekerja di Kuala Lumpur. Bergendangtidak menjanjikan pendapatan yang lumayan kerana sudah jarang orang kahwinmemanggil pemuzik silat untuk memeriahkan majlis. Orang lebih suka menyewakaraoke untuk memeriahkan majlis.

Tapi sebulanyang lalu dia menerima surat dari Istana Melaka mahu mengujinya untuk jawatanpengendang. 3 kali dia dipanggil. Dia ingat lagi yang mengujinya Pak Dir ketuakumpulan gendang Istana Melaka. Setiap kali diuji, hanya dia seorang sahaja.Akhirnya dia gembira diterima kerana gajinya tinggi. Kalau mengharapkan gajipengawal sebanyak RM 1200 memang tidak cukup hidup di bandar. Mana tahu diMelaka rezeki yang lumayan yang menantinya. Zin segera menutup tetingkap danmembuka perisian Word. Dia mahu menulis notis penamatan kerja sebulan.

Setelah selesaidia menyimpan dia storan USB. Sebelum dia ke tempat kerja dia akan singgah ditempat pencetakan. Setelah selesai dia bangun mengambil tuala. Dia mahu mandidahulu sebelum bersiap ke tempat kerja.

 

 

Zin kini berada di kedai percetakan dan fotokopi. Diamenyerahkan Storan USB kepada pembantu kedai dan menyuruhnya mencetak suratyang ada. Kemudian setelah selesai Zin membeli sampul surat. Apabila dia sedangmembelek sampul surat, dia terlihat Diana di luar berjalan berpegangan tangandengan seorang lelaki. Zin segera membayar di kaunter. Kemudian dia keluarmengikut Diana dan teman lelaki barunya dari belakang. Mereka nampaknya menujuke parkir kereta. Zin berlindung di sebalik tiang. Nampak wajah bahagia terpancardi muka Diana. Wajah yang sama apabila mereka berdua berjalan berdua saatbahagia.

Mereka berduaberhenti di sisi satu kereta Hilux hitam yang nampaknya masih lagi baru. Pemudaitu membukakan pintu tempat duduk penumpang. Diana masuk dan pemuda itu menutupnya.Kemudian dia berlari anak lalu membuka tempat duduk pemandu. Seketika kemudianenjin dihidupkan dan kereta segera keluar dari parkir dan berlalu pergi. Zinkeluar dari tempat persembunyiannya.

“Sekejap betulkau dapat pengganti ya Diana. Aku juga yang frust menonggeng,” gumamZin.

Dia berlalu kemotor yang diparkir di hadapan kedai. Hatinya kecewa. Apabila sampai di sisimotornya dia melihat motornya.

“Aku hanya adamotor. Mamat tu ada Hilux. Tentu kerjanya bagus. Nampak smart. Aku?Pakai baju pengawal. Dah macam bangla! Ha... ha... ha...,” ketawa Zin sendiri.

 

Previous: Prolog
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.