Home Novel Seram/Misteri TESIS
TESIS
Ninie Othman
13/11/2014 10:09:42
17,949
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
DETIK : 3

Rita sekadar mendiamkan diri. Tidak berkata apa. Memang betul apa yang dikatakan Sofia itu, semuanya adalah fakta belaka. Apa khabar agaknya Azlan dan Jason? Sudah dapatkah lokasi yang dimahukan itu? Hatinya tertanya-tanya.


Nasi goreng ikan masin disuap ke mulut. Ya ALLAH, nikmatnya! Air milo panas diteguk perlahan-lahan. Asapnya berkelung naik ke udara.

Jason yang sedang mengunyah nasi goreng kampung merenung meja dengan pandangan kosong. Mengantuknya…

“Dah mesej dia orang?” Jason tiba-tiba menyoal. Wajahnya diangkat sedikit, Azlan direnung penuh minat.

“Belum.” Azlan membalas pendek. Nasi goreng yang sedang dimakan lebih menarik perhatiannya ketika itu. Jason mengangguk, tidak mahu mengganggu konsentrasi rakannya yang sedang makan.

Usai makan, Azlan dan Jason merenung di kejauhan. Titis-titis hujan kelihatan berbalam di balik cahaya lampu jalan di luar café itu. Sungguh mengasyikkan…


Beberapa minit sebelum tengah malam, Azlan menghubungi Rita untuk memaklumkan perjumpaan pada keesokkan harinya.

“Kita discuss pasal lokasi-lokasi yang Jason cari ni. Jumpa esok, Assalamualaikum.” Ujar Azlan seraya mematikan talian telefonnya. Rita terkebil-kebil. Belum sempat dia berkata apa-apa, lelaki itu sudah awal-awal mematikan talian.

“Lan call aku, esok kita discuss pasal lokasi tesis kita.”

Devi dan Sofia yang sedang menonton drama lewat tengah malam memandang Rita serentak. Bila pula lelaki itu menelefon Rita?

“Baguslah. Cepat sikit kita nak siapkan paperwork tu. Lambat-lambat nanti takut tak cukup masa pulak nanti.” Sofia berkata selamba sambil mengembalikan pandangannya ke skrin televisyen. Alah, iklan pula…

“Pukul berapa?” Devi bertanya.

“9 pagi di tempat biasa.”

Jawapan Rita memuaskan hati Devi. Dia mengangguk faham dan beredar untuk tidur sejurus selepas itu. Hari pun sudah lewat malam. Esok adalah hari Sabtu, tiada istilah rehat dalam hidup mereka. Hujung minggu hanya digunakan untuk berbincang secara berkumpulan.

Keesokkan harinya, perbincangan itu berlangsung seperti yang telah dijanjikan.

“Ni listnya. Korang bacalah then pilih yang mana paling sesuai untuk tesis kita.” Jason menyerahkan senarai yang ditulisnya kepada Rita.

“Pulau Langkawi pun menarik jugak.” Devi berkata setelah meneliti senarai tersebut. Lokasinya pun berhampiran dengan Pulau Pinang. Strategik pun strategik.

“So?” Azlan memandang Rita tidak berkelip. Mahu kata putus dari gadis itu.

Kening Rita bergerak-gerak. Jika rakan-rakannya sudah berkenan dengan Pulau Langkawi, maka dia pun begitu juga.

“Kita pilih Pulau Langkawi.” Dia akhirnya membuat keputusan. Jason menarik nafas lega. Berguna juga senarai yang ditulisnya petang semalam. Tidak sia-sia usahanya menghadap komputer sehari suntuk semalam.

“Hari Isnin ni, kita bagi kat Prof.” Rita menyambung.

Tiada bantahan dari rakan-rakannya. Semuanya bersetuju dan faham dengan kata-kata Rita itu. Lebih cepat lebih baik.

Namun usaha mereka sia-sia apabila Prof.Kamarul tidak meluluskan kertas kerja yang dibuat. Lelaki itu kurang bersetuju dengan lokasi yang dipilih.

“Lokasi ni dah ramai yang pilih.” Itu alasan beliau.

“Pilih lokasi lain dari yang lain. Buat kajian semula dan tunjukkan paperwork awak dalam masa yang terdekat.”

Arahan Prof.Kamarul terasa pahit untuk ditelan. Kertas kerja itu akan masuk ke dalam tong sampah! Ah, lokasi mana lagi ya? Buntu kepala mereka dibuatnya.

“Aku try email member aku lepas ni.” Azlan tiba-tiba memberi pendapat.

Rita, Jason, Devi dan Sofia memandang Azlan penuh minat. Mereka masih belum berganjak dari luar bilik Prof.Kamarul. Masih berkumpul di situ berminit-minit lamanya.

“Siapa?” Jason menyoal.

“Dia study kat Melaka. Maybe dia boleh suggest tempat-tempat bersejarah kat sana. Aku memang selalu berbalas email dengan dia. Dia lebih banyak guna email dari phone.” Jelas Azlan secara terperinci. Rakannya yang seorang itu memang unik sedikit.

“Good luck Lan. Apa-apa berita baik, call kitorang.” Sofia menitip pesan. Azlan mengangguk sambil mengukir senyuman pahit. Dia pun berharap benda yang sama. Semoga rakannya itu dapat membantu mereka keluar dari kemelut tesis ini.

Rita dan Devi bertolak pulang ke rumah. Mahu merehatkan minda seketika. Manakala Jason dan Sofia pula berlalu ke café untuk meluangkan masa bersama-sama. Rindu mahu menatap wajah teman wanitanya yang manis itu. Azlan pula sudah kembali ke biliknya, mahu menghantar email kepada Zareef yang berada nun jauh di Melaka.

“Eh?”

Mata Azlan terbuka luas. Ada seseorang yang telah menghantar email kepadanya. Tidak pasti pula siapakah pengirimnya. Anynomous.

Dia tiba-tiba berasa teruja dengan apa yang dilihatnya ketika itu…

Jemarinya menekan tetikus, email tersebut dibuka dan diteliti. Keterujaannya menjadi-jadi. Dia cuba menjejak identiti pengirimnya namun gagal. Tiada apa-apa maklumat yang dia perolehi daripada kiriman email itu. Siapakah gerangannya? Mengapa email tersebut dikirimkan kepadanya? Adakah dia merupakan kenalan terdekatnya di universiti?

Matanya difokuskan pada isi kandungan emel tersebut. Beberapa gambar turut disertakan sekali di situ. Nampak menarik dan unik! Dia benar-benar berminat untuk mengetahui tempat itu dengan lebih mendalam lagi. Email itu begitu bermakna baginya kerana dia dan rakan-rakannya memerlukan sebuah lokasi bersejarah untuk dikajikan bahan tesis mereka.

Gambar-gambar tersebut dicetak dan diteliti sekali lagi. Memang menarik. Dia benar-benar teruja dengan gambar-gambar yang diemailkan kepadanya itu. Matanya difokuskan kembali pada komputer, setiap ayat dibaca penuh minat.

Previous: DETIK : 2
Next: DETIK : 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ninie Othman