“Baguslah.
Best tak tempat tu?” Sofia bertanya. Jason memberitahunya tentang apa yang
Azlan perolehi tadi.
Dia
menoleh dan memandang Sofia sekilas lalu. Jalanraya yang agak sibuk membataskan
perbuatan Jason. “Kind of gloomy tapi menarik.”
“Gloomy?
Seram ke?”
Jason
menggeleng, “Taklah. Kalau awak tengok, mesti awak suka.”
Sofia
mengangguk, matanya dialihkan ke tingkap kereta yang sedikit terbuka. Angin
petang itu terasa nyaman menyentuh pipi. Gloomy? Hmm…
Jason
memberhentikan kereta di hadapan rumah sewa Sofia, Devi dan Rita. Sofia tidak
membenarkan dia masuk ke rumah kerana tidak elok dipandang jiran sekeliling.
Dia menundukkan sedikit kepalanya dan melemparkan senyuman mesra ke arah teman
lelakinya.
“See
you tomorrow.”
Jason
membalas senyuman itu. Comel betul Sofia. “Okay sweetheart. Bye.”
Pandangan
mata Sofia mengekori kereta yang semakin jauh meninggalkannya. Tidak sampai
seminit, kelibat kenderaan itu menghilang di sebalik pokok besar di hujung
simpang. Dengan perlahan, dia mengatur langkahnya ke rumah sewa. Kelihatan dua
rakannya sedang berdiri di ambang pintu sambil tersenyum ke arahnya.
“Aku
dah dengar dari Jason tadi.” Ujarnya sebelum Rita dan Devi membuka mulut.
“Lepas
ni borak, aku nak solat jap.” Dia menyambung dan berlalu ke bilik.
Rita
dan Devi masih berdiri di ambang pintu utama. Keduanya mengambil udara segar di
situ. Bukan selalu dapat merasai udara segar begitu.
“Aku
harap tempat kali ni diluluskan Prof.” Ujar Devi penuh harapan.
Rita
hanya mampu mengukir senyuman pahit. Dia pun mengharapkan benda yang sama. Jika
tempat itu diluluskan, bolehlah mereka memulakan kajian untuk tesis mereka itu.
Masa sudah semakin suntuk, tesis perlu disiapkan. Penasihat akademik mereka itu
pula agak cerewet orangnya. Jika dia tidak berkenan, mereka terpaksa mencari
tempat kajian yang baru.
Usai
solat, Sofia berjalan ke dapur di mana rakan-rakannya sedang berada. Dua wanita
itu sedang menghirup air milo panas bersama biskut kering.
“Lan
ke yang call korang tadi?”
Soalan
Sofia dijawab dengan anggukan kepala keduanya. Sofia mengangguk faham seraya
melabuhkan punggung ke atas kerusi bersebelahan Devi. Biskut kering yang
tersusun di atas pinggan dicapai dan digigit penuh selera. Berterabur sedikit
di atas baju t yang sedang dipakainya.
“Jason
cakap tempat tu nampak gloomy.”
Rita
dan Devi berhenti mengunyah biskut. Keduanya serentak memandang Sofia. Gloomy?
Macam menyeramkan je?
“Tapi
dia cakap tak nampak seram pun. Cuma suram je sikit.” Jelas Sofia seolah dapat
membaca kata hati keduanya. Dia tidak mahu menakutkan rakan-rakannya. Dia
sendiripun belum melihat keadaan sebenar tempat itu.
“Kau
dah tengok ke gambar-gambarnya?”
Soalan
Devi dibalas dengan gelengan kepalanya.
“Esok
kita tengok gambar-gambar tu. Lepas kuliah.” Rita berkata diiringi dengan
senyuman lebar di bibirnya.
“Tak
sabar!” Devi tersengih.
“Harap-harap
tempat kali ni Prof luluskan. Kalau tak, nayalah kita.” Sofia seakan membebel.
Dia menghirup air milo suam kepunyaan Devi dengan selamba.
Mendengar
sahaja kata-kata itu, Devi dan Rita melepaskan sebuah keluhan yang berat. Lemah
semangat mereka memikirkan kertas kerja kali ini juga mungkin akan ditolak.
Jika ia ditolak, maka sudah tiga kali kertas kerja mereka tidak diluluskan oleh
profesor itu.
“Kita
fikir baik-baik sudah. In shaa ALLAH, dia luluskan.” Rita cuba berfikiran
secara positif. Hal itu nombor dua, yang penting mereka akan melihat
gambar-gambar Kota Hitam Semandin terlebih dahulu dan menyiapkan kertas kerja
selepas itu.
“Okey…”
Sofia dan Devi berkata serentak.
Pandangan
Rita terarah pada kelibat Azlan dan Jason yang baru tiba. Keduanya
terkocoh-kocoh mendekati Rita yang sedang berdiri di luar dewan kuliah. Tidak
pula kelihatan Devi dan Sofia di situ.
“Ada
bawak?” Rita menyoal setelah dua lelaki itu berdiri di hadapannya. Perasaan
tidak sabarnya membuak-buak sejak semalam. Selepas mendapat tahu tentang lokasi
unik itu, tidurnya menjadi tidak lena. Dia tidak sabar-sabar mahu melihat
sendiri bagaimana rupa kota lama itu.
Azlan
mengangguk. “Ada…” Sambil menepuk-nepuk begnya. Sejak malam tadi dia sudah
menyimpan gambar-gambar tersebut ke dalam beg, takut lupa. Rita tersengih.
Jason
mengintai ke dalam dewan kuliah, kelas akan bermula 5 minit lagi. “Jom masuk.”
Tiada
pilihan lain, mereka bertiga beriringan masuk ke dewan. Rita menyabarkan
hatinya sendiri. Gambar-gambar itu akan menyapanya selepas kuliah kelak. Dia
harus bersabar selama dua jam.
“Lan
ada bawak?” Devi berbisik. Rita mengangguk.
Sepanjang
kuliah, fikiran Rita dan Devi asyik melayang memikirkan Kota Hitam Semandin.
Dua jam terasa begitu perlahan meninggalkan mereka. Mata mereka tidak lekang
dari melirik jam yang terlilit di pergelangan tangan. Ada sejam lagi…
Selesai
kuliah, Rita dan Devi bergegas mendapatkan Azlan. Mereka bergerak ke café yang
terletak berhampiran. Sambil meneliti gambar-gambar tersebut, bolehlah mengisi
perut yang berkeroncong sekali.
Selepas
memesan mi goreng, lima sahabat itu mengambil posisi di sudut yang berhampiran
dengan pintu keluar café.
“Wow…”
Rita berkata spontan. Dia merenung sekeping gambar yang sedang dipegang. Memang
menakjubkan! Memang sesuai untuk dijadikan bahan tesis mereka!
“Agak
creepy sikit…” Devi berbisik. Dia tersenyum pahit. Langit jingga dan agak
kemerah-merahan itu meremangkan sedikit bulu romanya. Entah mengapa dia
berperasaan begitu secara tiba-tiba.
“Ala,
biasalah tu. Tempat peninggalan sejarah memang macam ni keadaannya. Nampak
seram sebab dah lama kena tinggal kot.” Jelas Azlan cuba menenangkan perasaan
Devi.
“Memang
macam seram sikit.” Kemudian Sofia menyokong kata-kata rakannya.
Jika
diteliti, bangunan-bangunan separuh musnah itu kelihatan sedikit menakutkan.
Ditambah lagi dengan suasana langit yang suram. Di sekitarnya pula hanya
dipenuhi dengan hutan rimba. Tetapi bak kata Azlan, tempat yang terbiar lama memang
begitu keadaannya. Ia boleh dikategorikan sebagai normal.
“Tempat
ni memang sesuai sangat untuk tesis kita. Agak-agak Prof suka tak?” Azlan
menyoal rakan-rakannya. Kemudian dia memandang Rita yang sejak tadi meneliti
gambar-gambar kota terbiar itu.
“In
shaa ALLAH dia suka. Aku rasa kita group pertama yang buat kajian kat tempat
ni.” Rita berkata penuh yakin. Gilalah kalau Prof.Kamarul tidak suka. Tempat seunik
ini memang tidak wajar diketepikan!
“Bolehlah
start buat paperwork.” Jason mengusul.
“Ada
maklumat-maklumat lain tak pasal tempat ni?” Rita bertanya, dia merenung Azlan.
Dengan sepasang bulu kening yang berkerut, lelaki itu menggelengkan kepalanya.
“Susahlah
nak buat paperwork kalau macam ni.” Rungut Sofia. Tanpa maklumat yang lengkap,
mustahil mereka dapat menyiapkan kertas kerja itu.
“Try
Google. Mesti ada.” Devi memberi cadangan.
Azlan
melayari internet dan mencari maklumat tentang tempat itu melalui bantuan
aplikasi Google. Tempat tersebut gagal dijejaki kerana internetnya yang
tiba-tiba mati sendiri. Bateri telefon bimbitnya juga turut sama mati secara
tiba-tiba. Dia mati akal.