Home Novel Seram/Misteri TESIS
TESIS
Ninie Othman
13/11/2014 10:09:42
17,948
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
DETIK : 4

Nama tempat : Kota Hitam Semandin

Lokasi : Bukit Bendera, Pulau Pinang

Bukit Bendera? Keningnya terangkat. Dia sudah sampai ke Bukit Bendera dua tiga kali tetapi dia tidak tahu pula ada tempat yang bernama Kota Hitam Semandin di situ atau dia yang tidak pernah ambil tahu? Dia perlukan lebih maklumat, email tersebut dibalas.

“Thanks sebab emailkan lokasi ni pada saya. Boleh saya tahu siapa awak? Dan kalau awak tak keberatan, saya ingin mengetahui lebih lanjut pasal tempat ni dari awak. Saya harap awak sudi menolong saya.”

Butang send ditekan. Besar harapannya supaya emailnya dibalas secepat mungkin. Mungkin juga dia boleh berkawan dengan si pengirim email ini. Beberapa kali browsernya direfresh namun masih tiada balasan dari sana. Aku yang tak sabar agaknya, omelnya. Browser direfresh sekali lagi, masih tiada balasan. Akhirnya dia menutup kotak emailnya. Dia akan sabar menantikan balasan walaupun jauh di sudut hatinya dia memang tidak sabar.


Rita duduk melepak di atas lantai sambil menghadap televisyen. Drama Korea kesukaannya sedang bersiaran. Hero kacak dan tegap membuatkan dia tersengih-sengih macam kerang busuk. Devi yang sedang duduk di sofa hanya menggeleng kepala melihat aksi lucu rakannya itu.

“Kau tak teringin ke ada boyfriend Rita?” Devi bertanya. Sengaja mahu mengganggu konsentrasi rakannya.

Rita menjungkit bahu, “Entah…” Dan membalas ringkas. Matanya tidak lekang dari merenung skrin televisyen. Konsentrasinya langsung tidak terjejas.

Devi mengangguk-angguk. Wajah Rita dipandang seketika, cantik. Gadis secantik Rita masih belum berpunya, ajaib betul.

“Rita…” Dia memanggil.

Rita menoleh ke arahnya. “Yes?”

“Kau cantik gila kot, kenapa kau masih takde boyfriend?”

Soalan Devi membuatkan Rita tersenyum. Dia langsung tidak marah dengan soalan itu kerana dia tahu rakannya begitu mengambil berat tentang kehidupan peribadinya. Dia menggeleng sejurus kemudian.

“Aku belum ready. Nak fokus pada study dulu.” Balasnya perlahan. Semoga Devi menerima jawapannya. Sebenarnya sudah enam tahun dia membujang dan ada sebab mengapa dia tidak mahu menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki. Biarlah ia menjadi rahsia.

“Erm, okay…” Devi tersenyum pahit. Dia merenung skrin televisyen, iklan berlangsung dengan jayanya.

“Kau pulak? Kenapa still solo?” Rita mengembalikan soalan tersebut kepada Devi.

Devi tersengih. Rita sudah membuat serangan balas. Mahu tidak mahu dia harus memberikan jawapannya.

“Aku kan muda lagi. Baru 24…”

Rita mencebik. Pandai sahajalah si Devi ini. Pandai betul mengelak dari memberikan jawapan yang sebenar. Macamlah dia tidak tahu yang keluarganya sudah mempunyai calon suami untuknya. Akhirnya dia mengangguk, cuba memahami.

“Aku pun 24. Samalah macam kau, muda lagi…” Ujar Rita lalu mengunyah kuaci yang berada di tangan. Okey, kini fokusnya kembali pada televisyen kerana drama Korea kegemarannya sudah berlangsung semula.


Jason tersengih-sengih apabila dibebel kekasihnya.

“Alaa, sorry…Bukannya saya sengaja.”

“Awak ni memang…Selalu je lupa…” Sofia mencebik. Comel betul pada pandangan mata Jason.

“Okay, next year saya janji saya takkan lupa.”

Sofia memandang teman lelakinya dengan muka selamba. Tahun lepas pun sama juga, lupa dengan tarikh ulangtahun mereka. Dia bukannya mahu hadiah bernilai ribuan ringgit, kek sepotong pun jadilah. Sebenarnya dia mahu menguji Jason sahaja, ingat atau tidak. Rupa-rupanya tahun ini pun sama!

“Entah-entah awak lupa nak kahwin dengan saya nanti…”

Kata-kata Sofia membuatkan Jason tergelak. Susahnya mahu memujuk perempuan merajuk. Katalah apapun, pasti rajuknya semakin kuat. “Sorry…Saya janji tak buat lagi.”

Sofia mengeluh. Dia pun malas mahu merajuk lama-lama. Kepalanya berserabut memikirkan tesis mereka yang masih belum bertulis itu. Cerewet Prof.Kamarul bukan main! Dia melirik jam di tangan, sudah hampir pukul 2 petang. Ah, dia belum bersolat zuhur lagi.

“Saya nak balik. Belum solat lagi.”

Jason mengangguk, memahami tuntutan agama yang bakal dia anuti kelak. Sekarang pun dia sudah mendapat tunjuk ajar tentang solat daripada Azlan dan Sofia. Dia bergegas pulang ke desasiswa untuk mengambil kunci kereta dari rakannya. Dia akan menghantar Sofia pulang ke rumah sewanya.

Sampai sahaja di bilik, Azlan menarik lengannya dengan muka berseri-seri. Macam ada berita baik.

“Kau tengok ni.” Azlan meletakkan beberapa keping kertas A4 yang bercetak ke atas meja belajar Jason. Dia memang tidak sabar mahu menunjukkannya pada rakannya itu. Kebetulan pula dia balik ke bilik.

“Apa ni?” Soal Jason sambil meneliti gambar-gambar yang dicetak itu. Macam menarik.

Azlan tersengih, dia merapati Jason. “Ada orang emailkan gambar-gambar ni kat aku tadi. Menarik kan tempat ni?”

Jason mengerut dahi. Baiknya orang tu emailkan semua ini. “Siapa yang emailkan?”

Pertanyaan itu hanya dijawab dengan jungkitan bahu Azlan. Dia sendiripun tidak tahu.

“Hah? Kau biar betul Lan…Takkan takde alamat email dia?” Jason berasa pelik dan hairan. Email dari seseorang yang tidak dikenali? Huish, memang pelik.

Azlan menggaru batang lehernya yang tidak gatal. “Entah…”

Jason melabuhkan duduk ke atas kerusi dan meneliti gambar-gambar itu dengan penuh minat. Tempatnya memang nampak menarik untuk dijadikan bahan tesis. Kelihatan bangunan-bangunan lama yang separuh musnah di bawah langit yang suram. Sedikit menyeramkan tetapi dia suka.

“Apa nama tempat ni?”

“Kota Hitam Semandin.”

“Kat mana?”

“Bukit Bendera.”

“Ehh?? Biar betul! Kenapa sebelum ni aku tak tau pun?” Jason seolah tidak percaya. Seperti Azlan, dia juga tidak pernah mendengar nama tempat itu di kawasan Bukit Bendera.

“Kita je yang tak ambik tau kut?” Balas Azlan perlahan. Tiba-tiba dia berasa malu dengan dirinya sendiri. Tempat itu dekat sahaja namun dia langsung tidak perasan dengan kewujudannya.

Jason tidak dapat melarikan matanya dari gambar-gambar Kota Hitam Semandin. Ia begitu menarik perhatiannya. Dia pasti Prof.Kamarul pun akan turut menyukainya.

Bunyi telefon bimbit mematikan konsentrasi Jason. Sofia sedang menelefonnya.

“Aduh aku lupa!” Jason berkata cemas sambil menepuk dahinya. Bagaimana dia boleh terlupa tentang Sofia! Aduh, matilah aku!

“Apahal pulak ni?” Azlan hairan dengan perangai Jason yang tadinya tenang, tiba-tiba cemas semacam.

“Sofia ke?” Tekanya.

Jason mengeluh, anggukan dari kepalanya kelihatan lemah sekali. “Aku pinjam kereta, nak hantar dia balik.”

“Tu, kat atas katil aku. Cepat balik, aku nak sambung discuss pasal ni.”

Jason bergegas mengambil kunci kereta di atas katil dan meluru ke bawah untuk bertemu Sofia. Arahan Azlan tidak dibalas dengan apa-apa respons. Kecemasan. Azlan menggeleng. Lucu pun ada juga. Nasib engkaulah Jason, dapat awek kuat membebel. Kalau aku, dah lama bernanah telinga ni, dia mengomel.

Kemudian dia kembali membelek gambar-gambar yang dicetaknya. Keterujaannya membuatkan dia menelefon Rita. Dia mahu berkongsi berita baik itu secepat mungkin.


“Betul ke? Dari mana kau tau pasal tempat tu?” Rita bertanya. Ceria riak wajahnya selepas mendengar tentang Kota Hitam Semandin dari Azlan. Nama pun sudah cukup unik, tidak sabar pula dia mahu melihat sendiri gambar-gambar tempat itu.

“Dari email.”

“Siapa?”

“Entah…Aku tak tau pulak daripada siapa. Alamat emailnya pun takde. Anynomous.”

Jawapan Azlan menghairankan Rita. Tiada maklumat langsung mengenai si pengirim? Pelik betul. Namun dia memendamkan sahaja perasaan itu.

“Jumpa esok, lepas kelas. Bawak gambar-gambar tu sekali tau.”

“Okey, okey…Jumpa esok, Assalamualaikum…”

“Wa’alaikumsalam.” Rita mematikan talian selepas membalas salam. Teruja hatinya hanya ALLAH yang tahu. Tidak sabar dia mahu melihat gambar Kota Hitam Semandin.

Devi yang berdiri di sebelah Rita sejak tadi memandang rakannya tidak berkelip. Ada berita baikkah? Melebar sahaja senyuman di bibir rakannya itu.

“Lan call pasal apa?” Dia bertanya. Sejak dari tadi tadi dia melihat sinar kegembiraan terpancar dari wajah Rita.

“Good news!” Rita memegang tangan Devi dengan suara ceria. Devi mengangkat kening.

“Lan dah jumpa tempat bagus untuk tesis kita..” Jelas Rita tersengih-sengih.

Senyuman ceria turut terukir di bibir Devi, “Really?! That’s good!”

“Esok kita tengok gambar-gambar tempat tu. Lan dah print out tadi. Tak sabarnya aku!”


Previous: DETIK : 3
Next: DETIK : 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ninie Othman