Home Novel Komedi/Romantik Komedi KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
nuroll shazlinda hairul
1/7/2014 21:35:23
121,954
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Senarai Bab
7

7

“Astaghfirullahalazim, L buat apa ni? Kenapa dapur kita penuh dengan periuk belanga ni. L nak buat kenduri ke apa?” tanya Firuz Eidil spontan apabila melihat dapurnya dah macam kedai jual periuk.

“Selamat pagi abang. Awal abang bangun hari ni. Baru pukul 9 pagi. Biasanya pukul 10 baru abang bangun.”

“Abang ingat nak ajak sayang pergi shopping baju raya. Lagi sepuluh hari kita nak rayakan. Satu persiapan kita tak buat lagi ni. Sayang tak jawab lagi soalan abang tadi. Buat apa sayang keluarkan semua periuk ni. Tu pinggan mangkuk tu kenapa penuh dalam sinki?”

“Abang juga yang cakap, lagi sepuluh hari kita nak raya. Jadi, L nak basuhlah semua ni. Nanti kalau tetamu kita datang rumah, semuanya dah bersih. Periuk-periuk tu pun L nak cuci. Nanti abang bolehlah masakkan L, ketupat, rendang daging, kuah lodeh dan kari ayam. Ha...kan?”

“Abang yang masak? Bukan L?”

“Ala, L nak abang yang masakkan untuk L. Tak boleh ke?” soal Elfira dalam nada sayu. Wajahnya sudah muram.

Firuz Eidil menarik Elfira dalam dakapannya. Dia membelai lembut rambut Elfira. Dia menghadiahkan ciuman di dahi Elfira.

“Boleh sayang. Dengan syarat sayang kena tolong abang masak. Tapi abang tak pandai anyam ketupat. Mana abang pernah masak lauk-pauk itu semua. Setakat yang senang-senang, abang retilah nak masak.”

“Ala nanti abang mintalah resepi kat Fea. Dia pandai masak tau. Fea pun pandai anyam ketupat.”

“Yelah sayang. Sekarang ni abang tolong sayang kemas semua ni dulu. Lepas tu kita pergi shopping raya pulak. Malam ni kita berbuka kat luar ajelah ya?”

“Okey abang. Terima kasih. Sayang abang.”

Firuz Eidil melepaskan nafas berat. Mahu pitam dia melihat keadaan dapurnya yang sudah macam kapal pecah tu. Elfira benar-benar menguji tahap kesabarannya, tetapi dia sedikit pun tidak berasa mahu marah. Melihatkan riak wajah Elfira yang comel tu membuatkan dia terasa lembut hati. Sejak Elfira mengandung, pelik-pelik sahaja tingkah isterinya. Kenakalannya, keletahnya dan manjanya semakin menjadi-jadi.

“Aduh, penatnya!” adu Elfira manja.

“Tahupun penat. Yang isteri abang ni terlebih rajin nak kemas semua itu kenapa?”

Elfira menyengih memandang Firuz Eidil. Dia tahu kalau dia menjawab, pasti panjang bebelan suaminya itu.

“Sengih ajelah yang dia tahu. Sudah, sekarang ni L pergi mandi. Lepas tu kita sama-sama solat zohor. Lepas solat kita mengaji sekejap. Dalam bulan puasa ni elok tambah amal ibadat. Kita tidur sekejap, lepas solat asar baru kita pergi shopping.”

“Wah banyaknya aktiviti kita hari ni,” ujar Elfira teruja.

“Dah jangan banyak cakap. Cepat pergi mandi.”

Buntang mata Elfira melihat barang-barang yang dibeli oleh Firuz Eidil.

“Banyaknya abang beli. Nak buat stok setahun ke apa?”

“Sayang, barang-barang ini semua bukan untuk kita. Tapi untuk mereka yang kurang bernasib baik. Kita yang berkemampuan ni apa salahnya menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka yang memerlukan. Esok sayang temankan abang hantar semua ini ya.”

“Boleh. L bertuah sebab ada suami macam abang. Walaupun dulu abang agak poyo, berlagak sangat dengan title anak Tan Sri, tak pandang L yang konon-kononnya miskin ni. Tapi L tahu abang sebenarnya baik.”

“Eh, abang tak kata L miskin harta yer. Abang cuma kata L miskin...”

“Attitude. L tak akan lupa perkara tu. Sampai hati abang!” pintas Elfira laju. Firuz Eidil ketawa. Mengenang kembali kisah mereka dahulu, membuatkan dia tersenyum kembali.

“Dah nak masuk waktu berbuka ni, jom kita cari tempat makan yang best.”

“Abang, L nak makan ayam penyetlah boleh?”

“Apa aje untuk sayang. Ini L yang nak makan ke baby kita yang nak?”

“Abang...” Elfira menghadiahkan cubitan manja buat Firuz Eidil.

“Lepas berbuka kita solat maghrib, lepas tu kita sambung shopping baju raya kita pulak.”

“Yeay!”

Previous: 6
Next: 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.