Home Novel Komedi/Romantik Komedi KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
nuroll shazlinda hairul
1/7/2014 21:35:23
121,778
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Senarai Bab
10

10

“Dah sampai orang jauh,” sapa Nek Zuriah, nenek kepada Airel.

“Assalamualaikum nek. Inilah L. Kawan Fea dan Airel.”

“Waalaikumusalam. Ini orangnya. Cantik,” puji Nek Zuriah.

Elfira tersenyum malu. Dia bersalaman dengan Nek Zuriah.

“Nek, Airel minta diri dulu. Airel nak terus balik.”

“Hisy, rehatlah dulu. Tak penat ke?”

“Tak apalah nek. Ini nak terus ke hospital. Nanti kalau penat Airel rehatlah.”

“Ha yelah. Bawa kereta tu elok-elok.”

“Insya-Allah nek. Janganlah risau. Bukan saya tak biasa ulang alik macam ni.”

“Terima kasih Airel. Sampaikan ucapan terima kasih aku pada Fea. Maaf sebab aku susahkan kau orang,” ujar Elfira. Terbit rasa bersalah di hatinya kerana menyusahkan Airel dan Sofea.

“Tak apalah L. Aku dan Fea risau dengan kau. Yelah nak naik bas atau teksi sorang diri. Kalau aku hantar rasa selamat juga. Aku lega, Fea lagilah lega.”

“Aku tak tahu macam mana nak balas budi korang berdua.”

It okey. Yang penting sekarang ni kau jaga kandungan kau. Aku dah bekalkan ubat. Jadi jangan lupa makan yer.”

Elfira mengangguk.

“Terima kasih sekali lagi.”

“Kalau macam tu, Airel minta diri dulu nek, L.”

Sebaik kereta Airel hilang dari pandangan, Nek Zuriah menunjukkan tempat tinggal Elfira.

“Wah, cantiknya nek.”

Nek Zuriah mengukir senyum.

“L buatlah macam rumah sendiri. L tentu penat. L rehatlah dulu. Malam nanti berbuka di rumah nek ya.”

“Baik, nek. Terima kasih.”

Nek Zuriah meninggalkan Elfira sendirian. Elfira melihat sawah padi yang terbentang luas dari tingkap biliknya. Rindunya kepada Firuz Eidil bertapa dalam hatinya. Segera diusir perasaan itu. Mengingat kembali kata-kata Firuz Eidil membuatkan hatinya berasa sayu.

Firuz Eidil termenung memandang ke langit. Jiwanya kosong. Kerinduannya terhadap Elfira menebal. Rumahnya sunyi tanpa gelak tawa, rengekan, rajuk dan bebelan daripada Elfira. Tiada lagi kerenah yang memeningkan untuk dilayan. Semuanya hilang sekelip mata. Berubah dengan tiba-tiba. Bertambah sayu hatinya, apabila mengenangkan lagi beberapa hari syawal akan menjelma. Jika Elfira tidak pulang dalam dua tiga hari ini, apa yang mahu dia beritahu kepada seluruh ahli keluarganya?

“L, baliklah. Abang rindu...”

“Bos! Bos! Bos!”

Firuz Eidil tersentak apabila mendengar jerkahan kuat di telinganya. Dia menoleh ke arah suara yang menyerunya.

Sofea menyengih.

“Fea, ada apa?” tanya Firuz Eidil acuh tak acuh.

“Saya nak tanya, L dah balik?”

“Belum lagi Fea. Saya tak tahu nak cari dia kat mana dah.”

“Bos tak cari kat rumah keluarga dia ke?”

“Tak mungkin dia ke sana. Kalau dia ada kat sana tentu along dan angah dah telefon saya. Awak bukan tak tahu macam mana abang-abang ipar saya tu protect L. Silap-silap muka saya ni dah lebam.”

“Tapi saya hairan juga kenapa dia tak cari awak. Itu yang buat saya susah hati. Kalau dia cari awak, sekurang-kurangnya saya rasa lega. Sekalipun dia masih marahkan saya, dia ada dengan awak. Saya tahu dia akan selamat dengan awak. Tapi masalahnya sekarang, kita tak tahu dia kat mana. Entah selamat ke tak?”

“Bos, sedangkan L boleh hidup di UK tak akan dia tak boleh hidup dalam Malaysia ni. Berilah dia masa. Saya yakin dia akan balik.”

“Kalau dia tak balik?”

Sofea kehilangan bicara. Mata Firuz Eidil yang sembap menunjukkan lelaki itu berendam air mata semalaman. Terbit rasa kasihan di hatinya. Namun janjinya pada Elfira memaksa dia untuk mengunci mulut.

“Fea...”

“Ya bos?”

“Awak tahu tak cara nak anyam ketupat?”

“Ha?” melopong Sofea mendengar pertanyaan Firuz Eidil. Terkejut dengan pertanyaan spontan Firuz Eidil.

“Tak perlulah buat muka terkejut sampai macam tu sekali.”

Sofea menyengih. Malu ditegur oleh Firuz Eidil.

“L, dia teringin nak saya buatkan dia ketupat, rendang daging, kari ayam, kuah lodeh untuk raya ni. Awak ajar saya boleh?” beritahu Firuz Eidil kemudiannya dan mengharapkan jawapan yang positif daripada Sofea.

Sofea menepuk dahi. Kemudian dia mengukir senyum.

“Boleh bos. nanti saya bagi resepi untuk ketiga-tiga masakan tu. Anyam ketupat tu nanti bos beli daun kelapa, saya akan tolong ajarkan cara anyam. Boleh?”

Firuz Eidil mengangguk.

“Terima kasih Fea. Untung L ada kawan macam awak.”

“Bos pun untung dapat isteri macam L dan L pun untung dapat bos.”

“Tapi saya dah lukakan hati dia. Saya tak tahu samaada dia boleh maafkan saya atau tidak.”

“Bos, L tu sayangkan bos. Saya kenal dia. Saya tahu perangai dia. Tak akan lama rajuk dia tu. Kadang-kadang bos, dalam hidup ni, kita tak perlukan wanita atau lelaki penggoda untuk merosakkan kebahagiaan kita. Adakalanya sikap kita sendiri juga boleh meruntuhkan kebahagiaan yang kita bina. Macam apa yang terjadi antara bos dan L sekarang ni. Saya bukan nak bela L, tapi kalau saya ditempat L, saya juga akan buat perkara yang sama. Tak apalah bos, perkara dah jadi. Sama-samalah kita berdoa agar L terbuka hati nak kembali pada bos.”

“Terima kasih Fea. Saya akan berusaha cari L. Saya akan dapatkan dia semula.”

“Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu, ya bos.”

Firuz Eidil melabuhkan punggungnya di kerusi eksekutifnya. Gambar Elfira direnungnya. Dia mendakap gambar tersebut ke dadanya. Perlahan air matanya mengalir. Kerinduannya bagaikan tidak terbendung.

Previous: 9
Next: 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.