Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr.London Ms.Langkawi
Mr.London Ms.Langkawi
13/1/2015 08:45:41
128,301
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 8

“Tok wan!” jerit Liyana yang muncul tiba-tiba di belakang tok wannya.

Terangkat bahu Haji Salleh. Kus semangat orang tua itu. Nasib baik tak kena heart attack. Liyana… Liyana…seratus kali kau buat macam tu, mahu jalan jugak orang tua tu dibuatnya.

“Nana ni nak tok wan mati cepat ka?” marah Haji Salleh. Dia merenung Liyana dari sebalik cermin mata yang sedikit terlondeh ke hidung.

Liyana tersengih nakal. “Okey jugak tu tok wan. Nanti Nana boleh jadi kaya cepat sikit.”

Cis, budak bertuah ni. Cakap tak bertapis langsung! “Amboi, amboi suka tok wan mati cepat noo,” balas Haji Salleh dengan muka cemberut.

Liyana terus merapati datuknya. Leher Haji Salleh dipeluk erat. “Nana gurau ajelah tok wan. Orang sayang tok wan sangat-sangat tau.”

Haji Salleh tersenyum senang. Dia tahu cucunya itu amat sayangkan dia. Cuma nakalnya, nauzubillah.

“Nana ni awat nakal sangat? Kalau dok nakal-nakal macam ni, siapalah yang nak buat bini,” sakat Haji Salleh.

“Uish! Apa barang cerita pasal-pasal bini lak ni. Tak masuk betullah tok wan ni.” Liyana menjuihkan bibirnya. Elok sangatlah rupa macam tu. Sama saja gayanya macam Orang Utan di Zoo Taiping nun.

“Apa pulak tak masuk? Awat, Nana tak mau kahwin ka?” Haji Salleh memandang. Hisy! Jangan Liyana ni buat perangai macam-macam sudah. Nabi tak mengaku umat nanti.

“Hehehe… nak kahwinlah tok wan.” Hmm… gatal jugak rupanya!

“Habis tu?”

“Belum sampai masa lagilah tok wan,” balas Liyana bersahaja. Tangannya membelek-belek sebatang paku yang berada di dalam toolbox milik Haji Salleh.

“Nak tunggu siapa? Putera kayangan?” soal Haji Salleh sambil tergelak-gelak.

Liyana turut sama mengekek ketawa. “Apalah tok wan ni. Logik sikitlah tok wan ni pun. Mana ada putera kayangan yang nak kat budak hitam legam macam cucu tok wan ni.” Liyana ketawa lagi.

“Kalau ada?” Haji Salleh menduga.

“Uish! Kalau ada, confirm seminggu Nana kena mandi dengan Clorox. Biar putih, baru sepadan nak berganding sama.” Liyana ketawa besar lagi.

Haji Salleh turut sama ketawa mendengar lawak bodoh Liyana. Ada ke mandi dengan Clorox? Itu bukan buat putih kulit. Silap-silap, tertanggal semua kulit.

Sebetulnya, Liyana tidaklah segelap mana pun. Kulitnya sawo matang. Cuma kerana dia suka membuat kerja-kerja orang lelaki, terlebih gelaplah jadinya. Kerja pejabat tak mahu. Turun laut, masuk hutan juga yang diminatinya.

“Tak adalah tok wan. Nana lawak aje. Mana tunggu putera kayangan. Yang paling utama, orang tu mesti cintakan agama, bangsa dan negara. Satu kurang antara tiga-tiga tu, reject!” ujar Liyana setelah tawanya reda.

“Amboi, patriotik sungguh,” usik Haji Salleh sambil tersenyum. Tapi dia sedar, cucunya itu benar-benar maksudkan apa yang dikatakan. Dia kenal Liyana. Semangat patriotiknya cukup tinggi.

Dalam diam, Haji Salleh bangga kerana darah pahlawannya mengalir dalam diri Liyana. Satu-satunya cucu yang ada semangat sepertinya. Cucu-cucu yang lain, tak tahu nak cakap macam mana. Semuanya terbuai dengan kesenangan zaman sekarang. Hanya orang tua sepertinya sahaja yang tahu susah senang membina sebuah ‘Malaysia’. Tambah-tambah lagi dia adalah bekas tentera.

“Hai, tok wan. Jauh pulak mengelamun. Jangan tok wan, mengamuk tok nanti,” sergah Liyana.

Haji Salleh pelik dengan kata-kata Liyana. Tidak faham. “Nak mengamuk pasal apa pulak?”

“Tok wan dok mengelamun macam teringat girlfriend saja,” sakat Liyana. Macam biasa, budak bertuah ini akan ketawa besar selepas dapat menyakat orang.

“Hisy! Budak ni. Ke situ pulak perginya. Dengar kat tok hang, naya tok wan tau,” marah Haji Salleh.

Liyana tidak mengambil pusing kata-kata tok wannya. Sebaliknya dia terus bangun lalu berjalan melihat-lihat kawasan sekitar rumahbanglo yang masih sedang dalam pembinaan itu. Macam YB melawat kawasan pun ada juga gayanya. “Bila pak long balik sini tok wan?” soal Liyana.

“Insya-ALLAH... seminggu sebelum raya sampailah pak long hang tu,” jawab Haji Salleh yang masih tekun dengan kerjanya menyemai pokok-pokok bunga di dalam pasu besar.

Liyana terangguk-angguk. “Agak-agak pak long tu garang macam pak su tak?” Soalan cepumas diajukan Liyana tanpa diduga.

Haji Salleh hanya tersenyum dengan soalan Liyana. “Awat Nana tanya lagu tu?”

“Sajalah nak tau. Kalau pak long tu pun garang macam pak su, habislah Nana. Double trouble la,” jawab Liyana bersahaja.

Dak aih. Pak long Nana bukan macam tu,” sangkal Haji Salleh.

“Iya ke?” soal Liyana kurang percaya.

“Iya,” tekan Haji Salleh bersungguh-sungguh.

Liyana masih curiga. “Boleh percaya ke?”

Kerja-kerja Haji Salleh terhenti. Dia mengangkat muka memandang Liyana. “Awat tiba-tiba tanya pasal ni?” Dahinya berkerut.

Liyana sengih. “Tak ada apalah. Saja-saja aje.”

Haji Salleh kembali menyambungkan kerjanya. “Tapi sebelum pak longhang sampai, Abang Aidid hang akan balik sini dulu,” cerita Haji Salleh sambil tangannya lincah meletakkan baja ke dalam pasu bunga.

“Heh? Abang Aidid tu siapa pulak?” Liyana tanya soalan bodoh.

“Laaa... budak ni. Abang Aidid tukan sepupu hang. Anak pak long. Dah lupa ka?”

Liyana tergaru-garu kepala. ‘Hisy, dia tak pernah ingat pula dia ada sepupu nama Aidid. Betul ke ada? Tak ingat pun.’

“Tak pernah dengar pun.”

“Rasanya Nana memang tak kenal dia kot. Dia tak pernah balik sini. Balik pun, adalah dulu, sekali ke dua entah. Tok wan pun dah tak ingat. Nana pun kecil lagi masa tu,” cerita Haji Salleh lagi merungkaikan keraguan Liyana.

‘Emmm...masa kecil. Patutlah aku tak ingat,’ desis hati Liyana.

Dia kemudianya terangguk-angguk sambil menyahut kata-kata Haji Salleh. “Oh, macam tu.”

“Kiranya dah jadi macam orang putihlah ye tok wan.” Liyana berkata lagi sambil membuat andaian sendiri.

“Tak taulah tok wan. Harap-harap tak macam tulah,” sahut Haji Salleh. Sesungguhnya dia berharap Aidid tidak seperti yang diandaikan Liyana.

Liyana terangguk-angguk lagi. Seketika dia mula berkhayal. Macam mana rupa sepupunya itu ya?

Tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit. Terkejut Liyana dibuatnya. Melihat nama Ijam tertera di skrin, dia pantas menjawab.

“Oii mak cik! Hang kat mana hah? Dah pukul berapa ni?” jerit Ijam di hujung talian.

Liyana terkebil-kebil lima saat apabila disergah begitu. Terencat akalnya seketika. Bila sudah kembali normal…alamak terlupalah pula. Dia sudah lambat.

“Okeylah, tok wan. Nana nak kenapi dah ni. Nanti petang baru Nana balik tau.” Liyana meminta izin untuk berlalu. Tangan Haji Salleh dikucupnya.

Pi mana?” tanya Haji Salleh apabila melihat Liyana tiba-tiba sahaja jadi kelam-kabut.

“Laaa... tok wan ni. Nak bawa tourists pergi island hoping la,” jawab Liyana yang sudah sedia berada di atas motosikal Yamaha X1R miliknya. Helmet dicapai lalu disarungkan ke kepala.

“Bulan-bulan puasa macam ni pun nak main ‘toping-toping‘?” soal Haji Salleh kurang puas hati.

Liyana tergelak. “Apalah tok wan ni. Bukan ‘toping-toping’lah. Island hoping. Sebut betul-betul…Island hoping.

Dalam kalut, sempat lagi budak ni buat lawak. “Tak kisahlah menatang apa pun. Bulan-bulan puasa macam ni, dok rumah ajelah Nana oii.” Haji Salleh cuba membantah.

“Uish! Mana boleh tok wan. Duit tu,” sanggah Liyana bersama wajah mata duitan.

Haji Salleh mendengus. “Tak habis-habis dengan duit budak ni. Duit berkepuk dalam bank tu, nak buat apa tak tau.” Alamak, Haji Salleh berleter daaa…

Liyana tayang muka pelik. “Mana tok wan tau duit Nana berkepuk kat bank tu? Haaa… tok wan skodeng buku bank Nana ek?” Liyana mula menyakat datuknya. Budak ni nakal sungguh.

“Huh! Tak ada masa tok wan nak skodeng-skodengaih. Dari skodeng buku akaun yang tak menarik tu, baik tok wan skodeng tok hang. Lagi bagus.” Si datuk pula melayan gila si cucu. Liyana pantas sahaja ketawa besar. Sampai menekan-nekan perut. Budak ni memang. Kalau dapat gelak, memang melampau-lampau aksinya.

“Amboi, amboi, amboi. Tok wan dengan cucu ni, seronok dok buat lawak bodoh nampak,” sergah Hajah Kamariah yang tiba-tiba sahaja muncul.

Mati terus ketawa Haji Salleh dan Liyana. Habislah…

“Errr… tok wan, Nana blah dulu. Dah lambat. Bye, tok.”

Tanpa menunggu, Liyana terus memecut motosikalnya. Cis! Pandai sungguh dia melepaskan diri. Nampaknya Haji Salleh kena mengadap soal jawab Hajah Kamariah seorang dirilah. Tak boleh pakai punya cucu.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.