Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saat Rindu Membara!
Saat Rindu Membara!
Putri Iman Nasuha
2/12/2014 18:59:33
34,342
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 2: Siapa Dia

Bab 2

“Siapa lelaki yang mencari kau di pejabat hospital semalam tu Mai?” seminggu kemudian, mereka bertemu lagi di kaunter wad perempuan ini. Dia pun rindu juga mahu berbual dengan Airil Amar. Mungkin hari itu dia merajuk. Sejak hari itu mereka jarang bertemu. Dia lebih suka begitu. Bukan apa dia risau dengan fitnah orang di sekeliling mereka. Keningnya bertemu.

“Lelaki? Semalam?” soalnya hairan.Mana ada lelaki yang dibenarkan mencarinya di kawasan universiti atau di mana-mana semasa dia masih belajar. Ada berani mahu mati?Soalnya dalam hati.

“A’ah lelaki dan semalam!” jawab Airil Amar.Dia geleng.Mana dia tahu siapa lelaki yang lelaki ini maksudkan. Kalau orang tidak perasan, mereka akan beranggapan Airil Amar lelaki lembut. Tidak, sebenarnya Airil Amar lelaki normal. Itu yang dia tahu. Tetapi jalannya memang agak lembut sedikit. Mungkin mereka dia berjalan begitu stailnya.

“Entah!” jawabnya menuju ke wad surgeri lelaki di bahagian atas. Dia terpaksa menempuh lift lagi untuk sampai ke sana. Macam agak lenguh juga untuk sampai ke sana. Belum lagi pergi ke bangunan lain. Ah, dia masih belajar. Sepatutnya dia tidak kisah akan penat atau terdera.

“Betul kau cuba sembunyikan dari saya kan!” prangsangka pula dia. Berkerut dahinya. Hairan pula dia dengan sangkaan Airil Amar yang bukan-bukan. Dia melihat kiri kanan. Jururawat-jururawat pelatih tersengih-sengih seperti mendengar perbualan mereka.

“Tak delah!” jawabnya menidakkan soalan yang menghairankannya itu.

“Jadi sapa?” soal bakal doktor di depannya ini menunjukkan kedegilannya.Dia angkat bahu. Malas mahu melayan budak lelaki yang agak degil ini. Kalau adik lelakinya memang sudah dia ketuk. Degil tak mahu dengar cakapnya. Lagipun dia bukannya banyak masa melayan mamat kaca mata tebal ini!

“Mungkin doktor pakar yang membimbing kita. Mungkin ada kerja saya yang salah!” jawabnya.

“Tak percaya! Dia tak pakai uniform doktor pun!” terbuntang matanya. Sakit hati betul dia dengan Airil Amar. Asyik dengan prasangkanya. Kankah baik kalau mereka bersahabat macam selalu lalu. Tak payah nak beritahu perasaan bagai!

“Mungkin masa tu masa rehat!” katanya. Dia memang tidak ada bertemu dengan sesiapa kecuali ada perbincangan dengan Profesor Dr Rahmat dua hari lepas.

Kenapa Airil Amar berprasangka pula? Kalau berbual-bual dengan rakan-rakan seperjuangan dan berbincang tentang pelajaran, kenapa nak cemburu? Tapi, apa pula haknya nak cemburu? Ha, itu soalan cepu emas!

“Tapi, dia masih muda! Kalau prof kita dah tua sikit lah!” dia menggeleng. Dia tidak ingat. Mahu sahaja dia ketuk lelaki ini dengan buku-buku notanya. Nasib baik dia masih ada perasaan hormat. Kalau tidak, memang dah kena dah!

Biasalah kalau di kolej ini.Kadang-kadang masa makan ada aje mamat perasan handsome mendekatinya.Dia tidak kisah.Kenapa kawan baiknya ini mula curiga? Adakah Imran juga akan mencurigainya? Ah, sedangkan dia tidak pernah mencurigai sesiapa. Kenapa mamat di depannya ini pula bersangka yang bukan-bukan kepadanya?

“Tak tahu pula siapa. Mungkin kawan-kawan sekelas kita. Saya tak ingat siapa lah Amar!” jawabnya. Dia sibuk memikirkan kes pembedahan yang dia ikuti tadi. Laporan kena cepat-cepat disiapkan. Airil Amar pula datang ke tempatnya macam tidak ada kerja hendak disiapkan. Memang genius sangat lelaki ini!

“Marilah kita ke kafe, minum dulu. Saya tak minum apa-apa lagi ni!” katanya. Ini mengelakkan kawan-kawan setugas yang asyik menjeling ke arah mereka.

“Doktor Maisara, dua puluh minit lagi Doktor Amri akan ke wad!” kata jururawat pelatih. Dia garu kepala. Namun mamat kaca mata tebal ini harus dibawa bertenang. Budak lelaki mana pula yang dia Nampak semalam! Hairan sungguh dia.

“Marilah!” kata lelaki ini. Mereka berjalan beririangan.

Sebenarnya dia letih memikirkan prasangka kawan baiknya ini. Mati-mati mahu tahu hal dirinya. Kenapa, mereka pasangan bercinta kah? Ah, tidak mungkin. Dia masih pandai menjaga tatasusila antara sahabat dan teman lelaki.

“Macam lama pula kamu bercakap semalam. Saya perhati dari hujung sana tu!” Semakin besar hairannya. Lelaki ini memang detail dengan kata-katanya. Kalau jadi polis penyiasat memang dia akan terus diterima. Malah, cemerlang!

“Kat mana ni? Saya tak ingat lah Amar. Tolonglah jangan serabutkan kepala otak saya. Boleh tak?” soalnya perlahan. Mereka memang jarang bertemu. Kalau bertemu pun ketika makan tengah hari atau dah nak balik petang. Kadang-kadang dia kerja sampai malam. Itu kalau ada kes tertentu. Eh, macam doktor pakar pula dia ni. Macamlah kan!

“Kat kafe semalam! Lama juga dia tunggu awak kat luar wad!” semakin dia hairan.

“Bukankah itu keluarga pesakit?” Airil Amar ketawa. Eh, ketawa pula dia. Tak luculah! Mereka berjalan seiringan menuju ke kafe.

“Mungkinlah! Saya ni mungkin terlalu terbawa-bawa dengan perasaan saya! Tapi lepas tu awak dan dia beriringan ke kafe! Awak tu Mai!” dia sudah ketawa lepas.

“Eh ketawa pula dia!”

“Mungkin awak mimpi lah Amar!” katanya. Mereka sama-sama ketawa. Petang begini menikmati sepiring pisang goreng dan segelas teh tarik lebih menarik minatnya.

“Mungkinlah kan!” kata Airil Amar garu kepala. Dia letakkan buku-buku notanya di atas meja di kafe itu.

“Jangan terlalu fikirkan saya dalam fikiran awak tu Amar, nanti awak gagal dalam peperiksaan akhir kita, siapa yang akan kita salahkan? Saya? Oh tidak!” itu Cuma nasihat seorang sahabat. Dia tidak mahu sahabatnya gagal dalam peperiksaan akhir nanti. Dilihatnya Airil Amar mengeluh.

“Jangan risau, kalau awak terima saya dalam hidup awak, saya akan lebih berjaya nanti!” katanya yakin. Eh, jawapan apa tu?

“Tak lah, kita ni tak sesuai Amar. Kita hanya kawan baik. Jangan tukar perkataan itu menjadi kekasih atau tunang pula. Tak sesuai.” Katanya.

“Tak pelah! Saya tunggu juga masanya hati Mai terbuka untuk saya!” kata Airil Amar seperti yakin yang dia akan menerima luahan cintanya.

“Awak ni degil Amar!” Airil Amar ketawa. Apakah yang dia perkatakan itu lucu?

Dari sudut mana lelaki ini jatuh cinta kepadanya? Dia bukan siapa-siapa. Rupanya pun biasa-biasa sahaja. Pelajaran pun tak berapa sangat. Cuma dia rajin sahaja. Kalau dia tidak faham tentang pelajarannya, dia tidak akan berhenti bertanya dan membaca buku-buku berkaitan sampai dia yakin yang dia sudah menguasai ilmu itu. Itu sahaja yang dia tahu tentang dirinya. Selebihnya dia gadis biasa-biasa sahaja.

Pelayan datang ke meja mereka. Dia tersenyum walaupun dalam kepalanya masih penuh dengan persoalan hendak meminta jawapan dari lelaki di depannya ini.

“Macam biasa ya dik!” katanya. Gadis itu tersenyum dan mengangguk.

“Saya nak mee goreng dik dan air suam!” kata Airil Amar.

“Cuti ni awak buat apa?” soalnya. Tidak lama lagi mereka akan menamatkan kursus mereka dan akan bercuti selama dua bulan atau lebih sebelum ditempatkan di mana-mana hospital.

“Saya?” soal Airil Amar.

“Sapa lagi? Takkan saya tanya tiang pula!” katanya. Mereka sama-sama ketawa. Petang ini seharusnya mereka bergembira. Kalau dengan pesakit, dia selalu kasihan. Dia selalu berdoa agr pesakit-pesakit yang dia rawat itu akan sembuh. Walaupun dia hanya doktor pelatih.

“Mungkin saya nak rehat-rehat lah! Saya nak anyam tahi mata jadi batu berlian. Awak pula?” kata Airil Amar. Dia ketawa. Dia tahu Airil Amar mempunyai syarikatnya sendiri. Dia hendak dilantik jadi CEO tetapi lelaki ini degil. Sudahnya, dia jadi doktor perubatan. Aneh sungguh! Kalau dia ada syarikat pembinaan yang terbesar di semenanjung ni buat apa dia nak sibuk-sibuk jadi doktor?

“Saya?” dia terbayang wajah ibu bapanya dan lelaki aneh dalam hidupnya. Dia juga mahu berehat. Berehat memikirkan pelbagai masalah hidupnya selama ini.

“Ya! Awaklah!” kata Airil Amar.

“Saya pun nak rehat! Tapi saya tak buat tahi mata jadi berlian, tak sempat!” katanya. Mereka sama-sama ketawa. Makanan yang ditempahnya sudah sampai dan dia makan dengan hati yang agak riang pada petang ini.

“Mari kita balik ke wad! Mungkin Doktor Amri dah datang tu!” katanya agak kelam-kabut.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha