Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saat Rindu Membara!
Saat Rindu Membara!
Putri Iman Nasuha
2/12/2014 18:59:33
33,862
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 6: Sibuk Punya Amar

Bab 6

“Semalam, saya kol awak balik-balik! Tak dapat! Kenapa? Selalunya line awak clear aje. Apa hal ye?” soal Airil Amar. Bulat matanya. Apa lagi yang mamat kaca mata tebal setebal cermin ini mahu? Soalnya dalam hati.

“Apahal ni? Kan awak dah kol semalam?” mamat ini picingkan mata. Salahkah cakapnya? Kenapa nak kol balik-balik? Mereka berdua ini bukan siapa-siapa. Hanya kawan kan? Ingat, mereka hanya kawan! Bukan suami isteri atau apa kan? Jadi, kenapa bengap sangat mamat kaca mata tebal ini? Sibuk asyik bertanya?

“Dah kol?” soal mamat ini pula. Dia angguk. Sudahlah banyak kerja-kerja yang dia kena habiskan pagi ini. Doctor pakar lagi akan menyelia kerjanya pagi ini. Lelaki kaca mata tebal ini pula sibuk dengan soalan-soalan hitnya.

“Ya! Kan awak dah kol semalam? Apa lagi yang kurang? Penjelasan saya tu tak jelas?” soalnya pula. Darjah suaranya naik setingkat lagi.

“Memang ada lagi yang saya nak tanya.” Jawabnya. Dia mahu aje cekik lelaki ini. Pening dia. Peningnya semalam pun belum habis lagi. Ini pula pening pagi ini.

“Maaflah Amar. Saya ada perbincangan dengan ibu.” Jawabnya mudah. Ia tidak mengelak pelbagai spekulasi yang akan timbul selepas ini.

“Dahsyatnya ibu awak! Sampai lama begitu dia nak cakap dengan awak?” soal Airil Amar. Panas telinganya. Memang lah ibunya tidak pernah menghubunginya selama itu. Eh lelaki lagak macho punya pasal terpaksa dia jual nama ibunya. Selepas itu dia matikan telefon pintarnya, baru dia puas hati. Putus hubungan dengan dunia luar.

“Hmm, begitulah kalau ibu yang rindukan anaknya!” jawabnya. Bulat mata mamat kaca mata tebal itu. Dia pula semakin rimas ditanya-tanya mengenai dirinya. Bukan apa, dia tidak mahu mamat ini terlalu menyibuk mengenai hal dirinya.

“Bukankah bulan lepas baru aje ibu dan ayah awak datang, kenapa tak habis rindu lagi?” soal Airil Amar. Terbuntang matanya. Dia angkat kaca matanya sendiri untuk memberi perhatian dan memikirkan kebarangkalian kata-kata Airil Amar.

“Eh, dah dua bulanlah! Bukan bulan lepas! Hari tu masa bulan September tu! Masa aku ulang tahun,” jawabnya membetulkan fakta yang salah itu. Airil Amar garu kepala.

“Ya kan! Tapi nak cakap apa lama-lama! Takkah panas telinga awak tu Mai!” jawab Airil Amar. Mukanya sudah panas. Mungkin sudah merah macam buah epal. Ah, lantaklah!

“Kami kan rapat!” katanya sambil tersenyum menutup kemarahan kepada suaminya sendiri. Menghubunginya setelah sekian lama mereka tidak bertemu.

“Oklah Amar. Nanti petang lah kita sambung lagi. Banyak pula kerja saya di wad perempuan hari ini! Doktor Maimunah pun nak datang tengok, tu yang saya tak selesa!” katanya menjeling jam emas di tangannya.

Jam ini hadiah sempena hari lahirnya yang lalu. Hadiah daripada lelaki lagak macho itu. Ibu yang sering mengingatkannya agar memakai jam tangan hadiahnya ini.

Mahu tak mahu terpaksa dia pakai. Memang dia suka dengan pattern jam ini. Mungkin emaknya yang memberitahu lelaki itu akan kesukaannya. Ah dia pengumpul jam orangnya. Apabila diberikan jam tangan, memang mengena di hatinya.

Oh lupa, bulan depan dia tidak akan pakai lagi jam ini. Dia akan simpan baik-baik dalam almarinya!

“Baik-baik ya. Doktor Maimunah tu cerewet orangnya. Kalau silap sikit pun banyak markah yang dia kurangkan! Itu yang aku tak suka!” kata Airil Amar. Dia tahu akan hal itu. Doctor Maimunah tidak akan berkompromi dengan sesiapa pun. Itu yang dia fahami.

“Ya saya tahu. Itu yang saya kena banyak perbincangan dengan jururawat dan pesakit kalau sempat! Kalau tak sempat, memang nasib badanlah!” jawabnya. Airil Amar menanai fail dan buku tebalnya.

“Jumpa nanti!” kata Airil Amar melambainya.

“Tata!” katanya membalas lambaian lelaki kaca mata tebal itu. Dia mengurut dada. Lega dengan apa yang berlaku. Soalan lelaki itu memang soalan cepu emas. Airil Amar macam nak spy dia pula! Eh, macam lah dia suka!

Dia hanya memandang sehingga bayang lelaki itu hilang dari pandangan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha