Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA? Hurm... Whatever lah
CINTA? Hurm... Whatever lah
AnnSelasih
8/4/2018 02:23:11
26,140
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
SE 3

Cerita dalam cerita 3


"Malam tu langit gelap-gelita. Sesekali cahaya terpancar dari celahan serakan awan. Angin bertiup agak kencang sampai terbuai-buai rambut aku. Ada tanda-tanda nak hujan."


Laju je Rashdan menyekeh kepala Firman.

"Hoi! Kalau kau nak jadi penglipur lara, tunggu sampai kita balik rumah sewa. Orang nak cepat ni. Sementara giliran sampai je."


Firman hanya ketawa kecil sebelum membuka kisah.

"Malam tu, Syarina call aku. Dia ajak lepak kedai mamak. Urgent katanya. Aku pun, start motor terus la memecut."


"Fir!!"

Syarina melambai-lambai dari tempat duduknya. Dua cawan teh tarik telah tersedia di atas meja bulat di situ.


Sebaik sahaja duduk, Firman mulakan dengan mencicip air. 

"Hurmm... Sedap."

Teh tarik halia di Restoran Mamu Ali Kandar cukup sifatnya. Ditegukan kedua, Syarina dah berdehem.

"Haa, apa hal? Tak sempat nak tunggu siang."

Panjang betul muncung bibir Syarina. Pasti ada kisah yang tak enak.

"Aku nak cari kerja la."


Wajah cute Firman berubah. Mata bagai nak terjojol, dua keningnya terangkat tinggi.

"Laa... sebab ni je kau nak jumpa aku! Buang karan. Mujur nyawa aku panjang. Nyaris aku nak terlanggar Kak Mah Gerbang tadi tau. Punya la laju aku merempit."

"Woi, sabarlah! Ini baru intro. Sebab tu aku ajak jumpa. Kalau tak, baik aku whatsapp je tadi."


Firman kecilkan kembali bukaan mata. 

Wajah dimaniskan semula.

"Ala kau ni. Itu pun nak marah. Haa cerita cepat, aku sedia mendengar."

Syarina membelek-belek jari runcingnya. Seminit... dua... tiga... 

Masih tiada sebarang kisah yang terkeluar. 


"Mak kau suruh kahwin, kan?"

Firman membuka mulut terlebih dahulu.

Syarina mencebik, kemudian mengangguk.

Lepas tu dia diam semula.


"Habis tu, kau nak cari kerja ni sebab tak nak kena kahwin? Gitu?"

Sekeras-keras hati Syarina, bila sebut bab kahwin, bergenang juga air mata dia. Firman perhatikan sahaja riak Syarina. Ah! Sedihlah pulak aku tengok, hatinya mula memberi belas.


"Kau... kau kena tolong aku, Fir!"

Suara Syarina separuh merayu, separuh mendesak.

"Aku pun tengah cari kerja. Baik aku rembat dulu kalau ada, daripada bagi dekat kau. Aku ni lelaki. Nak kena sara anak orang. Kau ye la boleh harapkan duit hantaran."

Menyirap darah Syarina mendengar alasan Firman.

"Woi, Fir! Tak payah nak berangan jauh. Awek pun tak ada lagi... "

Firma ketawa berdekah-dekah. Dia perasan ketegangan di wajah Syarina. 

"Ye la, ye la. Kau nak aku buat apa?"

Firman mengalah dan menyerahkan tengkuknya. 

"Kau ajar aku buat teh tarik," ujar Syarina dengan penuh keyakinan.


---------¤¤¤¤¤-----------


"What!!"

Rashdan buat muka tak percaya.

"Ishk ... cerita paling mengarut aku pernah dengar." 

Rahim menokok ketidakpercayaan Rashdan.

"Kau tu Fir, nak bancuh ais sirap pun tak lepas-lepas tau. Inikan pula nak mengajar Syarina bancuh teh."


Jari-jemari Rashdan mengetuk kepala Firman. Gegak ketawa Rashdan mengalahkan bingit dewan. 


Firman menepis lembut.

"Betul Bang. Saya yang ajar Syarina bancuh teh."


Rashdan menggeleng-geleng. Tubuh bersantai di kerusi plastik, tangannya bersilang di lengan. 

"Okey, cer cerita. Cer cerita."



Previous: SE 2
Next: SE 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.