Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA? Hurm... Whatever lah
CINTA? Hurm... Whatever lah
AnnSelasih
8/4/2018 02:23:11
26,184
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
SE 2

Cerita dalam cerita 2


Selambak fail diletakkan atas meja. Separuhnya telah dipilih. Separuh lagi menunggu masa sahaja untuk diselak. Fail dengan pelekat nombor 12 sedang dibelek. Gambar yang melekap di situ ditatap agak lama.

"Syarina? Biar betul?"

"Eh! Betullah tu. Syarina nama saya. Itu pula gambar saya."

Gadis berambut pendek yang duduk di kerusi menghadap Rashdan memaparkan senyuman manis. 


Rashdan mengerutkan kedua kening.

"Kau ni serius ke main-main?"

Senyuman terus dimatikan. Suara si gadis sedikit membahang.

"Tadi saya senyum sebab dalam gambar tu saya tersenyum. Saya nak yakinkan Encik, itu adalah saya. Sekarang ni Encik boleh tengok muka serius pula. Saya tak main-main."


"Kau nampak tak dalam iklan tu, 'lelaki sahaja'?" 

Sengaja intonasi di hujung ayat diberi penekanan. Rashdan yakin benar permohonan no 12 itu bakal ditong sampahkan.

"Saya tahu..."

Mengendur nada suara Syarina. Tetapi sekejap sahaja. Selepas itu berapi tinggi.

"Tapi takkanlah dah sampai abad ke 21 ni Encik masih nak amalkan diskriminasi berdasarkan jantina. Zaman Gangga Negara dulu kala ye lah kot. Even kurun ke 15 dulupun Sultan Melaka dah terbuka pasal isu ni. Kalau tak tentu dia suruh Tun Fatimah lepak je bersolek dalam bilik, tak perlu susah-susah hunus keris sama-sama menentang Portugis."


Berkedip-kedip kelopak mata Rashdan mendengar hujah Syarina. Dia terpinga buat seketika.

Eh! Ini sesi interview ke berdebat? 

"Saya ada alasan yang tersendiri, kenapa syarat itu dikenakan."

Kini mereka berlawan mata. Mata redup Rashdan menentang mata besar Syarina.

"Kenapa?"

Panjang hela nafas Rashdan sebelum menjawab.

"Sebab saya tak akan diskriminasikan pekerja saya. Semuanya akan dilayan 'SAMA RATA'. Semua pekerja akan berkongsi satu ruang persalinan dan toilet. Tak ada bilik berasingan, Faham?"


Syarina terdiam sebentar. Dia mengangguk.

"Jadi apa masalahnya dengan permohonan saya?"

Terasa suhu ruang udara di situ semakin tinggi. Rashdan mula menyinsing lengan baju.

"Masalahnya... awak akan bawa masalah pada saya nanti."

Syarina memicing mata. Jelas benar dia memprotes.

"Pelanggan Encik semua lelaki ke?"

Siapa yang interview siapa ni! Rashdan ambil sedikit masa untuk menjawab.

"Tentulah tak."


Tersentak Rasydan ketika Syarina menepuk meja.

"Ha! Sebab tulah Encik perlukan saya. Kalau ada masalah dengan pelanggan wanita, saya ada, tolong selesaikan. Hanya wanita yang lebih memahami kehendak wanita."

"Hello, Saudari. Lelaki lagi senang faham perasaan wanita tau."

Kali ini Syarina siap menjeling. Bibir mongel itu mengumam perlahan.

"Itu kes nak beli jiwa."


Biji mata dijegilkan. Panasnya hati melihat mulut yang terkumat-kamit itu.

"Ha! Kalau nak cakap, cakap kuat sikit. Biar telus."

Kini, Syarina pula menyingsing lengan baju.

"Tak payah tanya soalan banyak-banyaklah. Encik nak cari pembancuh teh kan? Marilah saya tunjuk cara nak bancuh teh yang sedap. Setanding nama kafe ni, Versus Mamak."

"Di sini? Sekarang?"


"Ye lah. Takkan dekat rumah Encik kot?"

Rashdan terus menyandar di kerusi. Wajah penuh teruja si gadis dijamah lama. Mata pena di tangan diketuk-ketuk ke meja. 

'Dia tak kenal siapa aku,' getus hati Rashdan.

"Satu lagi, selain daripada mahir membancuh teh, saya ada kelebihan khas yang calon-calon lain tak ada tau. Encik beruntung."

"Apa dia?"

Lebar benar sengihan Syarina sebelum perkataan itu keluar dari mulut dia.

"Hati..."

"Haah?"

"Ye lah. Antara pekerja-pekerja Encik, hati saya seorang je yang Encik boleh ambil. Ke... Encik ni... tertarik dengan 'lelaki'?"

"Haaaah!"


                     ---------¤¤¤¤¤----------


Rahim ketawa panjang mendengar cerita Rashdan. Semua getaran cemas tadi telah hilang.

"Melampau betul Syarina ni. Boleh dia selamba badak je jawab temuduga macam tu. Saya rasa macam nak terkucil dah masa interview tu."


Tiba-tiba sahaja bahu Rahim dan Rashdan ditepuk dari belakang. Firman tersengih-sengih menyapa.

Rahim mengurut-ngurut dada.

"Terkejut aku! Bila kau sampai?"

Pertanyaan tak berjawab. Firman mengangkat dua kening.

"Aku ada cerita yang lagi menarik pasal Syarina. Kenapa dia minta kerja di kafe tu."


Rahim menjenguk jam di tangan. 

"Cantik! Masa banyak lagi ni. Boleh ke Abang Rashdan?"




Previous: SE 1
Next: SE 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.