Home Novel Komedi/Romantik Komedi Have A Goodnight
Have A Goodnight
Raimah Dain
29/7/2018 11:56:22
54,270
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 04

 “MANA Adwa ni? Kenapa tak angkat kol aku? Dia ni, masa orang perlukan dia. Dia pula tak ada. Bila aku tak cari dia barulah dia sibuk nak ajak aku tengok wayanglah, makanlah, itulah, inilah, ish! Ini ke kawan?” bebel Hani seorang-seorang. Telefon dimasukkan semula ke dalam bag. Kemudian dia meneruskan kembali langkah.

“Huh…” hanya keluhan yang mampu dia lafaskan saat melihat video dia membelasah cucu Dato Daniel viral di laman-laman media sosail. Tidak sampai lima jam video yang dimuat naik oleh salah seorang pelanggan restoran itu sudah mencecah 100 ribu tontonan.

Siaplah, kalau aku terserempak dengan minah ni. Huh! Main sedap jari dia aje nak upload video yang mencetuskan benda negatif macam ni. Matilah kalau papa dengan mama tahu. Confirm masa-masa tu juga dia orang minta aku balik rumah. Getus hatinya sambil berjalan di sekitar Bukit Bintang mencari tempat untuk mengisi perut.

Mata liar ke kiri dan ke kanan memerhati lagak manusia yang berada di situ. Dapat dia dengar suara-suara sumbang mereka yang sedang bercerita sambil mata dijeling kepadanya. Yang menyindir depan-depan pun ada juga. Tetapi Hani hanya pekakkan telinga dan membalas dengan senyuman. Malas nak melayan sikap netizen yang suka benda-benda macam ni. Bab mengutuk, mengata, bergosip nombor satu. Makcik-makcik bawanglah katakan.

Krokk… krokk…

Wajah Hani berkerut. Dia melekapkan tangan di atas perut sambil kaki perlahan-lahan melangkah menuju ke seubah gerai makan mamak yang terletak tidak jauh dari tempat dia berdiri. Tanpa dia sedaridia belum menjamah apa-apa lagi sejak tengah hari tadi.

Lapar… lapar… lapar… aku nak makan roti canai, nasi goreng pataya dengan teh tarik. Membayangkan sahaja hidangan itu sudah membuatkan Hani terliuar. Langkah kaki dia percepatkan masuk ke dalam restoran itu. Orang ramai tidak dipelukan yang penting dia dapat mengisi perutnya yang kosong. Nak harapkan Esna teman serumahnya masak memang taklah. Dia pun selalu makan kat luar.

“Uncle saya nak…” Hani melihat-lihat menu di dinding.

“Hei, tu bukan budak perempuan yang belasah cucu VVIP tu ke?” soal seorang makcik bawang yang sedang duduk bersama-sama kawan-kawannya di dalam restoran tersebut. Gaya seperti makcik bawang.

“Mana?” tanya rakannya. Mungkin juga makcik bawang. Liar mata memerhati kawasan sekeliling.

“Belakang kau tu ha. Tengah order makanan” jawab makcik bawang satu.

Makcik bawang dua menoleh ke belakang. Dapat dia melihat Hani sedang meneliti setiap menu yang ada. Keliru agaknya nak makan apa.

“Amboi, berani dia tunjuk muka dekat awam. Kalau akulah mak budak tu, dah lama aku lapor dia dekat polis. Kecik-kecik dah jadi gangster” sambung makcik bawang dua. Bukan main kuat lagi suara, sampai orang meja sebelah pun boleh dengar.

“Betul sangat tu! Muka cantik tak guna kalau memalukan keluarga. Mesti anak terbiar ni” celah makcik bawang tiga pula. Gelas berisi teh tarik diteguk sedikit sebelum menyambung bicara. Hani

“Tengoklah tu, dia cedera. Mesti orang-orang dato tu dah belasah dia. Nasib baik tak mati” sambung makcik bawang tiga sambil mata dijeling pada Hani.

“betul tu. Kita ni sebagai mak bapa kena pantau anak-anak kita. Jangan bagi dia orang keluar malam, bergaul dengan orang tak senonoh. Nanti macam itulah jadinya. Eh memalukanlah. Nasib baik anak perempuan aku tutup aurat, habis sekolah balik terus ke rumah. Lepas tu duduk belajar dalam bilik. Tak adanya terlibat dalam aktiviti-aktiviti tak berfaedah macam ni” kata makcik bawang satu. Bukan main panjang lebar dia mengutuk anak orang dan memuji anak sendiri. Entah betul ke tidak anak dia belajar dalam bilik tu.

Hani yang terdengar perbualan makcik-makcik bawang itu. Hanya mampu mengetap bibir dan bersabar. Kalau ikutkan rasa marah yang membuak-buak dalam dada. Dia terasa seperti hendak tinggikan suara dan minta supaya makcik-makcik bawang tu jaga tepi kain sendiri jangan nak sibuk hal orang lain. Tetapi disebabkan prinsip orang tua perlu dihormati. Dia cuba untuk bersabar.

“Adik nak makan apa?” tanya pekerja yang mengambil pesanannya.

“Uh?” pandangannya kembali kepada pekerja yang sedang menunggu. Lupa pula dia belum cakap nak makan apa.

“Nak makan apa?” ulang pekerja lelaki berusia pertengahan 40-an itu.

“Oh, saya nak nasi pataya, roti canai. Minum pula…” tiba-tiba suara makcik-makcik bawang kembali menyapa ke telinganya. Hani mengerutkan wajah lalu menoleh sekilas ke belakang. Hai, makcik-makcik bawang yang tak bertauliah ni memang nak kena. Makin aku diam, makin pula dia orang mengata.

“Bagi saya Teh O Ice. Lepas ni boleh tak bagi saya bawang?”

“Bawang?” pekerja yang berusia pertengahan 40-an itu mengerutkan dahi.

“Ya bawang. Bukan apa uncle saya ni suka sangat makan bawang. Minum teh O ice tu pun campur bawang. Orang kata maka bawang tu sedap. Bau dia cepat tersebar. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni macam-macam perisa bawang ada. Bawang merah, bawang putih, bawang besar, bawang muda. Bawang TUA pun ada juga. Tambah bawang ya uncle” sambung Hani dengan suara sedikit nyaring. Sempat juga dia menoleh ke belakang. Jangan pula nak kata dia kurang ajar lepas ni. Dia bercakap berdasarkan fakta-fakta makcik bawang di laur sana..

“Yalah, nasi Pataya, roti canai, teh o ice dan bawang” ulang pekerja tersebut untuk memastikan tidak ada kesilapan ketika dia mengambil pesanan.

Hani menganggukkan kepala. Kemudian nafas panjang dihela lalu tubuh disandarkan pada kerusi. Tidak ada lagi kedengaran suara-suara makcik bawang yang duduk dekat meja di belakangnya. Mungkin berbual guna Wechat atau Whats’app agaknya.

“Makcik bawang-makcik bawang” Hani menggeleng-gelengkan kepala sambil ketawa kecil. Letih melayan kerenah makcik bawang, letih lagi menghadap budak Aaron tu.

Kemudian dia mengeluarkan telefon dari dalam bag. Perkara pertama yang dilakukan adalah memeriksa laman media sosial. Memang dasyat bila videonya tular dan rata-rata manusia yang meninggalkan komen lebih kearah mencerca perbuatannya. Inilah orang kita, tak siasat pun kenapa benda tu jadi. Terus-terus tuduh kata Hani samseng jalanan, restoran tempat dia bekerja adalah restoran samseng. Dia patut ditangkap oleh pihak polis.

“Ergh, geramnya!” telefon diletakkan di atas meja.

“Menyesal pula baca komen. Buat sakit hati. Minta-mintalah keluarga aku tak tahu. Kalau tak masak aku” mata dijelingkan pada telefon. Pada masa yang sama hidangan yang dipesan juga telah sampai dan sedang dihidangkan di atas meja.

“Terima kasih” ucapnya dengan senyuman.

Tanpa menunggu lama Hani mula mengisi perut dengan masakan yang terhidang dihadapannya. Inilah kebahagian sebenar buatnya setelah mengharungi hari yang agak sukar. Namun seleranya terbantut apabila beberapa lelaki berusia dalam lingkungan lewat 20-an datang dan duduk dekat meja sebelah kanan. 

Mata dijelingkan pada tiga orang lelaki yang memandangnya sambil tersengih-sengih. Dari gaya seperti mereka sedang bercerita tentangnya. Tetapi selagi mereka tidak menyeru namanya dia akan terus diam dan menikmati hidangannya dengan tenang. Tak sangka pula dalam sekelip mata dia telah menjadi seorang bintang yang terkenal kerana membelasah orang.

“apa-apa aje...”belum sempat nasi disuap ke dalam mulut. Tiba-tiba kdengaran suara sumbang menyapanya. Dengan pantas Hani meletakkan sudu semula ke dalam pinggan lalu menoleh ke kiri.

“Hei, kau nak masuk kumpulan kitorang tak?” tanya seorang lelaki bertshirt hitam dengan agak sinis.

“Kau boleh jadi ketua kumpulan kita orang kalau kau nak” sambung rakannya lalu ketawa.

 “Betul, aku tengok kau pukul orang macam pro. Dah biasa belasah orang ke?” celah seorang lagi rakan mereka yang memakai topi berwarna merah.

“Huh!” sinis Hani tersenyum.

Kemudian Hani melarikan pandangan ke tempat lain. “Dik kira” tangan dia lambai kepada seorang pekerja lelaki yang sedang berdiri. Dengan pantas pekerja lelaki itu datang ke mejanya bersama kalkulator.

“Takkan dah habis makan kut? Nasi tu banyak lagi” kata lelaki bertshirt hitam.

“Berapa?” soal Hani. Tidak menghiraukan lelaki-lelaki yang mengganggunya.

“Semua RM 15.90” jawab pekerja tersebut.

Tanpa berkata apa-apa dia menghulurkan wang kepada pekerja tersebut. Kemudian punggung diangkat mahu beredar dari situ. Lebih baik dia pergi sebelum dia hilang sabar dan bersikap kurang ajar terhadap mereka.

“Hei, takkan pergi macam tu aje?”

“Nasi, roti canai tak habis lagi tu”

“Makanlah kalau nak!” jawab Hani tanpa menoleh ke belakang. Malas mahu memandang muka-muka pecah yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikkan buatnya.

 

 

 “TAK guna betullah! Nak makan pun tak senang ada aje manusia penyibuk yang suka sibuk hal orang” Hani mengerutkan dahi. Rasa macam tengah cakap tentang diri sendiri pun ada juga. Kalaulah dia tak masuk campur hal dato tu dengan cucu dia tadi. Tak adalah dia jadi macam ni.

“Huh! mengata dulang paku serpih, mengata orang aku lebih dasyat. Prihatin tak bertempat last-last diri sendiri juga yang…” tiba-tiba langkahnya terhenti sambil mata terbuntang ke satu arah.

 

“Neoreul geuriwohada haruga da jinasseo,   Neoreul geuriwohada ilyeoniga beryeosseo,        nan geunyang geureohge sara,   neoreul geuriwohada, geuriwohada”

 

Nyanyian merdu seorang lelaki yang sedang melakukan busking bersama gitar menyebabkan Hani terpaku. Bukan sekadar bersuara merdu seperti seorang penyanyi profesional. Tetapi juga memiliki wajah tampan dan senyuman yang mampu menncairkan hati mana-mana wanita yang memandang. Termasuk dirinya yang berjiwa kental.

“Dia nyanyi lagu BTOB - Missing Youlah. Lagu favourite aku pula tu Dia ni melodi ke?” gumamnya. Tanpa dia sedari kakinya mula melangkah perlahan-lahan menuju ke arah lelaki itu dan berhenti betul-betul di hadapan lelaki berwajah tidak ubah seperti jejaka Korea.

Ya Allah merdunya suara dia muka pun boleh tahan hensem macam BTOB. Sungguh indah ciptaanmu Ya Allah. Bisik Hani dalam hatinya sambil tersengih-sengih memandang ke arah lelaki itu. Jarang-jarang dia terpukau dengan persembahan seperti ini. Biarpun lagu Korea. Tetapi dia dapat merasakan si penyanyi benar-benar merindui seseorang

Tiba-tiba dia terkenang impian waktu kecilnya untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur. Sayangnya impian itu hanya tinggal impian yang tidak mungkin akan menjadi realiti. Tengok sajalah kehidupannya sekarang terkuntang-kanting, mana ada masa untuk kejar impian. 

“Hei tu bukan samseng yang pukul cucu Dato dekat restoran petang tadi tu ke?”

Suara sumbang itu mematikan senyuman dibibir Hani serta merta. Dengan pantas dia menoleh ke kanan kelihatan dua orang remaja perempuan sedang menjeling-jeling ke arahnya. Namun belum sempat dia membuka mulut mahu membalas kata-kata itu. Tiba-tiba kedengaran bunyi tepukkan gemuruh oleh penonton sebaik sahaja lelaki itu menamatkan persembahannya.

Thank you so much” dia bangun lalu membongkokkan tubuh serendah sembilan puluh darjah kepada para penonton dengan senyuman.

“That’s all for today. Thank you for watching me and see you next time” sambung lelaki itu sambil memandang wajah-wajah penontonnya.

Dah habis? Alaa… aku tak puas lagi kut dengar mamat ni nyanyi. Suara dia ni boleh hilangkan stress aku. Tak boleh ke dia nyanyi lagi? Perlahan-lahan kakinya melangkah mendekati lelaki itu.

“Kau dah habis ke?” tanya Hani dengan wajah berkerut.

Lelaki yang sedang sibuk memasukkan gitar ke dalam bag bberhenti dari meneruskan kerjanya. Pandangan dilarikan daripada gitar kepada Hani yang berdiri di sebelahnya.

“Kau?” soal lelaki itu pula. Raut wajahnya agak dingin.

Alamak, dia tak faham bahasa Malayu ke apa ni? Nak speak orang putehlah nampaknya ni? Malasnya. Keluh Hani. Mahu tak mahu terpaksa juga dia tunjukkan skillnya bertutur dalam bahasa Inggeris. 

“Did you just finish you’re performance?” soal Hani.

“Yup” jawab lelaki itu ringkas. Kemudian dia menyambung kembali kerjanya

“Owh. Can I ask you to  sing one more song for me? I realy like you’re voice” dengan muka tebal dia membuat permintaan itu. Belum pernah lagi dia melakukan kerja gila seperti ini. Tetapi nyanyian dan suara lelaki itu benar-benar memukaunya.

“Naega wae? (Kenapa saya kena buat macam tu?)” tiba-tiba lelaki itu berbahasa Korea. Ada sekilas senyuman sinis terukir dibibirnya.  

“Uh?” Hani bingung. Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu. 

“Why should I do that? Who are you? My fan?” tanya lelaki itu. Bag gitar disandang ke belakang lalu sebelah lagi tangan menjinjing sebuah lagi bag. Kemudian dia memandang Hani.

Hani mengetap bibir. Eh-ehleh dia ni poyolah pula. Orang dah minta elok-elok siap puji bagai boleh pula dia cakap macam tu. Eh pigilah! Baik aku balik rumah tengok drama Korea lagi baguslah. Muka je handsome macam ahli kumpulan BTOB. Tapi perangai ke luat.

Tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu Hani pusingkan badan ke belakang. Sikap poyo lelaki itu betul-betul buat dia hilang mood. Kalau dia mampu undurkan masa, dia tidak akan menontom persembahan lelaki poyo itu.

“Hey where are you going?” tanya lelaki itu.

Hani berhenti melangkah.

Dia menoleh ke belakang.

Wajah Hani berkerut. 

“Hei, tak payah sibuklah aku nak pergi mana. Poyo!” jawabnya menggunakan bahasa Melayu. Lantaklah lelaki tu faham ke tak. Yang penting dia puas hati.  

“Mwoya geu isanghan yeoja? (Dah kenapa dengan perempuan pelik tu?)” lelaki itu hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat telatah Hani. 

Previous: Bab 03
Next: Bab 05

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.