Home Novel Komedi/Romantik Komedi Have A Goodnight
Have A Goodnight
Raimah Dain
29/7/2018 11:56:22
54,316
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 03

LANGKAH Aaron sudah semakin jauh meninggalkan bilik VVIP Dato Daniel. Namun dia masih lagi tidak melepaskan Hani dari genggamannya kerana bimbang itu hanyalah tipu muslihat mereka untuk memperdayakan dia. Sesekali dia menoleh ke belakang, takut-takut kalau ada sesiapa sedang mengekori mereka.

Hani pula tidak mampu mengucapkan walau sepatah kata sekalipun. Leher dan tekaknya terasa senak akibat rangkulan kuat Aaron tadi. Tetapi itu tidak bermakna dia akan membiarkan sahaja lelaki itu mempergunakan dirinya sebagai tebusan untuk melepaskan diri dari Dato Daniel.Hani fikir betul-betul macam mana kau nak lepaskan diri dari budak gila ni. Mata dia lirikkan sedikit pada Aaron yang terus berjalan menuju ke arah pintu kecemasan.

Mereka perlu cepat keluar dari hospital itu sebelum pengawal-pengawal Dato Daniel menemui jejaknya. Dia tidak mahu lagi kembali ke tempat asing itu. Dia lebih rela pulang ke kampung menjalani hidup sederhana daripada tinggal di rumah besar. Tetapi serasa seperti neraka dunia.

“Kau, ikut aku sampai kelur dari hospital ni” mata Aaron lirikkan kepada Hani.

Tiba-tiba Aaron berhenti melangkah. Begitu juga dengan Hani. Buntang mata sama-sama mereka halakan ke hadapan. Kedengaran suara jururawat sedang berbual dari arah bertentangan. Aaron dengan pantas meleraikan rangkulan tangannya dari leher Hani. Badan Hani membongkok serendah 90 darjah sebaik sahaja dia terlepas dari genggaman lelaki itu.

Nafas dia tarik dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan-lahan sambil sebelah tengan menyentuh lehernya. Manakala sebelah lagi tangan menepuk-nepuk dada yang terasa sesak. Kemudian tangan meraba-raba leher yang terasa pedih, bulat matanya ketika melihat ada kesan darah di jari dan tapak tangannya. Wajah Hani berkerut lalu buntang mata dijeling tajam menikam ke dalam mata Aaron. Hampir sahaja dia menghembuskan nafas terakhir disebabkan lelaki itu.

“Hoi! Kau tidak apa-apakah?” tanya Aaron menggunakan dialek Sabah. Ada sedikit perasaan bersalah dalam diri kerana telah menyebabkan gadis itu terluka.

“Uh! Huk! Uh! Huk!” Hani terbatuk-batuk lalu terduduk di lantai. Dia masih memegang lehernya yang terasa pedih dan sakit. Hani rebah terduduk di atas lantai.

Aaron terkejut. “Hei perempuan, kau jangan…” belum sempat dia menghabiskan kata-katanya. Sekali lagi mereka dikejutkan dengan bunyi pintu dibuka oleh seseorang dan bunyi tapak kasut yang semakin lama, semakin hampir. Aaron panik, dia menggaru-garu rambut yang tidak gatal sambil sekejap buntang mata memandang ke hadapan dan sekejap dilirikkan kepada Hani. Dia perlu cepat membuat keputusan sama ada membawa gadis itu pergi bersamanya atau biarkan sahaja gadis itu tinggal di sini.

“Ergh!!!” dia menggenggam penumbuknya lalu belari ke arah pintu kecemasan yang cuma beberapa tapak dari tempat dia berdiri. Hani,  ditinggalkan sahaja sendirian di situ kerana gadis itu sudah tidak penting untuknya. Dia telahpun berjaya melarikan diri daripada Dato Daniel dan sekarang dia cuma perlu bersembunyi supaya tidak ditemui oleh mereka.

“Tak guna…” gumam Hani. Bibir diketap kuat. Berani kau larikan diri lepas apa yang kau buat pada aku? Jangan harap aku akan lepaskan. Lelaki gila! Bisik hatinya. Dalam kondisi tubuh yang lemah dan pernafasan yang kurang stabil. Dia gagahkan juga diri untuk bangun dan mula mengatur langkah setapak demi setapak menuju ke pintu kecemasan.

Bunyi tapak kasut dan suara orang berbual semakin jelas kedengaran. Tombol pintu kecemasan dia pegang lalu ditolak menggunakan seluruh tenaga yang ada. Serentak dengan itu. Kedengaran suara-suara itu sedang melalui kawasan tersebut. Cepat-cepat Hani keluar dan menutup pintu tersebut. Kemudian matanya mula meliar cuba mencari arah ke mana Aaron akan melarikan diri.

“Aaron!” laung Hani. Bergema suaranya dalam kawasan tangga kecemasan tersebut. Aaron yang tadinya sedang menuruni anak tangga. Tiba-tiba berhenti lalu mendongak ke atas.

Hani meregangkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan sebelum langkah mula diatur setapak demi setapak menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Mujur yang cedera adalah leher dan bukannya kaki. “Aaron” panggil Hani lagi. Perasaan marah yang membuak-buak menyebabkan dia melupakan kesakitan yang sedang dia alami.

Tiba-tiba Hani menjenguk ke bawah. Bulat anak matanya ketika mata Aaron dan matanya bertemu.

“Hei!” Hani menunding jari ke arah Aaron. Kemudian dia dengan pantas berlari turun cuba mengejar lelaki itu. Aaron juga melakukan perkara yang sama. Dia tidak tahu bagaimana perempuan yang tadinya kelihatan tidak berdaya walaupun untuk berdiri. Tiba-tiba sahaja mempunyai tenaga untuk berlari di tangga.

Tanpa memperdulikan kecederaan ringan yang dialami. Hani terus menuruni anak tangga satu persatu dalam keadaan berlari. Kali ini dia tidak akan biarkan lelaki itu terlepas begitu sahaja. Dia akan pastikan Aaron mendapat hukuman yang setimpal kerana telah menyebabkan dia tercedera.

“Hei lelaki tak guna!” laung Hani sekali lagi. kasut dibaling terkena tepat ke kepala Aaron.

Langkah Aaron terhenti untuk yang kesekian kalinya. Tangan kanan menyentuh belakang kepala yang terkena balingan tepat Hani. Wajahnya berkertu lalu menoleh ke belakang. Bulat matanya ketika melihat Hani yang sebelah kaki hanya memakai stoking kini berdiri dekat hujung tangga tidak jauh darinya. Gadis itu memandangnya dengan senyuman sinis sambil kaki kanan dan kiri yang tidak berkasut mula menuruni anak tangga untuk mendapatkan Aaron.

“Berhenti! Kalau tidak…” Aaron mengacuhkan pisau kecil pada Hani. 

Hani ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala. “Kalau tak apa? Kau nak cederakan aku? Buatlah kalau kau rasa kau nak meringkuk dalam penjara sampai mati” jawab Hani dengan begitu berani sekali. Hati terasa sakit setiap kali memandang pisau yang telah cederakan dirinya. Kecil, tetapi tetap sahaja berbahaya.

Aaron juga membalas kata-kata Hani dengan tawa sambil dia meniup pisau kecil sebelum dibaling ke bawah lalu kembali memandang Hani.

“Rasanya aku tidak perlukan pisau untuk lawan perempuan macam kau” sinis kata Aaron memandang rendah akan kekuatan Hani. Mungkin dia terlupa siapa yang telah menyebabkan dia masuk ke dalam hospital.

“Are you sure?” tanya Hani sinis sambil mengatur langkahnya dan berhenti betul-betul di hadapan Aaron. Mata merkea saling bertentang, dapat Aaron lihat kesan kelar dan sedikit darah pada leher Hani.

“Minta maaf dengan aku sekarang” pinta Hani. Dia masih lagi cuba untuk bersopan.

“Aku? Minta maaf dengan kau?” Aaron menunding jari ke arahnya lalu kepada Hani. Dia ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Hani hanya memandangnya.

“Hei saudari” sambung Aaron. Kaki melangkah beberapa tapak ke hadapan menjadikan jarak antara mereka semakin dekat. Dia merenung wajah Hani, lama. Renungan tajam itu berjaya menewaskan gadis itu. Dia melarikan pandangan ke tempat lain sambil menghela nafas panjang. Terasa seperti diri sedang dipermainkan. Tiba-tiba tangan lelaki itu menyentuh kasar dagunya sehingga wajah Hani berpaling kembali memandang ke wajah Aaron.

“Kau siapa? Tiba-tiba muncul masuk campur dalam urusan aku atau kau sebenarnya berminat dengan aku? Kau mahu aku bayar kau berapa? Aku boleh minta duit dengan datuk aku yang kaya tu” soal lelaki itu dengan senyuman sinis.  

Hani mengetap bibir geram. Penumbuk digenggam dengan kuat. Dia sudah tidak mampu bersabar lagi dengan sikap dan perangai Aaron yang berlagak seperti ketua samseng. Tetapi tak adalah hebat manapun.  

“Oh ya, aku lupa datuk kau kaya dan kau boleh minta apa-apa dari diakan?” Hani bersuara. Bibirnya mengukirkan senyuman manis.

Aaron tersenyum bangga sambil kening diangkat.

“Tapi…” tiba-tiba senyuman yang tadinya terukir dibibir Hani. Bertukar kepada pandangan tajam yang penuh dengan api kemarahan menikam ke dalam mata Aaron  

“Aku bukan pelacur atau perempuan murahan yang boleh kau bayar untuk puaskan nafsu kau!. Huh! Tak sangka kau ni bukan aje biadab. Tapi… lebih teruk dari tu” sambungya. Dengan pantas dia menenadang perut Aaron sehingga tubuh lelaki itu tertolak ke dinding. Berkerut wajah Aaron ketika merasai sakit pada belakangnya.

“T… tak… guna!” Aaron memegang perutnya lalu bangun.

Dia cuba berlari menerpa ke arah Hani. Tetapi gadis yang merupakan bekas pemain taekwondo peringkat kebangsaan itu dengan pantas menghadiahkan tendangnya yang bertenaga tepat ke muka Aaron. Aaron jatuh tersembam ke lanatai. Dia membalas dengan menangkap pergelangan kaki Hani, Hani juga terjatuh ke lantai. Namun gadis yang tangkas itu dengan pantas menggenggam tangan Aaron lantas dipusingkan ke belakang seolah-olah dia seorang anggota polis profesional yang berjaya menangkap penjenayah.

“Aku dah bagi kau peluang untuk minta maaf dengan aku. Tapi kau sendiri yang lepaskan peluang tu” kata Hani.

“Lepaslah!” bentak Aaron. Dengan sedaya upaya dia cuba melepaskan tangan dari genggaman Hani. Sukar untuk dia percaya dia boleh tertewas di tangan seorang perempuan.

“Lepas?” Hani ketawa sinis.

No, no no. Sekarang aku bagi kau dua pilihan. Pertama kita pergi ke balai polis dan aku akan buat aduan kau cuba culik dan cederakan aku atau kedua jumpa Dato Daniel. Mana satu?” soal Hani memberikan dua pilihan kepada lelaki itu.

Aaron ketawa berdekah saat mendengar gadis itu meminta dia untuk memilih antara pilihan nombor satu atau pilihan nombor dua. “Kau rasa mana lagi seronok? Pertama atau kedau? Kalau aku pilih yang pertama kau sendiri akan meringkuk dalam penjara. Nak tahu kenapa? Sebab kau yang belasah aku dulu dekat restoran tu dan sekarang kau dah cederakan muka aku pula. Jadi… kau rasa mana yang patut aku pilih?” dia tidak menjawab pertanyaan Hani. Sebaliknya dia pula bertanya kembali soalan itu.

Hani terdiam. Alamak! Aku lupalah pula, aku yang belasah dia dulu tadi. Bisik hatinya dengan dahi yang berkerut. Menyesal kerana memukul lelaki itu dekat kawasan orang awam. Ketika Hani sedang dilema dengan pilihan yang dia telah cipta sendiri. Aaron menggunakan peluang tersebut untuk melepaskan diri dari genggaman Hani yang sudah lemah.

Dia menolak Hani ke belakang sehingga Hani tersungkur jatuh ke lantai. Kemudian pantas berlari menuruni anak tangga. Hani pula dengan pantas bingkas bangun dan berlari cuba mengejar Aaron dengan seluruh tenaga yang masih berbaki. Namun tidak lama kemudian, tiba-tiba Aaron muncul kembali menaiki anak tangga dan dibelakangnya kelihatan oran-orang Dato Daniel termasuk Fitri sedang mengejarnya.

Dengan pantas Hani mendepakan tangganya cuba menghalang Aaron. Aaron berhenti. Dia memandang Hani dengan wajah berkerut. kemudian menoleh ke belakang. Kelihatan orang-orang Dato Daniel seakin menghampirinya. Tanpa berfikir panjang sekali lagi dia menerpa ke arah Hani lalu menolaknya ke sebelah kiri. Tangan kanan Hani terhentak kuat dekat simen sebelum dia jatuh bergolek di tangga.

“Cik Hani tak apa-apa?”    

Tiba-tiba ada suara menyapa ke telinga Hani. Dia merasakan seperti dia sedang berada dalam dakapan seseorang. Perlahan-lahan mata dia buka dan melihat wajah Fitri sedang emandangnya. Dengan pantas dia bangun dan berpura-pura seperti tidak ada apaa-apa yang berlaku menimpanya. “Saya okey. Pergi kejar cucu dato tu” jawabnya juga berbaur arahan. Fitri hanya mengangguk dan beredar meninggalkan Hani sendirian dekat tangga.

Hani menghela nafas lega. Dia menoleh ke kanan lalu memegang bahagian legannya yang terasa sakit dan sukar untuk digerakkan.

“Budak Aaron ni memang menyusahkan hidup betulah” keluhnya sambil mengurut-urut lengan yang terseliuh.


“lEPASKAN aku! Wey, bodoh! Kau dengarkah? Lepaskan aku!”

Meronta-ronta Aaron di atas kati hospital minta dilepaskan. Fitri dan dua orang pengawal peribadi Dato Danieil yang berdiri dekat pintu. Mereka sedikitpun tidak memperdulikan perminataan Aaron yang minta supaya tangannya yang terikat di kiri dan kanan katil. Ini sahajalah cara supaya cucu Dato Daniel yang keras kepala itu tidak melakukan tindakkan yang boleh membahayakan nyawa orang lain.

Mereka bernasib baik kerana berjaya menangkap Aaron ketika dia hendak melarikan diri dengan menggunakan lif tadi. Tindakkan pantas Fitri yang menerpa ke arahnya ketika sebelah kakinya sudah berada dalam lif adalah tindakkan yang bijak. Jika tidak, mereka mungkin sudah terlepas peluang keemasan tersebut.

sementara itu, Hani pula telah menerima rawatan atas kecederaan ringan yang dia alami ketika menjadi tebusan Aaron tadi. Fitri tidak tahu mengapa Dato Daniel begitu bersusah payah mahu cucunya kembali sedangkan cucunya sendiri tidak pernah mengakuinya sebagai darah daging. Malah melayannya dengan teruk.

“Ini adalah balasan Tuhan kepada saya”

Terngiang-ngiang kembali kata-kata Dato Daniel sebentar tadi ketika Fitri datang bertemu Dato Daniel bahawa mereka telah berjaya menangkap Aaron. Tetapi Hani telah mengalami sedikit kecederaan akibat pisau yang diacuhkan ke lehernya. Dato Daniel dengan pantas mengarahkan Fitri membawa Hani untuk dirawat.

“Hei,kau!” jerkahan Aaron mennyedarkan Fitri dari lamunannya. Mata dihalakan ke arah Aaron yang sedang memandangnya dengan renungan tajam.

“Lepaskan aku. Cepat!” arahnya dalam keadaan terdesak. Badan digerak-gerakkan cuba untuk melepaskan diri dari ikatan.

“Maafkan saya Encik Aaron. Saya tak boleh lepaskan Encik Aaron” jawab Fitri.

“Apa?” wajah Aaron berkerut. Dia ketawa sinis lalu melarikan pandangan ke luar jendela. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan-lahan. Apa lagi yang boleh dia lakukan untuk keluar dari tempat ini. Dia tidak berminat langsung dengan Dato Daniel ataupun hartanya. Apa yang dia mahukan sekarang adalah kembali ke Sabah dan menjalani rutin hariannya.

‘Orang kaya semuanya sama. Selalu guna kuasa untuk kalahkan orang lemah macam kami. Berapa Dato Daniel bayar gaji kau” Aaron kembali memandang tepat ke wajah Fitri.

Fitri tidak menjawab pertanyaan itu. Sebaliknya dia hanya kekal berdiri di tempatnya. Kelakuaan Fitri sekali lagi mengundang tawa di bibir Aaron. Dia merasakan percuma berbicara dengan manusia yang berkelakuan seperti sebuah robot yang telah diprogramkan untuk mengikut arahan tuannya sahaja.

 Tidak lama kemudian, Dato Daniel yang berkerusi roda masuk ke dalam wad Aaron untuk melihat kondisi cucunya itu. Tetapi kedatangannya seperti biasa disambut dingin oleh Aaron. Melihat sahaja wajah Dato Daniel, Aaron dengan pantas berpaling memandang ke arah lain. Benci. Itulah yang dia rasakan setiap kali berhadapan dengan lelaki tua itu.

“Aaron” Dato Daniel bersuara.

Aaron tidak menjawab.

“Atuk nak Aaron minta maaf dengan Hani. Disebabkan tindakkan bodoh kamu tu dia yang cedera. Takkan sedikitpun pun kamu tak ada rasa bersalah?” kata Dato Daniel

Tiba-tiba Aaron ketawa. “Rasa bersalah?” pandangan dilarikan ke arah Dato Daniel sambil bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

“Pernahkah sekalipun lepas dato halau anak menantu dato dari rumah dulu dato rasa bersalah?” pertanyaan sama diberikan kembali kepada Dato Daniel.

Dato Daniel tunduk. Tangan dia genggam cuba mengawal diri daripada meninggikan suara kepada cucunya itu. Jujur dia tidak pernah rasa bersalah atau menyesali perbuatannya dulu sehinggalah suatu hari dia bermimpi bertemu anak-anaknya bersama arwah isterinya sedang tersenyum riang di satu taman yang begitu indah sekali. Tetapi mereka seperti tidak menyedari kehadirannya di situ. Meskipun dia cuba untuk berbual dengan mereka.

Bukan setakat itu, pernah juga sekali dia mimpikan arwah isterinya menangis kerana rindukan anak dan cucu-cucu mereka. Dalam mimpi itu isterinya merayu kepadanya supaya berubah dan menerima pilihan jodoh anak-anaknya. Di akhirat nanti bukan harta atau kekayaan yang akan mendoakan kesejahteraan mereka tetapi anak-anak dan cucu yang masih hidup di dunialah yang akan memberikan mereka harta iaitu berupa doa sebagai bekalan di akhirat.

Selepas beberapa kali mengalami mimpi yang sama. Dato Daniel cuba berubah sedikit demi sedikit dan cuba mendapatkan kembali anak dan cucunya. Tetapi usahanya gagal apabila mereka semua enggan kembali ke pangkuannya dan yang paling menyakitkan apabila dia mengetahui bahawa orang tua Aaron telah maut dalam kemalangan jalan raya sepuluh tahun lepas.  

“Kenapa dato diam? Jawablah! Dato pernah atau tidak rasa bersalah dengan apa yang dato buat dengan mama dan ayah saya?!” ulang Aaron dengan nada suara yang sedikit tinggi.

“Maafkan atuk. Semua ni memang salah atuk. Tapi percayalah atuk betul-betul menyesal. Tolong benarkan atuk tebus kembali semua kesalahan atuk pada Aaron, mama dan ayah Aaron” jawab Dato Daniel dengan rasa kesal.

Aaron ketawa berdekah. “Tebus kesalahan? Dato jangan nak buat lawak dekat sini. Kalau dato betul nak tebus kesalahan dato, lepaskan saya. Biar saya pulang ke tempat asal saya” balas Aaron. Matanya menikam tepat ke dalam mata Dato Daniel.

Dato Daniel diam membisu. Matanya tidak berkelip merenung wajah terdesak Aaron. Melepaskan Aaron pergi sama seperti dia menhalau anak dan menantunya 22 tahun lepas. Hanya disebabkan ibu Aaron anak pekebun, dia tidak merestui perkahwinan mereka dan menghalau mereka dalam keadaan sehelai se[inggang.

“Dato memang kejam” sambung Aaron. Dia tunduk cuba menyembunyikan air mata yang hampir jatuh membasahi pipi.

 


BAB 04: SELASA, 3.00PM

Previous: Bab 02
Next: Bab 04

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.