Home Cerpen Cinta SNOW FALL, I MISSING YOU
SNOW FALL, I MISSING YOU
Raimah Dain
3/6/2021 22:35:00
162
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

SELEPEAS beberapa tahun menamatkan pengajian ijazah di Korea. Aku akhirnya kembali ke sana untuk menikmati cuti musim bunga. Kalau ikutkan hati aku tak mahu ke sana lagi. Tetapi aku tidak dapat menolak ganjaran yang diberikan oleh majikan ku di atas kerja keras yang aku lakukan untuk memajukan syarikat mereka.

Kesempatan yang ada di Seoul kali ini aku gunakan untuk berkunjung ke tempat-tempat yang aku rindui dan berjumpa dengan rakan-rakan sekelas yang sudah lama tidak bersua. Gembira rasanya apabila melihat ada yang sudah bertunang dan berkeluarga sendiri.

Aku juga dijemput oleh Yoo Jiyeon ke majlis perkahwinanya bersama Kim Kihyun yang akan berlangsung pada hari esok. Aku terpaksa membeli dress memandangkan baju yang aku bawa tidak sesuai untuk menghadiri majlis perkahwinan.

Aku masuk ke dalam ballroom yang berkonsepkan Spring Garden itu dengan perasaan sedikit kekok. Mujur kakak Jiyeon mengenali ku dan membawa aku ke sebuah meja bulat khas untuk kawan-kawan terdekat Jiyeon. Mijoo, Yein dan Myungeun juga berada di situ membuat aku lebih berasa lega.

Saat aku dan Mijoo rancak bercerita, kami dikejutkan dengan kedatangan seseorang yang aku sangkakan sudah mati kerana pergi tanpa pesan beberapa tahun lepas. Dia yang berpakaian suit hitam memberanikan diri untuk menyapaku. Sementara itu, aku hanya duduk membatu memandangnya dengan perasaan bercampur-baur.

“Hanna Damea” dia menyapa lembut.

Aku merinduinya dengan sepenuh jiwa dan perasaanku. Tetapi aku juga membencinya kerana dia pergi tanpa pesan selepas dia buat aku jatuh cinta separuh mati denganya. Dia lelaki pertama yang buat aku jatuh cinta pandang pertama disaat aku hidup tanpa mempercayai kewujudan cinta pandang pertama.

“Awak sihat?” soalnya. Namun aku tidak menjawab, sebaliknya aku melarikan pandangan ke tempat lain

“Minhyuk, jomlah duduk majlis dah nak mula” seorang perempuan datang lalu merangkul lengan Minhyuk. Aku hanya memandang dari ekor mata. Perempuan itu sepertinya terkejut melihat keberadaan aku di situ.

Jiae? Aku mengenali perempuan bersama Minhyuk itu. Dia kawan baik Minhyuk sejak kecil dan ketika aku buntuh mecari Minhyuk, pilihan terakhir yang aku ada ialah berjumpa dengan Jiae. Sayangnya jawapan yang menghancurkan hati yang aku dapat. Selepas itu, aku tekad untuk melupakan Minhyuk buat selama-lamanya.

Jiyeon kelihatan anggun sekali dengan gaun pengantin berwarna putih begitu juga dengan Kihyun yang kacak bertuxedo putih. Majlis perkahwinan mereka berjalan dengan lancar dan kini tiba masanya untuk sesi bergambar bersama pengantin.

Aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan berswafoto dengan Jiyeon dan Kihyun sebelum meminta diri. Namun Jiyeon pantas menahan aku dan menunjukan sejambak bunga yang dipegangnya. Alamak, nak suruh aku join sambut bunga pengantin ke apa ni?. 

Mahu tak mahu aku terpaksalah juga menyertai acara menyambut bunga yang akan dibaling oleh Jiyeon dengan cara membelakangi tetamu. Katanya siapa yang dapat bunga tu dia pula yang akan berkahwin seterusnya. Mengarut!.

Disebabkan tidak berminat, aku hanya berdiri tanpa membuat persedian. Sementara itu kawan-kawan ku yang lain bertolak-tolak berebut tempat yang strategik.

“Hanna! Tangkap bunga!” suara kuat Mijoo mengejutkan aku. Secara automatik tangan aku menangkap bunga yang terbang ke arahku. Serentak dengan itu juga ada sepasang tangan muncul dari belakang memegang bunga diatas tangan ku.

Satu badan membatu kerana terkejut. Tak guna! Siapa pula berani-berani nak pegang-pegang tangan aku ni?! nak kena pelempang ke apa? Marah ku dalam hati. Kedengaran tepukan gemuruh dan sorakan dari para tetamu. Aku tak peduli semua tu! Aku nak tengok lelaki mana yang kononya nak buat adengan macam dalam drama Korea kat sini.

Aku mengalihkan tanganya dari atas tangan ku lalu berpusing ke belakang. Mata tidak berkelip saat menyedari pemilik tangan itu rupa-rupanya Minhyuk. Tanpa berkata apa-apa aku memberikan bunga itu kepadanya dan terus beredar meninggalkan majlis yang masih belum tmat.

Aku dapat mendengar Jiyeon dan beberapa suara memanggil namaku. Tetapi aku tak peduli. Aku benci melihat wajah dan senyuman dibibir Minhyuk. Dia tidak tahu betapa aku terluka selepas dia meninggalkan aku seperti sampah disebabkan Jise dan sekarang mereka masih juga bersama. Kejam kau Minhyuk!.

Aku terus pulang ke hotel dan menghabiskan malam tanpa mengisi perut. Aku tidak mahu menangis. Tetapi air mata terus mengalir jatuh bak hujan yang turun tanpa diundang. Aku mengeluarkan diari lama dan membaca semula tulisan ku yang semuanya tentang lelaki Korea bernama Lee Minhyuk.

Dalam lembaran diari itu masih tersimpan gambar kami. Senyumannya membuatkan aku rasa semakin sakit. “Sampai hati awak tipu saya Minhyuk? Awak memang kejam. Mungkin saya takkan tahu apa-apa kalau Jiae tak ceritakan hal yang sebenar” aku menumbuk-numbuk dada yang terasa sesak. Ini memang tidak adil buatku.

Keesokan harinya aku ke Nami Island untuk melihat Cherry Blossoms sebelum pulang ke Malaysia. Berada di tempat di mana aku dan Minhyuk bertemu buat pertama kalinya membuatkan emosi kukini bercampur-baur. Diri yang tadinya asyik mengambil gambar dan sesekali berswafoto kini terhenti saat mata terpana ke tempat aku jatuh terduduk kerana terlanggar Minhyuk kerana terlalu asyik menikmati salji pertama yang turun pada musim sejuk.

Aku yang bersalah. Tetapi dia terlebih dahulu meminta maaf dan menghulurkan tangan membantu aku bangun. Tidak lama selepas itu Jiae datang membawanya pergi. Aku masih ingat Jiae memarahi Minhyuk kerana berjalan seorang diri dan dia bimbang jika Minhyuk pengsan di jalan.

Aku tersenyum pahit mengingat kembali peristiwa itu lalu kaki melangkah menuju ke seubah kerusi yang berpayungkan pokok cheri yang mekar.

Semalam ketika aku meninggalkan majlis perkahwinan Jiyeon dan Kihyun. Jiae telah datang berjumpa dan memberitahu aku punca kenapa Minhyuk menghilangkan diri pada hari sepatutnya kami makan malam bersama. Dia telah dimasukan ke dalam wad kecemasan kerana penyakit barah otaknya berada dalam tahap kritikal.

Dia merahsiakan perkara itu dari aku kerana dia tidak mahu aku bersimpati denganya, dia tidak mahu aku melihat dia dalam keadaan lemah dan saat diri merasakan tidak ada peluang lagi untuk hidup, dia meminta supaya Jiae memberitahu yang dia hanya mempermainkan perasaan aku dan akan berkahwin dengan Jiae.

“Aku tak sepatutnya datang ke Seoul” aku meraup wajahku, cuba menahan air mata yang jatuh. Aku berasa bodoh kerana tak tahu apa-apa tentang Minhyuk. 


“Assalamualikum”

“Waalaikumussalam” aku mengalihkan tangan dari wajah. Sepasang kaki berdiri dihadapanku. Perlahan-lahan aku mendongakkan ke atas dan melihat satu figura yang terkena pancaran matahari terik kini sedang memandangku dengan mata berkaca.

“Hanna” lembut dia memanggil nama itu. Aku bingkas bangun dan beredar dari situ. Tetapi dia pantas mencapai pergelangan tanganku. “Maafkan saya sebab merahsiakan semuanya dari awak dan maafkan saya sebab saya masih cintakan awak Hanna”

Mengalir air mataku ketika mendengar kata-kata itu. Aku mengharapkan supaya dia tidak mengeluarkan kata-kata seperti itu supaya aku boleh terus membencinya. Tetapi… Tetapi aku juga tak mampu untuk menipu diri sendiri yang dia satu-satunya lelaki yang aku cinta.

“Saya mencintai awak Hanna Damea” ulangnya. Panahan matanya terus menikam ke dalam mata ku. Tangan lembutnya menyentuh ke wajah dan perlahan-lahan dia mengesat air mata ku yang mengalir jatuh.

“Awak seronok dah bodohkan saya selama bertahun-tahun?” aku bertanya. Tanganya aku alihkan dari wajah.

“Saya tak pernah gembira selepas aapa yang saya lakukan pada awak. Tapi apa pilihan yang saya ada? Saya tak nak awak tengok saya mati. Ada baiknya awak fikir saya seorang lelaki jahat”

“So teruslah jadi lelaki jahat di mata saya. Kenapa muncul lagi?” bidasku dengan perasaan marah.

“Sebab perasaan cinta saya tak pernah berubah dan syaa percaya seandainya kita berdua tercipta untuk hidup bersama suatu hari nanti kita pasti akan berjumpa semula. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya sudah di atur oleh Allah bukan?”

Mendengar perkataan ‘Allah’ keluar dari mulut Minhyuk membuatkan aku anak mataku membeku memandangnya. Aku tidak menyangka dia telah mendalami Islam ketika proses pemulihan dari penyakitnya dan setelah dia pulih dia membuat keputusan untuk memeluk Agama Islam kerana jatuh cinta dengan keindahan Islam.

“Saya percaya Allah kirim hidayah kepada saya melalui awak. Selepas bertemu awak saya terbuka minda untuk mengenali Islam dan saya masih ingat awak bagitahu saya yang awak tak nak saya memeluk Islam hanya kerana saya mahu berkahwin dengan perempuan beragama Islam semata-mata”

Aku tunduk mengesat air mata yang masih bersisa sebelum wajah diangkat semula memandang Minhyuk. “Alhamdulillah awak dah dapat Hidayah. Saya pergi dulu assalamualaikum” aku berpaling membelakanginya.

“Hanna janganlah buat saya macam ni. Maafkan saya, saya sanggup lakukan apa sahaja asalkan awak maafkan. Saya bukanya curang ke apa. Saya buat macam tu pun sebab saya tak nak awak lebih menderita bila tahu saya mungkin mati” katanya dengan nada yang terdesak.

Aku berpaling semula memandang Minhyuk. Keikhlasan dan kejujurannya yang buat aku jatuh cinta selama ini. Suaranya, semyumanya dan renungan pnuh cinta membuat aku selalu merindui dia. Aku percaya pertemuan yang membawa bibit cinta itu, perpisahan yang melukakan hati itu dan pertemuan semula ini telah diatur oleh Yang Maha Esa dan aku sendiri yang aku sungguh mencintainya.

“Maafkan saya” ulang Minhyuk.

“Tengok dululah macam mana” aku tersenyum lalu membelakangi Minhyuk dan terus melangkah perlahan-lahan.

“Hanna” dia memanggil dan mengejarku.

“Apa lagi? Jangan ganggu sayalah, penipu!” marahku.

“Hanna, saranghae! I lovw you!” laungnya dengan sekuat hati.

“Awak buat apa ni Minhyuk?” berkerut muka aku ketika Minhyuk berkelakuan seperti itu. Naik malu dibuatnya mana taknya ramai mata kini tertumpu kepada kami.

 Aku menghela nafas panjang tanpa sedar aku mengukirkan senyuman kesyukuran kerana diberi peluang untuk meneruskan cinta yang tertangguh ini. Terima kasih kerana Engkau masih menjaga hati kami Tuhan.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.