1
Kampung
Muara, Tahun 2013
Hati
Emili resah. Duduknya tak pernah statik sejak sejam lalu. Sekejap berdiri,
sekejap duduk, sekejap baring. Bilik yang serba pink dipandang dengan
pandangan kosong. Tangannya diletakkan di atas kepala. Tilam bersaiz king
jenama Dunlopillo yang empuk bagaikan tidak terasa empuknya. Resah. Fikiran
jadi berserabut.
“Hisy!
Macam mana ni... lagi dua bulan... sempat ke kalau nak merancang soal kahwin?
Takkan nak kahwin dalam masa dua bulan ni kot? Macam mustahil aje... tapi...”
Emili mengomel sendirian. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu. Fikirannya
terasa kusut.
Laptop yang masih terpasang dicapai
pula. Ditarik rapat ke depannya. Dalam posisi meniarap, Emili melayari
internet. Peti e-mel yahoo dibuka kembali. Lama mata Emili meneliti bait-bait
ayat yang tertera di dalam e-mel itu. Walau sudah berulang kali membaca kiriman
e-mel itu, matanya masih fokus pada setiap bait ayat yang tertera. Emili
bimbang terlepas ayat-ayat penting yang dinanti-nantikan.
un dah di
universiti. Tak lama lagi, habis belajar. Okeylah tu kalau saya tinggal dia
orang sekejap, kan?
My Dear,
Mili.
Saya nak
awak jadi orang pertama yang tahu... surprise! Saya dah confirm dapat tempat di
UK dengan biasiswa penuh untuk buat Ph.D! Mula-mula saya speechless! Tak sangka
dapat dua offer. Satu di Malaysia, satu lagi UK. Tapi, lepas saya buat
istikharah, hati saya yakin nak ke UK. Lagipun Kak Murni dah boleh jaga mak.
Maira pun dah di universiti. Tak lama lagi, habis belajar. Okeylah tu kalau
saya tinggal dia orang sekejap, kan?
“Hah... memang
okey tinggal dia orang. Tinggal aku yang tak okey! Sambar dek awek Scottish
naya aje aku menangis tak berlagu...” rungut Emili. Bacaannya disambung lagi.
Lagipun
ini untuk masa depan yang lebih baik. Bukan senang nak dapat offer ni. Saya pun
tak nak lepaskan peluang. Teringin juga nak menimba ilmu di negara orang. Lepas
ni... saya harap keluarga saya takkan dicemuh lagi. Letihlah, Mili. Awak takpe,
pengaruh kuat! Siapa berani cemuh Tauke Liew kat kampung tu? Saya ni... apalah
yang ada...
“Cantik
sikit! Awak tu dah jadi pensyarah tau! Ada ijazah pun bukan cikai-cikai punya
keputusan. Ijazah kelas pertama kot! Anugerah Diraja lagi! Dahlah tak payah
buat Sarjana... boleh langkau terus buat Ph.D pulak tu. Macam ni punya
keputusan pun nak rendah diri lagi ke? Kalaulah aku dapat otak macam ni...”
Tergeleng-geleng kepala Emili. Tapi gelengannya bertukar sengihan pula bila
terkenangkan corak pembelajarannya. ‘Aku bukan tak pandai. Tapi malas...’ bisik
hatinya. Matanya difokus kembali pada skrinlaptop.
By the way,
awak tetap tak nak sambung belajar ke? Maira dah separuh jalan di Universiti.
Awak kenapa tak nak apply lagi sekali? Sayang tau... jangan berhenti belajar.
Muda-muda nilah kena pulun cari ilmu. Kalau dah tua, dah ada suami, ada anak
nanti susah sikit awak nak fokus pada study. Sekarang ni, awak belum ada
tanggungjawab apa-apa. Baik awak fikir elok-elok.
Belum
terlambat lagi, Mili. Tak lama lagi KPT akan buka permohonan baru untuk ke
IPTA. Eloklah awak mohon. Kalau tak nak IPTA pun, masuk aje IPTS. Awak bukan
tak mampu. Asalkan awak minat nak sambung belajar, kat mana-mana IPT pun tak
kisah asalkan sah berdaftar dan diiktiraf. Itu aje. Ilmu ni penting, Mili...
Emili
tersenyum. “Macam boleh bayang aje cara dia membebel kat aku ni. Haiya... siapa
tak nak belajar? Tapi... tapi... hmm...” Terherot-herot bibir Amili membaca
bait-bait ayat itu sambil meniru gaya si pengirim e-mel yang terpahat kukuh di
layar mindanya.
Saya tahu
awak mesti tengah mengajuk cakap saya sekarang, kan? Mulut tu mesti tengah
muncung sebab saya membebel kat sini. Saya takkan berhenti membebel selagi awak
tak nak sambung belajar! Hadaplah awak dengan bebelan saya ni :D
Oh ya,
lupa nak cakap... Saya fly ke UK lagi dua bulan. So sekarang ni agak busy
dengan macam-macam urusan. Saya nak kena siapkan soalan peperiksaan akhir
dengan pensyarah terlibat, bla... bla... bla... pendek kata banyak kerja ofis
kena settle sebelum berangkat. Kalau saya lambat reply e-mel awak atau terlupa
nak bukak e-mel, jangan merajuk tau!
“Gila tak
merajuk! Tiap-tiap hari aku tunggu e-mel dia... ini baru duduk sebelah negeri.
Penang-Kedah pun aku dah terasa jauh. Belum lagi langkau benua, langkau laut!
Hisy! Tak boleh jadi ni!”
Lastly,
sebelum saya terlupa... saya ada kirimkan something untuk awak! Souvenir dari
Sarawak. Rasanya esok sampai kot. Saya pos guna courier sebab dah tahu... awak
ni bukan suka nak tunggu-tunggu. Lagi tak dapat apa yang dia nak tu... mau
penuh inbox telefon asyik tanya je... :p
Amili
tersengih. “Amboi! Asyik kena batang hidung aku aje ni...”
Tolong
jangan lupa fikirkan semula pasal study awak tu okey? Saya tahu awak boleh
pergi lagi jauh. Ingat, kejar 5 perkara sebelum 5 perkara. Ingat lagi tak
tazkirah yang saya send sebelum ni? Kalau awak dah lupa, dengan senang hati
saya akan resend lagi! :p Biar juling mata sepet awak tu baca!
p/s:
Solat istikharah tu maksudnya solat sunat untuk mendapat petunjuk jika kita
dalam dilema. Macam saya yang dalam dilema nak pilih ke UK atau stay kat
Malaysia aje.
Regards,
Fahim
Bait-bait
terakhir dalam e-mel itu makin membuatkan Emili tersenyum lebar. Makin berbunga
hatinya. “Macam tau-tau aje aku nak tanya...”
Fahim
tidak pernah sekalipun tidak menyelitkan topik-topik keagamaan yang baru
baginya. Tentang puasa dan solat, dia sudah terlalu biasa kerana acapkali didedahkan
oleh keluarga Fahim. Kadang-kadang Emili cuba-cuba juga berpuasa. Sekadar
suka-suka untuk merasai apa yang dirasa oleh orang yang berpuasa.
Emili
mengeluh berat. “Oh hati... katakanlah padaku apa yang harus aku lakukan.
Hatiku telah lama terkunci untuk lelaki lain kecuali dia.” Bayangan wajah Fahim
muncul di kotak fikirannya. Tubuh tinggi lampai Fahim... gaya maskulinnya.
Wajah Melayu asli. Persis Remy Ishak. Cuma yang membezakan rupa mereka, Fahim
berkaca mata. Emili disapa panahan cinta...
“Fahim...
jom kahwin!”