“HUARGHH... huarghhh... huarghh...” Tiara menerjah masuk ke dalam butik sambil
terjerit-jerit. Dia yang baru sampai ketika itu menggelabah. Macam kena
penyakit berjangkit. Nampak Nomi yang sedang mengemas, makin kuat dia menjerit. |
“Huarghh! Nomi! Huarghh! Huarghh!”
Tercengang-cengang Nomi dibuatnya. Apa hal dia ni?
Kerencatan otak ke? Dipandang Tiara yang meroyan entah apa-apa entah.
“Nomi! Ya ALLAH, Nomi... Ya ALLAH!!!” Tiara mencampak beg
tangan ke lantai. Tercungap dia mengambil nafas. Tadi, dia berlari-lari ketika
memanjat tangga.
“Apa benda kau ni?” Nomi acuh tak acuh. Dia kembali
mengelap habuk dengan bulu ayam.
“Dada aku nak pecah ni, Nomi. Nak pecah!”
“Ya, ya... sebelum pecah tu bagitahu aku dulu kenapa.
Lepas tu nak pecah ke, nak meletop kebabom ke, nak pom pom pom ke... suka hati
kau. Haa... cepatbagitahu. Apa bendanya?” Nomi nak tergelak.
Saja dia bergurau begitu. Tak nak Tiara serius sangat.
Kadang-kadang Tiara ni gempak je lebih, tapi tak ada yang penting pun.
Tiara menghempas tubuhnya ke sofa. “Aku kalau cerita kat
kau, mesti melompat kau terkejut. Confirm!”
Nomi mengangkat kening.
“Ada orang curi gambar kita kat Instagram!”
Bulat mata Nomi. “Curi?”
“Itu yang buat aku rasa macam nak pecah dada ni. Kurang
ajar betullah! Sesuka hati je ambil gambar kita, lepas tu buat macam gambar
sendiri. Promote baju yang dia jual. Maknanya... baju yang dia jual
sebiji macam baju kita, Nomi oii. Arghh... sakitnya hati!” Tiara
menumbuk-numbuk perlahan dadanya yang konon terasa sakit.
Makin terbeliak mata Nomi memandang Tiara. “Heh, melampau
betul! Siapa yang buat macam tu? Nak makan penampar agaknya! Siapa, Ti? Bagi
tahu aku. Eeii... geram pulak akulah!” Dihempas bulu ayam yang dipegang. Siapa
tak marah kalau jadi macam ni?
“Kan aku dah cakap. Kau mesti terkejut. Kau tak percaya.”
Nomi menghampiri Tiara dan berdiri di hadapan gadis itu.
“Gila tak terkejut? Tapi taklah sampai melompat macam kau cakap tadi.”
“Kau ambil handphone aku dalam beg aku tu,” tunjuk
Tiara dengan bibirnya.
Nomi mengambil beg tangan Tiara di atas lantai itu, lalu
menghulurkannya pada Tiara. Biar Tiara ambil sendiri telefon bimbitnya di dalam
beg itu.
“Ni... aku nak tunjuk kat kau ni.” Tiara sudah membuka
telefon bimbitnya. Aplikasi Instagram dibuka dan dia mencari-cari akaun yang
telah mencuri gambar mereka.
Nomi duduk di sebelah Tiara sambil menjengah kepala
memandang skrin telefon bimbit sahabatnya itu.
“Hah! Ni... ni dia.” Tiara menghulurkan telefon bimbitnya
pada Nomi.
Nomi menyambutnya. Terus terlopong dia kerana terkejut.
“Yalah, Ti! Ni gambar kita! Dia crop habis watermark kat gambar
kita. Kurang ajar!”
“Ada customer kita yang bagitahu aku. Kalau tak,
memang aku tak tahu pasal ni. Dahlah dia jual murah! Mana aku tak angin? Heh!”
dengus Tiara kegeraman.
“Tak apa, tak apa... aku tahu apa nak buat.” Nomi bangun
semula mengambil telefon bimbitnya di atas meja kaunter bayaran. “Aku nak komen
kat gambar tu. Mula-mula, aku guna akaun aku. Aku mention nama butik
kita. Lepas tu, aku guna akaun butik pulak komen kat gambar dia. Biar orang tu
gabra.”
Lantas dia mencari aplikasi Instagram. Namun, dia
terperasan ada notifikasi di aplikasiWeChat. Alangkah terkejut melihat Mr. Krab memohon
untuk menjadi kawannya. Aik?! Bukan ke memang selama ni mereka dah jadi
‘friend’? Tapi, kenapa kali ni gambar profil Mr. Krab lain? Gambar kasut yang
dipakai diambil darisudut atas.
Agaknya ni akaun baru Mr. Krab. Sebab tu dia add
aku balik. Memikirkan kebarangkalian itu, dia terus ‘accept’ akaun baru
Mr. Krab itu.
“Lepas ni, kita kena buat watermark besar-besar
sikitlah, Nomi. Kalau lepas ni ada lagi yang curi gambar kita, siap! Aku report
polis. Aku tak kira!” Tiara menyatakan amarannya. Pagi-pagi lagi dah buat dia
marah dan geram.
Nomi sedikit tersentak. “Err... ya, ya. Betul! Aku
setuju!” Lalu dia keluar dari aplikasi WeChat danmembuka Instagram pula.
Dia bangun menuju kekerusi kaunter bayaran dan duduk di situ. Dia buat
apa yang dirancangnya tadi.
“Kita kena selalu check, Nomi. Benda ni tak boleh
dibiarkan. Nanti makin menjadi-jadi pulak. Makin naik lemak dia orang ni.
Senang-senang je nak curi gambar kita.”
Nomi terangguk-angguk sambil menaip sesuatu di ruangan
komen gambar mereka yang dicuri. “Betul, betul...”
“Tapi bila aku fikir-fikir balik, aku tahu kenapa gambar
kita ni orang curi. Kau tahu sebab apa?”
Nomi mengerling Tiara sekilas. “Kenapa?” Dia sudah
selesai meninggalkan komen dengan akaunnya. Tinggal mahu komen menggunakan
akaun butik pula. Tapi tunggulah seketika dulu. Nanti nampak sangat macam
dirancang-rancang.
“Tu maknanya... baju-baju, tudung, semuanya yang ada
dalam butik kita ni cantik sangat. Sampai ada orang nak tiru design
kita. Tak gitu?” Tiara ketawa. Seronok betul dia.
Nomi turut ketawa. Betul jugak tu! Belum setahun dah ada
yang nak tiru rekaan mereka. Siap curi gambar lagi. Tu tanda-tanda positif tu.
Tiba-tiba Nomi menepuk dahi sendiri. “Ohh... baru aku
teringat. Aku lupa nak cakap kat kau, Ti.”
“Apa?” Muka Tiara tertanya-tanya.
“Papa aku nak tengok akaun kita hujung bulan ni.”
“Huarghh!” Tiara terjerit.
Nomi tergelak. Tiara punya respons melebih-lebih pulak.
“Hu... hu... hu... jung bulan ni?”
Nomi mengangguk.
“Alamak... aku dahlah buat akaun cincai-cincai. Tak complete
sangat. Asal aku dengan kau faham, sudahlah. Ni kalau papa kau yang ada
syarikat audit nak check, rasa nak terkencing aku ni.” Tiara bingkas
bangun membawa beg tangannya menghampiri meja kaunter. Dia menggelabah.
“Aku nak semak balik akaun bulan-bulan lepas.” Terus
Tiara duduk dan mengeluarkan fail-fail dari dalam laci.
Makin tergelak Nomi. “Aku dah check dah akaun tu
semua. Okey. Papa aku tu nak tengok progress. Nak tengok margin
keuntungan kita. Tu je.”
Mendengar kata-kata itu, barulah lega hati Tiara. Namun
sekejap je. “Eh, tiap-tiap bulan kita belum pernah rugi, kan? First three
months jelah kita sangkut sikit. Lepas tu dah okey, kan?” Dia
menyelak-nyelak fail yang sudah dibuka.
“Okey, memanglah okey. Tapi, aku rasa papa aku mesti tak
puas hati tengok akaun kita nanti. Rasanyalah...” ujar Nomi yang masih membelek
telefon bimbitnya.
Alangkah terkejutnya dia apabila menerima notifikasi dari
aplikasi WeChat. Lalu dia membukanya. Mesej daripada Mr. Krab! Serta-merta
wajahnya berubah cerah.
Salam, awak...
Sorry saya tak reply mesej
awak.
Handphone saya hilang.
Ni nombor baru saya. WeChat
baru saya.
Kita patutnya jumpa hari ni,
kan?
Okey... kita jumpa malam
nanti.
Pukul 8.00 kat The Grilled.
Saya pakai baju warna merah.
Awak pakai warna merah jugak
okey?
Bye! ^^
Sebaik saja selesai baca mesej itu, Nomi ketawa
berdekah-dekah.
Tiara kehairanan. Terus dia menutup fail. “Kenapa?
Kenapa? Kenapa?Orang tu balas komen kau kat Instagram dia ke?” Tiara cuak.
“Ya ALLAH...” Senyuman Nomi meleret.“Bukan pasal tu!” Dia kemudian membalas mesej Mr. Krab,
memberitahu bersetuju untuk berjumpa.
Dan dia tinggalkan nombor telefon bimbit supaya mudah Mr.
Krab menghubunginya. Mulai sekarang, dia berjanji takkan berahsia apa-apa
dengan Mr. Krab.
“Ah, sudah... senyum sorang-sorang pulak dah.” Tiara sangsi.
Nomi ketawa. Dia berlalu dari situ. Bulu ayam yang
dicampak atas lantai dikutip semula, mahu menyambung mengemas.
“Kau kenapa, Nomi? Janganlah buat aku seram tengok kau
macam tu!” laung Tiara. Renungannya ke arah Nomi mula prejudis.
Senyuman Nomi melebar. “Mr. Krab nak jumpa aku malam ni!”
“Fuyohh!” Tiara ketawa, seronok bila tahu janji temu Nomi
menjadi. “Yeah! Akhirnya, Mr. Krab akan jumpa Spongebob!”
Nomi ketawa. Dia kemudian menyanyi lagu Melly Goeslow.
Bulu ayam jadi mikrofonnya. “Bagaikan langit di sore hari, berwarna biru,
sebiru hatiku. Menanti khabar yang aku tunggu, peluk dan cium, hangatkan
untukku...” Dia senyap. Dipandang ke arah lain pula.
Tiara memerhati.
Nomi pantas memandang Tiara dan menyanyi. Macam dalam
drama. “Bagaikan langit di sore hari, berwarna biru, sebiru hatiku. Menanti
khabar yang aku tunggu, peluk dan cium, hangatkan untukku...”
Tiara ketawa sambil tergeleng-geleng melihat telatah Nomi
menyanyi penuh perasaan.
TELEFON bimbit berwarna putih itu diletakkan ke tepi. Adib menghempas nafas berat.
Dia sudah membaca mesej balasan Nomi. Nomi bersetuju mahu bertemu dengannya.
Kedua-dua tangannya meraup rambut lurus yang terjuntai di
bahagian hadapan sebelum ditekup ke muka yang ditongkatkan ke atas meja.
“Betul ke keputusan yang aku buat ni? Ya ALLAH...”
gumamnya sendirian.
Kalau ikutkan hati, rasa berat sangat nak jumpa Nomi tu.
Berat hati. Bahkan, dia rasa tak sedap hati. Rasa macam nak batalkan pertemuan
dengan Nomi.
“Tapi aku dah janji dengan Sham.” Keluhannya terhembus. Dia
termenung dalam tekupan tangannya. Macam-macam yang bermain dalam fikiran.
“Tak apa, Dib. Kau buat je macam Sham cakap tu. Lepas
jumpa, jangan bagi respons positif. Berdiam lebih baik. Lama-lama, pasti aku
dengan dia akan saling melupakan dan hubungan terus terputus. Yang penting,
hutang aku dengan Sham settle. Tu je yang aku kena fikirkan sekarang.”
Dia cuba memotivasikan diri.
“Penat sangat ke, Abang Adib?”
Adib tersentak. Automatik dia melurutkan tekupan tangan
di muka. Terpapar wajah Hazza di hadapannya. Bibirnya menguntum senyuman.
“Hazza...”
“Abang nampak macam penat. Banyak kerja kena buat ke?”
soal Hazza mesra.
Adib ketawa. “Tak adalah. Penat sikit je.”
“Ohh...” Lalu Hazza mengeluarkan sebiji mufin dari dalam
kotak yang dibawanya. “Nah, untuk abang.” Diletakkan mufin coklat itu di atas
meja Adib.
“Wah...” Adib mula terharu. “Terima kasih, Za.”
“Bukan Za, bang... tapi bos yang bagi. Za cuma tolong
edarkan je.”
Adib tersenyum malu. Dia sudah tersalah anggap.
“Sebab Abang Adib penat, Za bagi dualah!” Hazza
meletakkan sebiji lagi mufin di atas meja Adib.
“Eh, tak apa ke? Nanti bos marah pulak abang dapat dua,
orang lain dapat sebiji je.” Adib mula rasa bersalah.
Hazza menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. “Kalau bos
marah Abang Adib, Hazza marah dia balik!” guraunya.
Terhambur ketawa Adib. “Ada-ada je Za nilah!”
Diperhatikan Hazza berlalu.
Senyumannya terukir. Dia benar-benar sudah jatuh cinta
pada Hazza. Manis, ayu, sopan, sedap mata memandang, baik...
Ketika memandang meja semula, dia terpandang telefon
bimbit. Terus mati senyumannya. Macam mana aku nak jumpa perempuan lain dan
berpura-pura? Sedangkan dalam hati aku cuma ada Hazza?
“Erghh...” Dia menekup mukanya kembali.