Home Novel Keluarga Mak... Ampunkan aku!
Mak... Ampunkan aku!
H.A.T.I AHMAD SHAFIAI
3/7/2015 22:19:07
13,049
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 3. Mimpi

"Laila, bangun Laila.. bangun! Kenapa kau ni? Hari-hari mesti mimpi.. Bila mimpi kau menangis. Aku pun tak faham dengan kau ni! Cuba kau cerita kat aku. Bila tiba tengah malam saja kau menjerit.. Pelik la kau ni ". 

"Arrrr.. Tak ada apa-apa lah Azwa! Aku memang macam ni, selalu mimpi buruk-buruk. Aku pun tak tahu kenapa Azwa. Maafkan aku ye Azwa, aku bising sangat ya?". 

Dah lebih kurang 8 tahun berlalu, Laila masih juga sama seperti dulu. Hidupnya dihantui kisah-kisah silam zaman kanak-kanaknya. Boleh dikatakan hari-hari Laila mengalami mimpi yang sama berulang kali dalam tidurnya. Laila penat, setiap kali bermimpi Laila seakan-akan tertekan dengan kejadian yang menimpa dirinya. Laila akan kembali mengingati apa yang telah berlaku pada zaman kanak-kanaknya. Sepatutnya pada waktu itu, Laila gembira disamping kedua orang tuanya. Entah bila mereka berpisah, Laila pun tidak tahu. Perpisahan itu adalah punca segala-galanya. Kerana perpisahan itu, maknya berkahwin lagi.

Seingat Laila dia terlalu gembira apabila mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di salah sebuah intitusi pengajian yang terletak dikotaraya Kuala Lumpur. Memang Laila mahu lari dari semua kenangan itu. Biarpun hanya tinggal kenangan namun kesannya kepada diri Laila hanya yang Maha Mengetahui sahaja yang mengerti akan Laila

Jam menunjukkan pukul 2 pagi.. Laila memandang tepat kearah jam yang berada dihadapannya. Memang sengaja digantungnya jam itu berhampiran dengan katilnya. Supaya dia sentiasa tahu bahawa masa itu amat penting dalam hidupnya. Dia tidak boleh mensia-siakan peluang yang ada dalam hidupnya sekarang.

Sedang Laila cuba untuk melelapkan mata, Laila teringatkan satu-satunya adik yang amat disayanginya.

"Mesti Muaz tengah tidur sekarang, hmm adik.. tahu tak akak sayangkan kamu? Walaupun kita berlainan ayah.. Ingat kah kamu adik apa yang telah terjadi pada waktu itu?" Laila bermain-main dengan fikirannya.

Ahh.. Laila cuba untuk memadamkan kenangan pahit itu dari berada terus didalam kotak ingatannya. Dia langsung tidak mengerti, bagaimana Allah mengujinya dengan satu persatu masalah yang tidak sepatutnya ditanggung oleh seorang kanak-kanak yang berumur 5 tahun ketika itu. Adakalanya Laila seolah-olah tidak dapat menerima takdir yang telah ditentukan Allah kepada dirinya.

" Hari Isnin : 2.00 a.m
Mak, Laila terlalu banyak berkorban untuk mak. Kali ini Laila nak pergi jauh dari mak. Laila penat jaga mak dari Laila kecil lagi. Mak tak tahu, mak tak pernah ingat. Mak tak tahu macam mana mak pukul Laila. Mak tak tahu bagaimana Laila menyelamatkan mak dari dipukul oleh dia.. 

Mak tak tahu ke, yang Laila sayangkan mak. Tapi mak.. Mak tak pernah sayangkan Laila. Mak lupa apa yang Laila buat untuk mak. 

Bila mak sakit, Laila yang hantar mak ke hospital.. Laila baru umur 9 tahun.. Tapi Laila tak pernah takut, bawa motor hantar mak ke hospital.. Walaupun kena tahan dengan polis. Sebab Laila sayangkan mak.

Tapi mak.. Mak selalu pukul Laila. Mak tak tahu apa yang Laila hadapi. Laila jaga mak, jaga adik. Tapi akhirnya Laila juga yang mak pukul.

Laila selalu berdoa agar Tuhan ambil nyawa Laila kerana Laila tiada siapa-siapa dah didunia ini. Walaupun Laila ada mak, tapi mak tak pernah sayangkan Laila. Abah juga tak pernah sayangkan Laila. Jika tidak mengapa abah tinggalkan Laila.

Laila cuma ada adik.. Adik saja yang sayangkan Laila."

Di dalam diari itulah tersimpannya sebuah rahsia. Tiada siapa pun yang pernah ketahui kewujudan buku itu. Bagi Laila biarlah segala pahit maung yang dilaluinya hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

Laila sememangnya selalu mengalami mimpi. Di dalam mimpinya itu Laila seolah-olah melalui semula kejadian-kejadian yang berlaku dalam hidupnya.Laila tidak sanggup untuk menghadapinya. Kerana mimpi-mimpinya itu menjadikan dirinya tertekan. Kesedihan yang dialaminya dari kecil seperti tidak dapat pergi jauh dari hidupnya. 

Begitulah Laila pada setiap malam.. Disebalik senyuman yang terukir diwajahnya, tiada siapa yang tahu apa yang pernah terjadi dalam hidupnya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.