Home Novel Keluarga Mak... Ampunkan aku!
Mak... Ampunkan aku!
H.A.T.I AHMAD SHAFIAI
3/7/2015 22:19:07
13,048
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 2. Mak, mak !

"Semalam mak pukul lagi. Mak tak tahu. Sebenarnya bukan aku tak nak balik, tapi kalau mak dah balik, baru aku balik. Aku takut balik rumah. Aku takut jumpa dia. Dia jahat. Mak tak tahu perangai dia yang sebenar. Hanya aku dan Tuhan saja yang tahu. Sebab dia kata kalau aku bagitahu mak.Dia nak ambil adik aku.Aku sayang adik. Aku sayang adik aku sangat. Aku tak ada siapa-siapa lagi. Adik aku tahu dia macam mana, tapi dia tak pandai cakap. Aku sayang adik, aku sayang sangat. Kenapa mak suka pukul aku. Aku selalu jaga dia dengan adik. Mak tak sayang aku ke. Kalau semua tak sayang aku, Tuhan... Tolong la ambil nyawa aku. Aku tak larat nak hidup lagi.Dengarlah Tuhan".

Rintihan Laila itu tidak ada siapa pun yang tahu.Didalam buku itulah tersimpan rapinya sebuah rahsia. Rahsia seorang anak kecil yang terlalu menyayangi ibu dan adiknya. Bagi Laila biarlah dia berkorban kalau itu yang dapat membahagiakan orang tuanya itu.

- - - - - - -

Pagi sabtu itu Laila kerumah neneknya yang tidak jauh dari rumahnya sendiri. Laila pergi menaiki motor dengan ibu serta adiknya. Sempat Laila menatap wajah ibunya itu. Kelihatan jelas riak diwajah ibu Laila, seperti telah lupa apa yang terjadi semalam. Laila bersyukur. Dia kembali gembira. Dilupakannya perkara semalam.

Dirumah nenek, Laila gembira. Laila suka akan suasananya yang tenang. Redup, nyaman dengan udaranya segar. Pohon-pohon disekeliling rumah neneknya itu menyejukkan suasana disekeliling halaman rumah itu. Didalam hati Laila, dia ingin sekali hidup disini. "Tetapi...", lamunannya terhenti. 

"Kalau Laila duduk dengan nenek, kasihan mak". 

"Laila, jom balik. Dah nak senja ni !".

Dilihatnya, ibunya telah bersiap sedia diatas motor. Laila merapati ibunya itu. Laila memberanikan diri menyuarakan hajat dihatinya.

"Emm mak... boleh tak Laila tidur rumah nenek. Satu hari je. Esok mak ambil Laila ye, esok Laila balik". Begitu berhati-hati Laila menyuarakan permintaannya, takut jika dia mengecilkan hati ibunya itu.

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena ibu Laila hilang pertimbangan. Bagai diserang histeria, ibu Laila meronta-ronta dan menjerit-jerit. Inilah sebabnya, kenapa Laila terlalu menjaga hati ibunya. Laila terlalu memahami ibunya itu. Terlalu banyak yang ibunya telah lalui. Tidak sanggup untuk Laila melukakan hati insan yang disayanginya itu.

"Kau tak sayang mak ke Laila ? Aku yang lahirkan kamu. Kenapa kamu ni ?" Jerit ibu Laila dengan sekuat hati. Habis seluruh penduduk kampung terdengar akan jeritan itu. 

"Ya Allah, kenapa dengan kamu ni haaa.. Zaharah. Itu le aku cakap, jangan balik senja-senja kamu tu tak berapa sihat. Kenapa pulak anak kamu yang kamu marah". Teriak nenek Laila kepada ibunya.

"Zaharah ni semuanya tak betul ye mak, tak pandai nak jaga anak. Mak ambil la dia, biar Zaharah mati je".

Ketika itu atuk Laila telah pun bersiap sedia takut-takut jika terjadinya perkara yang tidak diingini. Tepat jangkaan atuk Laila.Ibu Laila hilang pertimbangan, seakan-akan dirasuk syaitan. Ibunya itu menghidupkan enjin motor, seperti ingin membunuh diri. Nenek Laila memegang besi yang terdapat dibelakang motor, Laila juga turut membantu. Ditahannya sekuat hati supaya motor itu tidak berganjak dari tempatnya. Atuk Laila pula menarik badan ibunya dari atas motor, akhirnya ibu Laila sempat diselamatkan.

Namun selang beberapa minit, ibunya bingkas bangun. Terus berlari menuju kearah sungai. Orang-orang kampung telah bersedia dari arah jauh. Mereka dapat mengagak apa yang bakal berlaku. Ibu Laila memang selalu mengalami tekanan perasaan. Ada juga yang mengatakan ibunya dibuat oleh orang. Bomoh-bomoh dikampung telah ramai yang datang kerumah. Atuk Laila juga turut mengubat ibunya menggunakan ayat-ayat suci Alquran. Namun ibunya masih juga tidak pulih.

Laila yang ketika itu tidak mengerti apa-apa turut tertekan dengan keadaan ibunya. Laila selalu menangis. Walau pedih hatinya untuk menerima keadaan ini. Tapi Laila tetap tahu akan tugasnya sebagai anak yang sulong. Dia selalu menjaga ibunya, menjaga hati serta membantu apa yang terdaya oleh dirinya.

Orang-orang kampung telah pun mengejar ibu Laila. Atuknya juga turut berlari kearah sungai. 

"Nenek... mana mak ? Laila nak mak ! Rintih Laila kepada neneknya. Dipeluknya adiknya yang ketika itu berumur 3 tahun. Diciumnya satu-satunya adik yang dia miliki. 

"Adik jangan takut ye, kakak ada jaga adik. Kakak sayang adik ! Adik jangan nangis. Nenek pun ada". Pujuk Laila kepada adiknya, Muaz.

"Nenek macam mana mak nek ?"tanya Laila lagi kepada neneknya.

Kalau diikutkan hati mahu sahaja Laila berlari kearah sungai itu. Dia juga ingin melihat sendiri keadaan ibunya. Laila takut ibunya akan terjun kedalam sungai yang sememangnya dalam. Hari pulak sudah hampir gelap. Laila semakin gelisah. Laila duduk diatas sejadah milik neneknya sambil berdoa.

" Ya Allah selamatkanlah mak. Janganlah kau ambil nyawanya. Laila sayangkan mak Ya Allah.Kalau mak tak ada, siapa nak jaga Laila dan Muaz. Tolonglah Ya Allah !".

Laila tidak dapat menghentikan tangisannya. Laila dan Muaz telah pun dipeluk oleh neneknya. Nenek Laila mengerti akan perasaan cucu-cucunya itu.

2 jam berlalu.

Kedengaran suara Atuk Laila dari perkarangan luar rumah bersama dengan orang-orang kampung. Laila berlari ke arah pintu... dilihatnya ibunya basah kuyup tidak sedarkan diri. Laila hanya melihat dari kejauhan. Laila ketakutan. Adiknya, Muaz juga begitu. Mereka menangis melihat apa yang telah terjadi pada ibu mereka. 

"Mak, mak... Mak bangunlah ye mak !" Luah Laila kepada ibunya itu.

Ibunya masih tidak sedarkan diri. Sekejap menjerit, sekejap menangis. Laila takut... Laila takut melihat apa yang berlaku kepada ibunya. Didalam hatinya... dia lebih sanggup dipukul daripada melihat ibunya dalam keadaan begini.

- - - - - - - 

Sudah beberapa hari berlalu, Laila dan Muaz tinggal dirumah nenek. Ibunya masih belum sembuh. Masih juga belum sedar sepenuhnya. Ramai yang telah datang mengubat ibunya. Tapi ibunya masih juga tetap sama. 

Sekolah sudah berapa hari Laila tidak pergi. Laila sedikit gelisah mengingatkan pelajaran dan latihan olahraga yang beberapa hari ditinggalkan.

"Macam mana la latihan olahraga, sikit lagi dah nak lawan". Bisik hati Laila kepada dirinya sendiri.

Namun Laila pasrah, apa yang berlaku adalah ketentuan Allah. 

"Mak adalah lebih penting dari segala-galanya" kata Laila.






Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.