Home Novel Keluarga Korban Kasih Abang
Korban Kasih Abang
Myea Miko
23/3/2020 00:38:06
54,870
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 3


10 Tahun kemudian...


"Assalamualaikum." Terdengar orang memberi salam di luar rumah, Hadif yang sedang mengemas bilik terus melangkah ke depan untuk melihat siapa yang datang.


"Walaikumsalam." Jawab Hadif, pintu dibuka alangkah gembira hatinya apabila melihat adik yang disayangi depan mata.


"Abang." Hanan terus mendapatkan Hadif, dan memeluknya erat, sungguh dia amat merindui abang dan abahnya. 


Hanan telah berjaya  menjadi seorang doktor,kini dia sudah mempunyai klinik sendiri. Ini semua berkat doa dari keluarganya juga. Hanan juga sudah berkahwin dengan Adrina yang merupakan anak kepada usahawan berjaya Dato Aidil.


Adrina yang berada di belakang Hanan menujukkan riaksi tidak puas hati. Punyalah banyak alasan dia beri supaya tidak balik ke kampung semuanya ditolak Hanan, dia paksa supaya Adrina balik ke kampung, setiap kali Hanan hendak balik ke kampung berjumpa abang dan abahnya pasti ada je alasan yang isterinya berikan. Kali ni memang dia takkan beri muka. Takkanlah dia seorang saja yang balik, nanti apa pula kata abahnya.


"Abang adik rindu sangat dengan kau abang." Hanan masih memeluk abangnya.


"Abang pun, kalau dah rindu baliklah selalu."


Hanan terus melepaskan pelukanya dari Hadif.


"Adik minta maaf sebab jarang balik, adik akan cuba kerap balik sini ya." Kata Hanan.


"Takpelah abang faham kau sibuk, dahlah jom kita masuk. Abah mesti gembira tengok kau balik."


"Yelah abang, jom sayang." Hanan mengajak Adrina yang masih kaku di belakangnya.


Adrina terus mengikuti langkah Hanan sambil matanya tidak lepas memandang Hadif, bibirnya mengukir senyum.


"Handsome juga abang Hadif ni." Omelnya dalam hati.


Hadif juga membalas dengan senyuman. Baru pertama kali dia melihat adik iparnya ikut Hanan balik ke kampung. Sebelum ini langsung tidak nampak muka.


"Abah gembira sangat bila kau balik adik." Kata pak Hassan.


Setelah selesai makan malam, pak Hassan bersama anak-anak dan menantunya berehat sebentar di ruang tamu.


"Maafkan adik abah sebab jarang balik, adik memang rindu sangat dengan abah dan abang." Kata Hanan.


Hadif hanya mendengar perbualan adik dan abahnya  tanpa menyampuk sepatah pun, dia tidak mahu menggangu perbualan adik dan abahnya.


Adrina yang berada di sebelah Hanan sedari tadi memandang Hadif, dia pun tak tahu kenapa wajah Hadif sangat tenang bila dipandang sampai dia lupa Hanan yang berada di sebelahnya.


Hadif perasan akan pandangan adik iparnya, tapi dia hanya endahkanya mula dia merasa tidak selesa terus dia bangun dari situ.


"Ehh! abang nak pergi mana? duduklah dulu." Kata Hanan.


"Biarlah dia adik, bosanlah tu sebab kita tak layan dia." Perli pak Hassan.


"Takpe abang nak duduk luar jap, ambil angin." Kata Hadif, dia sedikit terasa dengan kata-kata abahnya.


"Sikit lagi adik datang lepak dengan abang kat luar ya." Kata Hanan, walaupun pak Hassan membenci Hadif, tapi tidak pada Hanan dia tetap melayan Hadif dengan baik.


Hadif hanya mengganguk mengiyakan terus dia melangkah ke luar rumah.


Setelah menghantar abahnya ke dalam bilik, dan memastikan abahnya telah tidur Hanan terus keluar dari bilik abahnya.


"Abang nak pergi mana?" Tegur Adrina apabila Hanan lalu di hadapanya, dia masih lagi menonton tv. Sengaja dia menuggu Hanan keluar dari bilik abahnya.


"Abang nak pergi ke luar kejap sembang dengan abang."


"Sayang nak ikut boleh?" Tanya Adrina.


"Takperlulah sayang, sayang tidur dulu ya, dah lewat ni nanti abang masuk." Kata Hanan lembut.


Adrina tidak berkata apa, dia mengambil remote tv untuk menutup tv, setelah tv ditutup dia terus melangkah masuk ke dalam bilik, dengan muka yang masam.


"Nak ikut pun tak boleh." Omelnya dalam hati


Hanan hanya mengelengkan kepalanya dengan tingkah manja isterinya.


Hadif duduk di pangkin sambil merenung bulan di langit, Hatinya tenang apabila melihat keindahan malam ciptaan tuhan, x


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.