Home Novel Keluarga Korban Kasih Abang
Korban Kasih Abang
Myea Miko
23/3/2020 00:38:06
56,077
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 1

"Kalau kamu penat abang biarlah abah yang memandu." Kata pak Hassan kerana kesian melihat anaknya yang nampak letih, baru je balik dari kerja terus kena memandu untuk melawat adiknya di asrama kerana besok ada lawatan untuk ibu bapa. Mereka bertolak malam, sampai di sana mereka tumpang di rumah pak lang, adik kepada bapanya.


"Takpelah abah abang boleh memandu abah jangan risau ya, abah duduk je sebelah abang." Kata Hadif dia tidak mahu bapanya yang memandu kerana kesihatan bapanya yang tak berapa larat jika memandu terlalu jauh.


"Kalau abang letih esok je lah kita bertolak." Kata mak Timah yang baru keluar dari bilik dengan membawa beg di tangan. Dia sudah menyiapkan semua barang yang perlu dibawa dengan keadaan anaknya letih dia menjadi kesian dengan anak lelaki sulungnya itu.


"Betul cakap mak kamu tu, besok je lah kita bertolak. Nanti abah beritahu pak lang kamu balik.


"Takpe abah abang boleh, kalau kita bertolak esok lambat pulak sampai, kesian kat adik." Kata Hadif.


"Kalau kamu dah cakap macam tu, takpelah kita bertolak malam ni." Kata pak Hassan, dia ikutkan sahaja kata Hadif, memang sikap Hadif begitu kalau dia dah kata dia boleh buat maknanya dia akan buat.


Ketika Hadif memasukkan barang yang perlu dibawa ke dalam bonet kereta, mak Timah yang berada tidak jauh darinya memandang anaknya itu dengan penuh kasih.


Hadif yang perasan akan pandangan ibunya, terus melangkah  menghampiri ibunya.


"Kenapa mak? ada apa-apa mak nak cakap dengan abang." Tanya Hadif lembut.


"Mak cuma kesiankan anak mak, abang dah banyak sangat berkorban untuk kami." Kata mak Timah sambil mengelus pipi anaknya lembut.


Hadif memang banyak berkorban utuk keluarganya, terutama sekali terhadap adiknya, Hanan dia sanggup berhenti dari universiti. Semata-mata ingin mencari duit untuk adiknya masuk ke dalam sekolah yang terbaik. Hadif hanya berkerja di kampug dengan membantu bapanya menuai padi. Hari minggu pula dia bekerja di pasar menolong pak Karim bakal bapa mentuanya.


Hadif mengukir senyum, dia membalas dengan memegang tangan ibunya di pipinya.


"Mak, abang sayangkan keluarga abang. Abang cuma nak tengok keluarga abang bahagia." Balas Hadif lembut.


"Mak bersyukur dapat anak macam abang dengan adik, mak sayang sangat dengan kamu berdua, mak tahu mak dapat ke tak? jumpa adik kamu." Menitis airmata di pipi ibunya.


Hadif menyeka airmata yang jatuh di pipi ibunya, dalam hatinya hairan dengan sikap ibunya hari ini.


"Kenapa mak cakap macam tu, esok kita semua dapat jumpa adik." Kata Hadif, hatinya mula risau dengan kata-kata ibunya.


Mak Timah terus memeluk anaknya erat, belakang anaknya diusap perlahan. Hadif membalas pelukan ibunya erat. Walau dia mula rasa tidak sedap hati.


Hadif memeriksa semua barang jika ada yang tettinggal, apabila dia sudah memastikan semua ada, dia terus memulakan pemanduan. Pak Hassan berdoa dalam hati agar perjalanan mereka selamat pergi dan balik.


Apabila sudah sampai separuh jalan, mata Hadif mula terasa berat tetapi dia cuba juga mengawal matanya supaya tidak tertidur semasa tengah memandu.


"Hadif kalau kamu letih, berhenti dulu mana-mana tidur sekejap." Tegur pak Hassan yang perasan akan wajah mengantuk anaknya itu.


"Baiklah abah kita berhenti dengan perhentian depan tu, sikit lagi nak sampai." Kata Hadif 


Pak Hassan hanya mengganguk mengiyakan, Mak Timah pula sudah lena dibuai mimpi.


Ketika Hadif hendak menyeberangi jalan apabila traffic light sudah menyala hijau. Sebuah lori yang berada di arah bertetangan tidak berhenti malah terus merempuh kereta yang dibawa Hadif sehingga terseret di tepi jalan.


"Abang... hati-hati lori tu!!" Jerit Pak Hassan apabila ternampak lori itu menuju ke arah mereka dengan kelajuan yang agak laju.


"Allahuakbar..." Jerit Hadif dia cuba mengelak tetapi tidak sempat keretanya terus diheret. 


Mak Timah tercampak keluar dari kereta, pak Hassan pula kakinya tersepit di celah tempat duduknya. Kereta mereka habis kemit dihimpit lori. Hadif juga tercampak keluar dari kereta, dia terlantar di tengah jalan dengan berlumuran darah, dia dapat membuka sedikit matanya dan melihat ibunya yang berada tidak jauh darinya sudah tidak sedarkan diri dengan darah banyak berlumuran di kepalanya. 


Hadif ingin merangkak menghampiri ibunya, tetapi dia tidak bermaya menitis airmata di pipinya melihat keadaan ibunya, mula matanya berat sehingga pandanganya mula kabur terus dia pengsan tidak sedarkan diri.


Beberapa orang awam yang berada di situ terus membantu keluarga Hadif, salah seorang dari mereka terus menghubungi pihak hospital dan polis untuk melaporkan perkara tersebut.


Pemandu lori tersebut juga cerdera parah, dia juga sudah tidak sedarkan diri 


Hadif dan keluarganya segera dikejarkan ke hospital, pemandu lori itu pula akan disoal siasat oleh pihak polis setelah dia sedar nanti.


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.