Home Novel Keluarga Korban Kasih Abang
Korban Kasih Abang
Myea Miko
23/3/2020 00:38:06
54,877
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 10

Setelah selesai solat isyak berjemaah, Hadif mengemas katil di bilik bapanya. Setelah siap, Hadif membawa bapanya ke dalam bilik. Dia membantu pak Hassan naik ke atas katil, perlahan dia meletakkan kepala bapanya di atas bantal. Selimut ditarik sehingga dada pak Hassan.


"Abah tidur dulu ya, abang nak pergi tengok Hanan dekat luar sekejap." Kata Hadif.


"Hadif." Panggil Pak Hassan. 


"Ya abah." Langkah Hadif terhenti, terus dia menoleh memandang abangnya.


"Terima kasih."

"Untuk apa abah." Tanya Hadif.

"Sebab maafkan semua kesalahan abah dekat kamu."

"Abah..apa yang dah pernah berlaku tu kita lupakan ya, abah tak pernah pun buat salah dengan abang cuma abang je banyak buat salah dekat abah."


"kamu memang anak yang baik Hadif." Pak Hassan mengusap pipi anaknya perlahan.


Hadif hanya tersenyum.


" Abah tidur ya " Tangan pak hassan dikucup sebelum  bibirnya mengucup dahi abahnya.


Setelah memastikan bapanya sudah lena, Hadif terus melangkah keluar dari bilik.


Hadif melangkah keluar rumah apabila melihat Hanan sedang duduk di pangkin sambil matanya tidak lepas menyaksikan bintang berkelipan di langit apabila tibanya waktu malam.


"Tengok apa tu." Tegur Hadif, terus dia melabuhkan duduk di sebelah adiknya.


"Cantik kan bintang kat langit tu."  Kata Hanan tanpa memandang abangnya, matanya tidak lepas dari memandang bintang di langit.


"Cantik!" Jawab Hadif, matanya juga menghala ke langit biru.


"Kalau abang nak tanya ni kau jangan marah ya."  Hadif mulakan bicara.


"Apa dia bang." Hanan terus menoleh memandang abangnya seperti ada sesuatu yang ingin dia katakan.


"Hubungan kau dengan isteri kau macamana?" Tanya Hadif, sudah lama dia ingin bertanyakan tentang hal itu cuma masa je belum sesuai untuk dia bertanyalan hal tersebut.


"Adik dah ceraikan dia, dia hampir bunuh abah takkanlah adik nak diam je, sekarang ni dia dah kena tangkap polis atas dakwaan yang adik dah buat dekat dia." Jelas Hanan.


"Takkan langsung takde kemaafan kau dekat dia." 


"Adik takkan maafkan dia, sampailah dia betul-betul menyesal dengan apa yang dia dah buat." Kata Hanan tegas.


Hadif hanya mengganguk mengiyakan. Dia sudah tahu dengan sikap adiknya yang tidak akan menyesal dengan keputusan yang telah dia buat.


"Hanan tak nak cakap pasal dia, sekarang ni adik nak cakap pasal abang." Hanan memandang tepat ke dalam mata abangnya.


"Pasal apa?" Tanya Hadif.


"Pasal abang dengan kak Safiya, abang masih sayangkan dia kan?" Tanya Hanan berterus terang.


Hadif jadi kaku seketika mulutnya seakan berat untuk bicara apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut adiknya.


"Kenapa adik tanya macam tu." Kata Hadif tenang, cuba menyembunyikan perasaanya yang gundah gulana.


"Pandangan abang terhadap kak Safiya yang buatkan adik yakin abang masih sayangkan dia." 


"Abang tak layak untuk dia adik, ramai lagi lelaki lain yang lagi baik dari abang." 


"Abang tak boleh cakap macam tu, kak Safiya memang ditadirkan untuk abang, dia kebahagiaan abang." Jelas Hanan


"Abang yang tinggalkan dia, dia mesti benci dengan abang." 


"Kalau kak Safiya benci dengan abang, kenapa dia sanggup bawak abang pergi hospital hari tu."


"Sebab dia terpaksa." Jawab Hadif.


"Kak Safiya masih sayangkan abang."


"Mana adik tahu." Tanya Hanan. Dadanya mula terasa sesak.


"Kak Safiya dah mengaku perasaan dia pada adik, dia dah cerita semuanya dekat adik masa dekat hospital hari tu yang dia masih sayangkan abang, walaupun dia cuba benci abang, hati dia tetap ada rasa sayang dekat abang." Jelas Hanan.


Hadif cuba menahan tangis apabila mendengar penjelasan dari Hanan.


'Safiya masih sayangkan dia? takkanlah selama ni Safiya langsung tidak membenci'. Omelnya dalam hati.


"Adik nak abang kahwin dengan kak Safiya, hidup bahagia yang selama ni abang tak pernah pun rasa semua tu."


"Abang tak boleh kahwin dengan dia adik." Jawab Hadif,  dia cuba menahan tangis.


"Tapi kenapa abang?" Tanya Hanan hairan.


Hadif tidak membalas, dia terus bangun dari situ. 


"Sikit lagi masuk, jangan lama sangat kat luar ni." Hadif menepuk bahu adiknya perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam.


"Abang.. adik tak habis cakap lagi." Panggil Hanan tidak diendahkan olehnya terus dia menuju ke dalam biliknya.


Dadanya yang terasa sesak dipegang sekejap, airmata yang ditahan sedari tadi mengalir laju di pipinya.


Bukan hatinya tak sayang, bohonglah kalau dia tidak ada perasaan lagi pada Safiya. Dia masih lagi menyanangi Safiya, Hadif cuma tidak mahu safiya hidup dengan orang yang umurnya tidak panjang seperti dia.


"Maafkan abang, adik." Omel Hadif sendiri.


"Uhukkk...uhukkk uhukk" Batuk yang tidak berjenti sedari tadi menyedarkan Hadif dari lenanya. Hadif mengambil tuala putih di dalam laci yang berada di sebelahnya terus dia menekap tuala tersebut di mulutnya untuk menggelakkan didengari Hanan yang sedang lena di sebelahnya.


Terus dia melangkah menuju ke dapur, tuala putih yang ditekap ke mulutnya dilepaskan. penuh darah di atas tuala itu sehingga hilang warna asalnya.


Dia merenung lama tuala itu sebelum dia membasuhnya di singki, setelah bersih hadif terus meletakkan tuala itu ke dalam mesin basuh.


Hadif terasa badanya lemah, dia melangkah menuju ke kabinet dapur. Setelah pintu kabinet dibuka, dia mengambil botol ubat yang diletakkan di hujung. Ubat dimasukkan ke dalam mulut. 


Dia sendiri tidak tahu sampai bila ubat tahan sakit yang dimakan selama ini bertahan dalam badanya, semakin lama keadaanya semakin teruk, dia tidak mahu keadaanya diketahui abah dan adiknya. Biarlah dia pergi dengan tenang tanpa menyusahkan keluarganya.


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.