Home Novel Keluarga APA DOSANYA?
APA DOSANYA?
Asmah Hashim
2/12/2018 15:04:43
58,028
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 4

Maria menoleh.  Wajah Liah yang berbaju kurung dan berseluar panjang. Tudung bawal berwarna hitam tersarung agak senget.  Di tangannya ada pisau menoreh dan tin kosong.

“Aku bingung Liah! Apa yang harus aku lakukan?” luah Maria.

“Pasal Ain lagi?”  Liah memandang sekeliling dan suaranya sedikit ditekankan. 

“Aku suruh kau gugurkan dulu, kau tak nak. Degil! Sekarang kau tanggunglah!”  tempelak Liah.  Dia duduk bersila di atas rumput yang sedikit lembap kesan embun pagi.  Matanya tajam merenung Maria yang masih kebingungan dan keresahan.

“Apa harus aku lakukan Liah?  Dira sayangkan sangat adiknya itu.  Aku tak tahu nak buat apa?” ujar Maria dengan tangisan yang masih  bergema. Dia benar-benar patah fikiran untuk membuang Ain dalam hidupnya.  Anak itu pun sudah besar. Bagaimana mungkin dia membuangnya.

“Kau degil! Sekarang tanggunglah sendiri,” marah Liah.  Pisau menorehdiletakkan di sebelahnya.

“Aku tidak sekejam itu nak bunuh bayi dalam kandunganku.”  Maria mengetap bibir.  Tubuhnya disandarkan kejap di batang pokok getah.

“Ya,kau tak kejam.  Sekarang ini siap yang kejam?  Kaukan sia-siakan budak tu?”  tegur Liah.

Maria menunduk.

“Nasib baik ada Dira, kalau tidak dah lama budak tu mati kering kau sia-siakan.” Liahmencebik. 

“Kau nak jawab apa? Ain anak arwah?” Liah ketawa sinis.

“Jangan nak sindir aku pula? Kau pun tahu, aku diperkosa!” marah Maria.

“Perlahankan suara kau! Nanti satu kampung dengar, kau nak jawab apa?”  Liah menarik tangan Maria.

“Selama ini aku diamkan saja tohmahan yang aku terima Liah.  Kau pun tak membela aku.”  Maria melepaskan keluhan.  Cerita busuk, sebusuk bau getah skrap yang menyempitkan hidung. Dek kerana sudah terbiasa, bau itu sedikit pun tidak mengganggu deria baunya.  Namun, tidak cerita tentang kelahiran  Ain.  Selagi wajah itu hadir dalam hidup penduduk kampung, selagi itulah jelajahan ceritanya tidak akan habis.

“Kaunak aku buat apa?  Mengaku aku menjadisaksi kau diperkosa?” Liah mencebik.

“Habis tu? Kau ingat aku rela?”  tengking Maria.  Dadanya berombak menahan sesak api kemarahan.

“Lelak itu dah lama ajak kau kahwin, tapi kau jual mahal,” sindir Liah dengan mulutnyadicebikkan.

“Kau pun tak percaya dengan cerita aku?” Maria mengetap bibir.

“Sudahlah Maria, kaukan dah lama gersang?  Kalau ada yang datang menghulur, apa salahnya menerima biarpun nampak seperti terpaksa!” sindir Liah sekali lagi..

‘Phang!Satu tamparan hinggap di pipi Liah yang berjerawat batu itu. 

“Jangan lantang sangat kau menghina aku!  Aku tidak semurah itu faham?  Aku masih ada maruah biarpun aku seorang janda, kau fikir… kau ada suami sekarang ini, kau takkan jadi janda macam aku?”  kata Maria dengan nada yang keras.

“Kau!”  Liah mati kata-kata.  Pipinya masih terasa sakit.

Dia bingkas bangun, pisau menoreh dan bekas tin kosong diangkat bersama. Dia memandan Maria dengan penuh kebencian. 

“Habis tu, kau sesuai?” jerkah Maria sambil mencekak pinggang.  Berkerut wajahnya menahan amarah.  Dia tidak boleh menerima kata-kata Liah sebentar tadi.  Cukup menghiris hatinya.Langkah Liah yang laju itu diperhati dengan hati yang jengkel.  Liah sudah lama mengenali dirinya, sejak dibangku sekolah lagi. Kenapa kawannya itu sanggup menghina dirinya sebegitu sekali? Tidak adakah rasa simpati di hati Liah dengan nasib hidupnya ini?  Sampai hati kau Liah, bisik hati kecil Maria.

Kesedihan di hati ditolak ke tepi. Dibiarkan bersemadi di dalam kebun getah itu.  Sakitnya terlalu perit. Lukanya terlaludalam.  Entahkan boleh sembuh atautidak.   Setelah selesai menoreh, Maria terus pulang kerumah.  Matahari semakin meninggi..  Teriknya menekan kulit wajahnya yang kusamdan semakin dimakan usia.  Wajah Ain dan Adira terbayang di mata. Api kemarahan terpancar di mata Adira.  Ain pula memandangnya dengan wajah yang kosong, bagaikan tiada sedikit pun rasa kasih atau sayang.  Sayang? Adakah dia ada memberi secubit rasasayang kepada anak itu?  Maria mengeluh.

Dari kejauhan kelihatan Adira sedang mengajar Ain berjalan.  Maria memandang sahaja tanpa ada sedikit pun rasa bangga.  Apa gunanya Ain bolehberjalan? Nak ke sekolah? Siapa yang akan terima?  Maria mengeluh.  Dia melangkah perlahan mendekati kedua oranganaknya itu. Biarpun perit untuk mengakut Ain itu adalah anaknya, hakikat itu tidak boleh dibuang jauh-jauh.  Wajah Ainpula saling tak tumpah wajah lelaki itu. Ah! Memikirkan wajah itu pun sudah cukup menyakitkan.  Pedih, perit dan menghancur lulurkan seluruh anggota tubuhnya.  Kalaulah orang kampung tahu perasaannya ketika ini sudah tentu mereka takkan tergamak menghinanya.

“Ibu!”laung Ain sambil memandang wajah Maria yang semakin mendekat.

Adira menoleh. Tiada secubit senyuman pun yang terukir buat ibu tersayang.  Diangkat adiknya dibawa jauh sedikit dari laman rumah.

Maria berdiri kaku di kaki tangga melihat tindakan Adira.  

“Maria!Maria!” bunyi jeritan dan derumah motor saling bersambung. 

“Tak guna punya perempuan! Tergamak kau sepak bini aku ya?” marah seorang lelaki dengan wajah merah padam. Motorsikal yang telah dimatikan enjin ditolak dengan kasar. Lelaki itu bercekak pinggang memandang Maria yang berdiri seperti patung.

“Apa kau bising-bising ni Harun?  Mulut binikau lancang sangat tuduh aku,” kata Maria membela diri.

“Hey!Lancang pun mulut dia, tak beri hak untuk kau sepak dia! Dah bengkak muka dia!”  jelas Harun.

“Kalau dah bengkak, kau nak aku buat apa?  Kau nak ganti rugi?  Aku tak ada duit!”  tengking Maria.  Hatinya sendiri disakiti, tiada yang bela.Malah dituduh menyebabkan kecederaan.

“Aku bagi amaran, kau ingat ya, sekali lagi kau naik tangan ke atas tubuh atau muka bini aku, kau tahulah nasib kau nanti,” ugut Harun.

“Kau ingat aku takut?  Pergi mampuslah Harun!”tempelak Maria.

“Kaujangan berani sangat Maria. Aku bakar kau sekeluarga hidup-hidup nanti baru kau tahu!”  tengking Harun.

“Baguslah juga, tak payahlah aku bunuh diri sendiri. Aku pun dah tak sanggup hidup dalam dunia ni, kalau kau nak bakar kami, bakarlah!”suruh Maria dengan suara keras dan matanya diterbeliakkan memandang  lawan wajah Harun.

“Ibu!”tempik Adira.

Maria menoleh  ke arah Adira dan Ain yangberdiri di belakang Harun.

Harun turut menoleh. 

Adiramemandang tidak berkedip ke arah Harun. 

Harun mendekati  motosikalnya yang rebah dan meludah ke tanah.  Penumbuk ditunjukkan ke arah Maria sebelum enjin motosikal dihidupkan dan dia bergerak pergi meninggalkan laman rumah yang bersemak- samun itu.

“Kaupun nak berleter dengan ibu?  Dari  kita hidup seperti sampah, baik mati saja!”kata Maria sebelum dia menghilang ke dalam rumah.

“Mati?”  Ain memandang wajah Adira dengan penuhtandatanya.

Adira memandang wajah Ain.  Senyuman dilakarkan buat adiknya itu, biarpun siapa ayah Ain. Ain tetap adik akak tahu, bisik hati kecil Adira.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.