Home Novel Keluarga Kerana Cintanya
Kerana Cintanya
NaimTamdjis
10/8/2014 21:01:20
17,162
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 3

Bab 3

“Assalaimualaikum mama. Kenapa mama beriya-iya telefon hendak jumpa saya ini? Terpaksa saya minta kebenaran papa skip mesyuarat petang ini hendak jumpa mama. Ada perkembangan terbaru ke mengenai abang Razif,” tanya Rozaini anak Tan Sri Adam sebaik sahaja duduk di Cafe Dome cawangan Pavilion. Datin Emelda cuba menahan hidungnya daripada bersin apabila terbau minyak wangi Rozaini yang agak kuat. Berapa botol Rozaini ni sembur minyak wangi?

“Razif hendak kahwin…”

“Apa! Razif sudah setuju kahwin dengan saya mama. OMG! Terharunya saya. Akhirnya saya kahwin juga dengan abang Razifkan mama. My admire,” sampuk Rozaini yang tidak membiarkan Datin Emelda menghabiskan kata-katanya.

“Kamu ini kenapa? Razif bukan hendak kahwin dengan kamu! Tapi dengan perempuan lain,” jelas Datin Emelda.

“Apa? Dengan perempuan lain? Dengan siapa mama?” Rozaini terkejut.

“Itulah. Lain kali bagi mama habis cakap. Ini belum habis cakap sudah menyampuk. Entah! Dengan perempuan mana tah. Itulah! Berapa kali mama cakap... Cepat-cepat tarik perhatian Razif. Kamu lambat sangat bertindak. Ini Razif sudah terpikat dengan perempuan lain pulak. Kamu yang melepas. Aku pun melepas sekali,”

“Aik! Kalau saya melepas abang Razif itu memanglah. Mama melepas pasal apa pula?” Datin Emelda sudah tersasul. Maksud melepas di sini adalah melepas bermenantukan salah seorang ushawan terkaya di Malaysia. Tan Sri Adam, pemilik syarikat telekomunikasi mudah alih dan internet terbesar di Malaysia. Syarikatnya Adam Technologies bukan sahaja beroperasi di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei, Vietnam, Bangladesh dan juga Turki. Memiliki aset sebanyak RM 5 bilion. Rozaini merupakan satu-satunya waris yang sah selepas anak lelaki sulung mereka mati akibat kemalangan.

“Maksud mama, terlepaslah peluang hendak jadikan Rozaini ini menantu mama. Sudahlah baik, berpelajaran, ada kedudukan bagus dalam syarikat.pandai serta cantik pula tu. Entah macamana Razif boleh terpikat dengan si Amy tu. Gadis penjual kuih!” Datin Emelda berbohong. Mukanya dimaniskan.

“Apa! Perempuan itu jual kuih jer? Oh My God. Not mama tastekan. Kenapalah Razif boleh terpikat dengan perempuan macam tu? Ini mesti kena pukau ni mama,” tuduh Rozaini.

“Itulah. Mamapun rasa macam tu jugak. Macamana nak buat yer? Rozaini. Kamu kena tarik perhatian Razif cepat. Kalau tidak… kamu juga yang melepas,” arah Datin Emelda. Rozaini mengangguk.

“Mama. Takkanlah perigi cari timba. Takkan saya hendak tergedik-gedik mengurat si Razif tu. Mama ni pun,” Rozaini tidak bersetuju.

“Zaman sekarang ni bukan macam zaman dahulu. Kalau kamu hendak si Razif tu.. mama mahu kamu tarik perhatian dia cepat-cepat. Dengan apa cara sekalipun. Kamu buat. Cepat sebelum terlambat!” tegas Datin.

“Baiklah mama,” Rozaini akur.

(((((((((((((((((((((((((((

Petang itu selepas waktu bekerja Razif menaiki Mercedes Dato Osman menuju ke Bandar Tasik Selatan tempat di mana Amalia dan ibunya berniaga di sebelah petang. Di dalam kereta sebaik sahaja keluar dari bangunan Teguh Samudera.

“Mama kamu kalau tahu kita pergi makan di gerai ni. Mahu dia mengamuk dengan papa,” Razif memandang papanya yang duduk di sebelah. Kereta dipandu oleh Pak Ali, pemandu setia papa sejak 20 dahulu.

“Mama mengamuk sebab papa makan di gerai… Buka di hotel atau kafe atau di kelab?” Razif tersenyum.

“Sejak 33 tahun papa kahwin dengan mama. 33 tahun juga papa tidak pernah lagi makan di gerai hatta di restoran mamak. Itu syarat mama bila kahwin dengannya. Katanya malu makan di situ. Dia tidak mahu papa menjatuhkan maruahnya dan juga maruah papa. Sejak hari itu papa hanya boleh makan di hotel atau di kelab. Sadiskan syarat papa… Dulu papa suka sangat makan di gerai. Di kedai mamak. Papa dulu orang susah. Makan tepi jalan ini satu kebiasaan. Tapi papa ikut juga syarat mama. Siapa yang tidak saying isteri… Papa tidak mahu mama diketawakan oleh kawan-kawannya hanya kerana papa makan di gerai,”

“Apa lagi syarat yang mama kenakan kepada papa?” tanya Razif dengan penuh minat.

“Ada 3… pertama papa kena ubah cara penampilan. Dulu papa mat rock. Rambut agak panjang. Di pejabat papa skema. Rambut ikat kemas walaupun panjang. Bertali leher. Bersut. Tetapi di luar papa hanya berseluar jeans. Menghisap rokok dan juga memakai macamana mat rock pakai. 1st dating dengan mama, mama dah suruh papa beli dan terus pakai baju lain. Bau kedai baju tu bila dating dengan mama. Kedut-kedut pula tu,” Razif tersengih mendengar cerita papanya.

“Syarat kedua papa kena berhenti makan kedai dan ketiga PA papa mesti lelaki,”

“Itu yang setiausaha papa semuanya lelaki ye? Kuat cemburu juga ye mama tu,” usik Razif.

“Ialah. Sudah 33 tahun si Mali tu jadi setiausaha papa. Tahun depan dia nekad nak pencen. Patutnya sudah 5 tahun dulu dia pencen. Tapi papa yang tahan. Lepas ni tak tahulah siapa yang nak ganti dia,”

“Kan Auntie Sherry masih kerja lagi dengan kita papa. Dia pun ada 2 tahun lagi servis pa,”

“Kamu jangan hendak cari pasal. Biarlah dia jadi PA si Amal tu. Sherry tu walau dah umur 56 tahun dan dah ada cucu. Mama kamu tu masih cemburu lagi tau. Papa ingat hendak latih si Khalid kerani kewangan tu jadi setiausaha papa. Dia pun dah kerja dengan kita dekat 20 tahun,”

“Nak ke dia tu papa jadi setiausaha?”

“Papa tawarlah gaji tinggi sikit. Papa tidak bimbang pasal dia. Tahulah papa memujuknya nanti. Papa ni sebenarnya bimbang dengan adik bongsu kamu Ikmal ini,”

“Kenapa papa?”

“Walaupun Ikmal itu eksekutif. Lagaknya macam pengurus besar pula. Tadi pengurus projek Soho kita di Jalan Tun Razak mengadu dengan papa, Ikmal tengking dia bila tegur dia bila jualan agak lembap. Apa nak jadi dengan Ikmal tu,” Dato Osman mengelengkan kepala.

“Ikmal tu anak manja mama pa. Siapa yang berani tegur dia. Tapi papa kena ajar dia,”

“Itulah. Tadi papa dah fikir macamana nak ajar dia. Papa ingat hendak naikkan pangkat dia jadi eksekutif kanan pemasaran dan letakkan bawah Razif dan Razman. Razif ajar dia sikit. Razif abang dia, mana tahu Razif boleh bimbing dia,” cadang Dato Osman.

“Tapi pa, dia itu keras kepala sikit. Dia mana ngam dengan saya. Masa kecil-kecil dahulu kami macam anjing dengan kucing. Mama selalu menangkan dia dan saya selalu mengalah. Hendak ke dia dengar cakap saya?”

“Insya Allah. Razif cubalah dulu. Papa akan pantau dia juga. Dari sekarang kamu dan dia perlu ambil sikit-sikit peranan papa. Papa dah tua Razif. Sudah 36 tahun bekerja. Papa penat. Umur papa pun sudah 60. Kalau bukan kamu berdua siapa lagi? Kakak kamu sibuk tolong suami dia. Sekaranglah masanya kamu berdua bekerja bersama-sama,” kata Dato Osman penuh mengharap.

“Baiklah. Saya cuba papa,” Razif akur dengan permintaan papanya.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.