Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 20

“HELP..!!!”

          Aku terhenti seketika, ‘ada orang minta tolong, tapi…..,’ aku terfikir akan sesuatu perkara. ‘Perlu ke aku pergi ke sana tapi aku rasa macam…….,’ fikir aku lagi.

         “HELP ME..!!!” Jeritan suara perempuan itu menjelma lagi.

          ‘Suara tu… macam….,’ fikir aku sekali lagi lalu aku cuba untuk mengingati suara jeritan siapakah itu yang pernah sahaja aku dengari sebelum ini.

          “KOMM NICHT ZU NAHE..!!!” Sekali lagi suara perempuan itu menjerit dengan perkataan yang tidak pernah aku fahami.

          Aku tersentak lagi lalu terlintas di fikiranku untuk mengingati nama seseorang, ‘LISA..,’ terdetik hatiku untuk memanggil namanya.

          “LISA..!!!” Aku terus menuju ke pintu tandas perempuan untuk melihat keadaan klien aku yang bernama ‘Lisa’ itu.

          “LISA..!!!”

          “Lisa, are you okay?” Aku hanya melangkah masuk untuk memastikan Lisa dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

          “Lisa.. where’re you?” Aku berasa hairan apabila sahaja pintu tandas di buka, tiada satu kelibat manusia pun yang berada di dalam tandas tersebut termasuklah Lisa.

          Tetapi aku mendengar tangisan seorang perempuan yang sedang menangis teresak-resak di sebalik beberapa buah pintu tandas itu. Aku berasa kaku di situ, ‘aduh, jangan buat hal kat sini, time gini-ginilah dia nak kacau. Minah Jerman ni pun satu hal, nak pergi toilet ajaklah member sekali,’ fikiranku bercelaru seketika.

          “Takpelah, aku gerak dulu, pape roger.” Bisik aku seketika lalu aku terus mendahulukan dengan gerakan kaki kananku untuk melangkah keluar dari tandas tersebut. Dalam beberapa saat kemudian, Nabila terdengar satu suara garau yang tiba-tiba muncul dari arah tandas tersebut.

          “Komm nicht zu nahe..!!!”

          “Komm nicht zu nahe..!!!” Suara yang garau tadi asyik berulang-ulang sahaja perkataan yang sama. Nabila terkaku di situ tanpa sebarang tolehan ke arah tandas tersebut.

          “Nabila..!!!” Aku tersentak apabila namaku dipanggil secara tiba-tiba dan membuatkan jantungku berdebar-debar semakin laju.

          “NABILA..!!!” Enny menyergah Nabila.

          “Astraghfirullah Al Adzim.” Aku hanya memejamkan mata sahaja.

          Aku terkejut seketika apabila Enny memanggilku dari belakang dan terus memegang bahu kananku. Aku hanya menarik nafas lega kerana bersyukur tiada gangguan yang menimpaku. Aku hanya terfikirkan sahaja, ‘pagi-pagi macam ni pun ada gangguan, kat tandas hotel pula tu’.

          “Bil, kau pergi mana tadi. Klien dah tunggu tu.” Enny memandang sahaja raut wajah Nabila yang penuh dengan kebingungan.

          “Bil, kau okay ke?” Sambung Enny.

          “Lisaaaa.”

          “Dia dah ada kat bilik dah. 20 minit kita orang tunggu kau je ni.” Enny menyahut lalu memandang ke arah pintu tandas setelah melihat pandangan Nabila ke arah tersebut.

          “Aku nak pergi tandas tapi tersalah pintu pula.” Aku membuat alasan lalu tersenyum sinis.

          “Pula dah.”

          “Jomlah, aku okay.” Sahut aku lalu terus menarik lengan Enny untuk ke bilik mesyuarat.

          “Sorry, I’m late.” Enny dan Nabila tersenyum kepada klien mereka yang sedang menjamu makanan ringan yang telah tersedia di hotel tersebut.

          “It’s okay. Everything is okay?” Lisa melebarkan senyumannya lalu menghulurkan secawan tej hijau kepada Nabila.

          “Yaa. Of course.” Aku berasa hairan seketika tetapi aku tidak mempedulikan perkara yang baru aku hadapi tadi.

          “Can I ask you something, Lisa.” Aku hanya terfikir akan sesuatu perkara.

          “Yaa, sure. Why not.” Lisa tersenyum sambil menghirup secawan teh hijau yang dipegang olehnya.

          “What is mean ‘komm nicht zu nahe’?”

          “It means, does not come close.” Lisa menjelaskannya.

          “Oohh.” Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.

          Aku hanya terdiam sahaja tanpa memikirkannya apabila telah mengetahui perkataan yang diungkap oleh suara misteri itu. Hatiku terdetik seketika, ‘ehh, pelik. Benda tu cakap jangan dekat, jangan dekat dengan dia ke. Tapi, siapa yang nak dekat dengan dia,’ fikir aku dengan penuh kebingungan dan jantungku masih lagi berdebar-debar. ‘Memang taklah aku nak dekatkan diri,’ aku bermonolog lalu merungut sahaja di dalam hati.

          “Weh, sejak bila kau tertarik dengan bahasa Jerman ni.” Enny menyinggul sikunya ke lengan Nabila lalu mengangkat kedua belah keningnya itu.

          “Magazine.” Pantas aku mencelah lalu membuat mukaku dengan selambanya.

          “Magazine..!!! Magazine mana ni. Yang popular punya ke.” Enny berasa tidak puas hati apabila soalannya tidak jawab dengan betul.

          “Google.” Ringkas aku sekali lagi.

          “Ishh, dia ni. Main-main laa.” Rungut Enny.

          Enny hanya terdiam sahaja lalu terus mengambil majalah yang berada di atas meja kaca yang berbentuk bulat di hadapannya. Nabila hanya tersenyum sahaja apabila melihat kerenah rakan sekerjanya itu.


……………………………………………

          “Bagus..!!! Kamu berdua berbahas dengan baik sekali.” Cikgu Samsudin memuji anak muridnya sambil meneliti setiap tugasan yang telah mereka bentangkan di hadapannya.

          “Sekarang, saya nak panggil…..” Cikgu Samsudin hanya memerhatikan setiap pelajar-pelajarnya untuk dipanggilkan ke hadapan.

          “Nabila.. Ain.. giliran kamu berdua pula untuk ke depan.” Cikgu Samsudin memandang ke arah anak muridnya untuk membuat pembentangan dalam subjek Bahasa Melayu itu.

          Aku terkial-kial mencari beberapa helai kertas kecil yang tentera dengan ringkasan ayat untuk dibentangkan kepada semua pelajar yang berada di dalam kelas di tingkatan tiga Ibnu Hatem itu.

          “Haa, terangkan je apa yang kamu faham, Nabila.” Cikgu Samsudin hanya melihat kerenah Nabila yang masih lagi tercari-cari kertas kecil tersebut. Nabila hanya mampu tersengih sahaja lalu terus membuat persediaan di hadapan pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas untuk membentangkan tajuk yang telah diberikan oleh Cikgu Samsudin.

          “Assalamualaikum kepada Cikgu Sam dan pelajar-pelajar sekalian.” Aku memberi salam untuk pembuka kata sebelum memulakan tajuk pembentangan kami.

          “Waalaikumusalam.” Azrai menjawab salam Nabila dengan begitu kuat sekali dan diikuti dengan sahutan dari pelajar-pelajar di dalam kelas itu.

          Aku berasa gementar apabila berhadapan dengan rakan sekelas untuk membentangkan satu tugasan yang telah diberikan kepada kami, tidak kiralah subjek mata pelajaran apa sekali pun, aku tetap akan berasa gemuruh.

          Oleh kerana kami masih lagi tidak dapat membiasakan diri dalam situasi tersebut, kami tetap akan memberanikan diri untuk tampil ke hadapan. Ain hanya terdiam diri sahaja di sebelahku dan hanya menunggu aku untuk menghabiskan penerangan sebelum gilirannya bermula.

          “Sekian, terima kasih.” Nabila dan Ain menyahut serentak apabila pembentangan kami itu sudah selesai.

          “Okay, terima kasih Ain dan Bila. Sekarang giliran Azrai dan Amirul datang ke depan.” Cikgu Samsudin memanggil anak muridnya untuk membuat pembentangan yang seterusnya.

          “Cikgu, saya nak pergi ke tandas sekejap, boleh.” Nabila mencelah.

          “Okay, boleh pergi.” Cikgu Samsudin mengizinkan Nabila untuk keluar ke tandas.

          “Jom Ain.” Aku dan Ain bingkas untuk bangun dari tempat duduk kami.

          “Seorang sahaja.” Celah Cikgu Samsudin. Ain dan Nabila terhenti seketika dan memandang antara satu sama lain.

          “Tapi Cikgu, dorang tadi boleh pergi berdua.” Aku menyahut.

          “Itu tadi, sekarang Nabila pergi dulu. Lepas tu, baru Ain.” Cikgu Samsudin tersenyum sinis.

          “Okay.” Aku hanya mencebikkan mulutku sahaja.

           “Bukan ada pape pun.” Sambung Cikgu Samsudin.

          Aku hanya merenung lalu tersenyum sinis. ‘Aduh, Cikgu ni. Saja je nak mengenakan aku. Dari aku mula-mula masuk form 3 lagi Cikgu dah menyakat aku,’ aku bermonolog lalu hanya mampu merungut sahaja. ‘Nasib baik tandas kat tingkat dua je,’ aku bermonolog lagi. Aku segera menuruni anak tangga dari tingkat tiga lalu ke tingkat dua untuk segera ke tandas sekolah tersebut.

          Aku terhenti seketika dan hatiku berdebar-debar secara tiba-tiba apabila melihat sesuatu yang berada di hadapanku dengan keadaan yang mencurigakan di kawasan tandas tersebut. ‘Ehh, apa benda tu. Aduh, time macam ni pula laa benda yang tak sepatutnya nak muncul,’ fikir aku sejenak. ‘Aduh, kasut siapa pula yang tercampak kat luar ni. Siap ada kaki pula yang terjelir kat pintu tu, dah kenapa,’ fikir aku lagi.

          ‘Seriously, aku dah nak terkencing sangat ni,’ aku tidak mengendahkan perkara yang berlaku di hadapanku itu lalu aku terus beredar dari tempat tersebut kerana aku tidak berani untuk merisikokan diriku lagi. Dengan keadaan yang begitu sunyi dan tiada seorang kelibat manusia pun yang lalu-lalang di kawasan yang berhampiran dengan tandas itu.

          Aku hanya terfikir untuk segera pergi ke tandas yang berada di hujung bangunan yang terletak di tingkat bawah. Aku bergegas menuju ke tandas yang agak begitu jauh sekali dari kelas yang aku duduki sekarang.

          “Huhhh, tak tahan, tak tahan.” Aku mengomel seorang diri lalu aku terlihat kelibat seorang pelajar perempuan yang sedang berdiri di sebelah tingkap kelas itu.

          Ketika itu aku langsung tidak mempedulikan pelajar tersebut. Yang membuatkan aku berasa bingung terhadapnya adalah tingkah laku pelajar itu sendiri yang telah membuatkan aku berasa curiga dengan sikapnya yang asyik menundukkan kepalanya ke bawah sahaja.

          ‘Apa-apa pun yang berlaku, bagi aku sampaikan hajat dulu,’ fikir aku sejenak apabila sudah melintasi pelajar perempuan itu lalu aku terus masuk ke dalam tandas.

          “Alhamdulillah, okay kat mana kita tadi.” Aku terhenti seketika lalu teringat kembali peristiwa sebentar tadi.

          ‘Aku harap perempuan tadi dah tak ada kat situ,’ aku bermonolog lalu terus melangkah keluar dari pintu tandas dan didahulukan dengan kaki kanan.

          Baru sahaja untuk aku bersenang-lenang, akan tetapi…..

          ‘Alamak, dia masih lagi tercegat kat situ. Kat sebelah pasu bunga pula tu,’ fikiranku menjadi bercelaru. ‘Tak mengapa, selagi kau tak kacau aku, aku takkan kacau kau,’ fikir aku seketika lalu aku meneruskan perjalananku tanpa menoleh ke arah pelajar perempuan itu.

          Aku menarik nafas lega kerana aku dapat melintasinya dalam keadaan aku yang tercungap-cungap ketika kakiku bergerak pantas untuk berjalan menuju ke kelas yang berada di tingkat tiga itu.


Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.