Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 26

“KRIKKK… krikkk… krikkk…”

          “Krikkk… krikkk… krikkk…”

          Loceng ais-krim telah dibunyikan secara berterusan oleh Rosdi bagi menarik perhatian orang ramai untuk membeli ais-krim ‘Magnolia’. Dengan cara ini juga akan menarik lebih ramai kanak-kanak untuk membeli ais-krim kegemaran mereka.

          “Baik-baik, jangan berebut-rebut. Ais-krim banyak lagi ni.” Rosdi menegur kepada beberapa orang kanak-kanak yang sedang memilih ais-krim kegemaran mereka.

          “Uncle, saya mau beli yang ini.” Sahut salah seorang kanak-kanak yang berbangsa cina itu.

          “Okay, seringgit dua puluh sen.” Sahut Rosdi lalu tersenyum seketika.

          “Pak cik, saya nak yang ini juga.” Celah salah seorang kanak-kanak perempuan yang tidak sabar untuk memakan ais-krim yang berperisa vanilla dan limau itu.

          “Ehh, bukan awak dah beli ke?” Rosdi sedikit terkejut apabila melihat budak perempuan yang berikat tocang satu itu telah datang kembali untuk membeli ais-krim tersebut.

          “Ais-krim tadi dah makan habis, pak cik. Saya tak puas lagi nak makan.” Jawab budak perempuan tadi dengan keadaan mukanya yang tersengih-sengih itu.

          “Yelah, jangan makan ais-krim banyak sangat. Nanti demam pula, pak cik tak tau.” Rosdi hanya tersenyum seketika.

          Hari demi hari, Rosdi hanya perlu mencari rezeki untuk keluarganya bagi keperluan harian mereka bersama dalam meneruskan kehidupan mereka. Hanya dengan hasil jualan ais-krimnya sahaja yang membolehkan dia memperolehi keuntungan untuk menampung keluarganya.


          “Bapak ku pulang dari kota..” Rosdi menyanyikan sebuah lagu kanak-kanak dengan begitu riang sekali apabila jualan ais-krimnya sudah habis dijual dan ingin pulang ke rumahnya dengan segera.


          “Bapak ku belikan kereta.. kereta kecil……….”


          “Ponnnnn.. Ponnnnnn..” Bunyi hon kereta yang berterusan telah membuatkan Rosdi tersentak dalam perjalanan ketika menaiki motorsikal ais-krimnya itu.


          “AAARRRHHHH…..”


          Rosdi menjerit seketika lalu motorsikalnya tidak dapat dikawal apabila beberapa buah motorsikal yang lain sedang menghimpitnya di sisi jalan.


          “DOMMM….”


          “Aduh, sakitnya kakiku..!!!” Rosdi mengadu kesakitan apabila dia terpelanting dari motorsikalnya setelah menekan brek untuk menghentikan motorsikalnya itu.

          “Oiii pak cik, lain kali bawa motor tu laju laa sikit.” Salah seorang daripada penunggang motorsikal itu menyergah kepada Rosdi.

          “Entah pak cik ni, mata tu letak mana.” Celah kawannya yang berada berhadapan dengan Rosdi.

          “Weiii, dahlah. Kesian kat pak cik tu.” Salah seorang kawannya yang sedang membonceng di belakang kawannya itu menegur lalu ingin menolong tetapi…

          “Weh, tak payahlah tolong dia. Jom blah dari sini.”

          “Dia cedera kot. Lagipun kita yang langgar dia.”

          “Kita mana sengaja kan. Kalau kau nak tolong, kau tinggal sini. Kami nak cau.”

          “Weh, janganlah. Yelah, yelah..”

          Mereka pun terus beredar dari tempat mereka berlanggaran dan tidak mempedulikan langsung terhadap Rosdi yang usianya lebih tua daripada mereka. Adab dan tatasusila mereka tidak diutamakan untuk menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.

          Rosdi masih lagi mengurut-urutkan kakinya yang tercedera dan di bahagian lutut kanannya juga turut tercedera akibat terheret di muka jalan raya itu.

          ‘Apa nak jadi budak-budak zaman sekarang, sedikit tidak ada rasa hormat kepadaku. Mentang-mentanglah aku dah tua, kau nak biadap denganaku,’ Rosdi bermonolog lalu terfikir akan sesuatu perkara. ‘Adakah anak-anakku nanti akan bersikap seperti mereka,’ Rosdi hanya terfikirkan sahaja.

          ‘TIDAK..!!! Mereka tidak akan seperti begitu,’ fikir Rosdi lagi lalu dia terus menghidupkan motorsikalnya kembali untuk segera pulang ke rumah.

 

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.