Home Novel Fantasi Neo : Mimpi Semalam
Neo : Mimpi Semalam
Kid Haider
26/2/2015 13:36:56
135,480
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 29

AYAME

Ayame,

Aku membawa pulang majalah yang baru sahaja aku beli daripada kedai Pak Mail. Tujuan utama tentulah kerana ada wajah Robert Redford di dalamnya.

Aku sukakan Robert Redford. Dia kacak, berkarisma dan berbakat. Lalu, aku menampal posternya pada dinding bilikku. Walaupun saiz posternya agak kecil, aku tidak berasa rugi membelinya kerana apa yang penting adalah Robert Redford.

Aku keluar sebentar mencari adikku Borhan yang sedang asyik bermain di luar. Tetapi, aku lihat dia sedang menangis teresak-esak. Apabila aku tanya, dia katakan yang dia terjatuh dari pokok rambutan yang terdapat di hadapan rumah kami. Nasib baik dia jatuh dari dahan yang rendah. Jika tidak, entah apa nasibnya. Sudah tentu patah riuk badannya.

Oleh kerana dia tidak henti-henti menangis, aku membawanya bersiar-siar mengelilingi kawasan kampung. Lama-kelamaan, sedu-sedan Borhan terhenti. Duit poket yang diberi oleh datuk tempohari aku gunakan untuk membeli aiskrim untuk kami berdua.

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.