Home Novel Fantasi SETH
SETH
asmaya ally
9/9/2020 16:01:31
22,736
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 5
"Assalamualaikum...Assalamualaikum....Tokkk...oohhh Tokkk!!..bukak pintu ni...Seth dah balikk.." laungan Seth buat kali kedua masih juga tidak bersambut. Daun pintu rumah Tok Aki masih terkatup rapat. "Isshhh..mana pulak orang tua ni merayap petang-petang ni?" getus hati nya. Jarum jam di tangannya sudah menunjukkan hampir jam 6.30 petang. Seketika nanti, kegelapan malam akan membungkus perkampungan Tok Janggut. Tapi Tok Aki masih tidak kelihatan. "Urghhh..daripada aku tercegat tunggu dia balik, ada baiknya kalau aku cari Tok Aki kat kedai kopi Cik Moon Janda kan?"  hatinya berbicara sendirian serentak dengan langkah yang mula diaturkan untuk mencari Tok Aki.


Namun sebaik sahaja Seth berpaling semula ke belakang melihat ke arah rumah Tok Aki yang hanya beberapa langkah ditinggalkan, jantung Seth seakan terhenti seketika. Kelibat seseorang kelihatan seperti sedang memerhatikannnya daripada jendela yang dihiasi langsir berwarna putih kekuningan. Agak lama Seth tercegat di situ cuba mengamati apakah kelibat itu manusia atau tidak namun, sepantas itu juga susuk tubuh tersebut segera menghilang. 


"Sethhhh!!.." satu tepukan kasar hinggap di bahunya saat Seth berpaling ke arah suara yang menyebut namanya. "Tok Aki!" segera di paut tangan Tok Aki, dan di raih jemarinya. Seth menyalami dengan lembut sepasang tangan tua milik Tok Aki. "Dah lama kau tunggu Seth?"

Soal Tok Aki dengan kening kirinya sedikit terjungkit. "Haa'ahh..lama jugak la Aki..heheh"..sahut Seth. Kemunculan Tok Aki yang tiba-tiba itu sedikit menghairankan Seth, namun yang penting Seth tidak lagi berasa resah dan bimbang. Persoalan tentang makhluk hybrib harimau manusia yang sering menganggunya, kenapa dia yang dicari dan ilmu apa yang telah diambil oleh keturuanannya, hingga memerlukan penjagaan daripada harimau manusia itu, berputar ligat dalam kepalanya. 


Baru sahaja Seth mahu membuka mulutnya bertanya, Tok Aki, tangan ditarik kasar oleh Tok Aki. Hampir terdorong ke tanah dibuatnya. Seth segera mempercepatkan langkah membontoti Tok Aki menuju ke arah rumah yang tadinya hampir sahaja ditinggalkan oleh Seth. "Moh ler..naik.." ujar Tok Aki seraya melangkah menaiki anak tangga kayu menuju ke serambi rumahnya. 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.